Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook

1,174 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
  2. 2. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  3. 3. Cetakan Pertama © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
  4. 4. KANDUNGAN RUKUNEGARA v FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi PENDAHULUAN vii MATLAMAT vii OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH viii FOKUS MATA PELAJARAN viii ORGANISASI KANDUNGAN ix KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT Objektif Pendidikan Muzik Tahun Empat 3 Modul 1 : Pengalaman Muzikal 4 Modul 2 : Penghasilan Muzik 9 Modul 3 : Apresiasi Muzik 10 Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik 11 Glosari 17 iii
  5. 5. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • • • • • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  6. 6. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi
  7. 7. PENDAHULUAN Kurikulum Pendidikan MATLAMAT Muzik merupakan program Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual (Tahap Dua). Kurikulum ini juga merupakan kesinambungan menerusi aktiviti muzikal. program pembelajaran Dunia Muzik (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara konvensional seterusnya mempraktikkan tersebut menerusi permainan alat muzik. kemahiran Bagi mencapai tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik. vii
  8. 8. OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH Kurikulum Muzik sekolah rendah FOKUS MATA PELAJARAN bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut; Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut; i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik, mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti dalam aktiviti muzikal, ii. Modul Pengalaman Muzikal (60%) nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Murid berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti berpic. nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik, Modul Penghasilan Muzik (20%) iv. membaca dan menulis notasi muzik, Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan vi. viii mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
  9. 9. Modul Apresiasi Muzik (10%) ORGANISASI KANDUNGAN Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik Dokumen ini disusun berasaskan tiga modul kurikulum menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya. berikut: Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%) i. Pengalaman Muzikal ii. Penghasilan Muzik Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas iii. Apresiasi Muzik membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik muzik. Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi satu tahun persekolahan. ix
  10. 10. sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dalam konteks ini boleh dijalankan dihujung pengajaran. Oleh yang demikian guru hendaklah merancang aktiviti penilaian Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya dengan teliti bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan melalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian pelajar ditaksir untuk menepati tujuan. mengetahui kadar penerimaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara ini memerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa atau di penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjuk pencapaian pelajar haruslah dengan eviden yang dapat menyatakan tahap pencapaian pelajar dengan jelas dan memberi guru landasan yang kukuh untuk melanjutkan aktiviti pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Contoh pentaksiran yang boleh dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran ialah, pentaksiran untuk menilai keupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambat atau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir menerusi pemerhatian semasa murid membuat aktiviti pergerakan mengikut muzik. Dalam situasi yang memerlukan murid mengingat kembali perkara yang telah mereka pelajari x
  11. 11. KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
  12. 12. OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut; i. menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo. ii. memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo, iii. melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar, iv. memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor, v. meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi, vi. mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar, vii. menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; dan viii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. 3
  13. 13. KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo. Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan keratan skor mengikut tempo. STANDARD KANDUNGAN 1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 atau berkumpulan. Menyanyi dengan pic yang betul - kawalan not pendek 1.1.2 Menyanyi lagu pusingan. 1.1.3 Menyanyi solfa do, re , mi , fa , so. - menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama 4
  14. 14. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.4 Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian. 1.1.5 Menyanyi dengan dinamik. - kuat ( f ) - 1.1.6 lembut ( p ) sederhana kuat ( mf ) Menyanyi dengan sebutan yang betul. 5
  15. 15. STANDARD KANDUNGAN 1.2 Memainkan perkusi secara solo atau STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor. berkumpulan daripada pelbagai repertoir. - 1.2.2 Memainkan perkusi dalam pelbagai tempo. 1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik berdasarkan skor. - sederhana lembut ( mp ) - kuat ( f ) - 6 lembut ( p ) sederhana kuat ( mf )
  16. 16. STANDARD KANDUNGAN 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. STANDARD PEMBELAJARAN 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. - ekspresi - melodi Cadangan aktiviti: - bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi 1.4 Memainkan rekorder secara ensembel. 1.4.1 Memainkan not G , A , B , D‟ dan C‟ dengan ton yang baik. G A B C’ D’ , , , - memainkan not - penjarian not G , A , B , C‟ dan D‟ - pernafasan - perlidahan ( dengan sebutan tu) - embouchure - postur 7
  17. 17. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.4.2 Memainkan rekorder berdasarkan skor. - memainkan melodi kaunter - 1.4.3 memainkan frasa lagu memainkan melodi Memainkan rekorder mengikut tempo. - 1.4.4 cepat lambat Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder - 8 lembut ( p ) kuat ( f )
  18. 18. MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK Murid meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi. STANDARD KANDUNGAN 2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif. STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi. 2.1.2 Mencipta corak irama mudah. - 2.1.3 Mencipta dan menyanyikan melodi mudah. - mengajuk melodi - mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan 9
  19. 19. MODUL 3 : APRESIASI MUZIK Murid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar. STANDARD KANDUNGAN 3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.1 repertoir. Mengenal pasti muzik yang didengar. - Alat Muzik - Cara Persembahan - Muzik Tradisional Malaysia - Muzik Klasik Barat - 3.2 Muzik Popular Muzik Asia Menghayati nilai murni menerusi aktiviti 3.2.1 Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. muzikal Contoh nilai murni: - bekerjasama - bertanggungjawab 10
  20. 20. MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK Murid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter. STANDARD KANDUNGAN 4.1 Membaca dan menulis not. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menulis simbol. - baluk - garis bar - klef trebel - garis penamat (double bar line) 11
  21. 21. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.2 Menama dan menulis not G, A, B, C‟, D‟ pada baluk. - Semibrif - Minim - Krocet - Kuaver 12
  22. 22. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat. Jenis Not Nilai Not semibrif 4 minim 2 krocet 1 kuaver Tanda Rehat ½ atau 13
  23. 23. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.4 Menulis meter. - menulis maksud angka atas dan angka bawah bagi meter Contoh: bermaksud : 2 detik krocet dalam 1 bar bilangan not dalam 1 bar jenis not 14
  24. 24. GLOSARI 15
  25. 25. GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT PERKATAAN PENERANGAN Accelerando Beransur laju/cepat. Alat Bertali (String Instrument ) Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi. Contoh : gitar dan violin Alat Tiupan (Blowing Instrument) Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi. Contoh: clarinet, flute dan trumpet Crescendo Beransur kuat. DC (Da Capo) Ulang dari mula. Decrescendo Beransur lembut. 17
  26. 26. PERKATAAN Dinamik (Dynamic) PENERANGAN Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah : Istilah Simbol Makna Piano p Bunyi lembut Forte f Bunyi kuat MezzoPiano DS Bunyi sederhana lembut Mezzo Forte Dron mp mf Bunyi sederhana kuat Not yang sama dimainkan secara berulang-ulang bagi mengiringi melodi. Ulang dari tanda Embouchure Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan. Fermata Berhenti seketika dengan mengekalkan pic dalam nilai yang lebih daripada nilai sebenar. 18
  27. 27. PERKATAAN PENERANGAN Fine Tamat. Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek. Contoh irama: Lagu Aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan. Lagu Berkembar (Partner Song) Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yang berlainan dan dinyanyikan serentak. Contoh lagu: - “ Six Little Ducks” dengan “It”s A Small World” - “Bila Abang Pulang” dengan “Abang Balik Kampung” 19
  28. 28. PERKATAAN Lagu Pusingan (Round Song) PENERANGAN Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikuti oleh lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainan dalam lagu tersebut. Legato Lancar. Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. Contoh Melodi: Melodi Bertangga Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berdekatan. Melodi Kaunter Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu. Melodi Melompat Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berjauhan. 20
  29. 29. PERKATAAN PENERANGAN Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih. Muzik Asia ( Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia b. Gamelan Bali dari Indonesia. Muzik Instrumental Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental (Instrumental Music) boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra. Muzik Klasik Barat Muzik yang berasal dari negara Barat. (Western Classical Music) Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven. Muzik Popular (Popular Music) Muzik semasa yang dikenali ramai. Muzik Tradisional Malaysia Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia. ( Malaysian Traditional Music) Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat. 21
  30. 30. PERKATAAN PENERANGAN Muzik Vokal (Vocal Music) Muzik yang mengandungi nyanyian. Ostinato Irama Corak irama pendek yang dimainkan berulangkali. Lazimnya ostinato irama mengiringi melodi. Ostinato Melodi Melodi pendek yang dimainkan berulangkali . Lazimnya untuk mengiringi melodi utama. Perlidahan (Tonguing) Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alat tiupan. Permainan Nyanyian Permainan yang dimainkan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh pemain. (Singing Games) Perkusi (Percussion) Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi. Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin Pic (Pitch) 22 Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
  31. 31. PERKATAAN Postur (Posture) PENERANGAN Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik. Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu. Ritardando Beransur lambat. Slur Memainkan dua not yang dikait dengan lancar. Solfa Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu. Staccato Tersekat-sekat. Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik. 23
  32. 32. PERKATAAN Tekstur (Texture) PENERANGAN Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik. Contoh : tekstur tebal atau nipis. Tie Tempo (Tempo) Sambungan dua atau lebih not yang sama pic. Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat. Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi. Contoh: Warna ton suara lelaki – garau / kasar / keras Warna ton suara perempuan – lembut / halus 24
  33. 33. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk

×