Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
New text document
1. Penderia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sensor)
Penderia merupakan sejenis pemindah. Penderia petunjuk lansung seperti
termometer merkuri, boleh dibaca oleh manusia. Penderia lain seperti
termogandingan hanya menghasilkan output voltan atau elektrik lain yang perlu
ditafsirkan oleh alat lain (seperti komputer). Kebanyakan penderia adalah
elektrik atau elektronik, namun ada juga penderia jenis lain. Bagi mencapai
kejituan mutlak, pententukuran harus digunakan.
Penderia digunakan dalam alat-alat kegunaan harian seperti butang penaik peka
sentuh atau lampu yang digelap atau diterang dengan menyentuh tapaknya. Aplikasi
penderia termasuk dalam pembinaan automobil, mesin, aeroangkasa, perubatan,
industri dan robotik.
Kesensitifan penderia menunjuk beberapa banyak output penderia itu berubah
apabila kuantiti yang diukur berubah. Sebagai contoh, kalau merkuri dalam dalam
termometer bergerak 1 cm apabila suhu berubah 1 ¡ã, kesensitifannya ialah 1
cm/1¡ã. Penderia yang mengukur perubahan yang sangat kecil mesti mempunyai
kesensitifan yang tinggi.
Kemajuan dalam teknologi membolehkan lebih banyak penderia dihasilkan pada skala
mikroskop seperti teknologi MEMS. Kebanyakan penderia mikroskop mencapai
kepantasan dan kesensitifan yang lebih tinggi berbanding dengan penderia
makroskop.