Cerita ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Seman yang hidup miskin bersama orang tuanya. Suatu hari ketika mencari kayu bakar, dia tersesat di hutan dan bertemu Raja Satria yang membawanya ke istana. Seman hidup mewah di istana tetapi ketika bertemu kembali orang tuanya, dia bersikap angkuh dan merendahkan orang tuanya. Akibat sikap buruknya itu, Raja Satria menghukumnya dengan mengembalikan pen
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Balasan anak yang derhaka
1. Balasan Anak Yang Derhaka
Nun dihujung kampung sana, berhampiran kaki bukit tinggallah
seorangpemuda bernama Seman. Seman mendiami sebuah rumah usang
bersama-sama kedua ibu bapanya. Kampung itu diberi nama Kampung
Sejahtera. Seman bukanlah seperti pemuda yang lain. Rupa parasnya
hodoh, kulit badannnya juga bergerutu dan berbelang-belang.
Bagaimanapun Seman tetap disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
Semenjakkecil Seman dijaga dan diasuh dengan penuh kasih dan sayang.
PendudukKampung Sejahtera sering menyisihkan keluarga Seman.
Ekoran dari kemiskinan dan raut wajah Seman yang menakutkan mereka
sekeluarga sering dipinggirkan. Mereka tidak pernah diajak untuk
menyertai apa-apa majlis di kampung itu. Hiduplah mereka tiga beranak
di dalam pondok usang berbumbungkan atap bocor dan lantai yang
semakin reput menanti saatuntuk rebah ke bumi. Terasingdari penduduk
kampung.
Pada suatu hari, Seman telah keluar mencari kayu api di dalam
hutan. Pagi-pagi lagi Seman telah keluar bersama peralatan untuk
memotong kayu api. Entah bagaimana, tiba-tiba Seman tersesat. Jalan
lurus,belok ke kiri, jalan lagi belok ke kanan. Masih lagi Seman berpusing
di tempat yang sama. Puas dia mencari jalan keluar tetapi tidak berjumpa.
2. “Mana pula jalan keluar ini?”Seman berasa cemas.Entah berapa kali
dia mengelilingi tempat itu namun masih tidak berjumpa jalan keluar.
Akhirnya Seman berasa letih. Dia pun berehat lalu tertidur di bawah
sepohon pokok. Seman tidak tahu rupa-rupanya ada mata yang sedang
memerhati gelagatnya.
Setelah beberapa ketika Seman terlena, akhirnya dia terjaga. Seman
berasa sungguh terperanjat. Di lihatnya sekeliling. Sungguh indah
bercahaya. Seman terpaku melihat keindahan istana yang sangat asing
baginya. Dia tidak menyangka akan memasuki alam bunian yang sering
menjadi bualan penduduk kampungnya selama ini.
Tiba-tiba bahunya disentuh seorang lelaki bertubuh sasa. “Wahai
anak muda, aku Raja Satria. Ini isteriku Permaisuri Cahaya. Sekarangkamu
berada dalam istanaku di alam bunian. Tinggallah di sini sementara
waktu.” Raja Satria dan Isterinya tersenyum melihatSeman. Dengan tidak
disangka-sangka wajahSeman bertukar tampan. Kulitnya juga bersih dan
cerah.
Raja Satria dan Permaisuri Cahaya berkenan mengambil Seman
menjadi anakangkat. Mereka suka akan sikapSeman yangrajin menolong
ibu bapa serta sabar menghadapi ujian hidup. Tinggal lah Seman bersama
keluarga barunya di istana itu. Hidupnya dilimpahi kemewahan dan
kesenangan.
3. Setelah beberapa purnama Seman tinggal di istana itu, Raja
Satria dan Permaisuri Cahaya bersetuju untuk mempertemukan Seman
bersama ibu bapa kandungnya.
“ Pulanglah berjumpa kedua ibu bapamu. Sudah tentu mereka sangat
rindu kepadamu”. Kata Raja Satria.
Seman pun pulang ke kampung asalnya. Ibunya sungguh terkejut
melihat Seman telah kembali. Tambahan pula, rupa paras Seman telah
berubah kacak. Pakaiannya pula sungguh cantik dari kain yang mahal.
“Seman, ke mana kau menghilang selama ini nak? Ibu sangat rindu
kepadamu”. Seman melepaskan diri dari pelukan ibunya.
“Ya mak, Seman pulang untuk melihat keadaan emak dan ayah.
Tetapi Seman tidak boleh lama-lama” kata Seman cuba berdalih. Rupa-
rupanya Seman merasa malu akan kehidupannya yang dahulu. Dia tidak
mahu tinggal lama di kampungnya.
Ibu bapa Seman mahu mengadakan jamuan untuk menyambut
kepulangan anaknya. Namun Seman berasa malu sekiranya orang
kampungdatangke rumah buruknya. Seman cepat-cepatberkemas untuk
pulangke istana. “Janganlah pergi Seman. Tinggallah di kampungini. Mak
dan ayah sudah tua.”
4. Namun Seman berkeras mahu pergi dari kampung itu. “tidak mak.
Ini bukan tempat Seman. Seman tak sesuai tinggal di sini. Rumah yang
usang, tempat yang kotor dan busuk harta pun tak ada. Emak dan ayah
mahu Seman tinggal di sini?” kata Seman dengan angkuh. Sungguh pilu
hati kedua ibu bapa Seman mendengar kata-kata anakkesayangannya itu.
Menangislah ibu dan bapa Seman akibat perbuatannya.
“Seman sudah ada tempat tinggal yang baru. Jauh lebih indah dari
pondok buruk ini. Seman akan tinggal di sana dan tak akan kembali.”
Tiba-tiba bunyi satu dentuman yang sangat kuat diiringi cahaya
yang sangat terang. Rupa-rupanya Raja Satria dan Permaisuri Cahaya
melihat segala sikap buruk Seman kepada ibu bapanya. Mereka tidak
menyangka Seman berubah menjadi anak yang derhaka. “Beta tidak
menyangka sebegini buruk sikapmu terhadap ibu bapa.”
Seman berasa sungguh terkejut. Tiba-tiba wajahnya kembali kepada
asal. Badannya juga telah menggerutu dan berbelang-belang semula.
Seman menangis kerana menyesal dengan perbuatannya. Apakan daya
nasi telah menjadi bubur. Seman diselubungi penyesalan sehingga ke
akhir hayatnya.