Pembersihan hutan secara besar-besaran di Tanah Tinggi Cameron, Pahang menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti banjir, hakisan tanah, kepupusan flora dan fauna, serta peningkatan suhu. Tanah tinggi merupakan kawasan hutan yang penting yang perlu dijaga untuk mengekalkan ekosistemnya.
4. TANAH TINGGI CAMERON , PAHANG
Tanah Tinggi Cameron terletak di Pahang.
Ia terletak setinggi 1,829 dari aras laut dan
suhu di tanah tinggi adalah antara 100c
hingga 200c.
Jarak Tanah Tinggi dari Ipoh adalah 90 KM
manakala jarak dari Kuala Lumpur adalah
200 KM.
7. KESAN – KESAN NEGATIF PEMBERSIHAN HUTAN
Banjir
Hakisan Tanah
Kepupusan Flora dan Fauna
Peningkatan suhu
8. BANJIR
Pembersihan hutan yang tidak terkawal
menyebabkan hutan terdedah terus kepada
air hujan dan terus mengalir ke sungai.
Sungai menjadi cetek, air melimpah dan
terjadinya banjir di kawasan rendah
contohnya di Sungai Kelantan dan Sungai
Pahang
Hutan yang telah digondol sudah tidak ada
penapisan air hujan akibat ketiadaan pokok
10. HAKISAN TANAH
Pembersihan hutan menyebabkan permukaan bumi
menjadi gondol
Ketiadaan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan tiada
akar yang dapat mencengkam tanah dan
mengakibatkan tanih menjadi longgar.
Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan
menghakis permukaan bumi yang longgar terutama
di kawasan cerun dan membawa lumpur turun ke
sungai.
Air larian ini menuruni cerun yang gondol dengan
arus yang kuat tanpa ada halangan dan
memusnahkan kawasan kitaraanya.
12. KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Pembersihan hutan menyebabkan kepupusan
flora dan fauna.
Pembersihan hutan menyebabkan haiwan
kehilangan habitatnya dan ini juga
menyebabkan kepupusan kerana tiada habitat
untuk mereka.
Antara tumbuhan yang ancam kepupusan ialah
Cengal, Resak, Berlian, Damar, Minyak, Orkid
Hutan dan Periuk Kera.
Antara hidupan liar yang diancam kepupusan
ialah Seladang, Kambing gurun, Rusa dan
Kijang.
14. PENINGKATAN SUHU
Penebangan hutan secara besar-besaran menyebabkan
permukaan bumi terdedah .
Suhu meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan .
Permukaan bumi yang menerima pancaran terus
matahari akan mengakibatkan kelembapan udara
berkurang .
Ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan
proses transpirasi akan turut menyebabkan udara
menjadi kering.
Kesan pembersihan hutan terhadap suhu :-
Suhu Tanah tinggi Cameron meningkat sebanyak 1.5
darjah selsius.
15. KESIMPULAN TAJUK
Tanah tinggi adalah alam semula jadi kurnian
Tuhan kepada manusia.
Tanah tinggi merupakan khanazah negara.
Tanah tinggi memainkan pelbagai peranan.
Oleh itu, kita hendaklah menjaga dengan
baik dan mengurangkan pembersihan hutan
secara besar – besaran.