3. Logik dalam sistem Binary digunakan untuk
menyatakan proses atau sesuatu maklumat Binary dari
segi pernyataan matematik.
Logik Binary terdiri daripada pembolehubah Binary
dan juga operasi logik.
4. DAN – get ini menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya semua
masukannya adalah TINGGI.Keluaran adalah RENDAH sekiranya salah
satu daripada masukannya adalah RENDAH.
ATAU – get ini menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya salah satu
masukannya adalah TINGGI dan akan menghasilkan keluaran
RENDAH sekiranya semua masukannya RENDAH.
TAK – menghasilkan keluaran yang terbalik dengan masukannya.Get
ini hanya menerima satu masukan sahaja.
TAKDAN – operasinya sama dengan get DAN tetapi keluarannya
dibalikkan.
TAKATAU – operasinya sama dengan get ATAU tetapi keluarannya
dibalikkan.
X-ATAU – get logik ini menghasilkan keluaran yang TINGGI sekiranya
masukan-masukannya adalah berbeza antara satu sama lain dan
keluarannya RENDAH sekiranya masukannya adalah serupa.
X-TAKATAU – operasinya sama seperti get X-ATAU Cuma keluarannya
dibalikkan.