Tajuk: Laporan Bandar Anda
Disediakan oleh: Tuan Nurfariha Izzaty binti Tuan Azlan (A172219)
Subjek: LMCP2502 Pengangkutan Bandar
Nama pensyarah: Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq bin Orang Kaya Rahmat
Perancangan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur : A168729NurAmira618938
Perancangan Pengangkutan Bandar : Kuala Lumpur
1. Masalah Pengangkutan
2. Cadangan Polisi
3. Penyelesaian Jangka Pendek (3 Tahun)
4. Penyelesaian Jangka Panjang (30 Tahun)
Tajuk: Laporan Bandar Anda
Disediakan oleh: Tuan Nurfariha Izzaty binti Tuan Azlan (A172219)
Subjek: LMCP2502 Pengangkutan Bandar
Nama pensyarah: Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq bin Orang Kaya Rahmat
Perancangan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur : A168729NurAmira618938
Perancangan Pengangkutan Bandar : Kuala Lumpur
1. Masalah Pengangkutan
2. Cadangan Polisi
3. Penyelesaian Jangka Pendek (3 Tahun)
4. Penyelesaian Jangka Panjang (30 Tahun)
Assalamualaikum wbt. Slide ini merupakan tugasan PROJEK AKHIR bagi kursus LMCP2502 Pengangkutan Bandar. Seterusnya, slide ini membincangkan tentang masalah pengangkutan di bandar Kajang dan perancangan penambahbaikan untuk permasalahan yang timbul. Perancangan tersebut merangkumi perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Semoga bermanfaat!
Assalamualaikum wbt. Slide ini merupakan tugasan PROJEK AKHIR bagi kursus LMCP2502 Pengangkutan Bandar. Seterusnya, slide ini membincangkan tentang masalah pengangkutan di bandar Kajang dan perancangan penambahbaikan untuk permasalahan yang timbul. Perancangan tersebut merangkumi perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Semoga bermanfaat!
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)
1. NAMA : ALYA ARDINI HAIRUL AZIZI
NO MATRIK : A169459
TAHUN : 3 SESI 2020/2021
FAKULTI : FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
KURSUS: LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
NAMA PENSYARAH : PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K RAHMAT
LAPORAN BANDAR:
KANGAR, PERLIS
2. ASPEK YANG DILAPORKAN:
1.1- Peta Bandar Kangar, Perlis
2.1- Jenis pengangkutan dan kemudahan
3.1 - Masalah yang dihadapi dari konteks peribadi
4.1- Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut
BANDAR PILIHAN: KANGAR, PERLIS
https://youtu.be
/nr0j1WdCEwc
3. 1.1 PETA BANDAR KANGAR, PERLIS
Gambar 1: Peta Bandar Kangar, Perlis
Bandar Kangar merupakan
ibu negeri Perlis yang
terletak di Utara
Semenanjung Malaysia.
Bandar Kangar merupakan
ibu negeri yang paling
kecil di Malaysia.
4. 2.1 JENIS PENGANGKUTAN DAN KEMUDAHAN
YANG TERDAPAT DI BANDAR KANGAR, PERLIS
PENGENALAN
~ Pengangkutan darat merupakan pengangkutan utama bagi penduduk yang menetap di bandar
Kangar. Pengangkutan darat merujuk kepada penggunaan jalan raya oleh kenderaan bermotor
sebagai laluan utama perhubungan. Antara kategori kenderaan bermotor yang sering digunakan oleh
penduduk Kangar adalah seperti kenderaan persendirian termasuklah kereta, motosikal, serta basikal.
Selain itu, kenderaan awam juga menjadi pilihan utama penduduk Kangar bagi memudahkan urusan
pergerakan mereka ke destinasi yang ditujui. Misalnya, myBus, teksi, bas ekspres, dan juga e-hailing
seperti MyCar. Kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler juga merupakan
kenderaan penting dalam sistem pengangkutan di bandar Kangar.
2.1.1 Jenis Pengangkutan
5. PENGANGKUTAN DARAT YANG DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK DI BANDAR KANGAR
A) KENDERAAN
PERSENDIRIAN
Gambar 2: Kereta Gambar 3: Motosikal
Gambar 4: Basikal
6. B) KENDERAAN
AWAM
Gambar 5: myBas (Bas
Tambang)
Gambar 6: Bas Ekspres
Gambar 7: Teksi
Gambar 8: e-hailing
(Mycar)
8. 2.1.2 Kemudahan
PENGENALAN
~ Kemudahan-kemudahan berkaitan sistem lalu lintas turut disediakan di bandar Kangar bagi
memastikan keselesaan dan keselamatan penggunanya terjamin. Antara kemudahan yang disediakan
adalah seperti;
i-Laluan pejalan kaki berbumbung
ii- Jejantas
iii- Lampu isyarat
iv- Jalan raya yang berturap/tar
v- Jalan raya dua lorong
vi- Garisan pembahagi jalan raya
vii- Flyover
viii- Hentian bas
xi- Lintasan lampu isyarat
x- Laluan motosikal
9. 3.1 MASALAH YANG DIHADAPI DARI KONTEKS PERIBADI
Terdapat beberapa masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan dan juga
kemudahan yang terdapat di bandar Kangar dari pandangan mata saya. Antaranya
adalah seperti berikut;
a) KURANG KEMUDAHAN LINTASAN PEJALAN KAKI (ZEBRA CROSS LINE)
~ Di tengah-tengah kesibukan pusat bandar Kangar masih lagi kurang lintasan pejalan kaki
terutama sekali di kawasan sekolah, pasar raya dan juga perpustakaan awam.
~ Tambahan lagi, isyarat trafik di lintasan jalan kaki juga masih belum diwujudkan di bandar ini.
~ Kebanyakan pejalan kaki hanya berpeluang melintas jalan apabila mereka melihat tiada
kenderaan yang melalui jalan raya ketika itu.
~ Pejalan kaki sering kali terpaksa melintas dalam keadaan yang kurang teratur dan juga tanpa
kemudahan yang selamat.
~ Perkara tersebut membawa kepada risiko berlakunya kemalangan yang tidak diduga antara
pemandu kenderaan dan juga pejalan kaki.
10. b) KESESAKAN JALAN RAYA
~ Kesesakan akibat jalan raya yang sempit di bandar Kangar merupakan masalah yang sentiasa
membelenggu pengguna jalan raya sehingga ke hari ini.
~ Kebanyakan jalan raya yang sempit adalah di sekitar hospital dan kawasan sekolah.
~ Jalan raya tersebut menjadi laluan kenderaan berat dan juga kenderaan bermotor yang lain. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kenderaan berat tidak mempunyai pilihan lain untuk masuk dan keluar
melalui jalan atau persimpangan jalan yang sama dengan kenderaan bermotor yang lain.
~Keadaan jalan raya masih lagi sempit kerana tiada perubahan pada keadaan jalan raya tersebut
walaupun saban tahun berlaku peningkatan penduduk di kawasan Kangar.
~ Di samping, terdapat pokok-pokok besar yang bertindak menghalang laluan kenderaan di jalan
raya.
~ Kesannya, kesesakan jalan raya sering berlaku serta menjadi punca utama berlakunya kemalangan
jalan raya.
11. D) KURANG LALUAN KHAS BASIKAL
~ Sejak kebelakangan ini, penggunaan basikal menjadi trend dalam kalangan masyarakat di
Malaysia begitu juga dengan penduduk di kawasan bandar Kangar.
~ Walaubagaimanapun, laluan khas untuk pengguna basikal di bandar ini masih tidak diberi
perhatian. Perkara ini sememangnya mengusarkan pelbagai pihak terutama sekali
penunggang basikal.
~ Keperluan pembinaan ‘lorong biru’ sebagai lorong khas basikal perlu dilaksanakan bagi
menjaga keselamatan penunggang basikal daripada berlakunya kemalangan. Hal ini kerana,
pembinaan lorong-lorong tersebut di Kangar masih kurang diberi perhatian.
~ Pembinaan laluan basikal di bandar Kangar perlu dilaksanakan seiring dengan kawasan
yang menjadi tumpuan pejalan kaki. Hal ini kerana, pembahagian antara laluan pejalan kaki
dan basikal dengan laluan di sekitar jalan raya dapat dijalankan.
12. E) KURANG PENAWARAN PERKHIDMATAN E-HAILING SEPERTI GRAB
~ Masalah kurangnya penawaran e-hailing di bandar Kangar menjadikan penggunaan
perkhidmatan awam masa kini menjadi agak terhad terutama sekali perkhidmatan Grab.
~ Jika dilihat kebanyakan di bandar-bandar besar seperti Kajang misalnya amat tinggi penawaran
perkhidmatan tersebut.
~ Melalui kemudahan perkhidmatan Grab dan masa yang sama MyCar akan memudahkan
pergerakan individu dari suatu destinasi ke destinasi yang lain seiring dengan kecanggihan sistem
perkhidmatan yang disediakan masa kini.
~ Penawaran perkhidmatan tersebut secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan jalan
raya akibat daripada penggunaan pengangkutan persendirian yang tinggi serta jalan raya yang
sempit. Pada masa yang sama masalah kekurangan tempat meletak kenderaan dapat
dimaksimumkan.
13. 4.1 Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Tersebut
a) Pembinaan
Lintasan
Pejalan Kaki
Pembinaan dan penyediaan lintasan pejalan kaki haruslah diberi perhatian oleh pihak
berkuasa tempatan di negeri Perlis.
Dengan adanya lintasan pejalan kaki terutama sekali di kawasan tumpuan umum
seperti sekolah, pusat khidmat komuniti dan pasar raya maka secara tidak langsung
pejalan kaki mempunyai hak untuk melintas dengan selesa dan selamat.
Pembinaan lintasan jalan kaki (zebra cross line) juga berlu diiringi dengan
pelaksanaan lampu isyarat lintasan pejalan kaki agar kenderaan sentiasa peka akan
kewujudan pejalan kaki.
Kesannya, kadar kemalangan jalan raya disebabkan melintas jalan akan dapat
dibendung dari semasa ke semasa.
14. b)
Memperlebark
an Jalan Raya
Tindakan untuk memperlebarkan jalan raya yang sempit mampu untuk
mengurangkan kesesakan yang berlaku terutama sekali pada peak hours.
Pelebaran jalan raya membolehkan jalan-jalan raya di sekitar bandar Kangar
menampung kenderaan yang semakin bertambah akibat daripada kepesatan
pembangunan dan pertambahan penduduk.
Bagi menjalankan tindakan memperlebarkan jalan raya pihak berwajib haruslah
mengambil kira aspek kos dan juga kesan sampingan kepada alam sekitar akibat
tugas-tugas memperlebarkan jalan raya.
Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk mengurangkan kesesakan jalan
dengan membudayakan penggunaan perkhidmatan awam yang mana secara tidak
langsung dapat juga memaksimumkan bilangan kenderaan di jalan yang sempit
sementara pelebaran jalan dijalankan.
15. c) Menstruktur
semula laluan
basikal
Pertambahan peminat basikal dan langkah membudayakan hidup sihat melalui
basikal dapat dilaksanakan dengan berkesan jika langkah-langkah keselamatan
penggunanya di ambil kira.
Oleh itu, bagi menjamin keselamatan penunggang basikal maka pihak berkuasa
perlu melakukan pengstrukturan semula laluan basikal terutama sekali di
bandar yang menjadi pusat tumpuan penduduk.
Laluan basikal atau dikenali laluan lorong biru untuk basikal haruslah
dilaksanakan selari dengan keperluan laluan pejalan kaki.
Walaubagaimanapun, perancangan menstruktur semula laluan basikal juga
haruslah mengambil kira beberapa perkara seperti laluan bas, tempat meletak
kereta dan juga siar kaki terutama sekali jika bandar tersebut tidak seluas
bandar-bandar besar yang lain.
16. d)
Meningkatkan
perkhidmatan e-
hailing
Peningkatan perkhidmatan e-hailing seperti Grab di bandar Kangar merupakan
suatu langkah yang proaktif bagi memberi peluang kepada penduduk di
kawasan ini mempraktikkan budaya menggunakan perkhidmatan awam.
Perkhidmatan e-hailing memudahkan penduduk untuk melakukan pergerakan
dari suatu destinasi ke destinasi tanpa perlu memandu kenderaan persendirian.
Kesesakan jalan raya juga dapat dimaksimukan selain daripada dapat
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat untuk menjana
pendapatan mereka.
Tambahan lagi, peningkatan perkhidmatan e-hailing juga dapat memastikan
penduduk di kawasan bandar-bandar kecil untuk tidak ketinggalan dalam
mengunakan sistem pengangkutan secara digital.