SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Flarebiz 
N e t w o r k 
DIBAWAKAN OLEH 
EDISI 08
www.iluvislam.com / Oleh : Syazwani Abd Rahim / Editor: Isyrak 
T ersebutlah kisah di sebuah tempat di 
salah sebuah Negara Arab. Terdapat 
Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Lang-sung 
seorang pemuda yang sangat liat 
untuk mendirikan solat. Malah dia tidak 
mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri 
pun berat, apatah lagi secara berjamaah. 
Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat 
mereka, seringkali jugalah penduduk setempat men-gadu 
kepada ulama yang datang bertandang berke-naan 
sikap pemuda tersebut. 
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak 
memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. 
Malah makin menjadi-jadi. 
“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat meru-pakan 
tiang agama kita”, kata salah seorang pendak-wah 
kepada pemuda tersebut. 
“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat 
ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis. 
Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang 
ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke 
tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah 
mendengar dengan teliti aduan para penduduk. 
Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan 
pemuda ini. 
“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya 
dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila me-lihat 
ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya. 
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Seka-dar 
ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin 
memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”. 
tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan 
solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar 
merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang peker-jaan, 
tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain. 
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan 
Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada 
seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang 
selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, 
terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang 
haramnya meninggalkan solat. 
Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tem-pat 
penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah 
mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seter-usnya, 
Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang 
solat. 
Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu 
bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini 
kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di 
tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang 
bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan 
seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya. 
Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya 
berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar 
suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak per-nah 
bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak 
Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh 
tersebut. 
“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak 
mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas 
yang ada padaku inilah yang menghalang untukku 
melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan per-mintaanku 
sebelum aku berangkat pulang?” 
“Permintaan apa itu wahai tuan?” 
“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk 
kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” 
Tanya Syeikh kepada Ahmad. 
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Be-lum 
pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk 
disempurnakan. 
“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad 
penuh keraguan. 
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh 
sambil tersenyum. 
“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku baha-wa 
kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu 
juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. 
Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ah-mad. 
“Benar Tuan Syeikh” 
“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan 
senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat 
pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar 
Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk 
melaksanakan janjinya. 
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di 
tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila 
melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. 
Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya 
solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didiri-kan. 
Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan pe-rubahan 
tersebut. 
Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh 
secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ah-mad. 
Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu 
dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau 
tertinggal menunaikan solat subuh?” 
Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan 
Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketingga-lan 
solat jemaah subuh di masjid ini.” 
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar 
menunaikan janjimu.” 
“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”. 
“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti 
akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jan-gan 
rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap 
ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. 
Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu 
yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tan-pa 
disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” 
Syeikh menerangkan kepada Ahmad. 
“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita 
lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita 
laksanakan.” 
“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tan-ya 
Syeikh kepada Ahmad. 
“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, ke-mudian 
aku sambung kembali kerja sehingga hampir 
Asar.” 
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Memba-suh 
tangan dan kaki untuk duduk menjamah makan-an? 
Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepas-tian. 
“Ya benar Tuan.” 
“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadan-gkan 
agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. 
Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, 
terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar em-par 
rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terje-jas 
tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh 
kepada Ahmad. 
“Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-al-ang 
kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata 
jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu 
dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat 
subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak 
terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan 
kepada Ahmad. 
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadan-gan 
Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap 
jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut 
yang terlalu rapat dengannya. 
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan menin-ggalkan 
sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. 
InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke 
sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di 
Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh 
ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari 
ini saya akan cuba laksanakannya”. 
Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah 
selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang 
semula pada tahun hadapan. 
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah 
bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut. 
Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. 
Terus beliau berangkat pulang ke rumah. 
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib 
berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad. 
“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara. 
“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan” 
“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad. 
“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa 
lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding 
kami yang berada di dalam masjid ini?” 
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan. 
“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”. 
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh 
menguji. 
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat. 
“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan 
menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad. 
Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang 
tidak lagi meninggalkan solat. 
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang 
tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah. 
Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip 
mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan 
bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.
‘ Oleh / Editor: kasihsayang 
Firman Allah SWT : 
"Katakanlah kepada hamba-Ku 
yang beriman, hendaklah mereka itu 
mendirikan solat." ~ (Ibrahim:31) ‘ TERDAPAT LEBIH 25 TEMPAT AYAT "AGAMA" YANG MERUJUK KEPADA MAKNA PERINTAH 
MENDIRIKAN SOLAT DI DALAM AL-QURAN. SELAIN ITU, LEBIH 70 KALI PERKATAAN "AS-SOLAH" 
ATAU SOLAT DIULANG DAN DISEBUT DALAM AL-QURAN. 
Antaranya, firman yang bermaksud: 
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan 
mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila 
kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sem-purna 
sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas 
orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103) 
Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seha-rusnya 
memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan mem-bimbing 
anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. 
Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keber-katan 
dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
Solat akan menjadikan seseorang sentiasa 
mengingati Allah dan menghampirkan diri den-gan- 
Nya, sekali gus menjadikan kehidupan se-seorang 
itu sentiasa berhubungan dengan Tu-hannya. 
" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan me-lainkan 
aku, oleh itu, sembahlah akan daku, 
dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." 
(Toha:14) 
Solat adalah tanda kesyukuran. 
Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan 
solat adalah mereka yang tahu bersyukur se-benarnya. 
Mereka bersyukur atas segala nikmat 
dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan 
dengan melakukan ibadat kepada-Nya. 
Ibadat solat menghapuskan dosa. 
Manusia tidak terlepas daripada melakukan 
dosa dan solat lima kali sehari dapat mengha-puskan 
dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu 
hadis bermaksud: 
"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah 
s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Ju-maat 
hingga Jumaat berikutnya adalah penebus 
dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama 
dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat 
Muslim) 
Solat mencegah perbuatan keji dan 
mungkar. 
Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk 
dan menepati segala rukunnya boleh mencegah 
si pelakunya daripada melakukan maksiat dan 
kemungkaran. 
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada 
perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesung-guhnya 
mengingati Allah adalah lebih besar 
(faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah 
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al- 
Ankabut:45) 
Solat dapat memberi keberkatan, ke-jayaan 
dan kebahagiaan hidup. 
Kita boleh lihat kehidupan orang yang meme-lihara 
solat dan orang yang tidak mengerjakan 
solat, jauh berbeza bukan! 
"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang 
beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk 
dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2) 
Solat dapat menenteramkan jiwa. 
Orang yang melakukan solat secara sempurna 
dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah 
dapat mengawal segala tekanan sekaligus men-jadikan 
kehidupannya lebih ceria. 
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang 
hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan 
solat itu kepadanya serta memahami kelebihan 
dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang 
jiwanya. 
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) 
mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan 
kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali 
orang-orang yang solat, yang berkekalan atas 
solat mereka." (Al-Ma'arij:19-23) 
Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah 
akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi 
Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan 
ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita 
umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, 
malah mereka yang selama ini tidak mengenali 
ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukan-nya. 
Orang yang melaku-kan 
solat secara sem-purna 
dan penuh 
khusyuk, jiwanya 
aman damai, malah 
dapat mengawal seg-ala 
tekanan sekaligus 
menjadikan kehidu-pannya 
lebih ceria.
DITERBITKAN OLEH 
DENGAN KERJASAMA 
FLAREBIZ NETWORK 
W W W . F L A R E B I Z . C O M 
PEMBERITAHUAN 
Ebook ini diberikan PERCUMA! 
Hak cipta terpelihara oleh ILuvIslam.com, di-larang 
sama-sekali menerbit semula dalam 
lain-lain bentuk atau mempergunakan eb-ook 
ini untuk tujuan keuntungan kecuali den-gan 
kebenaran bertulis dari pihak ILuvIslam.com. 
Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan 
menyebar ebook ini untuk tujuan kebaikan, tetapi ha-ruslah 
dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

More Related Content

Viewers also liked

β5 8 ανθρωπινα δικαιωματα
β5 8 ανθρωπινα δικαιωματαβ5 8 ανθρωπινα δικαιωματα
β5 8 ανθρωπινα δικαιωματα
mihalistzompanakis
 

Viewers also liked (14)

Evaluacion 2
Evaluacion 2Evaluacion 2
Evaluacion 2
 
το μελλον
το μελλοντο μελλον
το μελλον
 
The Timelessness of Cathedral Valley
The Timelessness of Cathedral ValleyThe Timelessness of Cathedral Valley
The Timelessness of Cathedral Valley
 
Codeigniter
CodeigniterCodeigniter
Codeigniter
 
Twitter per ong e non profit
Twitter per ong e non profitTwitter per ong e non profit
Twitter per ong e non profit
 
β5 8 ανθρωπινα δικαιωματα
β5 8 ανθρωπινα δικαιωματαβ5 8 ανθρωπινα δικαιωματα
β5 8 ανθρωπινα δικαιωματα
 
Giornalismo digitale e content curation
Giornalismo digitale e content curationGiornalismo digitale e content curation
Giornalismo digitale e content curation
 
is 456 amendment 4
is 456 amendment 4is 456 amendment 4
is 456 amendment 4
 
"Bba (III year)osmania university it project report"
"Bba (III year)osmania university it project report""Bba (III year)osmania university it project report"
"Bba (III year)osmania university it project report"
 
Classification of fractures in general
Classification of fractures in generalClassification of fractures in general
Classification of fractures in general
 
Angular 2 MVD workshop
Angular 2 MVD workshopAngular 2 MVD workshop
Angular 2 MVD workshop
 
Rapport supref benchmarking 2016
Rapport supref benchmarking 2016Rapport supref benchmarking 2016
Rapport supref benchmarking 2016
 
Angular 2 vs React
Angular 2 vs ReactAngular 2 vs React
Angular 2 vs React
 
Sp 34-1987 handbook on reinforcement and detailing
Sp 34-1987 handbook on reinforcement and detailingSp 34-1987 handbook on reinforcement and detailing
Sp 34-1987 handbook on reinforcement and detailing
 

Mars8 solat

  • 1. Flarebiz N e t w o r k DIBAWAKAN OLEH EDISI 08
  • 2. www.iluvislam.com / Oleh : Syazwani Abd Rahim / Editor: Isyrak T ersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Lang-sung seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat men-gadu kepada ulama yang datang bertandang berke-naan sikap pemuda tersebut. Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi. “Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat meru-pakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendak-wah kepada pemuda tersebut. “Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis. Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini. “Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila me-lihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya. Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Seka-dar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”. tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang peker-jaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain. Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat. Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tem-pat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seter-usnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya. Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak per-nah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut. “Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.
  • 3. “Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan per-mintaanku sebelum aku berangkat pulang?” “Permintaan apa itu wahai tuan?” “Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Be-lum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan. “Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan. “Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum. “Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku baha-wa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ah-mad. “Benar Tuan Syeikh” “Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya. Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didiri-kan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan pe-rubahan tersebut. Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ah-mad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketingga-lan solat jemaah subuh di masjid ini.” “Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.” “Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”. “Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jan-gan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tan-pa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad. “Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.” “Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tan-ya Syeikh kepada Ahmad. “Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, ke-mudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.” “Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Memba-suh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makan-an? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepas-tian. “Ya benar Tuan.” “Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadan-gkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar em-par rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terje-jas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad. “Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-al-ang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad. Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadan-gan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya. “Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan menin-ggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
  • 4. Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”. Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan. Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut. Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah. Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad. “Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara. “Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan” “Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad. “Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?” Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan. “Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”. “Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji. “Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat. “Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad. Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat. Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah. Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.
  • 5. ‘ Oleh / Editor: kasihsayang Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." ~ (Ibrahim:31) ‘ TERDAPAT LEBIH 25 TEMPAT AYAT "AGAMA" YANG MERUJUK KEPADA MAKNA PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT DI DALAM AL-QURAN. SELAIN ITU, LEBIH 70 KALI PERKATAAN "AS-SOLAH" ATAU SOLAT DIULANG DAN DISEBUT DALAM AL-QURAN. Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sem-purna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103) Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seha-rusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan mem-bimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keber-katan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
  • 6. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri den-gan- Nya, sekali gus menjadikan kehidupan se-seorang itu sentiasa berhubungan dengan Tu-hannya. " Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan me-lainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14) Solat adalah tanda kesyukuran. Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur se-benarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat mengha-puskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud: "Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Ju-maat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim) Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesung-guhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al- Ankabut:45) Solat dapat memberi keberkatan, ke-jayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang meme-lihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan! "Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2) Solat dapat menenteramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus men-jadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya. "Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (Al-Ma'arij:19-23) Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukan-nya. Orang yang melaku-kan solat secara sem-purna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal seg-ala tekanan sekaligus menjadikan kehidu-pannya lebih ceria.
  • 7. DITERBITKAN OLEH DENGAN KERJASAMA FLAREBIZ NETWORK W W W . F L A R E B I Z . C O M PEMBERITAHUAN Ebook ini diberikan PERCUMA! Hak cipta terpelihara oleh ILuvIslam.com, di-larang sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan eb-ook ini untuk tujuan keuntungan kecuali den-gan kebenaran bertulis dari pihak ILuvIslam.com. Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan menyebar ebook ini untuk tujuan kebaikan, tetapi ha-ruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.