Dsk pendidikan muzik thn 4

640 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
640
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dsk pendidikan muzik thn 4

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN MUZIKTAHUN EMPAT2013DRAF
  2. 2. TAHUN EMPATDOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)PENDIDIKAN MUZIKBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  3. 3. Cetakan Pertama© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
  4. 4. iiiK A N D U N G A NRUKUNEGARA vFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viPENDAHULUAN viiMATLAMAT viiOBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH viiiFOKUS MATA PELAJARAN viiiORGANISASI KANDUNGAN ixKURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPATObjektif Pendidikan Muzik Tahun Empat 3Modul 1 : Pengalaman Muzikal 4Modul 2 : Penghasilan Muzik 9Modul 3 : Apresiasi Muzik 10Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik 11Glosari 17
  5. 5. vRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citauntuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil bagikemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  6. 6. viPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  7. 7. viiPENDAHULUANKurikulum Pendidikan Muzik merupakan programpembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dariTahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah(Tahap Dua). Kurikulum ini juga merupakan kesinambunganprogram pembelajaran Dunia Muzik (Tahun Satu hinggaTahun Tiga) dengan memberi tumpuan kepadaperkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidangmuzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan ideakreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetikamuzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untukmempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secarakonvensional seterusnya mempraktikkan kemahirantersebut menerusi permainan alat muzik. Bagi mencapaitujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina denganmemberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaituPengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzikserta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.MATLAMATKurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamatuntuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan sertadapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektualmenerusi aktiviti muzikal.
  8. 8. viiiOBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAHRENDAHKurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untukmembolehkan murid mencapai objektif berikut;i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktivitinyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzikdalam aktiviti muzikal,iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktivitinyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,iv. membaca dan menulis notasi muzik,v. menghargai pelbagai jenis muzik denganmenyatakan secara lisan dari aspek muzikal karyamuzik yang didengar; danvi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.FOKUS MATA PELAJARANKurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibinaberasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratuspengagihan kandungan seperti berikut;Modul Pengalaman Muzikal (60%)Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktivitinyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Muridberpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzikberpic.Modul Penghasilan Muzik (20%)Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yangdialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
  9. 9. ixModul Apresiasi Muzik (10%)Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzikmenerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%)Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asasmembaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alatmuzik.ORGANISASI KANDUNGANDokumen ini disusun berasaskan tiga modul kurikulumberikut:i. Pengalaman Muzikalii. Penghasilan Muzikiii. Apresiasi Muzikiv. Membaca dan Menulis Notasi MuzikSusunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap.Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulumdiorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalamdua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan StandardPembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungiilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. LajurStandard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang perludikuasai murid bagi satu tahun persekolahan.
  10. 10. xPENTAKSIRAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARANPengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannyamelalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian pelajar ditaksir untukmengetahui kadar penerimaan dan penguasaan ilmupengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara inimemerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa ataudi penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjukpencapaian pelajar haruslah dengan eviden yang dapatmenyatakan tahap pencapaian pelajar dengan jelas danmemberi guru landasan yang kukuh untuk melanjutkan aktivitipembelajaran pada tahap yang lebih tinggi.Contoh pentaksiran yang boleh dijalankan semasapengajaran dan pembelajaran ialah, pentaksiran untuk menilaikeupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambatatau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir menerusipemerhatian semasa murid membuat aktiviti pergerakanmengikut muzik. Dalam situasi yang memerlukan muridmengingat kembali perkara yang telah mereka pelajarisepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentaksirandalam konteks ini boleh dijalankan dihujung pengajaran. Olehyang demikian guru hendaklah merancang aktiviti penilaiandengan teliti bagi memastikan pentaksiran yang relevan danmenepati tujuan.
  11. 11. KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIKTAHUN EMPAT
  12. 12. 3OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPATKurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;i. menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.ii. memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo,iii. melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar,iv. memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor,v. meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi,vi. mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar,vii. menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; danviii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
  13. 13. 4KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPATMODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKALMurid menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo.Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan keratan skor mengikut tempo.STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara soloatau berkumpulan.1.1.1 Menyanyi dengan pic yang betul- kawalan not pendek1.1.2 Menyanyi lagu pusingan.1.1.3 Menyanyi solfa do, re , mi , fa , so.- menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama
  14. 14. 5STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.1.4 Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian.1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.- lembut ( p )- kuat ( f )- sederhana kuat ( mf )1.1.6 Menyanyi dengan sebutan yang betul.
  15. 15. 6STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.2 Memainkan perkusi secara solo atauberkumpulan daripada pelbagai repertoir.1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor.-1.2.2 Memainkan perkusi dalam pelbagai tempo.1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik berdasarkan skor.- lembut ( p )- sederhana lembut ( mp )- kuat ( f )- sederhana kuat ( mf )
  16. 16. 7STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.- ekspresi- melodiCadangan aktiviti:- bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi1.4 Memainkan rekorder secara ensembel. 1.4.1 Memainkan not G , A , B , D’ dan C’ dengan ton yang baik.G A B C’ D’- memainkan not- penjarian not G , A , B , C’ dan D’- pernafasan- perlidahan ( dengan sebutan tu)- embouchure- postur, , ,
  17. 17. 8STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.4.2 Memainkan rekorder berdasarkan skor.- memainkan frasa lagu- memainkan melodi kaunter- memainkan melodi1.4.3 Memainkan rekorder mengikut tempo.- cepat- lambat1.4.4 Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder- lembut ( p )- kuat ( f )
  18. 18. 9MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIKMurid meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi.STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif. 2.1.1 Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.2.1.2 Mencipta corak irama mudah.-2.1.3 Mencipta dan menyanyikan melodi mudah.- mengajuk melodi- mengimprovisasi ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ melodi yang diberikan
  19. 19. 10MODUL 3 : APRESIASI MUZIKMurid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar.STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Menghayati muzik daripada pelbagairepertoir.3.1.1 Mengenal pasti muzik yang didengar.- Alat Muzik- Cara Persembahan- Muzik Popular- Muzik Tradisional Malaysia- Muzik Klasik Barat- Muzik Asia3.2 Menghayati nilai murni menerusi aktivitimuzikal3.2.1 Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.Contoh nilai murni:- bekerjasama- bertanggungjawab
  20. 20. 11MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIKMurid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter.STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Membaca dan menulis not. 4.1.1 Menulis simbol.- baluk- garis bar- klef trebel- garis penamat (double bar line)
  21. 21. 12STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1.2 Menama dan menulis not G, A, B, C’, D’ pada baluk.- Semibrif- Minim- Krocet- Kuaver
  22. 22. 13STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat.Jenis Not Nilai Not Tanda Rehatsemibrif 4minim 2krocet 1 ataukuaver ½
  23. 23. 14STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1.4 Menulis meter.- menulis maksud angka atas dan angka bawah bagi meterContoh:bermaksud : 2 detik krocet dalam 1 barbilangan not dalam 1 barjenis not
  24. 24. 15GLOSARI
  25. 25. 17GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPATPERKATAAN PENERANGANAccelerando Beransur laju/cepat.Alat Bertali (String Instrument ) Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi.Contoh : gitar dan violinAlat Tiupan (Blowing Instrument) Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi.Contoh: clarinet, flute dan trumpetCrescendo Beransur kuat.DC (Da Capo) Ulang dari mula.Decrescendo Beransur lembut.
  26. 26. 18PERKATAAN PENERANGANDinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilahyang digunakan ialah :Istilah Simbol MaknaPiano p Bunyi lembutForte f Bunyi kuatMezzoPiano mp Bunyi sederhana lembutMezzo Forte mf Bunyi sederhana kuatDron Not yang sama dimainkan secara berulang-ulang bagi mengiringi melodi.DSUlang dari tandaEmbouchure Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan.Fermata Berhenti seketika dengan mengekalkan pic dalam nilai yang lebih daripada nilaisebenar.
  27. 27. 19PERKATAAN PENERANGANFine Tamat.Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.Contoh irama:Lagu Aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.Lagu Berkembar (Partner Song) Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yangberlainan dan dinyanyikan serentak.Contoh lagu:- “ Six Little Ducks” dengan “It”s A Small World”- “Bila Abang Pulang” dengan “Abang Balik Kampung”
  28. 28. 20PERKATAAN PENERANGANLagu Pusingan (Round Song) Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikutioleh lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainandalam lagu tersebut.Legato Lancar.Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.Contoh Melodi:Melodi Bertangga Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berdekatan.Melodi Kaunter Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu.Melodi Melompat Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berjauhan.
  29. 29. 21PERKATAAN PENERANGANMud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.Muzik Asia ( Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:a. Ghazal dari Malaysiab. Gamelan Bali dari Indonesia.Muzik Instrumental(Instrumental Music)Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumentalboleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.Muzik Klasik Barat(Western Classical Music)Muzik yang berasal dari negara Barat.Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven.Muzik Popular (Popular Music) Muzik semasa yang dikenali ramai.Muzik Tradisional Malaysia( Malaysian Traditional Music)Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
  30. 30. 22PERKATAAN PENERANGANMuzik Vokal (Vocal Music) Muzik yang mengandungi nyanyian.Ostinato Irama Corak irama pendek yang dimainkan berulangkali. Lazimnya ostinato irama mengiringimelodi.Ostinato Melodi Melodi pendek yang dimainkan berulangkali . Lazimnya untuk mengiringi melodiutama.Perlidahan (Tonguing) Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alattiupan.Permainan Nyanyian(Singing Games)Permainan yang dimainkan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh pemain.Perkusi (Percussion) Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi.Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborinPic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
  31. 31. 23PERKATAAN PENERANGANPostur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alatmuzik.Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.Ritardando Beransur lambat.Slur Memainkan dua not yang dikait dengan lancar.Solfa Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu.Staccato Tersekat-sekat.Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.
  32. 32. 24PERKATAAN PENERANGANTekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.Contoh : tekstur tebal atau nipis.Tie Sambungan dua atau lebih not yang sama pic.Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.Contoh: Tempo cepat atau lambat.Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi.Contoh: Warna ton suara lelaki – garau / kasar / kerasWarna ton suara perempuan – lembut / halus
  33. 33. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk

×