1. Pos ted by admin on 2009/12/18 1:15:21 (1949 reads)
SEMASA:HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH SAMBUT BAYI TBG UJI
A LOR SETAR, 17 Dis (Bernama) -- Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di s ini melakar sejarah buat julung kali apabila empat
bayi tabung uji (IV F) termasuk satu kes kembar tiga dilahirkan di hospital itu pada 6 dan 10 Disember lepas.
P akar P erunding P erubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi HSB, Dr Murizah Mohd Zain berkata HSB adala h
hospital kerajaan kedua yang menawarkan perkhidmatan IVF menggunakan kaedah suntikan sperma (ICSI), selain Hospital
Kuala Lumpur (HKL).
Bayi tabung uji pertama, lelaki seberat 3.4 kilogram dilahirkan pada 6 Dis lepas dan yang kedua kembar tiga (dua lela ki dan
seorang perempuan) seberat antara 1.8 kg hingga 2.2 kg dilahirkan empat hari selepas itu.
"Kes ihatan keempat-empat bayi ini berada berada pada tahap memuaskan kecuali bayi perempuan dalam kelahiran kedua
yang mengidap demam kuning," kata Dr Murizah kepada pemberita Khamis.
Menurut seorang doctor yang bertugas di unit P erubatan Reproduksi HSB ditubuhkan pada 22 Mac sehingga November 2009,
pihak hospital telah mengendalikan 47 kes prosedur IVF dan dari jumlah itu 44 kes sampai ke peringkat pemindaha n janin
dan 13 darinya disahkan hamil. Ini bermakna kadar kehamilan bagi setiap pemindahan embrio mencapai tahap 28 peratus
yang boleh dibanggakan kerana setanding dengan pencapaian negara maju. Kejayaan ini adalah pencapaian yang
memberangsangkan bagi satu unit baru has il usaha keras semua pihak yang mengamalkan budaya kerja berpasukan dan
dibantu peralatan berteknologi tinggi. seorang doc tor yang bertugas mengatakan antara syarat bagi pasangan yang ingin
menjalani rawatan itu mes tilah tidak pernah mempunyai anak dan umur tidak melebihi 43 tahun. kos perkhidmatan IVF di
HSB adalah sangat rendah iaitu RM3,500 hingga RM4,500 dibandingkan bayaran yang dikenakan hospital swasta antara
RM15,000 hingga RM18,000. Bagaimanapun, maklumat mengenai kembar tiga yang dilahirkan pada 10 Dis tidak didedahkan
oleh HSB atas kehendak pasangan terbabit.
Ibu pertama yang melahirkan bayi tabung uji tersebut, Zunnurain @ Noraini Ramlan, 35, berkata beliau sangat gembira dan
bersyukur kerana penantian selama lapan tahun berakhir dengan kelahiran bayi lelaki yang s ihat dan normal.
"Dalam tempoh perkahwinan selama lapan tahun, saya dan suami berusaha mendapatkan pelbagai rawatan termasuk
tradis ional tetapi tidak berhasil," kata P embantu T adbir di P oliteknik Seberang Prai, Butterworth itu.
Katanya beliau dan suaminya, Md Sukri Ramli, 34, terus menemui pihak berkenaan di HSB selepas diberitahu oleh jiran
ibunya mengenai proses IVF di s itu.
Dalam nada gembira Zunnurain melafazkan 'Alhamdulillah' apabila disahkan hamil selepas menjalani rawatan ICSI tahun
lepas .
2. Bayinya yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan caesarean pada 6 Dis lepas seberat 3.4 kg dinamakan Muhammad Afif
Syahmi.
P engarah HSB, Dr Juita Ghazalie berkata beliau berbangga dengan kejayaan itu dan mengucapkan tahni ah kepada
kakitangannya yang komited dan berusaha menghasilkan bayi tabung uji pertama di hospital itu.
-- BERNAMA
Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
http://jknkedah.moh.gov.my/