SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
PENYELARAS
ANDREW OLLA ANAK BILL
SK NANGA DALAI
KERTAS KONSEP
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG
TAHUN 2022
1. PENGELOLAAN
1.1 Jawatankuasa Kerja Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pendidikan (PSKPP) Daerah Song telah melantik PSKPP Zon 1 untuk
mengelolakan pesta bagi tahun 2022.
1.2 Pesta PSKPP dipertandingkan di antara 4 buah zon di daerah Song.
2. MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada peserta dalam kalangan warga sekolah untuk terlibat
aktif dalam aktiviti sukan dan kebudayaan.
2.2 Menyemarakkan semangat teguh bersama dalam kalangan guru dan staf di
daerah Song.
3. OBJEKTIF
3.1 Membuat pemilihan dalam kalangan guru dan staf berdasarkan bakat dan
potensi bagi mewakili PPD Song ke Kejohanan Bola Tampar PSKPP Peringkat
Bahagian Kapit Tahun 2022
3.2 Mewujudkan semangat persaingan yang positif dalam kalangan peserta yang
bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan.
3.3 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan guru dan staf dari setiap zon
di daerah Song.
4. TARIKH & LOKASI
TARIKH : 14 – 15 Oktober 2022
HARI : Jumaat – Sabtu
TEMPAT : Gelanggang Bola Tampar SJK (C) Hin Hua
5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
5.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang FIVB/MAVA dan,
dan Undang-undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP Tahun 2022.
6. PEMBENTUKAN PASUKAN
6.1 Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
6.1.1 Berpasukan Lelaki
 Setiap zon dikehendaki untuk menyenaraikan 10
pemain bola tampar lelaki senior
6.1.2 Berpasukan Perempuan
 Setiap zon dikehendaki untuk menyenaraikan 10
pemain bola tampar perempuan senior
6.1.3 Sila rujuk Lampiran 1 untuk Borang Penyertaan Kategori Lelaki &
Kategori Perempuan
6.2 Sekiranya bilangan penyertaan tidak mencukupi bagi kedua-dua kategori
pasukan, maka kategori berpasukan campuran akan dipertandingkan.
6.2.1 Berpasukan Campuran
 Setiap zon dikehendaki untuk menyenaraikan 10
pemain bola tampar yang terdiri daripada (6) enam
lelaki dan (4) empat perempuan senior
6.2.2 Sila rujuk Lampiran 2 untuk Borang Penyertaan Kategori
Campuran
7. PENDAFTARAN
7.1 Bilangan pemain yang disenaraikan untuk sesebuah pasukan adalah 10 orang
pemain senior bagi setiap kategori.
7.2 Bagi kategori Berpasukan Campuran, bilangan pemain lelaki dan pemain
perempuan yang didaftarkan mestilah terdiri daripada (6) enam lelaki senior dan
(4) empat perempuan senior. Jumlah pemain bermain dalam gelanggang bagi
kategori campuran adalah (4) empat orang lelaki dan (2) dua perempuan.
7.3 Semua Penyelaras Bola Tampar Zon dikehendaki memaklumkan penyertaan
kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh
pertandingan diadakan.
7.4 Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftar nama pengurus pasukan dan pemain
dalam borang seperti pada Lampiran 1 dan Lampiran 2 yang disediakan oleh
Jawantankuasa Pengelola.
7.5 Borang penyertaan bagi setiap pasukan hendaklah dikembalikan kepada
pengelola selewat-lewatnya pada 11 OKTOBER 2022.
7.6 Borang penyertaan yang telah dilengkapisi boleh diserahkan kepada PGB atau
Penyelaras Bola Tampar bagi setiap zon untuk dihantar kepada Penyelaras
Bola Tampar PSKPP Song, En. Andrew Olla.
8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.
8.1.1 Semua pasukan dari 4 zon akan bertemu antara satu sama lain
bagi semua kategori yang dipertandingkan.
8.1.2 Setiap permainan melibatkan 3 set. Set 1 dan 2 dimainkan
sehingga kiraan mata 30. Set ke-3 merupakan set penentuan
sekiranya kedua-dua pasukan seri dengan kiraan set 1-1. Set
penentuan dimainkan sehingga kiraan mata 15.
8.1.3 Pemberian mata (skor) bagi setiap permainan adalah berdasarkan
perkara 10.
8.1.4 Gelaran Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat akan ditentukan
berdasarkan kutipan mata (skor) yang diperoleh setiap pasukan.
Sekiranya kutipan mata seri, jadi pertemuan rekod kalah menang
antara pasukan tersebut akan digunakan untuk menentukan
pemenang.
8.2 Berikut merupakan Jadual Bola Tampar PSKPP Song 2022.
8.2.1 Jadual Sistem Liga 1 Pusingan Bola Tampar PSKPP Song 2022
ZON ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4
ZON 1
ZON 2
ZON 3
ZON 4
8.2.2 Jadual Pertandingan Bola Tampar PSKPP Song 2022
- Sila rujuk Lampiran 3 untuk Jadual Pertandingan Bola Tampar
PSKPP Song 2022.
9. SISTEM PEMAIN PERTAHANAN LIBERO
Pasukan yang ingin bermain dengan Sistem Libero mesti patuh kepada peraturan-peraturan
seperti berikut:
9.1 PEMAIN LIBERO
9.1.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seorang pemain Libero yang
memakai jersi yang berlainan warna daripada pasukannya.
9.1.2 Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan
belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke
kedudukan hadapan.
9.1.3 Pemain Libero tidak boleh membuat servis, blok atau menyerang
dengan bola di atas paras jaring.
10.PEMBERIAN MATA
10.1 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut:
Menang 2 – 0 : 3 mata
Menang 2 – 1 : 2 mata
Kalah 1 – 2 : 1 mata
Kalah 0 – 2 : 0 mata
Pembatalan Teknikal : 0 mata
10.2 Sekiranya terdapat persamaan mata di antara dua atau lebih pasukan, maka
kaedah berikut digunakan:
C= A/B
A = Jumlah set menang (semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah (semua perlawanan )
C = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi dikira menang.
10.3 Sekiranya masih ada berlaku seri dan kedua-dua pasukan pernah bertemu di
peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya dikira
menang.
10.4 Jika tidak, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.
10.5 Sila rujuk Lampiran 4 untuk Keputusan Pertandingan Bola Tampar PSKPP
Song 2022.
11.PAKAIAN
11.1 Semua pemain dalam sesuatu pasukan hendaklah memakai jersi seragam
dan bernombor 1 hingga 18 mengikut Undang-Undang FIVB.
11.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada
warna jersi pasukannya
12.KETINGGIAN JARING
12.1 Ketinggian rasmi untuk jaring pertandingan ialah:
Kategori Lelaki : 2.43 meter
Kategori Wanita : 2.24 meter
Kategori Campuran : 2.43 meter
13.MASA MENUNGGU
13.1 Jika satu pasukan datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa
sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan
pasukan lawan akan diberi mata kemenangan percuma.
14.MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING
14.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah
bersetuju dan diterima menyertai pertandingan tersebut dan disahkan
Jawatankuasa Pengelola PSKPP Song.
14.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesebuah pasukan adalah bertentangan
dengan semangat kesukanan dan pasukan tersebut dikehendaki untuk
memberikan penjelasan bertulis kepada Jawatankuasa Kerja PSKPP Song
dalam masa 3 hari.
15.PENGADIL
15.1 Setiap zon dikehendaki untuk menghantar seorang pengadil dari zon masing-
masing untuk menjadi ‘Umpire’ bagi mengadili permainan zon lain. Keputusan
pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.
15.2 Pengadil dari setiap zon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai
pengetahuan berkaitan dengan kiraan mata dan ‘faulty’ yang dilakukan oleh
pemain semasa bermain.
16.BANTAHAN
16.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau
wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas perlawanan
berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam Undang-Undang
Permainan tersebut.
16.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM300.00 bagi
acara berpasukan yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya bantahan
tersebut tidak berasas.
17.LEMBAGA RAYUAN
17.1 Sila rujuk kepada Perkara 13 Undang-Undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP
Kali Ke-39, Tahun 2019
18.PERKARA AM
18.1 Sila rujuk kepada Perkara 16 Undang-Undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP
Kali Ke-39, Tahun 2019
18.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan
ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut
undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu
pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa dan berhak meminda atau
menambah mana-mana yang bersesuaian.
LAMPIRAN 1
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG
ANJURAN ZON 1 PSKPP SONG
PASUKAN ZON:________________________ KATEGORI : LELAKI/PEREMPUAN
NAMA PENGURUS PASUKAN:
___________________________________________________________
NAMA JURULATIH:
___________________________________________________________
BIL. NAMA PEMAIN NO. JERSI SEKOLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
*Bulat/Gariskan bagi Kategori Pasukan
..................................................................
TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN:
ZON : ______________________ NO. TELEFON: _________________
………………………………………………..
TANDATANGAN SETIAUSAHA PSKPP BOLA TAMPAR:
LAMPIRAN 2
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG
ANJURAN ZON 1 PSKPP SONG
PASUKAN ZON:________________________ KATEGORI : CAMPURAN
NAMA PENGURUS PASUKAN:
___________________________________________________________
NAMA JURULATIH:
___________________________________________________________
BIL. NAMA PEMAIN NO. JERSI JANTINA SEKOLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
..................................................................
TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN:
ZON: ______________________ NO. TELEFON: _________________
………………………………………………..
TANDATANGAN SETIAUSAHA PSKPP BOLA TAMPAR:
LAMPIRAN 3
JADUAL PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022
JUMAAT (14 OKTOBER 2022)
SABTU (15 OKTOBER 2022)
*
Sebarang perubahan pada Jadual Pertandingan akan ditentukan oleh ahli Jawatankuasa Pengelola
dan Pegawai Teknikal Bola Tampar PSKPP Song 2022.
P PERLAWANAN KATEGORI MASA KEPUTUSAN
1. ZON 1 VS ZON 2 P 09:00 AM
2. ZON 3 VS ZON 4 P 09:45 AM
3. ZON 1 VS ZON 3 P 10:30 AM
4. ZON 4 VS ZON 2 P 11:15 AM
5. ZON 2 VS ZON 3 P 08:00 AM
6. ZON 1 VS ZON 4 P 08:45 AM
7. ZON 1 VS ZON (2+3) L 09:30 AM
8. ZON (2+3) VS ZON 4 L 10:30 AM
9. ZON 4 VS ZON 1 L 11:30 AM
LAMPIRAN 4
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022
BOLA TAMPAR LELAKI SENIOR
* Rujuk Perkara 10 untuk pengiraan skor (mata)
BOLA TAMPAR PEREMPUAN SENIOR
* Rujuk Perkara 10 untuk pengiraan skor (mata)
BOLA TAMPAR CAMPURAN SENIOR
* Rujuk Perkara 10 untuk pengiraan skor (mata)
ZON
PERLAWANAN KEPUTUSAN
SKOR
SETS
RANKING
JUMLAH MENANG KALAH 2-0 2-1 SKOR MENANG KALAH NISBAH
ZON 1
ZON
2&3
ZON 4
ZON
PERLAWANAN KEPUTUSAN
SKOR
SETS
RANKING
JUMLAH MENANG KALAH 2-0 2-1 SKOR MENANG KALAH NISBAH
ZON 1
ZON 2
ZON 3
ZON 4
ZON
PERLAWANAN KEPUTUSAN
SKOR
SETS
RANKING
JUMLAH MENANG KALAH 2-0 2-1 SKOR MENANG KALAH NISBAH
ZON 1
ZON 2
ZON 3
ZON 4
LAMPIRAN 4
KEPUTUSAN SEMASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022
LELAKI
KEPUTUSAN SEMASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022
PEREMPUAN
ZON
ZON 1
ZON
2 & 3 ZON 4
ZON 1
ZON
2 & 3
ZON 4
ZON
ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4
ZON 1
ZON 2
ZON 3
ZON 4
LAMPIRAN 5
BORANG KIRAAN MATA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022
NAMA PASUKAN : _____________________________________ (VS) _____________________________________
NO. PERLAWANAN : _____________________________________
SET 1
SET 2
SET 3
Pasukan Kiraan Mata
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
VS
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Keputusan Pemenang Set 1:…………………………………… Mata:……………………………………………….
Pasukan Kiraan Mata
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
VS
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Keputusan Pemenang Set 2:…………………………………… Mata:……………………………………………….
Pasukan Kiraan Mata
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
VS
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Keputusan Pemenang Set 3:…………………………………… Mata:……………………………………………….
Keputusan
Akhir
: ………………………………………… Nama
Pengadil
: ……………………………………………………………….
Tarikh &
Masa
: ………………………………………… Tandatangan : ……………………………………………………………….
AHLI JAWATAN KUASA INDUK PSKPP 2022
Pengerusi : En. Etam anak Linggi (PPD Song)
Timbalan Pengerusi 1 : En. Usat Lujah
Timbalan Pengerusi 2 : En. Francis Dana anak Uhat
Setiausaha : En. Linggi anak Baling
Penolong Setiausaha : Pn. Sheila anak Christopher
Bendahari : Pn. Bita anak Jugan
Penolong Bendahari : Pn. Ho Siew Sun
Penyelaras Pertandingan : En. Robin Sim Kang Joo
Penyelaras Pengelolaan PSKPP Zon 1 : En. Stanlely Wincel anak Libau
Ahli – ahli Jawatan Kuasa Kecil : Semua Timbalan PPD
Semua PGB
Semua GPKK
Semua Penyelaras Sukan dan Kebudayaan
AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG
2022
BIL. JAWATAN KUASA TUGAS
1. Teknikal & Urusetia
1. En. Mohd Amri bin Mohd
Faizal
2. Cik Nur Rahima binti Rahlim
 Menerima borang pendaftaran pasukan (Lamipran 1)
 Memastikan pertandingan berjalan lancar dan
mengikut masa yang ditetapkan.
 Merekodkan setiap keputusan SEMASA & RASMI
perlawanan. (Lampiran 4)
 Memastikan semua pasukan telah bersedia sebelum
pertandingan bermula.
 Menyediakan borang – borang seperti pada Lampiran
4 dan 5.
2. Peralatan & Persiapan Tempat
1. En. Rosidy anak Leo
Empayut
2. En. Andrew Olla anak Bill
 Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk
pertandingan.
o Bola Tampar, Jaring Bola Tampar, Wisel,
Score Board, Meja & Kerusi Urusetia.
 Memastikan semua peralatan yang akan digunakan
berada dalam keadaan baik dan selamat untuk
digunakan.
 Memastikan tempat pertandingan siap dan berada
dalam keadaan sedia untuk pertandingan.
3. Pengadil Perlawanan
 Semua wakil pengadil setiap
zon
 Ketua Pengadil memberi taklimat kepada semua
pengadil.
 Mengadili perlawanan mengikut Jadual Pertandingan.
 Tidak menyebelahi mana-mana pasukan ketika
mengadili perlawanan.
 Mencatat skor sepanjang pertandingan berlangsung
(Lampiran 5)
 Menyerahkan keputusan setiap perlawanan kepada
urusetia.
5. Dokumentasi
1. Cik Belinda Alisia
2. En. Rosidy anak Leo
Empayut
 Mengambil gambar / merakam video sepanjang
pertandingan berlangsung.
 Menyerahkan gambar dan video untuk proses
pendokumentasian dan laporan.
6. Juruacara Pertandingan
1. En. Mohd Amri bin Mohd
Faizal
2. Pn. Nurul Farihan binti
Hamdan
 Mengacara sepanjang pertandingan.

More Related Content

Similar to KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx

Peraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_balingPeraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_baling
protonexora4979
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
Karen Kayny
 
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepakKertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Azrie AYie
 
139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...
139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...
139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...
0606726
 
Sempurna buku program mssr 2014
Sempurna buku program mssr 2014 Sempurna buku program mssr 2014
Sempurna buku program mssr 2014
yusmie
 
MANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.doc
MANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.docMANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.doc
MANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.doc
g86517121
 
Kertas kerja sukan tahunan padang dan balapan
Kertas kerja sukan tahunan padang dan balapanKertas kerja sukan tahunan padang dan balapan
Kertas kerja sukan tahunan padang dan balapan
norlela ahmad
 
Rundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lomba
Rundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lombaRundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lomba
Rundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lomba
fikryrahman3
 
Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015
donnyaktuah
 

Similar to KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx (20)

Peraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_balingPeraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_baling
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Peraturan hoki
Peraturan hokiPeraturan hoki
Peraturan hoki
 
Peraturan merentas desa_mssm_2015
Peraturan merentas desa_mssm_2015Peraturan merentas desa_mssm_2015
Peraturan merentas desa_mssm_2015
 
Regulasi Piala Nusantara 2014
Regulasi Piala Nusantara 2014Regulasi Piala Nusantara 2014
Regulasi Piala Nusantara 2014
 
Regulasi Piala Nusantara_2014
Regulasi Piala Nusantara_2014Regulasi Piala Nusantara_2014
Regulasi Piala Nusantara_2014
 
Aturan
AturanAturan
Aturan
 
Aturan
AturanAturan
Aturan
 
Juknis Bulutangkis Porseni.pdf
Juknis Bulutangkis Porseni.pdfJuknis Bulutangkis Porseni.pdf
Juknis Bulutangkis Porseni.pdf
 
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepakKertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
 
139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...
139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...
139934549 peraturan-khusus-pertandingan-festival-sepakbola-u12-antar-ssb-tahu...
 
Sempurna buku program mssr 2014
Sempurna buku program mssr 2014 Sempurna buku program mssr 2014
Sempurna buku program mssr 2014
 
MANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.doc
MANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.docMANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.doc
MANUAL BOLA JARING MSSD MERSING 2022.doc
 
Kertas kerja sukan tahunan padang dan balapan
Kertas kerja sukan tahunan padang dan balapanKertas kerja sukan tahunan padang dan balapan
Kertas kerja sukan tahunan padang dan balapan
 
PANITIA TOURNAMENT BOLA VOLI 1.docx
PANITIA TOURNAMENT BOLA VOLI 1.docxPANITIA TOURNAMENT BOLA VOLI 1.docx
PANITIA TOURNAMENT BOLA VOLI 1.docx
 
Rundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lomba
Rundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lombaRundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lomba
Rundown PIALA AFKC dan jadwal kegiatan lomba
 
Peraturan dan undang bola baling
Peraturan dan undang bola balingPeraturan dan undang bola baling
Peraturan dan undang bola baling
 
Kertas kerja sukan
Kertas kerja sukanKertas kerja sukan
Kertas kerja sukan
 
Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015
 
Peraturan Kejohanan
Peraturan KejohananPeraturan Kejohanan
Peraturan Kejohanan
 

KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx

  • 1. PENYELARAS ANDREW OLLA ANAK BILL SK NANGA DALAI KERTAS KONSEP
  • 2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG TAHUN 2022 1. PENGELOLAAN 1.1 Jawatankuasa Kerja Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Daerah Song telah melantik PSKPP Zon 1 untuk mengelolakan pesta bagi tahun 2022. 1.2 Pesta PSKPP dipertandingkan di antara 4 buah zon di daerah Song. 2. MATLAMAT 2.1 Memberi peluang kepada peserta dalam kalangan warga sekolah untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan dan kebudayaan. 2.2 Menyemarakkan semangat teguh bersama dalam kalangan guru dan staf di daerah Song. 3. OBJEKTIF 3.1 Membuat pemilihan dalam kalangan guru dan staf berdasarkan bakat dan potensi bagi mewakili PPD Song ke Kejohanan Bola Tampar PSKPP Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2022 3.2 Mewujudkan semangat persaingan yang positif dalam kalangan peserta yang bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan. 3.3 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan guru dan staf dari setiap zon di daerah Song. 4. TARIKH & LOKASI TARIKH : 14 – 15 Oktober 2022 HARI : Jumaat – Sabtu TEMPAT : Gelanggang Bola Tampar SJK (C) Hin Hua 5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 5.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang FIVB/MAVA dan, dan Undang-undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP Tahun 2022. 6. PEMBENTUKAN PASUKAN 6.1 Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut: 6.1.1 Berpasukan Lelaki  Setiap zon dikehendaki untuk menyenaraikan 10 pemain bola tampar lelaki senior 6.1.2 Berpasukan Perempuan  Setiap zon dikehendaki untuk menyenaraikan 10 pemain bola tampar perempuan senior 6.1.3 Sila rujuk Lampiran 1 untuk Borang Penyertaan Kategori Lelaki & Kategori Perempuan
  • 3. 6.2 Sekiranya bilangan penyertaan tidak mencukupi bagi kedua-dua kategori pasukan, maka kategori berpasukan campuran akan dipertandingkan. 6.2.1 Berpasukan Campuran  Setiap zon dikehendaki untuk menyenaraikan 10 pemain bola tampar yang terdiri daripada (6) enam lelaki dan (4) empat perempuan senior 6.2.2 Sila rujuk Lampiran 2 untuk Borang Penyertaan Kategori Campuran 7. PENDAFTARAN 7.1 Bilangan pemain yang disenaraikan untuk sesebuah pasukan adalah 10 orang pemain senior bagi setiap kategori. 7.2 Bagi kategori Berpasukan Campuran, bilangan pemain lelaki dan pemain perempuan yang didaftarkan mestilah terdiri daripada (6) enam lelaki senior dan (4) empat perempuan senior. Jumlah pemain bermain dalam gelanggang bagi kategori campuran adalah (4) empat orang lelaki dan (2) dua perempuan. 7.3 Semua Penyelaras Bola Tampar Zon dikehendaki memaklumkan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh pertandingan diadakan. 7.4 Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftar nama pengurus pasukan dan pemain dalam borang seperti pada Lampiran 1 dan Lampiran 2 yang disediakan oleh Jawantankuasa Pengelola. 7.5 Borang penyertaan bagi setiap pasukan hendaklah dikembalikan kepada pengelola selewat-lewatnya pada 11 OKTOBER 2022. 7.6 Borang penyertaan yang telah dilengkapisi boleh diserahkan kepada PGB atau Penyelaras Bola Tampar bagi setiap zon untuk dihantar kepada Penyelaras Bola Tampar PSKPP Song, En. Andrew Olla. 8. SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan. 8.1.1 Semua pasukan dari 4 zon akan bertemu antara satu sama lain bagi semua kategori yang dipertandingkan. 8.1.2 Setiap permainan melibatkan 3 set. Set 1 dan 2 dimainkan sehingga kiraan mata 30. Set ke-3 merupakan set penentuan sekiranya kedua-dua pasukan seri dengan kiraan set 1-1. Set penentuan dimainkan sehingga kiraan mata 15. 8.1.3 Pemberian mata (skor) bagi setiap permainan adalah berdasarkan perkara 10. 8.1.4 Gelaran Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat akan ditentukan berdasarkan kutipan mata (skor) yang diperoleh setiap pasukan. Sekiranya kutipan mata seri, jadi pertemuan rekod kalah menang antara pasukan tersebut akan digunakan untuk menentukan pemenang.
  • 4. 8.2 Berikut merupakan Jadual Bola Tampar PSKPP Song 2022. 8.2.1 Jadual Sistem Liga 1 Pusingan Bola Tampar PSKPP Song 2022 ZON ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 8.2.2 Jadual Pertandingan Bola Tampar PSKPP Song 2022 - Sila rujuk Lampiran 3 untuk Jadual Pertandingan Bola Tampar PSKPP Song 2022. 9. SISTEM PEMAIN PERTAHANAN LIBERO Pasukan yang ingin bermain dengan Sistem Libero mesti patuh kepada peraturan-peraturan seperti berikut: 9.1 PEMAIN LIBERO 9.1.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seorang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada pasukannya. 9.1.2 Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan. 9.1.3 Pemain Libero tidak boleh membuat servis, blok atau menyerang dengan bola di atas paras jaring. 10.PEMBERIAN MATA 10.1 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut: Menang 2 – 0 : 3 mata Menang 2 – 1 : 2 mata Kalah 1 – 2 : 1 mata Kalah 0 – 2 : 0 mata Pembatalan Teknikal : 0 mata
  • 5. 10.2 Sekiranya terdapat persamaan mata di antara dua atau lebih pasukan, maka kaedah berikut digunakan: C= A/B A = Jumlah set menang (semua perlawanan) B = Jumlah set kalah (semua perlawanan ) C = Nisbah set Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi dikira menang. 10.3 Sekiranya masih ada berlaku seri dan kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya dikira menang. 10.4 Jika tidak, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi. 10.5 Sila rujuk Lampiran 4 untuk Keputusan Pertandingan Bola Tampar PSKPP Song 2022. 11.PAKAIAN 11.1 Semua pemain dalam sesuatu pasukan hendaklah memakai jersi seragam dan bernombor 1 hingga 18 mengikut Undang-Undang FIVB. 11.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada warna jersi pasukannya 12.KETINGGIAN JARING 12.1 Ketinggian rasmi untuk jaring pertandingan ialah: Kategori Lelaki : 2.43 meter Kategori Wanita : 2.24 meter Kategori Campuran : 2.43 meter 13.MASA MENUNGGU 13.1 Jika satu pasukan datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan akan diberi mata kemenangan percuma. 14.MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING 14.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah bersetuju dan diterima menyertai pertandingan tersebut dan disahkan Jawatankuasa Pengelola PSKPP Song.
  • 6. 14.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesebuah pasukan adalah bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan tersebut dikehendaki untuk memberikan penjelasan bertulis kepada Jawatankuasa Kerja PSKPP Song dalam masa 3 hari. 15.PENGADIL 15.1 Setiap zon dikehendaki untuk menghantar seorang pengadil dari zon masing- masing untuk menjadi ‘Umpire’ bagi mengadili permainan zon lain. Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad. 15.2 Pengadil dari setiap zon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kiraan mata dan ‘faulty’ yang dilakukan oleh pemain semasa bermain. 16.BANTAHAN 16.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas perlawanan berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam Undang-Undang Permainan tersebut. 16.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM300.00 bagi acara berpasukan yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya bantahan tersebut tidak berasas. 17.LEMBAGA RAYUAN 17.1 Sila rujuk kepada Perkara 13 Undang-Undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP Kali Ke-39, Tahun 2019 18.PERKARA AM 18.1 Sila rujuk kepada Perkara 16 Undang-Undang dan Peraturan Am Pesta PSKPP Kali Ke-39, Tahun 2019 18.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.
  • 7. LAMPIRAN 1 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG ANJURAN ZON 1 PSKPP SONG PASUKAN ZON:________________________ KATEGORI : LELAKI/PEREMPUAN NAMA PENGURUS PASUKAN: ___________________________________________________________ NAMA JURULATIH: ___________________________________________________________ BIL. NAMA PEMAIN NO. JERSI SEKOLAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. *Bulat/Gariskan bagi Kategori Pasukan .................................................................. TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN: ZON : ______________________ NO. TELEFON: _________________ ……………………………………………….. TANDATANGAN SETIAUSAHA PSKPP BOLA TAMPAR:
  • 8. LAMPIRAN 2 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG ANJURAN ZON 1 PSKPP SONG PASUKAN ZON:________________________ KATEGORI : CAMPURAN NAMA PENGURUS PASUKAN: ___________________________________________________________ NAMA JURULATIH: ___________________________________________________________ BIL. NAMA PEMAIN NO. JERSI JANTINA SEKOLAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. .................................................................. TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN: ZON: ______________________ NO. TELEFON: _________________ ……………………………………………….. TANDATANGAN SETIAUSAHA PSKPP BOLA TAMPAR:
  • 9. LAMPIRAN 3 JADUAL PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022 JUMAAT (14 OKTOBER 2022) SABTU (15 OKTOBER 2022) * Sebarang perubahan pada Jadual Pertandingan akan ditentukan oleh ahli Jawatankuasa Pengelola dan Pegawai Teknikal Bola Tampar PSKPP Song 2022. P PERLAWANAN KATEGORI MASA KEPUTUSAN 1. ZON 1 VS ZON 2 P 09:00 AM 2. ZON 3 VS ZON 4 P 09:45 AM 3. ZON 1 VS ZON 3 P 10:30 AM 4. ZON 4 VS ZON 2 P 11:15 AM 5. ZON 2 VS ZON 3 P 08:00 AM 6. ZON 1 VS ZON 4 P 08:45 AM 7. ZON 1 VS ZON (2+3) L 09:30 AM 8. ZON (2+3) VS ZON 4 L 10:30 AM 9. ZON 4 VS ZON 1 L 11:30 AM
  • 10. LAMPIRAN 4 KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022 BOLA TAMPAR LELAKI SENIOR * Rujuk Perkara 10 untuk pengiraan skor (mata) BOLA TAMPAR PEREMPUAN SENIOR * Rujuk Perkara 10 untuk pengiraan skor (mata) BOLA TAMPAR CAMPURAN SENIOR * Rujuk Perkara 10 untuk pengiraan skor (mata) ZON PERLAWANAN KEPUTUSAN SKOR SETS RANKING JUMLAH MENANG KALAH 2-0 2-1 SKOR MENANG KALAH NISBAH ZON 1 ZON 2&3 ZON 4 ZON PERLAWANAN KEPUTUSAN SKOR SETS RANKING JUMLAH MENANG KALAH 2-0 2-1 SKOR MENANG KALAH NISBAH ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON PERLAWANAN KEPUTUSAN SKOR SETS RANKING JUMLAH MENANG KALAH 2-0 2-1 SKOR MENANG KALAH NISBAH ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4
  • 11. LAMPIRAN 4 KEPUTUSAN SEMASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022 LELAKI KEPUTUSAN SEMASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022 PEREMPUAN ZON ZON 1 ZON 2 & 3 ZON 4 ZON 1 ZON 2 & 3 ZON 4 ZON ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4
  • 12. LAMPIRAN 5 BORANG KIRAAN MATA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP SONG 2022 NAMA PASUKAN : _____________________________________ (VS) _____________________________________ NO. PERLAWANAN : _____________________________________ SET 1 SET 2 SET 3 Pasukan Kiraan Mata 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 VS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Keputusan Pemenang Set 1:…………………………………… Mata:………………………………………………. Pasukan Kiraan Mata 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 VS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Keputusan Pemenang Set 2:…………………………………… Mata:………………………………………………. Pasukan Kiraan Mata 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 VS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Keputusan Pemenang Set 3:…………………………………… Mata:………………………………………………. Keputusan Akhir : ………………………………………… Nama Pengadil : ………………………………………………………………. Tarikh & Masa : ………………………………………… Tandatangan : ……………………………………………………………….
  • 13. AHLI JAWATAN KUASA INDUK PSKPP 2022 Pengerusi : En. Etam anak Linggi (PPD Song) Timbalan Pengerusi 1 : En. Usat Lujah Timbalan Pengerusi 2 : En. Francis Dana anak Uhat Setiausaha : En. Linggi anak Baling Penolong Setiausaha : Pn. Sheila anak Christopher Bendahari : Pn. Bita anak Jugan Penolong Bendahari : Pn. Ho Siew Sun Penyelaras Pertandingan : En. Robin Sim Kang Joo Penyelaras Pengelolaan PSKPP Zon 1 : En. Stanlely Wincel anak Libau Ahli – ahli Jawatan Kuasa Kecil : Semua Timbalan PPD Semua PGB Semua GPKK Semua Penyelaras Sukan dan Kebudayaan AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PSKPP PERINGKAT DAERAH SONG 2022 BIL. JAWATAN KUASA TUGAS 1. Teknikal & Urusetia 1. En. Mohd Amri bin Mohd Faizal 2. Cik Nur Rahima binti Rahlim  Menerima borang pendaftaran pasukan (Lamipran 1)  Memastikan pertandingan berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.  Merekodkan setiap keputusan SEMASA & RASMI perlawanan. (Lampiran 4)  Memastikan semua pasukan telah bersedia sebelum pertandingan bermula.  Menyediakan borang – borang seperti pada Lampiran 4 dan 5. 2. Peralatan & Persiapan Tempat 1. En. Rosidy anak Leo Empayut 2. En. Andrew Olla anak Bill  Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk pertandingan. o Bola Tampar, Jaring Bola Tampar, Wisel, Score Board, Meja & Kerusi Urusetia.  Memastikan semua peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.  Memastikan tempat pertandingan siap dan berada dalam keadaan sedia untuk pertandingan.
  • 14. 3. Pengadil Perlawanan  Semua wakil pengadil setiap zon  Ketua Pengadil memberi taklimat kepada semua pengadil.  Mengadili perlawanan mengikut Jadual Pertandingan.  Tidak menyebelahi mana-mana pasukan ketika mengadili perlawanan.  Mencatat skor sepanjang pertandingan berlangsung (Lampiran 5)  Menyerahkan keputusan setiap perlawanan kepada urusetia. 5. Dokumentasi 1. Cik Belinda Alisia 2. En. Rosidy anak Leo Empayut  Mengambil gambar / merakam video sepanjang pertandingan berlangsung.  Menyerahkan gambar dan video untuk proses pendokumentasian dan laporan. 6. Juruacara Pertandingan 1. En. Mohd Amri bin Mohd Faizal 2. Pn. Nurul Farihan binti Hamdan  Mengacara sepanjang pertandingan.