Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Fiqh Munakahah Anak Pungut
1. FIQH MUNAKAHAT
“ANAK PUNGUT”
NAMA PENSYARAH: MOHD ANAS B. MUHAMAD
MUHAMAD FAKHRULLAH B. ZAMRI (D113047)
MUHAMMAD TAUFIQ B. ISHAK (D113053)
ABDUL QAYYUM B. JAAFAR (D113064)
ANIS B. SHAHRUDDIN (D113130)
2. 1.0 PENGERTIAN ANAK PUNGUT
Bermaksud kanak-kanak yang terbuang di jalanan atau seumpamanya dan
tiada siapa yang mengaku sebagai anaknya.
2.0 PENSYARIATAN MENGAMBIL ANAK PUNGUT
“اًعيِمَج َاسَّنال اَيْحَأ اَمَّنَأَكَف اَهاَيْحَأ ْنَمَو”
Maksudnya: “Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang
manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan manusia semuanya”
3. 3.0 HUKUM MENGAMBIL ANAK PUNGUT
Sesiapa terjumpa kanak-kanak di jalanan yang tidak diketahui siapa
penjaganya maka mengambil, menjaga dan mendidiknya adalah Fardhu
Kifayah. Jika dia tidak diendahkan oleh sesiapa pun dan masih terbiar di
situ maka semua penduduk yang mengetahuinya berdosa. Jika seorang
yang mengambil dan menjaganya, maka kesemua penduduk kampung
terselamat dari dosa.
4. 4.0 PERSAKSIAN KETIKA MENGAMBIL ANAK ANGKAT
Wajib mempunyai saksi bagi sesiapa yang menjumpai kanak-kanak
terbuang dan ingin mengambilnya. Hal ini kerana demi memelihara taraf
dan keturunan anak tersebut. Jika terdapat harta bersama-sama anak
tersebut, dia wajib mendatangkan saksi terhadap harta tersebut.
5. 5.0 SYARAT ANAK PUNGUT BOLEH TINGGAL BERSAMA ORANG
YANG MENGAMBILNYA:
i. Islam= Anak terbuang tidak boleh dipelihara oleh orang kafir.
ii. Adil= Anak yang terbuang tidak boleh dipelihara oleh orang yang fasiq.
iii. Cerdik dan matang= Orang yang mengambil anak tersebut mestilah
seorang yang cerdik dan matang yang pandai menguruskan anak terbuang
tersebut dengan baik.
iv. Bermukim = Jika orang yang mengambilnya ingin bermusafir bersama-
sama anak tersebut ke suatu tempat, anak itu hendaklah diambil
daripadanya kerana anak tersebut tidak selamat daripada perhambaan.
6. 6.0 MEMBERI PERHATIAN KEPADA ANAK PUNGUT
Allah SWT meletakkan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak
pungut pada kedudukan yang penting dan utama. Semua orang Islam
adalah berdosa jika mereka cuai memelihara seorang anak pungut.
Pemerintah juga berdosa jika tidak memberi perhatian kepadanya dan tidak
cuba memelihara bagi menggantikan kasih sayang ibu bapanya.
Sehubungan itu, Islam mewajibkan pemerintah berhutang daripada orang
Islam yang kaya jika negara itu miskin dan tidak ada cara lain untuk
menanggung perbelanjaannya.
7. 7.0 ANAK PUNGUT TIDAK HARUS DISAMAKAN DENGAN ANAK
ANGKAT
Menjadikan anak pungut sebagai anak sendiri bererti mewujudkan hubungan
nasab itu kepada bukan bapanya. Ia adalah haram dan batal. Hal ini kerana:
Asas kepada nasab ialah perkahwinan sedangkan asas ini tidak wujud
antara anak pungut dengan orang yang memeliharanya.
Hubungan nasab menyebabkan anak berhak mendapat harta
pusaka,nafaqah serta kewajipan terhadap harta pusaka dan nafaqah
tersebut.
Nasab ialah asas kepada haram perkahwinan, halal melihat mahram, tinggal
bersama-sama dan bergaul mesra.
8. KESIMPULAN:
Memelihara dan menjaga anak pungut adalah fardhu kifayah kerana ia
merupakan tanggungjawab orang Islam untuk mengambil peranan di dalam
menjaga dan mendidiknya melalui acuan Islam supaya anak pungut itu tidak di
ambil oleh orang yang bukan Islam agar terpelihara agamanya daripada
menganut mana-mana agama selain Islam. Selain itu, perhatian yang
sepenuhnya kepada anak-anak pungut adalah sangat penting kerana mereka
memerlukan kasih sayang yang sebaiknya agar dapat menggantikan kasih
sayang ibu bapa mereka yang tidak dapat dikenal pasti. Cadangan kami ialah,
sebaiknya orang-orang Islam yang kaya yang lebih patut untuk mengambil
berat tentang permasalahan ini kerana mereka lebih berkemampuan dan
memberikan keperluan harian dan pendidikan yang lebih sempurna.