SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
GARIS PANDUAN MENAMAKAN SYARIKAT
1. PEMAKAIAN
Garis Panduan ini hendaklah dipakai bagi mana-mana permohonan nama sama
ada untuk pemerbadanan sesebuah syarikat atau pertukaran nama sesebuah
syarikat.
2. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Akta Syarikat 1965 (Akta) memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat
atau pertukaran namanya didaftarkan, nama atau nama baru yang dicadangkan
bagi syarikat itu hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna atau Pendaftar Syarikat, masing-masing
nya menurut hal keadaan tertentu.
Peruntukan statutori terkandung di bawah subseksyen 22(1) Akta yang
memperuntukkan bahawa kecuali dengan persetujuan Menteri, sesuatu syarikat
tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah
tidak diingini (undesirable) atau adalah nama, atau jenis nama, yang Menteri
mengarahkan Pendaftar untuk tidak menerimanya untuk pendaftaran.
Peruntukan yang sama yang terpakai bagi syarikat asing adalah subseksyen
341(1) Akta.
Berdasarkan peruntukan tersebut, dalam mempertimbangkan sesuatu
permohonan nama syarikat, Pendaftar Syarikat adalah tertakluk kepada larangan
atau sekatan berikut:
o larangan-larangan mengenai penggunaan nama yang termasuk
dibawah Arahan Menteri; dan
o apa jua nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini
(undesirable).
LARANGAN-LARANGAN BERDASARKAN ARAHAN MENTERI
Arahan Menteri adalah seperti yang diwartakan melalui Warta Kerajaan Bil. 716
bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001.
Kandungan Arahan Menteri di bawah Warta tersebut adalah seperti berikut :–
JADUAL
(a) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan ahli Keluarga
Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang
mengandungi perkataan seperti
”Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja
Muda” atau “Yang/Maha Mulia”;
(b) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan
Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak
berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis
perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk
nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti
“Persekutuan”, “Negeri” atau “Nasional”;
(c) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Kerajaan
Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan
antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi
perkataan seperti “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC” atau
“OPEC”;
(d) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik,
pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan;
(e) nama yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa
perkataan yang sama maksud dengannya:
“Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”,
“Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan
Pengeluaran”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”,
“Jaminan”, “Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”,
“Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat Pendaftaran”,
“Pajakan”, “Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan
Bank” atau “Yayasan”;
(f) nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan
sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara
lain;
(g) nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh
orang-orang awam; dan
(h) nama yang –
(i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing
yang didaftarkan di bawah Akta; atau
(ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama
mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang
didaftarkan di bawah Akta; atau
(iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama
yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat
baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi
tujuan penukaran nama suatu syarikat tempatan atau
syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.
Sekiranya pemohon atau penaja syarikat mempunyai justifikasi untuk
menggunakan nama atau perkataan yang terkandung di bawah Arahan di atas,
pemohon atau penaja tersebut hendaklah membuat permohonan kepada Menteri
melalui Pendaftar Syarikat dengan memberikan sebab atau justifikasi bagi
penggunaan nama atau perkataan tersebut sebagai sebahagian daripada nama
syarikat yang dicadangkan, berserta dengan bayaran RM150.00.
3. LARANGAN PENGGUNAAN NAMA YANG TIDAK DIINGINI
Bagi menentukan sama ada sesuatu nama yang dipohon itu adalah nama yang
tidak diingini, Pendaftar Syarikat telah menetapkan beberapa kriteria
berpandukan kepada beberapa prinsip am yang telah ditetapkan, termasuk
undang-undang lain yang juga membuat peruntukan mengawal penggunaan
nama yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh undang-undang
berkenaan, nama-nama yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh
Agensi Kerajaan atau badan profesional dan bagi kepentingan nasional dan
awam. Kriteria-kriteria berikut hendaklah dipatuhi:
3.1 Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti Yang Dikawal Melalui Undang-
Undang Lain
(a) Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989 (Banking And Financial
Institutions Act 1989) ;
Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah
“bank”, “deposit-taking”, “finance”, “merchant bank”, “discount
house”, “money broker”, “foreign exchange broker” atau apa-apa
perkataan yang sama maksud dengannya;
(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Securities Industry Act 1983) ;
Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah
“stock exchange”, “stock market”, “securities trading market” atau
apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
(c) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (Futures Trading Industry
Act 1993) ;
Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah
“futures exchange”, “futures broker”, “futures trading adviser” atau
apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
(d) Akta Insurans 1963 (Insurance Act 1963) ;
Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah
“insurance”, “assurance”, “underwriter” atau apa-apa perkataan
yang sama maksud dengannya;
(e) Akta Pengurupan Wang 1998 (Money-Changing Act 1998) ;
Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah
“pengurup wang”, “tukaran mata wang” atau apa-apa perkataan
yang sama maksud dengannya;
(f) Akta Penilai, Pentadbir Dan Ejen Harta Tanah 1981 (Valuers,
Appraisers And Estate Agents Act 1981) ;
Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah
“estate agent”, “house agent”, “property agent”, “land agent”, “house
broker” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
dan
(g) Akta Takaful 1984
Perkataan Takaful atau apa-apa perkataan yang sama maksud
dengannya ;
(h) Akta Perakaunan 1967;
Perkataan ”Percukaian”, ”Cukai”, ”Perakaunan”, ”Juruodit”,
”Perunding Percukaian”, ”Penasihat Percukaian” atau apa-apa
perkataan yang sama maksud dengannya;
(i) Akta Perubatan (Iklan dan Penjualan) 1956;
”Klinik swasta”, ”Klinik”, ”Klinik Radiologi Swasta”, ”Makmal
Perubatan Swasta”, ”Rawatan alternatif”, ”Herba tradisional”,
”Tabib”, ””Klinik Rambut”,”Homeopathy”, ”Herba Perubatan
Tradisional”, ”Medical Hall” atau apa-apa perkataan yang sama
maksud dengannya;
(j) Undang-Undang lain, selain daripada yang disebutkan di atas dan
dimaklumkan kepada Pendaftar Syarikat dari semasa ke semasa.
Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang di bawah
undang-undang tersebut di atas boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau
penaja syarikat mendapat kebenaran bertulis daripada agensi yang mentadbir
undang-undang tersebut. Surat kebenaran tersebut hendaklah disertakan
bersama borang permohonan carian nama syarikat.
3.2 Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti-Aktiviti Yang Dikawal Oleh
Agensi Kerajaan Atau Oleh Sesuatu Profesion
(a) Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) ;
Perkataan-perkataan seperti “Labuan Offshore”, “Syarikat Luar
Pesisir”, “Labuan Trust Company” atau apa-apa perkataan yang
sama maksud dengannya;
(b) Lembaga Arkitek Malaysia bagi perkataan “arkitek” atau “architect”;
(c) Kementerian Pendidikan Malaysia ;
Perkataan-perkataan seperti “kolej”, “institut”, “universiti”,”sekolah”
atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
(d) Jabatan Pembangunan Koperasi bagi perkataan-perkataan seperti
“koop”, “Koperasi” atau apa-apa perkataan yang sama maksud
dengannya;
(e) Jabatan Penerbangan Awam ;
Perkataan-perkataan seperti “aviation”, “airways”, “airlines”, “air”
atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
(f) Lembaga Jurutera Malaysia bagi perkataan “jurutera” ;
(g) Institut Akauntan Malaysia ;
Perkataan ”Percukaian “ atau apa-apa perkataan yang sama
maksud dengannya;
(h) Jabatan Perdana Menteri;
Perkataan ”Dinar”
(i) Kementerian Perusahaan Utama;
Perkataan ”Pusat Seranta Pengurusan Hutan”
(j) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
Perkatan ”Crypto”, ”Muttaqim”, ”Mustaqim”, ”Ehram Mukjizah”,
”Wakaf”, ”Amil”, ”Baitulmal”, ”Halal”, ”Wasiat”, ”Faraid” atau apa-apa
perkataan yang sama maksud dengannya;
(k) Seksyen Pengurusan Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Perkataan ”Amanah” bagi permohonan syarikat amanah.
Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang menunjukkan kaitan
dengan aktiviti yang dikawal oleh agensi atau badan profesion tersebut di atas
boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau penaja syarikat mendapat
kebenaran bertulis daripada agensi atau badan profesion yang berkenaan. Surat
kebenaran tersebut hendaklah disertakan bersama borang permohonan carian
nama syarikat.
3.3Nama Yang Dikawal Dan Dihadkan Penggunaan Kerana Kepentingan
Nasional Atau Awam
(a) Syarikat-syarikat kerajaan dan nama-nama yang telah terkenal
berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan
”Astro”, ”DIGI”, ”Berjaya”, ”Chase”, ”HICOM”, ”Petronas”,
”Intrakota”,”Celcom”, ”Pernas”, “”Perodua”, “Modenas”, “Telekom”,
“Kenyir”, “Kulim Hi-Tech”
(b) “Cyber” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
(c) “Putrajaya” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
(d) “MSC/Multimedia Super Corridor” atau “Koridor Raya Multimedia”;
(e) “Orang Tengah”, “Middle Man”;
(f) “Rezab Melayu”, “Malay Reserve”;
(g) Perkataan yang melambangkan aktiviti perjudian seperti
“sweepstake”, “loteri”, “gambling”, “tilik nasib” atau apa-apa
perkataan yang sama maksud dengannya;
(h) Perkataan seperti “arak”, “liquor” dan seumpamanya; dan
(i) Perkataan daripada slogan-slogan kerajaan seperti “Wawasan
2020”, “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Jatidiri”, “Kuala Lumpur 2001”,
“Kuala Lumpur 2006”, “Kuala Lumpur 2008”, “Malaysia Boleh”,
“Dulu, Kini dan Selamanya” dan lain-lain yang diperkenalkan dari
semasa ke semasa.
3.4 Prinsip-Prinsip Am Dan Ciri-Ciri Nama Yang Boleh Dipertimbangkan
Untuk Sesuatu Nama
(a) Nama hendaklah menggunakan bahasa dan ejaan yang betul;
(b) Sekiranya nama mengandungi perkataan yang bukan dari Bahasa
Melayu atau Inggeris, makna bagi perkataan tersebut hendaklah
diberikan;
(c) Nama yang tidak mencerca atau yang mungkin dianggap menghina
oleh orang awam;
(d) Nama yang tidak melambangkan unsur keagamaan;
(e) Nama tertentu hendaklah tidak terlalu umum, contohnya “Usaha
Sdn. Bhd.” atau “Cantik Sdn. Bhd.”;
(f) Penggunaan nama diri hendaklah terdiri daripada pengarah-
pengarah yang akan dinamakan di dalam memorandum atau artikel
persatuan (memorandum or articles of association). Walau
bagaimanapun, nama diri boleh dipertimbang jika nama tersebut
terdiri daripada nama anggota keluarga terdekat kepada pemohon
atau penaja, seperti nama anak, bapa, isteri, datuk dan nenek atau
terdiri daripada nama diri dari syarikat kumpulan yang telah wujud
dan mendapat persetujuan daripada syarikat kumpulan yang
mempunyai nama diri. Pertalian kekeluargaan ini hendaklah
dibuktikan;
(g) Nama rekaan hendaklah memberikan maksud asal usul perkataan;
(h) Nama adalah bukan merupakan singkatan yang boleh dikelirukan
dengan nama syarikat multi-nasional yang dikenali umum seperti
PNB, ICI, IBM;
4. ARAHAN PERTUKARAN NAMA SYARIKAT
Menurut subseksyen 23(3) Akta sekiranya sesuatu nama syarikat itu telah
didaftarkan (sama ada dengan tidak disengajakan atau sebaliknya dan sama ada
pada nama asalnya atau sebagai pertukaran nama) dengan nama yang tidak
boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 22(1) Akta, Pendaftar boleh
mengarahkan syarikat itu menukarkan namanya dalam masa enam (6) minggu
dari tarikh arahan tersebut.
Pendaftar Syarikat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

More Related Content

More from Nur Dalila Zamri

More from Nur Dalila Zamri (20)

Chapter 3 (2)
Chapter 3 (2)Chapter 3 (2)
Chapter 3 (2)
 
Chapter 4
Chapter 4Chapter 4
Chapter 4
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1
 
Chapter 7
Chapter 7Chapter 7
Chapter 7
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
 
Business finance ratio (bp plastic)
Business finance  ratio (bp plastic)Business finance  ratio (bp plastic)
Business finance ratio (bp plastic)
 
Bus,fin
Bus,finBus,fin
Bus,fin
 
Pb604 – bussiness finance
Pb604 – bussiness financePb604 – bussiness finance
Pb604 – bussiness finance
 
Cahpter 2 Audit Sampling
Cahpter 2 Audit SamplingCahpter 2 Audit Sampling
Cahpter 2 Audit Sampling
 
Business finance Chapter1 - Finance management
Business finance Chapter1 - Finance managementBusiness finance Chapter1 - Finance management
Business finance Chapter1 - Finance management
 
Audit bab1 sem 6- Audit Approach
Audit bab1 sem 6- Audit ApproachAudit bab1 sem 6- Audit Approach
Audit bab1 sem 6- Audit Approach
 
Ten principles that form the foundations of financial management
Ten principles that form the foundations of financial managementTen principles that form the foundations of financial management
Ten principles that form the foundations of financial management
 
Business plan workbook 17nov 1
Business plan workbook 17nov 1Business plan workbook 17nov 1
Business plan workbook 17nov 1
 
Catalogue
CatalogueCatalogue
Catalogue
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
Mini project complete
Mini project completeMini project complete
Mini project complete
 
Facilities provided at each department of seberang perai
Facilities provided at each department of seberang peraiFacilities provided at each department of seberang perai
Facilities provided at each department of seberang perai
 
C v new
C v newC v new
C v new
 
Resume new
Resume newResume new
Resume new
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Panduan menamakan syarikat

  • 1. GARIS PANDUAN MENAMAKAN SYARIKAT 1. PEMAKAIAN Garis Panduan ini hendaklah dipakai bagi mana-mana permohonan nama sama ada untuk pemerbadanan sesebuah syarikat atau pertukaran nama sesebuah syarikat. 2. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG Akta Syarikat 1965 (Akta) memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat atau pertukaran namanya didaftarkan, nama atau nama baru yang dicadangkan bagi syarikat itu hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna atau Pendaftar Syarikat, masing-masing nya menurut hal keadaan tertentu. Peruntukan statutori terkandung di bawah subseksyen 22(1) Akta yang memperuntukkan bahawa kecuali dengan persetujuan Menteri, sesuatu syarikat tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini (undesirable) atau adalah nama, atau jenis nama, yang Menteri mengarahkan Pendaftar untuk tidak menerimanya untuk pendaftaran. Peruntukan yang sama yang terpakai bagi syarikat asing adalah subseksyen 341(1) Akta. Berdasarkan peruntukan tersebut, dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan nama syarikat, Pendaftar Syarikat adalah tertakluk kepada larangan atau sekatan berikut: o larangan-larangan mengenai penggunaan nama yang termasuk dibawah Arahan Menteri; dan o apa jua nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini (undesirable).
  • 2. LARANGAN-LARANGAN BERDASARKAN ARAHAN MENTERI Arahan Menteri adalah seperti yang diwartakan melalui Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001. Kandungan Arahan Menteri di bawah Warta tersebut adalah seperti berikut :– JADUAL (a) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan ahli Keluarga Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan seperti ”Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja Muda” atau “Yang/Maha Mulia”; (b) nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”, “Negeri” atau “Nasional”; (c) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Kerajaan Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan seperti “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC” atau “OPEC”; (d) nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan; (e) nama yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya:
  • 3. “Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”, “Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan Pengeluaran”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”, “Jaminan”, “Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”, “Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat Pendaftaran”, “Pajakan”, “Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank” atau “Yayasan”; (f) nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain; (g) nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang awam; dan (h) nama yang – (i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau (ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang didaftarkan di bawah Akta; atau (iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan penukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta. Sekiranya pemohon atau penaja syarikat mempunyai justifikasi untuk menggunakan nama atau perkataan yang terkandung di bawah Arahan di atas,
  • 4. pemohon atau penaja tersebut hendaklah membuat permohonan kepada Menteri melalui Pendaftar Syarikat dengan memberikan sebab atau justifikasi bagi penggunaan nama atau perkataan tersebut sebagai sebahagian daripada nama syarikat yang dicadangkan, berserta dengan bayaran RM150.00. 3. LARANGAN PENGGUNAAN NAMA YANG TIDAK DIINGINI Bagi menentukan sama ada sesuatu nama yang dipohon itu adalah nama yang tidak diingini, Pendaftar Syarikat telah menetapkan beberapa kriteria berpandukan kepada beberapa prinsip am yang telah ditetapkan, termasuk undang-undang lain yang juga membuat peruntukan mengawal penggunaan nama yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh undang-undang berkenaan, nama-nama yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh Agensi Kerajaan atau badan profesional dan bagi kepentingan nasional dan awam. Kriteria-kriteria berikut hendaklah dipatuhi: 3.1 Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti Yang Dikawal Melalui Undang- Undang Lain (a) Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989 (Banking And Financial Institutions Act 1989) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “bank”, “deposit-taking”, “finance”, “merchant bank”, “discount house”, “money broker”, “foreign exchange broker” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Securities Industry Act 1983) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “stock exchange”, “stock market”, “securities trading market” atau
  • 5. apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (c) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (Futures Trading Industry Act 1993) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “futures exchange”, “futures broker”, “futures trading adviser” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (d) Akta Insurans 1963 (Insurance Act 1963) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “insurance”, “assurance”, “underwriter” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (e) Akta Pengurupan Wang 1998 (Money-Changing Act 1998) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “pengurup wang”, “tukaran mata wang” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (f) Akta Penilai, Pentadbir Dan Ejen Harta Tanah 1981 (Valuers, Appraisers And Estate Agents Act 1981) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “estate agent”, “house agent”, “property agent”, “land agent”, “house broker” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; dan (g) Akta Takaful 1984 Perkataan Takaful atau apa-apa perkataan yang sama maksud
  • 6. dengannya ; (h) Akta Perakaunan 1967; Perkataan ”Percukaian”, ”Cukai”, ”Perakaunan”, ”Juruodit”, ”Perunding Percukaian”, ”Penasihat Percukaian” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (i) Akta Perubatan (Iklan dan Penjualan) 1956; ”Klinik swasta”, ”Klinik”, ”Klinik Radiologi Swasta”, ”Makmal Perubatan Swasta”, ”Rawatan alternatif”, ”Herba tradisional”, ”Tabib”, ””Klinik Rambut”,”Homeopathy”, ”Herba Perubatan Tradisional”, ”Medical Hall” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (j) Undang-Undang lain, selain daripada yang disebutkan di atas dan dimaklumkan kepada Pendaftar Syarikat dari semasa ke semasa. Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang di bawah undang-undang tersebut di atas boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau penaja syarikat mendapat kebenaran bertulis daripada agensi yang mentadbir undang-undang tersebut. Surat kebenaran tersebut hendaklah disertakan bersama borang permohonan carian nama syarikat. 3.2 Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti-Aktiviti Yang Dikawal Oleh Agensi Kerajaan Atau Oleh Sesuatu Profesion (a) Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) ; Perkataan-perkataan seperti “Labuan Offshore”, “Syarikat Luar Pesisir”, “Labuan Trust Company” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
  • 7. (b) Lembaga Arkitek Malaysia bagi perkataan “arkitek” atau “architect”; (c) Kementerian Pendidikan Malaysia ; Perkataan-perkataan seperti “kolej”, “institut”, “universiti”,”sekolah” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (d) Jabatan Pembangunan Koperasi bagi perkataan-perkataan seperti “koop”, “Koperasi” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (e) Jabatan Penerbangan Awam ; Perkataan-perkataan seperti “aviation”, “airways”, “airlines”, “air” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (f) Lembaga Jurutera Malaysia bagi perkataan “jurutera” ; (g) Institut Akauntan Malaysia ; Perkataan ”Percukaian “ atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (h) Jabatan Perdana Menteri; Perkataan ”Dinar” (i) Kementerian Perusahaan Utama; Perkataan ”Pusat Seranta Pengurusan Hutan” (j) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Perkatan ”Crypto”, ”Muttaqim”, ”Mustaqim”, ”Ehram Mukjizah”,
  • 8. ”Wakaf”, ”Amil”, ”Baitulmal”, ”Halal”, ”Wasiat”, ”Faraid” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; (k) Seksyen Pengurusan Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Perkataan ”Amanah” bagi permohonan syarikat amanah. Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang menunjukkan kaitan dengan aktiviti yang dikawal oleh agensi atau badan profesion tersebut di atas boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau penaja syarikat mendapat kebenaran bertulis daripada agensi atau badan profesion yang berkenaan. Surat kebenaran tersebut hendaklah disertakan bersama borang permohonan carian nama syarikat. 3.3Nama Yang Dikawal Dan Dihadkan Penggunaan Kerana Kepentingan Nasional Atau Awam (a) Syarikat-syarikat kerajaan dan nama-nama yang telah terkenal berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan ”Astro”, ”DIGI”, ”Berjaya”, ”Chase”, ”HICOM”, ”Petronas”, ”Intrakota”,”Celcom”, ”Pernas”, “”Perodua”, “Modenas”, “Telekom”, “Kenyir”, “Kulim Hi-Tech” (b) “Cyber” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya; (c) “Putrajaya” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya; (d) “MSC/Multimedia Super Corridor” atau “Koridor Raya Multimedia”; (e) “Orang Tengah”, “Middle Man”; (f) “Rezab Melayu”, “Malay Reserve”; (g) Perkataan yang melambangkan aktiviti perjudian seperti “sweepstake”, “loteri”, “gambling”, “tilik nasib” atau apa-apa
  • 9. perkataan yang sama maksud dengannya; (h) Perkataan seperti “arak”, “liquor” dan seumpamanya; dan (i) Perkataan daripada slogan-slogan kerajaan seperti “Wawasan 2020”, “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Jatidiri”, “Kuala Lumpur 2001”, “Kuala Lumpur 2006”, “Kuala Lumpur 2008”, “Malaysia Boleh”, “Dulu, Kini dan Selamanya” dan lain-lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa. 3.4 Prinsip-Prinsip Am Dan Ciri-Ciri Nama Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Sesuatu Nama (a) Nama hendaklah menggunakan bahasa dan ejaan yang betul; (b) Sekiranya nama mengandungi perkataan yang bukan dari Bahasa Melayu atau Inggeris, makna bagi perkataan tersebut hendaklah diberikan; (c) Nama yang tidak mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang awam; (d) Nama yang tidak melambangkan unsur keagamaan; (e) Nama tertentu hendaklah tidak terlalu umum, contohnya “Usaha Sdn. Bhd.” atau “Cantik Sdn. Bhd.”; (f) Penggunaan nama diri hendaklah terdiri daripada pengarah- pengarah yang akan dinamakan di dalam memorandum atau artikel persatuan (memorandum or articles of association). Walau bagaimanapun, nama diri boleh dipertimbang jika nama tersebut
  • 10. terdiri daripada nama anggota keluarga terdekat kepada pemohon atau penaja, seperti nama anak, bapa, isteri, datuk dan nenek atau terdiri daripada nama diri dari syarikat kumpulan yang telah wujud dan mendapat persetujuan daripada syarikat kumpulan yang mempunyai nama diri. Pertalian kekeluargaan ini hendaklah dibuktikan; (g) Nama rekaan hendaklah memberikan maksud asal usul perkataan; (h) Nama adalah bukan merupakan singkatan yang boleh dikelirukan dengan nama syarikat multi-nasional yang dikenali umum seperti PNB, ICI, IBM; 4. ARAHAN PERTUKARAN NAMA SYARIKAT Menurut subseksyen 23(3) Akta sekiranya sesuatu nama syarikat itu telah didaftarkan (sama ada dengan tidak disengajakan atau sebaliknya dan sama ada pada nama asalnya atau sebagai pertukaran nama) dengan nama yang tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 22(1) Akta, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu menukarkan namanya dalam masa enam (6) minggu dari tarikh arahan tersebut. Pendaftar Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia