SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
[Biteable: Video
Penerangan
Gaya Orang
Handal]
[Versi 1.0]
Roshaizul Nizam Mohd Sani
AJK e-Pembelajaran PSMZA
roshaizul@gmail.com
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
1
KANDUNGAN
I. Bahagian Satu – Daftar Masuk ............................................................................. 2
II. Bahagian Kedua – Memulakan ............................................................. 4
III. Bahagian Ketiga – Timeline.................................................................................. 7
IV. Bahagian Keempat – Color & Audio ...................................................................13
V. Bahagian Kelima – Preview dan Upload Video...................................................18
VI. Penamat............................................................................................................... 22
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
2
Bahagian Satu – Daftar Masuk
1. Taip pada browser
2. Klik Sign Up – Free di atas penjuru atas kanan skrin.
3. Masukkan Name, Email dan Password. Klik Create Account.
4. Kalau rasa malas nak isi tiga perkara di atas, terus sahaja log masuk menggunakan akaun
Facebook atau Google+ (Gmail). Hanya perlu klik salah satu butang berikut.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
3
5. Hanya beberapa klik, anda sudah akaun . Mudah dah cepat. Mee segera pun lagi lama
dimasak berbanding membuat akaun
6. Tamat bahagian pertama. Tarik nafas panjang sekali. Kita akan teruskan ke bahagian kedua
sekarang.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
4
Bahagian Kedua – Memulakan
1. Klik Get Started untuk memulakan video pertama anda.
2. Anda boleh pilih menggunakan 5 templete yang sedia ada. Templete ini terhad untuk video berdurasi
30 hingga 50 saat sahaja. Namun, anda boleh menambah kepanjangan video tersebut dengan
menambah scene.
3. Memandangkan nota ini untuk menjadikan anda handal, anda perlu buat dari kosong dengan klik
pada Start From Scratch.
4. Masukkan tajuk video yang anda akan buat. Kemudian, klik Get Started. Tajuk ini boleh diubahsuai
kemudian.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
5
5. Pada sebelah kiri skrin, ada paparan berikut. Ini merupakan pilihan templete bagi scene.
a. Semua template ada dalam Animation. Anda boleh klik mana-mana kelompok. Antaranya
Infographic, Clay, Frank, Isometric dan Robot. Di dalam kelompok-kelompok tersebut ada
pelbagai template scene yang boleh dipilih. Semua template di dalam Animation adalah percuma.
b. Template Footage pula mengandungi template scene yang berlatar belakangkan video atau Footage.
Namun, bagi akaun percuma, hanya kelompok Free sahaja yang boleh digunakan.
c. Manakala bagi template Upload Picture pula, anda boleh memasukkan gambar anda sendiri ke
dalam dan akan menganimasikan gambar anda supaya ia kelihatan lebih
menarik.
d. Template Upload Video. Ciri ini hanya untuk pengguna berbayar. Macam mana ia berfungsi?
Entahlah. Saya pun tidak tahu. Sebab, saya pakai akaun percuma juga, seperti anda.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
6
e. Favorites: Kalau anda suka sesuatu scene dalam template Animation, Footage, Upload Picture atau
Upload Video, anda boleh ketik tanda “love” pada hujung atas kanan mana-mana template scene
kesukaan anda.
Secara automatik, scene kesukaan anda tersebut akan berada di dalam Favorites.
6. Kita berhenti sebentar setakat ini. Sila dapatkan kerepek dan air teh bunga dari kedai
berhampiran untuk pesegaran.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
7
Bahagian Ketiga – Timeline
1. Baiklah. Sekarang kita betul-betul bermula. Sila pilih mana-mana template scene dari Animation,
Footage, atau Upload Picture. Anda boleh letak cursor di atas template (hover) untuk melihat sepintas
lalu bagaimana animasinya.
2. Apabila sudah berkenan, klik sahaja pada template tersebut. Lalu, paparan akan seperti berikut.
3. Anda boleh menukar tajuk video anda pada bahagian atas kanan skrin dan klik save.
4. Anda boleh masukkan teks anda pada bahagian Content > Your text. Pastikan teks tidak melebihi
jumlah aksara yang dinyatakan. Bagi template ini, jumlah aksara yang dibenarkan hanyalah 50
sahaja.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
8
5. Anda juga boleh pilih font dengan klik pada anak panah selepas perkataan Default.
6. Bagi menghasilkan animasi yang lebih pantas, anda boleh klik pada Timing dan tick Short version.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
9
7. Alamak! Lupa pula hendak beritahu. Yang di bawah ini, namanya timeline. Sepatutnya pada mula
bahagian ini perlu diberitahu. Tetapi, sebab rasa leceh hendak semula edit nota ini, saya selit di
sini sahaja ya.
8. Apabila anda siap sesuatu scene, anda boleh tambah scene berikutnya dengan klik tanda “tambah”
pada hujung timeline.
9. Seterusnya, anda boleh ulang semua dari langkah 1.
10. Katakanlah anda tersilap klik tanda “tambah”; walhal anda belum habis lagi edit scene sebelumnya,
anda boleh klik tanda “pangkah” pada hujung atas kanan skrin.
11. Kebanyakkan scene memerlukan anda untuk memasukkan satu baris text. Tetapi, ada juga scene
yang memerlukan anda memasukkan dua baris text atau gambar.
a. Contoh scene edit satu baris teks.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
10
b. Contoh scene edit dua baris teks.
c. Contoh scene edit gabungan satu baris teks dan gambar.
d. Contoh scene edit gabungan dua baris teks dan gambar.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
11
12. Anda boleh edit mana-mana scene yang anda buat. Hanya klik pada scene pada timeline yang anda
hendak edit. Pastikan border scene yang anda hendak edit itu berwarna hijau.
13. Selepas anda masukkan teks dan gambar; ataupun selepas anda edit scene, jangan lupa untuk klik
Update Preview bagi melihat hasil akhir setiap scene. Letakkan cursor pada gambar pada tengah
skrin dan perkataan Update Preview akan terpapar. Pada tahap ini, anda tidak boleh melihat hasil
animasi.
14. Jika scene sudah diupdate, paparan berikut akan tertulis Preview Updated apabila anda hover cursor di
tengah skrin.
15. Anda boleh ubah kedudukan scene pada timeline dengan click-hold-drag scene tersebut kemudian
letakkan di tempat yang sepatutnya.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
12
16. Pada setiap scene yang aktif (border berwarna hijau), terdapat anak panah. Apabila anda klik anak
penah tersebut, terdapat tiga menu, iaitu.
a. Jika anda hendak menukar scene, tanpa ubahsuai yang banyak pada kandungan teks atau
gambar, anda boleh klik Switch scene. Kemudian, anda boleh pilih mana-mana scene template.
Scene yang baharu akan menggantikan scene sebelumnya tanpa mengubah kedudukan di
timeline.
b. Anda juga boleh copy paste scene dengan klik pada Duplicate scene.
c. Jika ada scene indah preview dari rupa, atau yang anda menyampah melihatnya, anda boleh klik
Delete scene.
17. Apabila anda sudah berpuas hati dengan semua scene, dan anda sudah update preview semua scene,
anda boleh klik Save & Next.
18. Akhirnya, selesai bahagian paling panjang dalam nota ini. Jika waktu sekarang sudah
tengahari, elok anda pergi makan tengahari dahulu.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
13
Bahagian Keempat – Color & Audio
COLOR
1. Selepas siap buat dan susun scene dalam timeline, anda boleh mengubah skim warna video anda.
2. Klik tab color di atas skrin.
3. Anda boleh pilih skim warna pada tab color pallets.
4. Ataupun, jika anda kurang gemar warna yang dicadangkan, anda boleh klik tab custom colors.
5. Kemudian, klik pada Background 1, Background 2 atau Text untuk menukar warna.
6. Kemudian, anda boleh memlilih warna yang anda suka.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
14
7. Jika warna kesukaan anda tiada dalam senarai warna yang diberikan, anda boleh klik tanda
“tambah” seperti gambar sebelum ini.
8. Pilih warna kesukaan anda, kemudian klik Choose.
9. Setelah berpuashati dengan warna, anda boleh klik Next Edit Audio >
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
15
AUDIO
1. Anda boleh memilih muzik yang sedia ada dalam pada tab Select a Track. Anda boleh
klik pada play button untuk mendengar kesedapan muzik tersebut. Jika anda rasa muzik tersebut
sedap, klik tanda bulat pada sebelah kiri play button untuk menjadikannya muzik latar video anda.
2. Jika anda rasa muzik yang disediakan tak sedap, anda boleh muat naik muzik dari computer anda.
Bagi tujuan itu, sila klik tab Upload a Track.
3. Ada dua acara untuk muat naik muzik anda. Pertama, anda boleh drag fail muzik dalam computer
anda dan drop pada ruangan Drag file or click here to upload.
4. Cara kedua, anda klik pada Drag file or click here to upload. Di sini, anda boleh pilih fail muzik dari
komputer atau Google Drive atau Dropbox anda.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
16
5. Jika anda memilih untuk muat naik dari komputer anda, klik gambar komputer dan klik Select File
To Upload. Kemudian, pilih lagu dalam komputer anda.
6. Jika anda hendak muat naik lagu dari Google Drive atau Dropbox, sila klik kepada ikon
berkenaan. Kemudian, klik pada Connect Dropbox atau Connect Google Drive.
7. Seterusnya, anda akan dibawa ke laman pengesahan log masuk untuk menghubungkan akaun
Google Drive / Dropbox dengan akaun anda.
8. Setelah pengesahan berjaya, senarai fail dalam Google Drive atau Dropbox anda akan
dipaparkan. Anda boleh memilih fail muzik yang anda suka.
9. Kemudian, klik Upload.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
17
10. Apabila lagu anda berjaya dimuat naik, paparan akan seperti berikut. Pastikan anda memilih lagu
tersebut dengan klik gambar bulat dan pastikan ia berwarna biru.
11. Apabila anda sudah berpuashati dengan muzik pilihan anda, klik Next Preview Video >
12. Tamat sudah bahagian keempat. Anda boleh regangkan badan dan buat sedikit senaman. Jika tak
tahu nak buat senaman, boleh cari Kevin Zahari di Google.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
18
Bahagian Kelima – Preview dan Upload Video
1. Mahu atau tidak, anda perlu preview (render) video anda. Ini adalah proses biasa dalam pembikinan
video. Ia mengambil sedikit masa untuk preview video anda.
2. Klik sahaja Bulid My Preview dan tunggu berdasarkan masa yang dianggarkan.
3. Apabila video anda selesai preview, klik Publish This Video. Memandangkan saya menggunakan
akaun percuma, saya tidak boleh muat turun video yang dibuat.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
19
4. Pada bahagian kiri skrin, ada paparan berikut.
a. Download Vdeo tidak tersedia untuk akaun percuma.
b. Anda boleh edit kembali video anda dengan klik pada Edit Video. Skrin akan memaparkan
kembali timeline anda.
c. Klik Unpublish Video jika anda tidak mahu video anda dipaparkan. Tetapi, ia tidak hilang
dari anda. Anda boleh publish kembali video anda bila-bila masa.
d. Privacy: Hanya boleh set Public sahaja untuk akaun percuma.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
20
e. Video End Screen. Ia akan memaparkan paparan akhir video anda. Isikan maklumat yang
yang diperlukan.
Kemudian, klik Save dan anda akan dapat melihat hasilnya seperti ini.
f. Anda boleh memberi pautan video anda kepada sesiapa sahaja melalui pautan dalam ruangan
Video Link.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
21
g. Jika anda berhasrat untuk melatakkan video anda di laman sesawang atau blog anda, anda
boleh copy kod pada ruangan Embed Code.’
h. Seterusnya, anda boleh terus kongsi video ke laman sosial anda dengan klik butang Facebook,
Twitter atau Youtube pada bahagian Share Video.
5. Tamat sudah nota ini. Harap anda boleh mengaplikasikannya secepat mungkin. Jangan biarkan
nota ini dengan sengaja memenuhkan ruang simpanan dalam telefon dan komputer anda. Ilmu
ini akan jadi sia-sia jika anda tidak menggunakannya. Ilmu yang tidak digunakan seumpama
pohon yang tidak berbuah.
[Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani
22
Penamat
1. Nota tutorial ini adalah untuk pengguna versi percuma. Jika anda serius untuk
menggunakan , anda digalakkan untuk membuat langganan. Harga langganan pada 27
November 2017 adalah seperti berikut.
2. Nota ini barangkali ada kesilapan istilah yang digunakan. Saya memohon maaf. Saya bukan
berlatar belakang multimedia.
3. Nota ini percuma. Jika anda terbeli nota ini, sila minta penjual membayar balik wang anda.
4. Sebarang cadangan penambahbaikan atau pertanyaan boleh emelkan ke roshaizul@gmail.com

More Related Content

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 

Recently uploaded (15)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal

  • 1. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] [Versi 1.0] Roshaizul Nizam Mohd Sani AJK e-Pembelajaran PSMZA roshaizul@gmail.com
  • 2. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 1 KANDUNGAN I. Bahagian Satu – Daftar Masuk ............................................................................. 2 II. Bahagian Kedua – Memulakan ............................................................. 4 III. Bahagian Ketiga – Timeline.................................................................................. 7 IV. Bahagian Keempat – Color & Audio ...................................................................13 V. Bahagian Kelima – Preview dan Upload Video...................................................18 VI. Penamat............................................................................................................... 22
  • 3. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 2 Bahagian Satu – Daftar Masuk 1. Taip pada browser 2. Klik Sign Up – Free di atas penjuru atas kanan skrin. 3. Masukkan Name, Email dan Password. Klik Create Account. 4. Kalau rasa malas nak isi tiga perkara di atas, terus sahaja log masuk menggunakan akaun Facebook atau Google+ (Gmail). Hanya perlu klik salah satu butang berikut.
  • 4. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 3 5. Hanya beberapa klik, anda sudah akaun . Mudah dah cepat. Mee segera pun lagi lama dimasak berbanding membuat akaun 6. Tamat bahagian pertama. Tarik nafas panjang sekali. Kita akan teruskan ke bahagian kedua sekarang.
  • 5. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 4 Bahagian Kedua – Memulakan 1. Klik Get Started untuk memulakan video pertama anda. 2. Anda boleh pilih menggunakan 5 templete yang sedia ada. Templete ini terhad untuk video berdurasi 30 hingga 50 saat sahaja. Namun, anda boleh menambah kepanjangan video tersebut dengan menambah scene. 3. Memandangkan nota ini untuk menjadikan anda handal, anda perlu buat dari kosong dengan klik pada Start From Scratch. 4. Masukkan tajuk video yang anda akan buat. Kemudian, klik Get Started. Tajuk ini boleh diubahsuai kemudian.
  • 6. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 5 5. Pada sebelah kiri skrin, ada paparan berikut. Ini merupakan pilihan templete bagi scene. a. Semua template ada dalam Animation. Anda boleh klik mana-mana kelompok. Antaranya Infographic, Clay, Frank, Isometric dan Robot. Di dalam kelompok-kelompok tersebut ada pelbagai template scene yang boleh dipilih. Semua template di dalam Animation adalah percuma. b. Template Footage pula mengandungi template scene yang berlatar belakangkan video atau Footage. Namun, bagi akaun percuma, hanya kelompok Free sahaja yang boleh digunakan. c. Manakala bagi template Upload Picture pula, anda boleh memasukkan gambar anda sendiri ke dalam dan akan menganimasikan gambar anda supaya ia kelihatan lebih menarik. d. Template Upload Video. Ciri ini hanya untuk pengguna berbayar. Macam mana ia berfungsi? Entahlah. Saya pun tidak tahu. Sebab, saya pakai akaun percuma juga, seperti anda.
  • 7. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 6 e. Favorites: Kalau anda suka sesuatu scene dalam template Animation, Footage, Upload Picture atau Upload Video, anda boleh ketik tanda “love” pada hujung atas kanan mana-mana template scene kesukaan anda. Secara automatik, scene kesukaan anda tersebut akan berada di dalam Favorites. 6. Kita berhenti sebentar setakat ini. Sila dapatkan kerepek dan air teh bunga dari kedai berhampiran untuk pesegaran.
  • 8. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 7 Bahagian Ketiga – Timeline 1. Baiklah. Sekarang kita betul-betul bermula. Sila pilih mana-mana template scene dari Animation, Footage, atau Upload Picture. Anda boleh letak cursor di atas template (hover) untuk melihat sepintas lalu bagaimana animasinya. 2. Apabila sudah berkenan, klik sahaja pada template tersebut. Lalu, paparan akan seperti berikut. 3. Anda boleh menukar tajuk video anda pada bahagian atas kanan skrin dan klik save. 4. Anda boleh masukkan teks anda pada bahagian Content > Your text. Pastikan teks tidak melebihi jumlah aksara yang dinyatakan. Bagi template ini, jumlah aksara yang dibenarkan hanyalah 50 sahaja.
  • 9. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 8 5. Anda juga boleh pilih font dengan klik pada anak panah selepas perkataan Default. 6. Bagi menghasilkan animasi yang lebih pantas, anda boleh klik pada Timing dan tick Short version.
  • 10. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 9 7. Alamak! Lupa pula hendak beritahu. Yang di bawah ini, namanya timeline. Sepatutnya pada mula bahagian ini perlu diberitahu. Tetapi, sebab rasa leceh hendak semula edit nota ini, saya selit di sini sahaja ya. 8. Apabila anda siap sesuatu scene, anda boleh tambah scene berikutnya dengan klik tanda “tambah” pada hujung timeline. 9. Seterusnya, anda boleh ulang semua dari langkah 1. 10. Katakanlah anda tersilap klik tanda “tambah”; walhal anda belum habis lagi edit scene sebelumnya, anda boleh klik tanda “pangkah” pada hujung atas kanan skrin. 11. Kebanyakkan scene memerlukan anda untuk memasukkan satu baris text. Tetapi, ada juga scene yang memerlukan anda memasukkan dua baris text atau gambar. a. Contoh scene edit satu baris teks.
  • 11. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 10 b. Contoh scene edit dua baris teks. c. Contoh scene edit gabungan satu baris teks dan gambar. d. Contoh scene edit gabungan dua baris teks dan gambar.
  • 12. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 11 12. Anda boleh edit mana-mana scene yang anda buat. Hanya klik pada scene pada timeline yang anda hendak edit. Pastikan border scene yang anda hendak edit itu berwarna hijau. 13. Selepas anda masukkan teks dan gambar; ataupun selepas anda edit scene, jangan lupa untuk klik Update Preview bagi melihat hasil akhir setiap scene. Letakkan cursor pada gambar pada tengah skrin dan perkataan Update Preview akan terpapar. Pada tahap ini, anda tidak boleh melihat hasil animasi. 14. Jika scene sudah diupdate, paparan berikut akan tertulis Preview Updated apabila anda hover cursor di tengah skrin. 15. Anda boleh ubah kedudukan scene pada timeline dengan click-hold-drag scene tersebut kemudian letakkan di tempat yang sepatutnya.
  • 13. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 12 16. Pada setiap scene yang aktif (border berwarna hijau), terdapat anak panah. Apabila anda klik anak penah tersebut, terdapat tiga menu, iaitu. a. Jika anda hendak menukar scene, tanpa ubahsuai yang banyak pada kandungan teks atau gambar, anda boleh klik Switch scene. Kemudian, anda boleh pilih mana-mana scene template. Scene yang baharu akan menggantikan scene sebelumnya tanpa mengubah kedudukan di timeline. b. Anda juga boleh copy paste scene dengan klik pada Duplicate scene. c. Jika ada scene indah preview dari rupa, atau yang anda menyampah melihatnya, anda boleh klik Delete scene. 17. Apabila anda sudah berpuas hati dengan semua scene, dan anda sudah update preview semua scene, anda boleh klik Save & Next. 18. Akhirnya, selesai bahagian paling panjang dalam nota ini. Jika waktu sekarang sudah tengahari, elok anda pergi makan tengahari dahulu.
  • 14. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 13 Bahagian Keempat – Color & Audio COLOR 1. Selepas siap buat dan susun scene dalam timeline, anda boleh mengubah skim warna video anda. 2. Klik tab color di atas skrin. 3. Anda boleh pilih skim warna pada tab color pallets. 4. Ataupun, jika anda kurang gemar warna yang dicadangkan, anda boleh klik tab custom colors. 5. Kemudian, klik pada Background 1, Background 2 atau Text untuk menukar warna. 6. Kemudian, anda boleh memlilih warna yang anda suka.
  • 15. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 14 7. Jika warna kesukaan anda tiada dalam senarai warna yang diberikan, anda boleh klik tanda “tambah” seperti gambar sebelum ini. 8. Pilih warna kesukaan anda, kemudian klik Choose. 9. Setelah berpuashati dengan warna, anda boleh klik Next Edit Audio >
  • 16. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 15 AUDIO 1. Anda boleh memilih muzik yang sedia ada dalam pada tab Select a Track. Anda boleh klik pada play button untuk mendengar kesedapan muzik tersebut. Jika anda rasa muzik tersebut sedap, klik tanda bulat pada sebelah kiri play button untuk menjadikannya muzik latar video anda. 2. Jika anda rasa muzik yang disediakan tak sedap, anda boleh muat naik muzik dari computer anda. Bagi tujuan itu, sila klik tab Upload a Track. 3. Ada dua acara untuk muat naik muzik anda. Pertama, anda boleh drag fail muzik dalam computer anda dan drop pada ruangan Drag file or click here to upload. 4. Cara kedua, anda klik pada Drag file or click here to upload. Di sini, anda boleh pilih fail muzik dari komputer atau Google Drive atau Dropbox anda.
  • 17. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 16 5. Jika anda memilih untuk muat naik dari komputer anda, klik gambar komputer dan klik Select File To Upload. Kemudian, pilih lagu dalam komputer anda. 6. Jika anda hendak muat naik lagu dari Google Drive atau Dropbox, sila klik kepada ikon berkenaan. Kemudian, klik pada Connect Dropbox atau Connect Google Drive. 7. Seterusnya, anda akan dibawa ke laman pengesahan log masuk untuk menghubungkan akaun Google Drive / Dropbox dengan akaun anda. 8. Setelah pengesahan berjaya, senarai fail dalam Google Drive atau Dropbox anda akan dipaparkan. Anda boleh memilih fail muzik yang anda suka. 9. Kemudian, klik Upload.
  • 18. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 17 10. Apabila lagu anda berjaya dimuat naik, paparan akan seperti berikut. Pastikan anda memilih lagu tersebut dengan klik gambar bulat dan pastikan ia berwarna biru. 11. Apabila anda sudah berpuashati dengan muzik pilihan anda, klik Next Preview Video > 12. Tamat sudah bahagian keempat. Anda boleh regangkan badan dan buat sedikit senaman. Jika tak tahu nak buat senaman, boleh cari Kevin Zahari di Google.
  • 19. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 18 Bahagian Kelima – Preview dan Upload Video 1. Mahu atau tidak, anda perlu preview (render) video anda. Ini adalah proses biasa dalam pembikinan video. Ia mengambil sedikit masa untuk preview video anda. 2. Klik sahaja Bulid My Preview dan tunggu berdasarkan masa yang dianggarkan. 3. Apabila video anda selesai preview, klik Publish This Video. Memandangkan saya menggunakan akaun percuma, saya tidak boleh muat turun video yang dibuat.
  • 20. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 19 4. Pada bahagian kiri skrin, ada paparan berikut. a. Download Vdeo tidak tersedia untuk akaun percuma. b. Anda boleh edit kembali video anda dengan klik pada Edit Video. Skrin akan memaparkan kembali timeline anda. c. Klik Unpublish Video jika anda tidak mahu video anda dipaparkan. Tetapi, ia tidak hilang dari anda. Anda boleh publish kembali video anda bila-bila masa. d. Privacy: Hanya boleh set Public sahaja untuk akaun percuma.
  • 21. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 20 e. Video End Screen. Ia akan memaparkan paparan akhir video anda. Isikan maklumat yang yang diperlukan. Kemudian, klik Save dan anda akan dapat melihat hasilnya seperti ini. f. Anda boleh memberi pautan video anda kepada sesiapa sahaja melalui pautan dalam ruangan Video Link.
  • 22. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 21 g. Jika anda berhasrat untuk melatakkan video anda di laman sesawang atau blog anda, anda boleh copy kod pada ruangan Embed Code.’ h. Seterusnya, anda boleh terus kongsi video ke laman sosial anda dengan klik butang Facebook, Twitter atau Youtube pada bahagian Share Video. 5. Tamat sudah nota ini. Harap anda boleh mengaplikasikannya secepat mungkin. Jangan biarkan nota ini dengan sengaja memenuhkan ruang simpanan dalam telefon dan komputer anda. Ilmu ini akan jadi sia-sia jika anda tidak menggunakannya. Ilmu yang tidak digunakan seumpama pohon yang tidak berbuah.
  • 23. [Biteable: Video Penerangan Gaya Orang Handal] Roshaizul Nizam Mohd Sani 22 Penamat 1. Nota tutorial ini adalah untuk pengguna versi percuma. Jika anda serius untuk menggunakan , anda digalakkan untuk membuat langganan. Harga langganan pada 27 November 2017 adalah seperti berikut. 2. Nota ini barangkali ada kesilapan istilah yang digunakan. Saya memohon maaf. Saya bukan berlatar belakang multimedia. 3. Nota ini percuma. Jika anda terbeli nota ini, sila minta penjual membayar balik wang anda. 4. Sebarang cadangan penambahbaikan atau pertanyaan boleh emelkan ke roshaizul@gmail.com