SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
DRAF
PERATURAN
PERTANDINGAN
CATUR
MSKPPM
2018
1
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN
PELAJARAN MALAYSIA 2018 (MSKPPM) – CATUR
PERATURAN PERTANDINGAN
1. TAJUK:
Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
(Catur)
2. PENGANJUR:
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM)
3. PENGELOLA:
Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak (PSKPP)
4. TARIKH PERTANDINGAN:
….. hingga ….. Disember 2018
5. TEMPAT:
Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Stadium, Petra Jaya 93050 Kuching.
6. PERATURAN UMUM:
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang ‘FIDE’.
7. PERATURAN TAMBAHAN:
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak
meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan
matlamat penganjuran aktiviti sukan (MSKPPM) Malaysia.
2
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
8. KELAYAKAN:
8.1 Peserta-peserta yang LAYAK untuk menyertai Pesta MSKPPM mestilah
terdiri daripada:
8.1.1 Warganegara Malaysia
8.1.2 Sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada bekerja tetap atau kontrak
(dari segi jawatan)
8.1.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sedang berkhidmat
secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas.
8.1.4 Pegawai Khidmat Singkat yang sedang berkhidmat selama 3
bulan secara berterusan.
8.1.5 Guru yang sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa
dan gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau jabatan
asalnya.
8.1.6 Institusi Pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung
dengan PSKPP Negeri serta / dan membayar yuran dengan
PSKPP Negeri.
8.2 Peserta-peserta yang TIDAK LAYAK untuk menyertai Pesta MSKPPM
pula ialah:
8.2.1 Pekerja kontrak Swasta
8.2.2 Guru Ganti
8.2.3 Guru yang sedang menjalani praktikum di institusi pendidikan
8.3 Peserta tidak dibenarkan untuk mewakili pasukan PSKPP Negeri lain
selain daripada negeri di mana beliau sedang bertugas.
8.4 Setiap peserta hendaklah mengemukakan salinan;
8.4.1 Kad Pengenalan Asal
8.4.2 Slip gaji asal; atau
8.4.3 Surat Tawaran Kerja Secara kontrak Asal
Semua Salinan Surat Pengesahan hendaklah dikemukakan
sewaktu mesyuarat pengurus pasukan (8.4.1, 8.4.2 dan 8.4.3)
untuk simpanan pihak Jawatankuasa Pengelola.
3
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
8.5 Pengarah Pendidikan Negeri / Yang Dipertua PSKPP Negeri dan pihak
pengurusan pasukan adalah bertanggungjawab penuh kepada setiap
nama pemain yang telah didaftarkan. Sebarang bentuk penyelewengan
adalah di bawah tanggungjawab mereka dan jika berlaku sebarang
penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat oleh Jawatankuasa
pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk tindakan selanjutnya.
9. PENDAFTARAN PASUKAN:
9.1 Setiap Pasukan PSKPP Negeri dikehendaki menghantar (1) pasukan
dan setiap pasukan hendaklah mengandungi:
i) Satu (1) orang Pengurus
ii) Satu (1) orang Jurulatih
iii) Satu (1) orang Koordinator/Arbiter
iv) Empat (4) orang pemain utama lelaki
v) Dua (2) orang pemain wanita
Jumlah = 9 orang peserta
9.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan
menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola,
hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk
mengambil bahagian.
9.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang
dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang
kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.
9.4 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa taklimat
pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum
tarikh pertandingan bermula.
9.5 Pengurus dan Jurulatih serta koordinator/Arbiter dibenarkan bermain.
Nama mereka hendaklah didaftar dalam senarai pemain sebagai
pemain.
9.6 Setiap pasukan berhak menentukan kedudukan ranking pemain
di dalam pasukan tanpa perlu mengikut turutan ranking / rating
kebangsaan.
10. FORMAT PERTANDINGAN BERPASUKAN (LELAKI 3 + 1 WANITA) :
10.1 Kejohanan ini adalah di antara pasukan PSKPP Negeri.
10.2 Sistem Pemainan menggunakan sistem pertandingan Swiss tujuh (7)
Pusingan.
4
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
10.3 Ranking pasukan adalah berdasarkan kepada keputusan undian.
(Pertama kali kejohanan MSKPPM 2018)
10.4 Pemain-pemain adalah tidak dibenarkan membuat sebarang
penganalisaan di arena pertandingan semasa permainan sedang
berlangsung.
10.5 Keputusan ‘Arbiter’ adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap
keputusan arbiter rayuan perlu dibuat secara bertulis.
10.6 Masa bermain ialah 45 minit dan 10 saat bonus bagi setiap gerakan
sehingga tamat permainan.
10.7 Sistem pemutus yang diguna pakai adalah mengikut turutan yang
berikut: Match Point, Game Point, Direct Encounter dan Cumulatif.
10.7.1 Sekiranya kedudukan pasukan masih belum dapat ditentukan,
‘Arbiter’ berhak menambah sistem pemutus yang diperlukan
berdasarkan kepada sistem pemutus yang diguna pakai oleh
FIDE bagi kejohanan berpasukan sehinggalah keputusan
muktamad diperolehi.
10.8 Semua pemain diwajib merekod pergerakan sehingga tamat
permainan. Pemenang hendaklah menghantar kedua-dua salinan
‘SCORE SHEET’
11- MASA PERTANDINGAN:
11.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari.
11.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu
perlawanan di dalam satu hari.
11.2.1 Cadangan Jadual kejohanan adalah seperti berikut:
Hari Pertama
8:00 pagi - 10:00 pagi Pusingan Pertama
11:30 pagi
2.30 ptg
- 1:30 ptg
- 4.30 ptg
Pusingan Ke-2
Pusingan Ke-3
Hari Kedua
9:00 pagi
- 11:00 pagi
Pusingan Ke-4
8:00 pagi
11.30 pagi
- 10:00 pagi
- 1.30 ptg
Pusingan Ke-4
Pusingan Ke-5
2.30 ptg - 4.30 ptg Pusingan Ke-6
Hari Ketiga
8:00 pagi - 10:00 pagi Pusingan Ke-7
- 11.00 pagi
11
.0
0
pa
gi
Penutupan
5
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
11.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
11.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di
gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
11.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-
pemain kepada Pengadil Rasmi 5 minit sebelum perlawanan
dimulakan.
11.6 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan
akan diberi masa tangguhan selama (45) minit. Jika setelah tamat
tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka
kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir.
11.7 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi
kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia MSKPPM
Malaysia akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang
terlibat dan bertanggungjawab.
12. PENANGGUHAN PERLAWANAN:
Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang
ditangguhkan oleh Arbiter kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.
13. PERALATAN PERTANDINGAN:
Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan peralatan catur berkualiti
yang mengikut garis panduan yang disediakan oleh FIDE beserta ‘score
sheet’.
14. PENGADILAN:
14.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan ‘Arbiter’ dan
‘Pembantu Arbiter’ yang bertauliah samada bertaraf International
Arbiter (IA), FIDE Arbiter (FA) atau National Arbiter (NA) di sepanjang
pertandingan yang akan diadakan.
14.2 ‘Arbiter’ akan mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua pasukan
yang akan mengambil bahagian didalam kejohanan bertujuan untuk
memperjelaskan lagi Undang-undang dan Peraturan-peraturan yang
akan diguna pakai semasa kejohanan dijalankan.
6
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
15. BANTAHAN:
15.1 Kelayakan Peserta
i) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus
Atau Ketua Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat
SEMASA MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SAHAJA
(tidak perlu wang cagaran)
ii) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan
bukti kukuh berkenaan bantahan yang dibuat.
iii) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan
SEGERA di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta /
pemain yang dibantah adalah SAH bermain dan MENGIKUT
SEGALA SYARAT KELAYAKAN BERMAIN.
iv) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang
membawa dan menyenaraikan pemain-pemain yang tidak
layak bermain dan bukan kakitangan PSKPP serta di dapati
bersalah dalam majlis bantahan, pasukan tersebut akan
digantung dari menyertai kejohanan MSKPPM pada tahun
tersebut dan tahun berikutnya dan pemain tersebut tidak
akan dibenar menyertai kejohanan MSKPPM sehinggalah
pihak penganjur membatalkan hukuman tersebut.
15.2 Teknikal dan Lain-lain Bantahan
i) Sebarang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain-
lain selain kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan
kepada pengadil yang bertugas ketika itu.
ii) Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan
secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan
tersebut (jika berkaitan pertandingan/ teknikal/ pengadilan dan
lain-lain berkaitan).
iii) Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak
RM300.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan tersebut gagal atau ditolak.
iv) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan
Jawatankuasa Bantahan dan tatatertib adalah muktamad.
7
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
16. JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB
Pengerusi : Setiausaha Agung MSKPPM atau Wakil
Setiausaha : Penolong Setiausaha Agung/Wakil
Ahli-Ahli : Setiausaha PSKPP Negeri
Jawatankuasa Pengelola/Wakil
: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan/Wakil
: Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil
17. DISIPLIN DAN TATATERTIB
17.1 Kegagalan pasukan untuk hadir pada majlis perasmian, makan malam,
majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan menyebabkan.
Laporan bertulis akan dibuat kepada Yang DiPertua MSKPPM Badan
Gabungan berkenaan agar tindakan yang tegas diambil kepada
mereka yang terlibat dan bertanggungjawab dalam insiden ini;
17.2 Jika terdapat pegawai dan peserta yang tidak berdisiplin di sepanjang
kejohanan hingga tamat seperti berpakaian tidak sopan, tidak kemas,
berambut panjang (lelaki) dan lain-lain lagi (tidak mencerminkan
sebagai seorang pegawai PSKPP Negeri), mereka tidak akan
dibenarkan menyertai kejohanan. Tindakan susulan akan dibuat oleh
Urusetia MSKPPM.
18. JAWATAKUASA RAYUAN : (Semasa Bermain)
Pengerusi : Setiausaha Agung MSKPPM / Wakil
Ahli-Ahli : (5) orang ahli tetap dan (2) orang ahli simpanan
akan dilantik semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan.
8
MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018
HADIAH:
MSKPPM Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:- LELAKI +
WANITA BERPASUKAN;
a) Johan - # 1 Piala Pusingan
- 1 Piala Iringan
- 9 Medal & Hadiah Iringan
b) Naib Johan - 1 Piala Iringan
- 9 Medal & Hadiah Iringan
c) Ketiga - 1 Piala Iringan
- 9 Medal & Hadiah Iringan
d) Keempat - 1 Piala Iringan
- 9 Medal & Hadiah Iringan
e) Hadiah individu ‘Best Board’ untuk 6 orang pemain terbaik:
- 6 Medal & Hadiah Iringan
- Untuk Pemain Papan Pertama hingga
Papan Keempat, pemain perlu bermain
tidak kurang dari enam (6) permainan
- Untuk Pemain Papan Kelima dan Papan
Keenam, pemain perlu bermain tidak
kurang dari empat (4) permainan
f) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata
19. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR
Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah
peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah
muktamad.
20. PERINTAH AM
Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk
kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
Urusetia MSKPPM atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan
kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat
pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta
peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

More Related Content

Similar to Peraturan catur mskppm 2018edited

Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepakKertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Azrie AYie
 
KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx
KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docxKERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx
KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx
ollaandrew1
 
Peraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_balingPeraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_baling
protonexora4979
 
Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015
donnyaktuah
 
Present KATMO B11 MSSD KS.pptx
Present KATMO B11 MSSD KS.pptxPresent KATMO B11 MSSD KS.pptx
Present KATMO B11 MSSD KS.pptx
ZariffWazirYon
 
POWER POINT hitam putih.pptx
POWER POINT hitam putih.pptxPOWER POINT hitam putih.pptx
POWER POINT hitam putih.pptx
MdAymeerl
 
Peraturan pertandingan bola baling msspp
Peraturan pertandingan bola baling mssppPeraturan pertandingan bola baling msspp
Peraturan pertandingan bola baling msspp
Abubakar Damit
 

Similar to Peraturan catur mskppm 2018edited (20)

Aturan
AturanAturan
Aturan
 
Regulasi Piala Nusantara 2014
Regulasi Piala Nusantara 2014Regulasi Piala Nusantara 2014
Regulasi Piala Nusantara 2014
 
DOC. KSF CUP
DOC. KSF CUPDOC. KSF CUP
DOC. KSF CUP
 
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepakKertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
 
Peraturan hoki
Peraturan hokiPeraturan hoki
Peraturan hoki
 
Peraturan Kejohanan
Peraturan KejohananPeraturan Kejohanan
Peraturan Kejohanan
 
KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx
KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docxKERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx
KERTAS KONSEP BOLA TAMPAR PSKPP 2022.doc_100027.docx
 
02
0202
02
 
Kertas kerja bola baling terkini
Kertas kerja bola baling terkiniKertas kerja bola baling terkini
Kertas kerja bola baling terkini
 
Olahraga
OlahragaOlahraga
Olahraga
 
Buku Teknikal Olahraga
Buku Teknikal OlahragaBuku Teknikal Olahraga
Buku Teknikal Olahraga
 
Peraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_balingPeraturan permainan bola_baling
Peraturan permainan bola_baling
 
Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015
 
Present KATMO B11 MSSD KS.pptx
Present KATMO B11 MSSD KS.pptxPresent KATMO B11 MSSD KS.pptx
Present KATMO B11 MSSD KS.pptx
 
bahan TM 28 agustus 2021.pptx
bahan TM 28 agustus 2021.pptxbahan TM 28 agustus 2021.pptx
bahan TM 28 agustus 2021.pptx
 
POWER POINT hitam putih.pptx
POWER POINT hitam putih.pptxPOWER POINT hitam putih.pptx
POWER POINT hitam putih.pptx
 
Peraturan dan undang bola baling
Peraturan dan undang bola balingPeraturan dan undang bola baling
Peraturan dan undang bola baling
 
Proposal futsal
Proposal futsalProposal futsal
Proposal futsal
 
Peraturan pertandingan bola baling msspp
Peraturan pertandingan bola baling mssppPeraturan pertandingan bola baling msspp
Peraturan pertandingan bola baling msspp
 
Kertas kerja hari sukan skpt 2 2014 -
Kertas kerja hari sukan skpt 2   2014 -Kertas kerja hari sukan skpt 2   2014 -
Kertas kerja hari sukan skpt 2 2014 -
 

Peraturan catur mskppm 2018edited

  • 2. 1 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA 2018 (MSKPPM) – CATUR PERATURAN PERTANDINGAN 1. TAJUK: Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Catur) 2. PENGANJUR: Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM) 3. PENGELOLA: Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak (PSKPP) 4. TARIKH PERTANDINGAN: ….. hingga ….. Disember 2018 5. TEMPAT: Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Stadium, Petra Jaya 93050 Kuching. 6. PERATURAN UMUM: Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang ‘FIDE’. 7. PERATURAN TAMBAHAN: Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan (MSKPPM) Malaysia.
  • 3. 2 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 8. KELAYAKAN: 8.1 Peserta-peserta yang LAYAK untuk menyertai Pesta MSKPPM mestilah terdiri daripada: 8.1.1 Warganegara Malaysia 8.1.2 Sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada bekerja tetap atau kontrak (dari segi jawatan) 8.1.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sedang berkhidmat secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas. 8.1.4 Pegawai Khidmat Singkat yang sedang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan. 8.1.5 Guru yang sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa dan gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau jabatan asalnya. 8.1.6 Institusi Pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung dengan PSKPP Negeri serta / dan membayar yuran dengan PSKPP Negeri. 8.2 Peserta-peserta yang TIDAK LAYAK untuk menyertai Pesta MSKPPM pula ialah: 8.2.1 Pekerja kontrak Swasta 8.2.2 Guru Ganti 8.2.3 Guru yang sedang menjalani praktikum di institusi pendidikan 8.3 Peserta tidak dibenarkan untuk mewakili pasukan PSKPP Negeri lain selain daripada negeri di mana beliau sedang bertugas. 8.4 Setiap peserta hendaklah mengemukakan salinan; 8.4.1 Kad Pengenalan Asal 8.4.2 Slip gaji asal; atau 8.4.3 Surat Tawaran Kerja Secara kontrak Asal Semua Salinan Surat Pengesahan hendaklah dikemukakan sewaktu mesyuarat pengurus pasukan (8.4.1, 8.4.2 dan 8.4.3) untuk simpanan pihak Jawatankuasa Pengelola.
  • 4. 3 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 8.5 Pengarah Pendidikan Negeri / Yang Dipertua PSKPP Negeri dan pihak pengurusan pasukan adalah bertanggungjawab penuh kepada setiap nama pemain yang telah didaftarkan. Sebarang bentuk penyelewengan adalah di bawah tanggungjawab mereka dan jika berlaku sebarang penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat oleh Jawatankuasa pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk tindakan selanjutnya. 9. PENDAFTARAN PASUKAN: 9.1 Setiap Pasukan PSKPP Negeri dikehendaki menghantar (1) pasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi: i) Satu (1) orang Pengurus ii) Satu (1) orang Jurulatih iii) Satu (1) orang Koordinator/Arbiter iv) Empat (4) orang pemain utama lelaki v) Dua (2) orang pemain wanita Jumlah = 9 orang peserta 9.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. 9.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan. 9.4 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum tarikh pertandingan bermula. 9.5 Pengurus dan Jurulatih serta koordinator/Arbiter dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah didaftar dalam senarai pemain sebagai pemain. 9.6 Setiap pasukan berhak menentukan kedudukan ranking pemain di dalam pasukan tanpa perlu mengikut turutan ranking / rating kebangsaan. 10. FORMAT PERTANDINGAN BERPASUKAN (LELAKI 3 + 1 WANITA) : 10.1 Kejohanan ini adalah di antara pasukan PSKPP Negeri. 10.2 Sistem Pemainan menggunakan sistem pertandingan Swiss tujuh (7) Pusingan.
  • 5. 4 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 10.3 Ranking pasukan adalah berdasarkan kepada keputusan undian. (Pertama kali kejohanan MSKPPM 2018) 10.4 Pemain-pemain adalah tidak dibenarkan membuat sebarang penganalisaan di arena pertandingan semasa permainan sedang berlangsung. 10.5 Keputusan ‘Arbiter’ adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan arbiter rayuan perlu dibuat secara bertulis. 10.6 Masa bermain ialah 45 minit dan 10 saat bonus bagi setiap gerakan sehingga tamat permainan. 10.7 Sistem pemutus yang diguna pakai adalah mengikut turutan yang berikut: Match Point, Game Point, Direct Encounter dan Cumulatif. 10.7.1 Sekiranya kedudukan pasukan masih belum dapat ditentukan, ‘Arbiter’ berhak menambah sistem pemutus yang diperlukan berdasarkan kepada sistem pemutus yang diguna pakai oleh FIDE bagi kejohanan berpasukan sehinggalah keputusan muktamad diperolehi. 10.8 Semua pemain diwajib merekod pergerakan sehingga tamat permainan. Pemenang hendaklah menghantar kedua-dua salinan ‘SCORE SHEET’ 11- MASA PERTANDINGAN: 11.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari. 11.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu perlawanan di dalam satu hari. 11.2.1 Cadangan Jadual kejohanan adalah seperti berikut: Hari Pertama 8:00 pagi - 10:00 pagi Pusingan Pertama 11:30 pagi 2.30 ptg - 1:30 ptg - 4.30 ptg Pusingan Ke-2 Pusingan Ke-3 Hari Kedua 9:00 pagi - 11:00 pagi Pusingan Ke-4 8:00 pagi 11.30 pagi - 10:00 pagi - 1.30 ptg Pusingan Ke-4 Pusingan Ke-5 2.30 ptg - 4.30 ptg Pusingan Ke-6 Hari Ketiga 8:00 pagi - 10:00 pagi Pusingan Ke-7 - 11.00 pagi 11 .0 0 pa gi Penutupan
  • 6. 5 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 11.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 11.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 11.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain- pemain kepada Pengadil Rasmi 5 minit sebelum perlawanan dimulakan. 11.6 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama (45) minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir. 11.7 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia MSKPPM Malaysia akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab. 12. PENANGGUHAN PERLAWANAN: Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh Arbiter kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 13. PERALATAN PERTANDINGAN: Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan peralatan catur berkualiti yang mengikut garis panduan yang disediakan oleh FIDE beserta ‘score sheet’. 14. PENGADILAN: 14.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan ‘Arbiter’ dan ‘Pembantu Arbiter’ yang bertauliah samada bertaraf International Arbiter (IA), FIDE Arbiter (FA) atau National Arbiter (NA) di sepanjang pertandingan yang akan diadakan. 14.2 ‘Arbiter’ akan mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua pasukan yang akan mengambil bahagian didalam kejohanan bertujuan untuk memperjelaskan lagi Undang-undang dan Peraturan-peraturan yang akan diguna pakai semasa kejohanan dijalankan.
  • 7. 6 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 15. BANTAHAN: 15.1 Kelayakan Peserta i) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Atau Ketua Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat SEMASA MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SAHAJA (tidak perlu wang cagaran) ii) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan bukti kukuh berkenaan bantahan yang dibuat. iii) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan SEGERA di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta / pemain yang dibantah adalah SAH bermain dan MENGIKUT SEGALA SYARAT KELAYAKAN BERMAIN. iv) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang membawa dan menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak bermain dan bukan kakitangan PSKPP serta di dapati bersalah dalam majlis bantahan, pasukan tersebut akan digantung dari menyertai kejohanan MSKPPM pada tahun tersebut dan tahun berikutnya dan pemain tersebut tidak akan dibenar menyertai kejohanan MSKPPM sehinggalah pihak penganjur membatalkan hukuman tersebut. 15.2 Teknikal dan Lain-lain Bantahan i) Sebarang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain- lain selain kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil yang bertugas ketika itu. ii) Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika berkaitan pertandingan/ teknikal/ pengadilan dan lain-lain berkaitan). iii) Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal atau ditolak. iv) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan tatatertib adalah muktamad.
  • 8. 7 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 16. JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB Pengerusi : Setiausaha Agung MSKPPM atau Wakil Setiausaha : Penolong Setiausaha Agung/Wakil Ahli-Ahli : Setiausaha PSKPP Negeri Jawatankuasa Pengelola/Wakil : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan/Wakil : Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil 17. DISIPLIN DAN TATATERTIB 17.1 Kegagalan pasukan untuk hadir pada majlis perasmian, makan malam, majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan menyebabkan. Laporan bertulis akan dibuat kepada Yang DiPertua MSKPPM Badan Gabungan berkenaan agar tindakan yang tegas diambil kepada mereka yang terlibat dan bertanggungjawab dalam insiden ini; 17.2 Jika terdapat pegawai dan peserta yang tidak berdisiplin di sepanjang kejohanan hingga tamat seperti berpakaian tidak sopan, tidak kemas, berambut panjang (lelaki) dan lain-lain lagi (tidak mencerminkan sebagai seorang pegawai PSKPP Negeri), mereka tidak akan dibenarkan menyertai kejohanan. Tindakan susulan akan dibuat oleh Urusetia MSKPPM. 18. JAWATAKUASA RAYUAN : (Semasa Bermain) Pengerusi : Setiausaha Agung MSKPPM / Wakil Ahli-Ahli : (5) orang ahli tetap dan (2) orang ahli simpanan akan dilantik semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
  • 9. 8 MSKPPM/PSKPPNEGERISARAWAK2018 HADIAH: MSKPPM Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:- LELAKI + WANITA BERPASUKAN; a) Johan - # 1 Piala Pusingan - 1 Piala Iringan - 9 Medal & Hadiah Iringan b) Naib Johan - 1 Piala Iringan - 9 Medal & Hadiah Iringan c) Ketiga - 1 Piala Iringan - 9 Medal & Hadiah Iringan d) Keempat - 1 Piala Iringan - 9 Medal & Hadiah Iringan e) Hadiah individu ‘Best Board’ untuk 6 orang pemain terbaik: - 6 Medal & Hadiah Iringan - Untuk Pemain Papan Pertama hingga Papan Keempat, pemain perlu bermain tidak kurang dari enam (6) permainan - Untuk Pemain Papan Kelima dan Papan Keenam, pemain perlu bermain tidak kurang dari empat (4) permainan f) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata 19. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad. 20. PERINTAH AM Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Urusetia MSKPPM atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.