1. LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TUGASAN 8:
BEKALAN TENAGA
NAMA PENSYARAH :
PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA :
NURUL SYAFIQAH BINTI MULLDI
(A165866)
2. Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga
untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000
orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak
sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang
mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-
gambar yang sesuai. Muat nak jawapan anda
4. TENAGA SOLAR
• Tenaga solar merupakan tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari.
Antara contoh penggunaan tenga matahari ialah pemanasan air dan masakan.
Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin
pemanasan.
• Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan
tenaga elektrik setiap hari.
• Keadaan yang tidak menentu atas faktor cuaca dibumi dan berlakunya
peningkatan pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik
menyebabkan penggunaan tenaga solar amat digalakkan.
• Kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat
Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan
seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah
atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh
baharu(renewable) yang mencukupi pada masa hadapan.
6. TENAGA HIDROELEKTRIK
• Tenaga hidroelektrik ialah tenaga yang diperoleh daripada air yang mempunyai
aliran sungai yang deras.seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang
tinggi dihasilkan.
• Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan
turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan
tenaga elektrik.
• Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak
mencemarkan udara
• Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang
mencemarkan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia yang boleh
mencemarkan sungai.
8. TENAGA ANGIN
• Angin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana ia
sentiasa bertiup.
• Angin juga digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup (tenaga
kinetik) akan memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan
menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan
menghasilkan tenaga elektrik. Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari
seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan
ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.
• Tenaga angin adalah bersih loji kuasa angin dan tidak menghasilkan sebarang
pencemaran udara atau air kerana tiada bahan bakar yang dibakar untuk
menghasilkan elektrik.
10. TENAGA GEOTERMA
• Tenaga geoterma ialah penghasilan haba daripada dalam bumi.
• Proses ini dilakukan menerusi batuan penutup dan wap bertekanan tinggi yang
terhasil akan mampu menggerakkan turbin dan seterusnya membolehkan
tenaga elektrik yang terhasil adalah tinggi.
• Tenaga geoterma merupakan tenaga yang boleh diperbaharui.