Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-gambar yang sesuai. Muat nak jawapan anda
TUGASAN 8 PERANCANGAN BANDAR MAPAN(BEKALAN TENAGA)
1. TUGASAN 8:
BEKALAN TENAGA
NAMA PENSYARAH :
PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA :
NURUL ASHIQIN BINTI SUPIAN
(A165644)
2. Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga
untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000
orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak
sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang
mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-
gambar yang sesuai. Muat nak jawapan anda
3.
4. TENAGA SOLAR
• Tenaga solar merupakan tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari. Antara contoh
penggunaan tenga matahari ialah pemanasan air dan masakan. Malah, tenaga matahari juga
boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan.
• Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga
elektrik setiap hari.
• Keadaan yang tidak menentu atas faktor cuaca dibumi dan berlakunya peningkatan
pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik menyebabkan penggunaan
tenaga solar amat digalakkan.
• Kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat Malaysia agar
lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian dan juga mendidik
masyarakat untuk memasang solar panel di rumah atau bangunan agar dapat menyediakan
sumber tenaga boleh baharu(renewable) yang mencukupi pada masa hadapan.
6. TENAGA HIDROELEKTRIK
• Tenaga hidroelektrik ialah tenaga yang diperoleh daripada air yang mempunyai aliran sungai
yang deras.seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan.
• Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin
digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
• Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan
udara
• Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mencemarkan udara dan
bahan radio aktif atau bahan kimia yang boleh mencemarkan sungai.
8. TENAGA ANGIN
• Angin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana ia sentiasa
bertiup.
• Angin juga digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup (tenaga kinetik) akan
memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang
disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik. Setelah elektrik
dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke
transformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.
• Tenaga angin adalah bersih loji kuasa angin dan tidak menghasilkan sebarang pencemaran
udara atau air kerana tiada bahan bakar yang dibakar untuk menghasilkan elektrik.
10. TENAGA GEOTERMA
• Tenaga geoterma ialah penghasilan haba daripada dalam bumi.
• Proses ini dilakukan menerusi batuan penutup dan wap bertekanan tinggi yang
terhasil akan mampu menggerakkan turbin dan seterusnya membolehkan
tenaga elektrik yang terhasil adalah tinggi.
• Tenaga geoterma merupakan tenaga yang boleh diperbaharui.