SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
BIDANG KUASA MAHKAMAH
PERSEKUTUAN
MOHD BUKHARI BIN MOHAMAD NASRUDDIN
13BI01012
PENGENALAN:
• Mahkamah Persekutuan Mempunyai dua tugas. Yang pertama
ia menjadi mahkamah yang mendengar rayuan terhadap
keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Yang kedua ia
menjadi sebuah mahkamah perlembagaan, iaitu tugasnya
mentafsirkan perlembagaan. Penubuhan sebuah mahkamah
perlembagaan itu amatlah mustahak kepada negeri-negeri
yang mempunyai perlembagaan bertulis terutama sekali
perlembagaan bercorak persekutuan.
Perlembagaan Malaysia telah membuat peruntukkan iaitu
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa :
• Untuk menentukan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
atau Dewan Negeri tidak sah kerana undang-undang itu dibuat diluar
kuasa Parlimen atau luar kuasa Dewan Negeri.
• Untuk memutuskan apa-apa soalan yang berbangkit antara kerajaan
Persekutuan dengan kerajaan negeri yang lain.
• Untuk menjawab sesuatu persoalan yang timbul tentang perlembagaan
dalam sesuatu perbicaraan di hadapan mana-mana mahkamah. Dan
apabila soalan itu telah diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan barulah
perbicaraan boleh diteruskan oleh mahkamah itu.
• Untuk memberi pendapat tentang Perlembagaan, jika pendapat itu
diminta oleh Yang di-Pertuan Agong. Bidang kuasa ini didapat juga di
Kanada. Sebagai contoh, Gabenor Jeneral Kanada boleh meminta
pendapat Mahkamah Tinggi Kanda dan mahkamah itu dikehendaki
memberi pendapatnya.
PENUBUHAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
• Menurut Perkara 121 (2) Perlembagaan Persekutuan
hendaklah ditubuhkan sebuah mahkamah yang dikenali
sebagai Mahkamah Persekutuan yang beribu pejabat di
Kuala Lumpur, dengan mempunyai bidang kuasa seperti
berikut:
• Menentukan rayuan dari keputusan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Tinggi atau dari hakim mahkamah berkenaan.
• Bidang kuasa asal atau perundingan seperti yang disebut di
dalam Perkara 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan
• Bidang Kuasa lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah
undang-undang Persekutuan
Bidang Kuasa Asal
• Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang
kuasa yang diperuntukkan oleh Perkara 128(1)
dan (2) Perlembagaan Persekutuan dan dengan
demikian mempunyai bidang kuasa yang serupa
dan boleh melaksanakan kuasanya seperti yang
ada pada Mahkamah Tinggi.
• Mahkamah Persekutuan dalam menjalankan
bidang kuasa asalnya di bawah Perkara 128(1)(b)
Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam
menyelesaikan pertingkahan antara Persekutuan
dan negeri, hanya mengeluarkan penghakiman
berbentuk pengisytiharan sahaja.
Dibawah peruntukan Perkara 128 Perlembagaan
Persekutuan, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai
bidang kuasa ekslusif untuk menentukan perkara-perkara
berikut :
• i) Apa-apa soal sama ada suatu undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen atau suatu Badan Perundangan Negeri
adalah terbatal kerana undang-undang itu membuat
peruntukan mengenai sesuatu perkara yang Parlimen atau
mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan
Negeri itu tidak ada kuasa membuatnyai; dan
• ii) Pertikaian mengenai apa-apa soal lain di antara negeri-
negeri atau di antara Persekutuan dan mana-mana negeri.
Bidang Kuasa Rayuan Jenayah
• Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa dan bidang
kuasa yang sama seperti Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi. Dari segi bidang kuasa untuk untuk
mendengar dan memutuskan rayuan jenayah, ia boleh
mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan yang mana
Mahkamah Rayuan bertindak dalam bidang kuasa
rayuannya terhadap kes yang didengar oleh Mahkamah
Tinggi dalam bidang kuasa asalnya. Sebarang notis
rayuan dari pendakwa raya hendaklah diberikan oleh
atau dengan kebenaran bertulis dari pegawai tersebut.
Rayuan boleh dibuat berdasarkan persoalan undang-
undang atau campuran undang-undang dan fakta.
• Jika rayuan adalah kerana mengenai pembebasan
tertuduh, Mahkamah Persekutuan boleh
mengeluarkan waran dan mengarahkan supaya
tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan
boleh menahan sementara rayuannya didengar atau
dia dijamin.
Bidang Kuasa Rayuan Sivil
Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan
bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh
dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah
Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :–
• keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa
kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah
Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya
melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali
pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan
penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan di
atasnya akan memberi manafaat awam; atau
• keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai
kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan
termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang
bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan itu.
(seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman
1964
Nasihat
Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan menyatakan–
• “Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada
Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa
soal tentang kesan mana-mana peruntukan
Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang
tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah
Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya
tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian
kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka”.

More Related Content

What's hot

PA Presentation...
PA Presentation...PA Presentation...
PA Presentation...Gunalan GuNa
 
Badan kehakiman
Badan kehakimanBadan kehakiman
Badan kehakimanteachear
 
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendahAtur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendahazam_hazel
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat surrenderyourthrone
 
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahpengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahShazza Hidayah
 
Pengajian am presentation
Pengajian am presentationPengajian am presentation
Pengajian am presentationfazrul
 

What's hot (9)

PA Presentation...
PA Presentation...PA Presentation...
PA Presentation...
 
Badan kehakiman
Badan kehakimanBadan kehakiman
Badan kehakiman
 
Mahkamah tinggi
Mahkamah tinggiMahkamah tinggi
Mahkamah tinggi
 
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPMSistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
 
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendahAtur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
Atur cara kes sivil di mahkamah tinggi dan di mahkamah rendah
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
 
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
 
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahpengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
 
Pengajian am presentation
Pengajian am presentationPengajian am presentation
Pengajian am presentation
 

Similar to Presentation perlembagaan

Perlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxPerlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxXuanHuaLai1
 
45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx
45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx
45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptxMarryVena
 
Jtw 103 assignment undang2 perniagaan
Jtw 103   assignment undang2 perniagaanJtw 103   assignment undang2 perniagaan
Jtw 103 assignment undang2 perniagaanMovis 2769
 
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7慧怡 许
 
Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2hauramawar
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963
Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963
Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963SMK Chalok (Model Khas)
 
Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan NegeriDewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeriazam_hazel
 
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
 jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law pAngku Anazmy
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaZara Lumina
 
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfKONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfSyahirahJohar1
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undangFAROUQ
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Zhang Ewe
 
Badan perundangan presentation
Badan perundangan presentationBadan perundangan presentation
Badan perundangan presentationkhaihay
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 

Similar to Presentation perlembagaan (20)

Perlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxPerlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptx
 
45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx
45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx
45beeb4dc4669a08a4bb76c35ced0.pptx
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Jtw 103 assignment undang2 perniagaan
Jtw 103   assignment undang2 perniagaanJtw 103   assignment undang2 perniagaan
Jtw 103 assignment undang2 perniagaan
 
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
 
Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963
Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963
Bincangkan sistem pemerintahan kerajaan persekutuan malaysia (1963
 
Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan NegeriDewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri
 
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
 jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysia
 
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfKONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
 
Keistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimenKeistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimen
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undang
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undang
 
Pengasingan kuasa
Pengasingan kuasaPengasingan kuasa
Pengasingan kuasa
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Badan perundangan presentation
Badan perundangan presentationBadan perundangan presentation
Badan perundangan presentation
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 

Presentation perlembagaan

  • 1. BIDANG KUASA MAHKAMAH PERSEKUTUAN MOHD BUKHARI BIN MOHAMAD NASRUDDIN 13BI01012
  • 2. PENGENALAN: • Mahkamah Persekutuan Mempunyai dua tugas. Yang pertama ia menjadi mahkamah yang mendengar rayuan terhadap keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Yang kedua ia menjadi sebuah mahkamah perlembagaan, iaitu tugasnya mentafsirkan perlembagaan. Penubuhan sebuah mahkamah perlembagaan itu amatlah mustahak kepada negeri-negeri yang mempunyai perlembagaan bertulis terutama sekali perlembagaan bercorak persekutuan.
  • 3. Perlembagaan Malaysia telah membuat peruntukkan iaitu Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa : • Untuk menentukan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri tidak sah kerana undang-undang itu dibuat diluar kuasa Parlimen atau luar kuasa Dewan Negeri. • Untuk memutuskan apa-apa soalan yang berbangkit antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang lain. • Untuk menjawab sesuatu persoalan yang timbul tentang perlembagaan dalam sesuatu perbicaraan di hadapan mana-mana mahkamah. Dan apabila soalan itu telah diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan barulah perbicaraan boleh diteruskan oleh mahkamah itu. • Untuk memberi pendapat tentang Perlembagaan, jika pendapat itu diminta oleh Yang di-Pertuan Agong. Bidang kuasa ini didapat juga di Kanada. Sebagai contoh, Gabenor Jeneral Kanada boleh meminta pendapat Mahkamah Tinggi Kanda dan mahkamah itu dikehendaki memberi pendapatnya.
  • 4. PENUBUHAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN • Menurut Perkara 121 (2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditubuhkan sebuah mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, dengan mempunyai bidang kuasa seperti berikut: • Menentukan rayuan dari keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau dari hakim mahkamah berkenaan. • Bidang kuasa asal atau perundingan seperti yang disebut di dalam Perkara 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan • Bidang Kuasa lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan
  • 5. Bidang Kuasa Asal • Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan dan dengan demikian mempunyai bidang kuasa yang serupa dan boleh melaksanakan kuasanya seperti yang ada pada Mahkamah Tinggi. • Mahkamah Persekutuan dalam menjalankan bidang kuasa asalnya di bawah Perkara 128(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam menyelesaikan pertingkahan antara Persekutuan dan negeri, hanya mengeluarkan penghakiman berbentuk pengisytiharan sahaja.
  • 6. Dibawah peruntukan Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa ekslusif untuk menentukan perkara-perkara berikut : • i) Apa-apa soal sama ada suatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau suatu Badan Perundangan Negeri adalah terbatal kerana undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang Parlimen atau mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak ada kuasa membuatnyai; dan • ii) Pertikaian mengenai apa-apa soal lain di antara negeri- negeri atau di antara Persekutuan dan mana-mana negeri.
  • 7. Bidang Kuasa Rayuan Jenayah • Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa dan bidang kuasa yang sama seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Dari segi bidang kuasa untuk untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah, ia boleh mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan yang mana Mahkamah Rayuan bertindak dalam bidang kuasa rayuannya terhadap kes yang didengar oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa asalnya. Sebarang notis rayuan dari pendakwa raya hendaklah diberikan oleh atau dengan kebenaran bertulis dari pegawai tersebut. Rayuan boleh dibuat berdasarkan persoalan undang- undang atau campuran undang-undang dan fakta.
  • 8. • Jika rayuan adalah kerana mengenai pembebasan tertuduh, Mahkamah Persekutuan boleh mengeluarkan waran dan mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan boleh menahan sementara rayuannya didengar atau dia dijamin.
  • 9. Bidang Kuasa Rayuan Sivil Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :– • keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam; atau
  • 10. • keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan itu. (seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964
  • 11. Nasihat Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan menyatakan– • “Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka”.