1. SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL.
Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpuruntuk mencari pekerjaan. Dia menumpang
tinggal di rumah sepupu bapanya iaitu Datuk Johari. Walau bagaimanapun, kehadiran Hilmi
tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin Salmah memandang hina terhadap orang
kampung yang miskin seperti Hilmi. Datuk Johari menawarkan kerja kepada Hilmi iaitu
sebagai tukang kebun di rumahnya. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh Hilmi telah
mengubah lanskap di kawasan pekarangan rumah Datuk Johari hingga menjadi lebih cantik.
Hayati, anak Datuk Johari pula tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain piano. Hubungan
Hayati dengan Hilmi yang semakin rapat menyebabkan Datin Salmah bertekad untuk
menghalau Hilmi dari rumahnya. Hilmi kemudiannya meninggalkan rumah Datuk Johari dan
belajar bermain alat muzik daripada Encik Bakar. Seterusnya, Hilmi berjaya menjadi
seorang pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Sebelum berangkat ke
London dengan suaminya, Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan menyatakan perasaan
cintanya kepada Hilmi.
Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi berkahwin dengan
Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat seorang anak. Hilmi terjatuh dan
terlantar di hospital pada malam “Pertunjukan Orkes Perdana.” Ketika itu, Hayati pulang dan
mengambil alih tugas Hilmi sebagai pemimpin orkestra pada malam “Pertunjukan Orkes
Perdana”. Di hospital pula, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi sebenarnya
ialah anak Datuk Johari hasil perkahwinannya dengan isterinya yang pertama. Sebagai
kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa
Hilmi sebelum itu.Akhirnya, Datuk Johari meninggal dunia secara mengejut selepas
menerima berita kematian Hilmi.