1. PEMARKAHAN
KOD & NAMA KURSUS
Semester 1 Sesi 2013/2014
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TAJUK:
TUGASAN 2 RINGKASAN BLOG WORDPRESS
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
PROGRAM
MOHD HARMAN BIN MD RODZI
M20121000447
PEDAGOGI (MT13)
PENSYARAH
: PROF. MADYA DATO’ DR. ABD. LATIFF HJ GAPOR
TARIKH
: 30 NOVEMBER 2013
0
2. PENGENALAN
Blog yang penulis bina ini diberi nama “Jom Kongsi Ilmu”, di mana ia boleh dilayari melalui
alamat URL iaitu mohdharmanmdrodzi.wordpress.com. Blog ini dibangunkan dengan
berkonsepkan blog pembelajaran, di mana ia bertujuan untuk menggalakkan perkongsian ilmu di
antara penulis dengan para pengunjung blog. Blog ini dibina dengan menggunakan sumber
wordpress. Antara faktor-faktor penulis memilih wordpress adalah kerana ia mudah digunakan
dan bersifat versatil (serba boleh). Selain itu, wordpress juga menawarkan antara muka yang
pelbagai ciri, di mana ia mempunyai pelbagai editor teks dengan disokong oleh multimedia yang
canggih.
Dari segi pemilihan theme untuk blog ini, penulis telah memilih theme jenis Greyzed.
Walaupun latar belakangnya berwarna kelabu dan kelihatan seakan-akan kotor dan kasar, namun
begitu, atas sifatnya yang unik itulah saya tertarik untuk menggunakannya. Selain itu ia juga
mudah untuk dikendalikan (Rujuk Rajah 1).
Rajah 1: Blog “Jom Kongsi Ilmu” yang menggunakan theme Greyzed. Ia boleh dilayari
melalui alamat URL mohdharmanmdrodzi.wordpress.com
1
3. CATATAN (POST)
Untuk bahagian catatan (post), penulis telah menggabungkan penggunaan teks dan video bagi
memaparkan kepelbagaian catatan di dalam blog ini. Antara video yang diselitkan di dalam
catatan (post) ini ialah video rakaman penulis mengenai ucapan salam perkenalan untuk
pengunjung blog ini, video mengenai program atau peristiwa yang berlaku di sekolah tempat
penulis berkhidmat dan video pengenalan program Frog VLE. Semua video ini dimuat turun
daripada Youtube. Manakala, catatan berbentuk teks pula melibatkan ucapan selamat datang dan
kata-kata hikmah (Rujuk Rajah 2 dan Rajah 3).
Rajah 2: Contoh salah satu catatan (post) daripada penulis yang berbentuk teks beserta animasi
2
4. Rajah 3: Contoh salah satu catatan (post) daripada penulis yang berbentuk video dari Youtube
HALAMAN (PAGE)
Untuk bahagian Halaman (Page), penulis telah membina tiga (3) buah halaman yang
merangkumi topik pelajaran yang dipilih, bahan pembelajaran yang berkaitan dengan sifir dan
senarai tugasan bagi kursus KPT6044 - Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web yang
diambil oleh penulis pada semester ini.
Untuk topik pelajaran, penulis telah memilih mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, di mana
dua topik telah dipilih iaitu Topik 1 – Kesultanan Melayu Melaka dan Topik 2 – Sejarah
Sarawak. Dalam kedua-dua topik tersebut, penulis telah menyediakan bahan-bahan pembelajaran
yang merangkumi nota ringkas, gambar, peta, jadual dan video untuk memudahkan para
pengunjung memahami dengan mendalam topik yang ditulis. Selain itu, penulis turut
menyediakan latihan berbentuk objektif dan subjektif pada akhir pembelajaran sebagai
pengukuhan (Rujuk Rajah 4 dan Rajah 5).
3
5. Rajah 4: Topik pelajaran 1 - Kesultanan Melayu Melaka
Rajah 5: Topik pelajaran 2 – Sejarah Sarawak
4
6. Sementara itu, penulis turut membina halaman yang memaparkan koleksi video berkaitan dengan
kaedah mempelajari sifir secara berkesan. Video tersebut amat menarik dan bermanfaat untuk
para pelajar yang masih tercari-cari pendekatan yang efisien untuk mengingati sifir (Rujuk Rajah
6). Penulis turut membina halaman yang memaparkan senarai tugasan yang dibuat untuk
semakan dan rujukan pensyarah bagi kursus KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan
Web. Terdapat sebanyak empat tugasan yang dinaik turun oleh penulis ke dalam blog ini melalui
program Slideshare (Rujuk Rajah 7).
Rajah 6: Halaman “Mahir Sifir”
5
7. Rajah 7: Contoh salah satu tugasan kursus KPT6044
PAUTAN (LINK)
Bagi memantap dan menjadikan blog ini lebih menarik, penulis turut menyelitkan beberapa
pautan (link). Antara pautan yang disertakan oleh penulis ialah pautan Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, akhbar
Utusan Malaysia, TV3, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Pautan-pautan ini disediakan bagi memudahkan penulis dan
para pengunjung untuk mengakses secara terus ke jabatan atau organisasi tersebut bagi
mendapatkan maklumat terkini (Rujuk Rajah 8).
6
8. Rajah 8: Senarai pautan (dalam bulatan merah di sebelah kiri) yang disediakan oleh penulis
7