Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Bab 2 arah
1.
2. - Arah ialah kedudukan sesuatu objek pada suatu
lokasi dilihat dari satu lokasi lain.
- Arah sesuatu objek ditentukan menggunakan
bearing.
- Bearing ialah sudut dalam bulatan, dinyatakan
dalam unit darjah(⁰)
- Satu bulatan mengandungi 360 ⁰.
- Terdapat 2 jenis bearing iaitu:
1. Bearing sudutan/azimut
2. Bearing sukuan
3.
4. Bearing Sudutan
Bearing sudutan diukur dari arah utara (dari 0 ⁰
mengikut pusingan jam.)
Nilai bearing sudutan ialah 0 ⁰ - 360 ⁰.
5. 2 cara mengukur bearing sudutan ialah:
1. Bearing sudutan kurang 180 ⁰
2. Bearing sudutan lebih 180 ⁰
Langkah-langkah mengukur bearing sudutan kurang
180 ⁰
1. Kenal pasti lokasi
2. Lukis penunjuk arah mata angin di objek yang
menjadi titik rujukan.
3. Buat garisan lurus yang menyambungkan kedua-
dua objek.
4. Letak jangka sudut di sebelah kanan objek
rujukan.
5. Baca nilai dari arah utara ikut pusingan jam.
6. Langkah-langkah mengukur bearing sudutan lebih
daripada 180 ⁰
1. Kenal pasti lokasi
2. Lukis penunjuk arah mata angin di objek yang
menjadi titik rujukan.
3. Buat garisan lurus yang menyambungkan
kedua-dua objek.
4. Letakkan jangka sudut di sebelah kiri atau barat
objek rujukan
5. Baca bearing sudutan dari arah utara hingga ke
garisan lurus
6. Tambahkan ukuran yang dibaca tadi dengan
180 ⁰
Contoh: 180 ⁰ +? =______