SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DUNIA MUZIK
TAHUN SATU
2010
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN SATU
DUNIA MUZIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2010
K A N D U N G A N
RUKUNEGARA iii
FALSAFAH PENDIDIKAN iii
PENDAHULUAN iv
MATLAMAT iv
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH v
FOKUS MATA PELAJARAN v
ORGANISASI KANDUNGAN vi
KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1
Objektif Dunia Muzik Tahun 1 2
Modul 1 : Pengalaman Muzikal 3
Modul 2 : Penghasilan Muzik 7
Modul 3 : Apresiasi Muzik 9
Glosari 13
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
iv
PENDAHULUAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan
program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan.
Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang
muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea
kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika
muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina
dengan memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu
Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik
serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.
MATLAMAT
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat
untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan
kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara
intelektual menerusi aktiviti muzikal.
v
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH
RENDAH
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran
berikut;
i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti
nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik
dalam aktiviti muzikal,
iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti
nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,
iv. membaca dan menulis notasi muzik,
v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan
menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya
muzik yang didengar; dan
vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
FOKUS MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina
berasaskan empat modul kurikulum dengan peratus
pengagihan kandungan seperti berikut;
Modul Pengalaman Muzikal (60%)
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti
nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.
Modul Penghasilan Muzik (20%)
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang
dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
Modul Apresiasi Muzik (10%)
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik
menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.
Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% -
bermula di Tahun 4)
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas
membaca dan menulis notasi muzik.
vi
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan
program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu
dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan dokumen
ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:
i. Pengalaman Muzikal
ii. Penghasilan Muzik
iii. Apresiasi Muzik
iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap.
Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum
diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam
dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi
ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur
Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang
harus dikuasai murid.
Dari tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan
pendekatan bertema yang menitik beratkan elemen-elemen
kreativiti. Tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik, Mulanya
Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini dirancang
sebagai platform awal kepada murid untuk mengenali dan
menguasai kemahiran muzikal. Murid berpeluang berkarya
secara kreatif dan seterusnya menghargai nilai estetik
muzik. Dari tahun tiga hingga enam, fokus pengajaran dan
pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat
muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan
kepada penggunaan perisian notasi muzik.
KURIKULUM DUNIA MUZIK
TAHUN 1
2
OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1
Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;
i. menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo,
ii. memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo,
iii. memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan
pendek, mud serta lirik,
iv. menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal,
v. mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar; dan
vi. mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.
3
KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1
MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL
Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.
Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.
Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan
pendek, mud serta lirik.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo
atau berkumpulan.
1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.
- suara bercakap
- suara menyanyi
- suara memanggil
- suara berbisik
- suara lelaki dan perempuan
4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.
- postur duduk
- postur berdiri
1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.
- pic tinggi
- pic rendah
1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.
- cepat
- lambat
1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.
- lembut ( p )
- kuat ( f )
5
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.
1.2 Memainkan perkusi secara solo atau
berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.
- postur
- cara memainkan
1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.
- cepat
- lambat
1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.
- lembut ( p )
- kuat ( f )
6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.
- dinamik kuat/ lembut
- pic tinggi/ rendah
- tempo cepat/ lambat
- bunyi panjang/ pendek
1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.
- lagu aksi (action song)
- permainan nyanyian (singing games)
7
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK
Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan
dan perkusi mulut.
Aktiviti penerokaan suara:
- meniru suara haiwan
- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi
Aktiviti perkusi badan:
- bertepuk tangan
- menepuk peha
- memetik jari
Aktiviti perkusi mulut:
- klik lidah
8
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Mencipta corak irama mudah.
- mengajuk corak irama
- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan
2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.
- mengajuk melodi
- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan
9
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK
Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar.
Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai
repertoir.
3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.
- suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.
- Muzik Popular
-
-
Muzik Tradisional Malaysia
Muzik Klasik Barat
3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang
didengar.
- Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut)
- tempo (cepat-lambat)
- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)
- dinamik (kuat-lembut)
GLOSARI
13
GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1
PERKATAAN PENERANGAN
Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah
yang digunakan ialah :
Istilah Simbol Makna
Piano p Bunyi lembut
Forte f Bunyi kuat
Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.
Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.
Contoh Melodi:
14
PERKATAAN PENERANGAN
Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.
Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:
a. Ghazal dari Malaysia
b. Gamelan Bali dari Indonesia.
Muzik instrumental
(Instrumental Music )
Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental
boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.
Muzik Klasik Barat
(Western Classical Music)
Muzik klasik yang berasal dari negara Barat.
Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.
Muzik Popular (Popular Music ) Muzik semasa yang dikenali ramai.
Muzik Tradisional Malaysia
(Malaysian Traditional Music)
Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.
Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
15
PERKATAAN PENERANGAN
Muzik Vokal (Vocal Music ) Muzik yang mengandungi nyanyian.
Permainan Nyanyian
(Singing Games)
Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”
Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat
muzik.
Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.
Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.
Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.
Contoh: Tempo cepat atau lambat.
16
PERKATAAN PENERANGAN
Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.
Warna ton (Colour Tone ) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.
Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM
ARAS 4 – 8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel 03 8884 2000 Fax 03 8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Moli SA
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1eikhwa
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3awalludinmiskam
 
Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4skstpaul
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6izzall
 
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5cikgujamil
 
Sp muzik f123
Sp muzik f123Sp muzik f123
Sp muzik f123asnur87
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebookDsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebookZaedi Ahmad
 
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
1. perkusi muzik tahun 4
1. perkusi muzik tahun 41. perkusi muzik tahun 4
1. perkusi muzik tahun 4mhd amin omar
 
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1norakmar74
 
Panduan pengajaran muzik tahun 2
Panduan pengajaran muzik tahun 2Panduan pengajaran muzik tahun 2
Panduan pengajaran muzik tahun 2siaw ong
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 

What's hot (18)

Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
 
Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6
 
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
 
Sp muzik f123
Sp muzik f123Sp muzik f123
Sp muzik f123
 
Kemahiran muzik
Kemahiran muzikKemahiran muzik
Kemahiran muzik
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebookDsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
 
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
 
Sp Kbsr Muzik 1
Sp Kbsr Muzik 1Sp Kbsr Muzik 1
Sp Kbsr Muzik 1
 
1. perkusi muzik tahun 4
1. perkusi muzik tahun 41. perkusi muzik tahun 4
1. perkusi muzik tahun 4
 
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
 
Panduan pengajaran muzik tahun 2
Panduan pengajaran muzik tahun 2Panduan pengajaran muzik tahun 2
Panduan pengajaran muzik tahun 2
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Rancangan Mengajar Muzik Tahun 6
Rancangan Mengajar Muzik Tahun 6Rancangan Mengajar Muzik Tahun 6
Rancangan Mengajar Muzik Tahun 6
 
Seni Musik 8 bab11
Seni Musik 8 bab11Seni Musik 8 bab11
Seni Musik 8 bab11
 
Seni Musik 8 bab4
Seni Musik 8 bab4Seni Musik 8 bab4
Seni Musik 8 bab4
 

Viewers also liked

Viewers also liked (13)

Kinh nghiệm chăm sóc bé từ 0-12 tháng tuổi - Ebook
Kinh nghiệm chăm sóc bé từ 0-12 tháng tuổi - EbookKinh nghiệm chăm sóc bé từ 0-12 tháng tuổi - Ebook
Kinh nghiệm chăm sóc bé từ 0-12 tháng tuổi - Ebook
 
Investment banking services
Investment banking servicesInvestment banking services
Investment banking services
 
Psp mpc topic-10
Psp mpc topic-10Psp mpc topic-10
Psp mpc topic-10
 
Psp mpc topic-02
Psp mpc topic-02Psp mpc topic-02
Psp mpc topic-02
 
Ghosterr
GhosterrGhosterr
Ghosterr
 
開発途上国看護能力開発プログラム 2013.2.18
開発途上国看護能力開発プログラム 2013.2.18開発途上国看護能力開発プログラム 2013.2.18
開発途上国看護能力開発プログラム 2013.2.18
 
Ideate
IdeateIdeate
Ideate
 
Psp mpc topic-03
Psp mpc topic-03Psp mpc topic-03
Psp mpc topic-03
 
Process empathy map
Process empathy mapProcess empathy map
Process empathy map
 
Psp mpc topic-05
Psp mpc topic-05Psp mpc topic-05
Psp mpc topic-05
 
Psp mpc topic-06
Psp mpc topic-06Psp mpc topic-06
Psp mpc topic-06
 
Psp mpc topic-08
Psp mpc topic-08Psp mpc topic-08
Psp mpc topic-08
 
Psp mpc topic-01
Psp mpc topic-01Psp mpc topic-01
Psp mpc topic-01
 

Similar to KSSR Dunia Muzik Tahun 1

Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4izzall
 
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4siaw ong
 
Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Lydia Edmund
 
Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)
Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)
Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)norakmar74
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Pppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 editedPppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 editedDeevannesa Mia
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6geearashid
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Solikin Ahmad
 
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6slaire
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6ZURAZS
 
Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3Osni Osman
 
Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3Osni Osman
 
Pppmduniamuzik tahun2
Pppmduniamuzik tahun2Pppmduniamuzik tahun2
Pppmduniamuzik tahun2Ja'far Ahman
 
PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1
PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1
PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1Safiah Sulaiman
 
Pppmduniamuzik tahun1
Pppmduniamuzik tahun1Pppmduniamuzik tahun1
Pppmduniamuzik tahun1Ja'far Ahman
 

Similar to KSSR Dunia Muzik Tahun 1 (20)

Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4
 
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
 
Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4
 
Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)
Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)
Kurikulum standard sekolah rendah (muzik)
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
 
Pppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 editedPppm pend muzik ld tahun 1 edited
Pppm pend muzik ld tahun 1 edited
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6
 
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6
 
Sp kbsr muzik
Sp kbsr muzikSp kbsr muzik
Sp kbsr muzik
 
Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3
 
Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3Pppmduniamuzik tahun3
Pppmduniamuzik tahun3
 
Pppmduniamuzik tahun2
Pppmduniamuzik tahun2Pppmduniamuzik tahun2
Pppmduniamuzik tahun2
 
PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1
PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1
PPPM DUNIA MUZIK TAHUN 1
 
Pppmduniamuzik tahun1
Pppmduniamuzik tahun1Pppmduniamuzik tahun1
Pppmduniamuzik tahun1
 

KSSR Dunia Muzik Tahun 1

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN SATU 2010
  • 2.
  • 3. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU DUNIA MUZIK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2010
  • 4.
  • 5. K A N D U N G A N RUKUNEGARA iii FALSAFAH PENDIDIKAN iii PENDAHULUAN iv MATLAMAT iv OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH v FOKUS MATA PELAJARAN v ORGANISASI KANDUNGAN vi KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1 Objektif Dunia Muzik Tahun 1 2 Modul 1 : Pengalaman Muzikal 3 Modul 2 : Penghasilan Muzik 7 Modul 3 : Apresiasi Muzik 9 Glosari 13
  • 6.
  • 7. iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 8. iv PENDAHULUAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan. Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik. MATLAMAT Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.
  • 9. v OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut; i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik, ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal, iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik, iv. membaca dan menulis notasi muzik, v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut; Modul Pengalaman Muzikal (60%) Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Modul Penghasilan Muzik (20%) Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. Modul Apresiasi Muzik (10%) Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% - bermula di Tahun 4) Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.
  • 10. vi ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan dokumen ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut: i. Pengalaman Muzikal ii. Penghasilan Muzik iii. Apresiasi Muzik iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai murid. Dari tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan pendekatan bertema yang menitik beratkan elemen-elemen kreativiti. Tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik, Mulanya Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini dirancang sebagai platform awal kepada murid untuk mengenali dan menguasai kemahiran muzikal. Murid berpeluang berkarya secara kreatif dan seterusnya menghargai nilai estetik muzik. Dari tahun tiga hingga enam, fokus pengajaran dan pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan kepada penggunaan perisian notasi muzik.
  • 12. 2 OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1 Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut; i. menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo, ii. memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo, iii. memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik, iv. menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal, v. mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar; dan vi. mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.
  • 13. 3 KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1 MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan. 1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul. - suara bercakap - suara menyanyi - suara memanggil - suara berbisik - suara lelaki dan perempuan
  • 14. 4 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul. - postur duduk - postur berdiri 1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat. - pic tinggi - pic rendah 1.1.4 Menyanyi mengikut tempo. - cepat - lambat 1.1.5 Menyanyi dengan dinamik. - lembut ( p ) - kuat ( f )
  • 15. 5 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul. 1.2 Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir. 1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik. - postur - cara memainkan 1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo. - cepat - lambat 1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik. - lembut ( p ) - kuat ( f )
  • 16. 6 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi. - dinamik kuat/ lembut - pic tinggi/ rendah - tempo cepat/ lambat - bunyi panjang/ pendek 1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. - lagu aksi (action song) - permainan nyanyian (singing games)
  • 17. 7 MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut. Aktiviti penerokaan suara: - meniru suara haiwan - meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi Aktiviti perkusi badan: - bertepuk tangan - menepuk peha - memetik jari Aktiviti perkusi mulut: - klik lidah
  • 18. 8 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.2 Mencipta corak irama mudah. - mengajuk corak irama - mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan 2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa. - mengajuk melodi - mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan
  • 19. 9 MODUL 3 : APRESIASI MUZIK Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar. Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir. 3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar. - suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa. - Muzik Popular - - Muzik Tradisional Malaysia Muzik Klasik Barat 3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar. - Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut) - tempo (cepat-lambat) - tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal) - dinamik (kuat-lembut)
  • 20.
  • 22.
  • 23. 13 GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 PERKATAAN PENERANGAN Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah : Istilah Simbol Makna Piano p Bunyi lembut Forte f Bunyi kuat Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan. Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. Contoh Melodi:
  • 24. 14 PERKATAAN PENERANGAN Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih. Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia b. Gamelan Bali dari Indonesia. Muzik instrumental (Instrumental Music ) Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra. Muzik Klasik Barat (Western Classical Music) Muzik klasik yang berasal dari negara Barat. Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven. Muzik Popular (Popular Music ) Muzik semasa yang dikenali ramai. Muzik Tradisional Malaysia (Malaysian Traditional Music) Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia. Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
  • 25. 15 PERKATAAN PENERANGAN Muzik Vokal (Vocal Music ) Muzik yang mengandungi nyanyian. Permainan Nyanyian (Singing Games) Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga” Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana. Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik. Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu. Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik. Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat.
  • 26. 16 PERKATAAN PENERANGAN Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik. Warna ton (Colour Tone ) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan. Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.
  • 27.
  • 28. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM ARAS 4 – 8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel 03 8884 2000 Fax 03 8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk