SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                 ( PSV 3104 )
                                                                              2012


1.0   PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual            di
sekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses
ini turut menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu menerusi penajaman
daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitif
dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat
bidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah :


      i. Melukis dan membuat gambar
      ii. Membuat rekaan dan corak
      iii. Membentuk dan membuat binaan
      iv. Mengenal kraf tradisional


1.1 Bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual


      1.1.1 Melukis dan membuat gambar


      Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta
      kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat aspek ruang,
      struktur, imbangan dan komposisi.Teknik menggambar yang sering dilaksanakan
      dalam bilik darjah sepertimana berikut:




                                                                                     1
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                    2012

          ~ Lukisan               ~ Gosokan
          ~ Catan                 ~ Stensilan
          ~ Kolaj                 ~ Percikan
          ~ Montaj                ~ Gurisan
          ~ Cetakan               ~ Capan
          ~ Resis                 ~ Mozek


Dalam aktiviti menggambar,kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan
bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara pengamatannya yang
tersendiri. Situasi ini dapat membantu perkembangan psikomotor dan emosi
murid serta penting bagi keperluan fisiologi dan psikologi murid.


1.1.2 Membuat corak dan rekaan


Bidang ini membuat ruang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan memgaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corak
dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.


      Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara
terkawal dan bebas. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara
sepertimana paparan berikut :
      i. Corak tidak terancang
                  Tiupan
                  Ikatan dan celup
                  Renjisan
                  Titisan
                  Tarikan
                  Lipatan
                  Pualaman


                                                                        2
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                     ( PSV 3104 )
                                                              2012

ii. Corak terancang
            Lukisan
            Catan
            Cetakan
            Capan
            Lipatan dan guntingan
            Resis
            Kolaj
            Kaligrafi


Kegiatan ini memberi peluang kepada murid menghasilkan corak
terancang atau tidak terancang dengan teknik yang diingini.Bidang ini
membuka ruang kepada murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak
yang terdapat disekeliling mereka.Memberi penegasan terhadap aktiviti
mengenal motif dan pengolahan dalam menghasilkan sesuatu rekaan
corak.




1.1.3. Membentuk dan membuat binaan


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni     dari   segi     bentuk,   ruang,   struktur,   imbangan    dan
kestabilan.Berlandaskan aspek tersebut murid dapat memahami dengan
lebih jelas ketika mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu
model,Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga turut
mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan.Ini member peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif
dengan bahan dan alat semasa menjalankan proses penghasilan seni.




                                                                      3
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                     ( PSV 3104 )
                                                             2012

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
merangkumi ,
          o Arca timbul
          o Arca assemblaj
          o Arca mobail
          o Arca stabail
          o Model
          o Diorama
          o Boneka
          o Topeng
          o Origami
Kegiatan ini memberi ruang kepad murid membuat rujukan kepada bahan
sebenar. Kegiatan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.


1.1.4. Mengenal kraf tradisional
Kraf tradisional boleh ditafsirkan sebagai perusahaan atau kerja=kerja
seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya
cipta dan kreatif masyarkat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum
masing-masing. Peringkat sekolah rendah , murid didedahkan dengan
kraf tradisional sebagaimana berikut :
                 o Alat domestic
                 o Alat permainan
                 o Alat mempertahankan diri
                 o Batik
                 o Seni tekat
                 o Tembikar
                 o Anyaman
                 o Kelarai
                 o Ukiran


                                                                     4
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                 ( PSV 3104 )
                                                                                2012

            Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses serta teknik
            membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Bidang ini memberi
            kesedaran kepada murid bahawa pelbagai jenis kraf tradisional yang
            terdapat dalam masyarakat kita.




1.2   Organisasi kurikulum sukatan pelajaran pendidikan seni visual


Organisasi kurikulum yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR mengandungi empat perkara utama iaitu :


             Pemerhatian secara aktif
             Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
             Apresiasi seni visual secara mudah
             Mennghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


      1.2.1 Pemerhatian secara aktif


            Pemerhatian     secara     aktif   merangkumi    kesedaran       pemerhatian
      keseluruhan, berfokus dan terperinci diharap dapat menajamkan persepsi murid.
      Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain
      melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi
      dan   imaginasi.     Pemahaman      tentang    asas   seni    visual   juga   turut
      diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.


            Pemerhatian     yang aktif    dapat meningkatkan kreativiti seseorang.
      Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui
      pemerhatian   itu,   murid-murid     diminta   membuat       pengamatan    dengan
      menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan
      sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat


                                                                                       5
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                        2012

bagi melihat ataupun menyentuhnya.       Seterusnya perbincangan murid-murid
dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu
aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan
bagaimana sesuatu benda itu diolah menjadi motif.


      Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan
sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan
aktiviti, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah pengetahuan
sedia ada murid,benda yang konkrit,minat, kecenderungan dan latar belakang
murid, serta mencetus idea dan imaginasi.




1.2.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan


Kegiatan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses
ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
dengan manipulasi alatan dan bahan serta terknik-teknik mudah.


      Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi
dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka
boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.


      Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan
aktiviti ini ialah melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.




                                                                               6
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                        2012

1.2.3. Apresiasi seni visual secara mudah


Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan
dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan
tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita,
lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.


      Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea
dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan
dan kraf. Lantaran itu para guru tidak boleh mengabaikan aspek apresiasi ini
semasa proses pengajaran berlaku.. Selain itu melalui kegiatan ini juga, murid-
murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.
      Dalam    sesi apresiasi ganjaran      dalam bentuk penghargaan        iaitu
menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat
meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan
kebolehan mereka selari dengan teori behaviorisme yang menyatakan
pemberian ganjaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.


      Di samping itu, peneguhan positif kepada murid juga membolehkan murid
mengamalkan tingkah laku terpuji serta dapat mengulangi kemahiran yang
diajar.Terdapat dua jenis aktiviti apresiasi yang utama iaitu yang dirancang khas
untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran.




                                                                               7
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                      2012

1.2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


      Pendidikan Seni Visual juga menegaskan akan kepentingan memupuk
nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar,
nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini diharap murid akan
dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua
keadaan.


      Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya
menggunakan bahan terbuang agar dapat menanamkan semangat mencintai
alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan
membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.




                                                                             8
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                 ( PSV 3104 )
                                                                          2012

2.0   BIDANG MENGGAMBAR


      2.1   Lukisan keluarga




      i.    Pemerhatian secara aktif


      Menerusi teknik lukisan ini, guru menunjukkan contoh lukisan kepada murid
sebagaimana contoh lukisan keluarga di atas. Gambar lukisan ini bersesuaian dengan
pengalaman murid melalui pemerhatian persekitaran hidup mereka yakni ahli keluarga
sendiri. Murid melakukan aktiviti pemerhatian dan menjelaskan tentang objek atau
bahan-bahan lain yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan seperti ahli keluarga,
masjid dan bunga.Kemudian, murid melakukan pemerhatian secara khusus dan
terperinci dari segi jumlah ahli keluarga, kedudukan masjid dan perletakkan objek
lain.Murid menyatakan garisan-garisan yang terdapat dalam gambar tersebut iaitu
garisan pada objek dalam gambar. Penggunaan garisan ini dapat menentukan ton
warna yang akan digunakan sama ada ton cerah atau gelap. Murid juga turut
didedahkan dengan lukisan-lukisan lain yang bertema keluarga.Melalui contoh-contoh
yang dipamerkan, murid membuat pemerhatian secara teliti dan mula melukis.

                                                                                 9
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                 ( PSV 3104 )
                                                                             2012

      Langkah awal, murid membuat lakaran bentuk gambar yang ingin dihasilkan
berserta penyusunan objek yang dilukis. Murid juga turut memasukkan ton warna dan
pencahayaan. Murid menggunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesan
cahaya dan baying objek.Selepas itu, proses penyempurnaan lukisan dilakukan secara
terperinci dengan mengambil kira tentang ton warna dan pencahayaan. Ketelitian
menghasilkan lukisan ini menjadikan lukisan ini menarik, cantik dan kemas.


      ii.    Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


      Kegiatan seni bertambah menarik dengan penggunaan pelbagai alat dan bahan
dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam lukisan ini, alat dan bahan yang digunakan
amat mudah iaitu kertas lukisan,pensil dan pensil warna.Guru mendedahkan
penggunaan pelbagai bahan dalam menghasilkan karya seni. Penggunaan alat dan
bahan yang pelbagai ini akan mendorong murid melakukan kegiatan seni dengan lebih
kritis dan kreatif. Penggunaan alat dan bahan yang berbeza ini akan menarik minat
murid untuk mencuba menghasil karya mengikut minat mereka. Contohnya murid
mewarnakan lukisan ini menggunakan krayon atau warna air. Kelainan penggunaan
alat dan bahan ini membolehkan mereka membuat perbandingan hasil karya mereka.
Sekiranya lukisan ini diwarnakan menggunakan warna air lebih menarik berbanding
dengan menggunakan pensil warna maka sudah pasti murid lebih gemar menggunakan
warna air dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, murid-murid juga berasa
seronok dan berkeyakinan dalam membuat lukisan kerana hasil yang diperolehi tidak
terikat dengan skema jawapan yang tetap. Kebebasan penggunaan alat dan bahan ini
boleh memupuk minat serta melahirkan rasa yakin dan selesa dalam diri murid semasa
menghasilkan karya seni.




                                                                                10
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                  ( PSV 3104 )
                                                                              2012

      iii.   Apresiasi seni visual secara mudah


      Hasil karya murid akan dipamerkan oleh guru di hadapan kelas sebagai
penghargaan kepada mereka atas hasil usaha yang baik. Karya ini juga akan ditampal
di papan kenyataan sebagai penghargaan kepada murid. Seterusnya sebagai dorongan
atau semangat kepada murid agar menghasilkan lukisan yang menarik. Menerusi
lukisan ini, guru menjelaskan tentang konsep yang diaplikasikan dalam lukisan tersebut
seperti penyusunan objek iaitu masjid, gambar keluarga serta langit. Penyusunan objek
dapat membezakan ruang antara bangunan dengan orang serta langit. Kemasukan
cahaya juga ditekankan dalam lukisan ini yang mnyerlahkan penggunaan ton warna.
Ton warna gelap digunakan sebagai pembayangan cahaya bagi melahirkan hasil karya
yang lebih menarik dan kemas. Menerusi aktiviti ini juga, murid dapat berkomunikasi
dengan rakan-rakan serta dapat melontarkan pandangan tentang hasil karya masing-
masing. Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara menghasilkan
karya yang lebih menarik serta mempuanyai nilai seni yang tinggi. Di samping itu, murid
dapat mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hasil lukisan mereka menerusi
pandangan rakan-rakan.




      iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


      Lukisan ini menonjolkan keharmonian dan kebahagiaan dalam sebuah
keluarga.Murid juga mempunyai keluarga seperti ini. Situasi ini akan melahirkan rasa
kasih sayang dalam diri murid sepertimana yang digambarkan dalam lukisan ini. Selain
itu, proses menghasilkan lukisan ini memerlukan ketelitian,ketekunan dan kesabaran
yang tinggi dalam kerja-kerja menyiapkan karya ini. Pemupukan nilai yang baik ini
diharap dapat disemai dalam diri murid. Selain itu, hubungan yang baik antara murid
juga dapat dicungkil melalui kerjasama dan interaksi serta bertukar-tukar alat melukis
sepanjang penghasilan lukisan ini. Penerapan nilai baik seperti kekemasan,kebersihan
serta bertanggungjawab juga dapat ditanam melalui kerja-kerja menyiapkan lukisan ini.


                                                                                    11
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                    ( PSV 3104 )
                                                                            2012

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta murid menjaga
kebersihan     dan   tanggungjawab   menjaga   tempat   bekerja.Disamping   itu,   nilai
menghargai hasil kerja orang lain juga dapat dikutip menerusi kerja-kerja menyiapkan
lukisan ini.




                                                                                     12
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                 ( PSV 3104 )
                                                                          2012

3.0   REKAAN DAN CORAK


      3.1   Capan daun




      i.    Pemerhatian secara aktif


            Berdasarkan hasil karya di atas, murid didedahkan dengan corak yang
      dihasilkan melalui penggunaan daun dan warna.Murid membuat pemerhatian
      terhadap corak yang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dibuat secara
      berulangan. Corak yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing
      dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik.


            Penggunaan daun dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira
      akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun. Persekitaran murid tidak
      terpisah dengan daun kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak jenis
      daun sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi daun
      untuk menghasil capan daun ini.

                                                                                13
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                       2012

      Selain itu, melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaan
warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi
kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang
menarik. Dalam menghasilkan capan daun ini adalah mudah dimana murid
hanya memerlukan daun dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu
menyapu warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi
menghasilkan capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang
menarik dan bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan
yang terdapat pada benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai
pengukuhan tentang capan ini.


      ii.    Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


      Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta
menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang
digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara-
cara melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat
dan bahan yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan
memilih warna dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan
atau bertindih. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak
yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.


      Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai
alat dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan
sebagainya. Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya
yang menarik. Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini
kerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas
menghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka
sukai. Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna




                                                                           14
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                       2012

harmoni, penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid
dapat menghasilkan corak dan rekaan yang menarik.




      iii.   Apresiasi seni visual secara mudah


      Hasil kerja murid dipamerkan di hadapan kelas oleh guru. Guru
menjelaskan tentang corak yang dihasilkan dalam capan tersebut. terhasil Corak
capan yang terhasil daripada penggunaan daun ini kelihatan menarik dengan
pemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakan
dapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapat
dilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasan
akan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corak
pada capan supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan.
Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik.
      Di samping itu, kebebasan memilih warna, corak dan susunan serta
bahan dapat mencetuskan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid.
Murid tidak terikat dengan peraturan atau langkah-langkah yang tetap dalam
menghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk membanding beza hasil
capan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan timbul perasaan
saling menghargai hasil usaha orang lain. Hasil karya murid boleh ditampal di
sudut mata pelajaran di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid atas
hasil kerja mereka serta memberi ruang daya saing di kalangan murid.




                                                                           15
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                     2012

      iv.   Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


      Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaran
terserlah dalam kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabila
murid berhati-hati dan cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, murid
juga menanam sifat sabar dan tekun dalam menzahirkan capan yang menarik
dan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan kepada rakan-rakan dengan
menampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah. Penggunaan bahan
yang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam proses
pengahasilan karya ini. Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perlu
ditekankan oleh guru. Sebagai penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawab
semua menjaga alam ini. Kepentingan daun perlu diperjelaskan dalam proses
kehidupan serta kehijauan bumi ini. Murid disarankan menggunakan daun yang
kering untuk menghasilkan capan ini. Selain itu, guru juga perlu menegaskan
kepada murid tentang menjaga kebersihan tempat kerja yakni semua bahan
yang tidak digunakan mesti dimasukkan dalam tong sampah.




                                                                           16
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                    2012

4.0   MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

      4.1 Mobail




      i. Pemerhatian secara aktif

            Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas
      salah satunya ialah membina mobail.Mobail merupakan salah satu aktiviti
      seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam             kerja
      menghasilkan binaan mobail ini memerlukan pemerhatian yang teliti
      terutama melibatkan kestabilan objek yang dibentuk. Guru menunjukkan
      contoh mobail kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan
      asas mengenai mobail.Mobail ini melibatkan objek tergantung iaitu rama-
      rama. Justeru, bagi menghasilkan mobail ini murid perlu membentuk
      rama-rama dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Mobail rama-rama
      ini diambil sebagai bahan pengajaran memandangkan ianya mudah untuk
      murid membentuk objek rama-rama kerana pengetahuan sedia ada
      murid.Murid sering melihat rama-rama di sekitar mereka.


            Bagi menghasilkan mobail ini, murid memerhati secara terperinci
      bagaimana objek rama-rama digantung dengan stabil. Imbangan yang
                                                                          17
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                     ( PSV 3104 )
                                                                   2012

sama dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan mobail
yang seimbang dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan maka
objek rama-rama perlu dibentuk sama dengan menggunakan satu model
yang serupa. Murid menekatkan model tersebut pada kertas tebal atau
bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya.
Rama-rama yang siap digunting akan diwarnakan serta digantung
menggunakan tali atau benang pada oebjek lain seperti penyakut pakaian,
kayu atau sebagainya.Hasil ini boleh digantung di dalam kelas atau
tempat-tempat lain yang sesuai.




      ii.      Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


      Kerja menghasilkan mobail ini memerlukan alat dan bahan yang
sesuai dengan mobail yang hendak dibuat.Alat dan bahan yang
digunakan seperti kertas tebal, tali,gunting, krayon, penyakut pakaian dan
sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk rama-
rama dengan acuan rama-rama yang sama. Setelah kerja menekat
selesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna dan
seterusnya mengikat rama-rama secara seimbang. Rama-rama yang
bertali ini akan digantung pada penyakut pakaian atau sebagainya yang
sesuai. Penggunaan alat dan bahan ini amat penting dalam penghasilan
mobail.     Pelbagai   alat   dan   bahan   lain   boleh   digunakan     dalam
menghasilkan mobail. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudung
botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi mobail
yang menarik. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan mobail
yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain
dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta
menjadikan suasanan yang indah apabaila mobail ini digantung pada




                                                                            18
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                     ( PSV 3104 )
                                                                   2012

lelangit bilik. Mobail yang berayun apabila ditiup angina tau disentuh akan
menyerikan serta menceriakan bilik tersebut.


       iii.    Apresiasi seni visual secara mudah


       Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas
penghasilan mobail yang baik akan mendorong murid berminat dalam
kerja-kerja seni. Mobail yang dihasilkan hendaklah dipamerkan di
hadapan kelas dan seterusnya di gantung di ruangan yang sesuai. Rasa
dihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuat
mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akan
mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu,
pemilihan dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi
keindahan pada mobail tersebut. Mobail juga boleh dihasilkan dengan
campuran pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatian
yang sewajarnya. Keseimbangan ini akan menjadi mobail berayun dengan
baik apabila ditiup angina tau disentuh. Sekarang ini kita boleh melihat
teknik mobail ini diaplikasikan dalam penghasilan lampu-lampu hiasan atu
kristal di dalam rumah, hotel, masjid, pejabat dan sebagainya.




       iv.     Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


       Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai
baik   dapat     dicedok   seperti   sikap     sabar,   tekun,   rajin   dan
bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan mobail ini, mereka begitu
tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung
objek yang dibentuk menjadi mobail yang menarik.Seandainya sikap
begini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yang
dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain.Menerusi


                                                                          19
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                     ( PSV 3104 )
                                                                      2012

kerja-kerja   penghasilan   mobail   ini   juga   akan   melahirkan     sikap
bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan murid-
murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya dan
bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-
masing.Kesedaran      tentang   keindahan     alam    maya      dan    segala
penghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan mobail ini. Sikap
mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemai
dalam diri murid-murid menerusi penghasilan mobail rama-rama ini.
Mereka melihat keunikan rama-rama yang pelbagai warna dan bentuk
adalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga
turut merasai tempiasnya apabila mobail ini di gantung dalam bilik darjah.
Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria.




                                                                           20
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                 ( PSV 3104 )
                                                                          2012

5.0   KRAF TRADISIONAL


      5.1   Anyaman




        i. Pemerhatian secara aktif


            Karya di atas menunjukkan satu contoh kraf tradisonal iaitu anyaman.
      Melalui anyaman yang dipaparkan ini, murid membuat pemerhatian yang
      terperinci tentang corak anyaman yang dihasilkan. Corak anyaman yang
      berulang dihasilkan dalam anyaman ini. Penelitian juga difokuskan kepada cara
      penghasilan anyaman tersebut. Susunan reka bentuk juga diberi perhatian oleh
      murid.Murid dapat menyatakan corak anyaman yang dibuat. Selain itu, murid
      turut memerhati pemilihan warna bagi melahirkan satu anyaman yang menarik.
      Warna yang digunakan adalah warna asas dan warna sekunder. Warna asas ini
      menonjolkan keceriaan pada hasil anyaman. Pemilihan warna sekunder yang
      digabung dengan warna asas melahirkan suatu corak anyaman yang menarik.
      Guru juga turut member contoh-contoh konkrit yang lain seperti anyaman


                                                                                21
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                       2012

tikar,bakul, barangan hiasan dan sebagainya. Contoh-contoh ini dapat memberi
pengalaman kepada murid untuk menghasilkan anyaman sendiri.


      Dalam menghasilkan anyaman, murid perlu menyediakan kertas warna,
pensil, pisau dan pembaris. Guru memberi tunjukcara bagaimana cara
menghasilkan anyaman asas ini. Murid memotong kertas dengan saiz yang
sama serta berlainan warna. Kemudian, murid memulakan proses membuat
jalinan kertas-kertas tersebut dengan mementingkan kekemasan dan keindahan
coraknya.


      ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


      Penggunaan alat dan bahan amat penting dalam menghasilkan anyaman.
Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat anyaman asas ini ialah kertas
yang pelbagai warna. pisau dan pembaris.Murid boleh membuat penerokaan
dengan mencuba menghasilkan corak yang pelbagai motif. Motif yang pelbagai
serta warna yang berlainan akan menimbulkan suatu bentuk anyaman yang
menarik. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran
asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-
teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.


      Di samping itu, anyaman juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan
lain seperti daun pisang, daun pandan, buluh dan mengkuang. Guru
mempamerkan hasil-hasil anyaman yang menggunakan bahan tersebut.


      iii.   Apresiasi seni visual secara mudah


      Melalui hasil anyaman ini, murid boleh menyatakan perasaan, idea dan
imaginasi diri. Murid dapat meluahkan perasaan gembira dengan terhasilnya


                                                                            22
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                           ( PSV 3104 )
                                                                     2012

anyaman mereka. Guru sebolehnya memberi pujian dan penghargaan kepada
murid atas terhasilnya anyaman mereka. Seeloknya guru menampal anyaman
yang baik di sudut seni di dalam atau luar kelas. Penghargaan ini akan
mencetuskan semangat dan keinginan yang tinggi dalam diri murid untuk
menghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik.


      Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat melahirkan rasa seronok dan
gembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkan
anyaman. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja mereka
dengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenai
hasil anyaman sendiri dan rakan-rakan. Bagi mewujudkan daya saing antara
murid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat anyaman
supaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid.




      iv.    Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


      Proses menghasilkan anyaman ini dapat memupuk sikap tekun serta
kesungguhan dalam diri murid. Ketekunan amat penting kerana proses
menghasilakn anyaman ini memerlukan masa serta cermat dalam melakukan
kerja-kerja menganyam. Kerja menganyam ini memerlukan tahap kesabaran
yang tinggi kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti dan kemas. Secara tidak
langsung, penghasilan anyaman ini dapat memberi kesedaran kepada murid
tentang nilai menghargai alam semulajadi. Contohnya dalam anyaman tikar
mengkuang atau kercut, kita akan menggunakan bahan semulajadi. Justeru,
sebagai guru perlu menerangkan betapa pentingnya memelihara pokok ini
daripada pupus.Rasa syukur juga perlu disemai di kalangan murid kerana bidang
membuat anyaman memberi peluang kepada sebilangan masyarakat mendapat
rezeki serta menaikkan imej negara kepada pelancong luar negara.




                                                                           23
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                                    ( PSV 3104 )
                                                                              2012

6.0    PENUTUP


       Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan dapat
dicapai melalui penglibatan pelbagai pihak.Peranan yang dimainkan bukan hanya
daripada pihak guru sahaja malahan murid juga perlu dilibatkan sama secara langsung
atau   tidak    langsung   agar    matlamat     dan   objektif   pengajaran   tercapai.
Memperkembangkan bakat seni serta memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-
nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain juga turut
dititikberatkan dalam Pendidikan Seni Visual.




                                                                                    24

More Related Content

What's hot

Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVErica Leenya
 
Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2Alvin Dalius
 
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014Cikgu Hayati
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2skulumosopoh
 
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiahAzie Zainal
 
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4Nur Aini
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanRph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanFaeza Hamzah
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanShin Lee
 
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
Pengetahuan asas pendidikan  seni  visualPengetahuan asas pendidikan  seni  visual
Pengetahuan asas pendidikan seni visualSue Suraiza
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangMariah Inah
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 

What's hot (18)

Psv
PsvPsv
Psv
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSV
 
Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2Dokumen standard dsv tahun 2
Dokumen standard dsv tahun 2
 
rpt dsv
rpt dsv rpt dsv
rpt dsv
 
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2
 
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
 
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanRph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
 
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
Pengetahuan asas pendidikan  seni  visualPengetahuan asas pendidikan  seni  visual
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 

Viewers also liked

125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psvCik Lieya
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
Garisan grid
Garisan gridGarisan grid
Garisan gridSumi Waan
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
Assgment psv3104 new
Assgment psv3104 newAssgment psv3104 new
Assgment psv3104 newMdham Mat
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualFaridah Husin
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Cg Sue
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALAmran Aris
 
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1nadiafikris
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 

Viewers also liked (18)

125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Garisan grid
Garisan gridGarisan grid
Garisan grid
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
Assgment psv3104 new
Assgment psv3104 newAssgment psv3104 new
Assgment psv3104 new
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
5s manual 1
5s manual 15s manual 1
5s manual 1
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visual
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Tugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khasTugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khas
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 

Similar to MEMAHAMI SENI

Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5pototo16
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 PUTERI KATAK
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2koh hs
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2JJ Antibiotic
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Saifatul Nurul Zaima
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2Kickstory
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3JENNY WONG
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3mohanasuriya
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Nordin Laguda
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 

Similar to MEMAHAMI SENI (20)

Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 

MEMAHAMI SENI

  • 1. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini turut menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu menerusi penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat bidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah : i. Melukis dan membuat gambar ii. Membuat rekaan dan corak iii. Membentuk dan membuat binaan iv. Mengenal kraf tradisional 1.1 Bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual 1.1.1 Melukis dan membuat gambar Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah sepertimana berikut: 1
  • 2. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 ~ Lukisan ~ Gosokan ~ Catan ~ Stensilan ~ Kolaj ~ Percikan ~ Montaj ~ Gurisan ~ Cetakan ~ Capan ~ Resis ~ Mozek Dalam aktiviti menggambar,kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara pengamatannya yang tersendiri. Situasi ini dapat membantu perkembangan psikomotor dan emosi murid serta penting bagi keperluan fisiologi dan psikologi murid. 1.1.2 Membuat corak dan rekaan Bidang ini membuat ruang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan memgaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal dan bebas. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara sepertimana paparan berikut : i. Corak tidak terancang  Tiupan  Ikatan dan celup  Renjisan  Titisan  Tarikan  Lipatan  Pualaman 2
  • 3. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 ii. Corak terancang  Lukisan  Catan  Cetakan  Capan  Lipatan dan guntingan  Resis  Kolaj  Kaligrafi Kegiatan ini memberi peluang kepada murid menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan teknik yang diingini.Bidang ini membuka ruang kepada murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak yang terdapat disekeliling mereka.Memberi penegasan terhadap aktiviti mengenal motif dan pengolahan dalam menghasilkan sesuatu rekaan corak. 1.1.3. Membentuk dan membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Berlandaskan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas ketika mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model,Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga turut mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.Ini member peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan bahan dan alat semasa menjalankan proses penghasilan seni. 3
  • 4. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi , o Arca timbul o Arca assemblaj o Arca mobail o Arca stabail o Model o Diorama o Boneka o Topeng o Origami Kegiatan ini memberi ruang kepad murid membuat rujukan kepada bahan sebenar. Kegiatan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 1.1.4. Mengenal kraf tradisional Kraf tradisional boleh ditafsirkan sebagai perusahaan atau kerja=kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarkat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Peringkat sekolah rendah , murid didedahkan dengan kraf tradisional sebagaimana berikut : o Alat domestic o Alat permainan o Alat mempertahankan diri o Batik o Seni tekat o Tembikar o Anyaman o Kelarai o Ukiran 4
  • 5. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses serta teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Bidang ini memberi kesedaran kepada murid bahawa pelbagai jenis kraf tradisional yang terdapat dalam masyarakat kita. 1.2 Organisasi kurikulum sukatan pelajaran pendidikan seni visual Organisasi kurikulum yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR mengandungi empat perkara utama iaitu :  Pemerhatian secara aktif  Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan  Apresiasi seni visual secara mudah  Mennghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 1.2.1 Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci diharap dapat menajamkan persepsi murid. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat 5
  • 6. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-murid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaimana sesuatu benda itu diolah menjadi motif. Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan aktiviti, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah pengetahuan sedia ada murid,benda yang konkrit,minat, kecenderungan dan latar belakang murid, serta mencetus idea dan imaginasi. 1.2.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Kegiatan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual dengan manipulasi alatan dan bahan serta terknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan aktiviti ini ialah melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. 6
  • 7. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 1.2.3. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf. Lantaran itu para guru tidak boleh mengabaikan aspek apresiasi ini semasa proses pengajaran berlaku.. Selain itu melalui kegiatan ini juga, murid- murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Dalam sesi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan kebolehan mereka selari dengan teori behaviorisme yang menyatakan pemberian ganjaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, peneguhan positif kepada murid juga membolehkan murid mengamalkan tingkah laku terpuji serta dapat mengulangi kemahiran yang diajar.Terdapat dua jenis aktiviti apresiasi yang utama iaitu yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. 7
  • 8. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 1.2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Pendidikan Seni Visual juga menegaskan akan kepentingan memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini diharap murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya menggunakan bahan terbuang agar dapat menanamkan semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air. 8
  • 9. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 2.0 BIDANG MENGGAMBAR 2.1 Lukisan keluarga i. Pemerhatian secara aktif Menerusi teknik lukisan ini, guru menunjukkan contoh lukisan kepada murid sebagaimana contoh lukisan keluarga di atas. Gambar lukisan ini bersesuaian dengan pengalaman murid melalui pemerhatian persekitaran hidup mereka yakni ahli keluarga sendiri. Murid melakukan aktiviti pemerhatian dan menjelaskan tentang objek atau bahan-bahan lain yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan seperti ahli keluarga, masjid dan bunga.Kemudian, murid melakukan pemerhatian secara khusus dan terperinci dari segi jumlah ahli keluarga, kedudukan masjid dan perletakkan objek lain.Murid menyatakan garisan-garisan yang terdapat dalam gambar tersebut iaitu garisan pada objek dalam gambar. Penggunaan garisan ini dapat menentukan ton warna yang akan digunakan sama ada ton cerah atau gelap. Murid juga turut didedahkan dengan lukisan-lukisan lain yang bertema keluarga.Melalui contoh-contoh yang dipamerkan, murid membuat pemerhatian secara teliti dan mula melukis. 9
  • 10. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Langkah awal, murid membuat lakaran bentuk gambar yang ingin dihasilkan berserta penyusunan objek yang dilukis. Murid juga turut memasukkan ton warna dan pencahayaan. Murid menggunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesan cahaya dan baying objek.Selepas itu, proses penyempurnaan lukisan dilakukan secara terperinci dengan mengambil kira tentang ton warna dan pencahayaan. Ketelitian menghasilkan lukisan ini menjadikan lukisan ini menarik, cantik dan kemas. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Kegiatan seni bertambah menarik dengan penggunaan pelbagai alat dan bahan dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam lukisan ini, alat dan bahan yang digunakan amat mudah iaitu kertas lukisan,pensil dan pensil warna.Guru mendedahkan penggunaan pelbagai bahan dalam menghasilkan karya seni. Penggunaan alat dan bahan yang pelbagai ini akan mendorong murid melakukan kegiatan seni dengan lebih kritis dan kreatif. Penggunaan alat dan bahan yang berbeza ini akan menarik minat murid untuk mencuba menghasil karya mengikut minat mereka. Contohnya murid mewarnakan lukisan ini menggunakan krayon atau warna air. Kelainan penggunaan alat dan bahan ini membolehkan mereka membuat perbandingan hasil karya mereka. Sekiranya lukisan ini diwarnakan menggunakan warna air lebih menarik berbanding dengan menggunakan pensil warna maka sudah pasti murid lebih gemar menggunakan warna air dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, murid-murid juga berasa seronok dan berkeyakinan dalam membuat lukisan kerana hasil yang diperolehi tidak terikat dengan skema jawapan yang tetap. Kebebasan penggunaan alat dan bahan ini boleh memupuk minat serta melahirkan rasa yakin dan selesa dalam diri murid semasa menghasilkan karya seni. 10
  • 11. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 iii. Apresiasi seni visual secara mudah Hasil karya murid akan dipamerkan oleh guru di hadapan kelas sebagai penghargaan kepada mereka atas hasil usaha yang baik. Karya ini juga akan ditampal di papan kenyataan sebagai penghargaan kepada murid. Seterusnya sebagai dorongan atau semangat kepada murid agar menghasilkan lukisan yang menarik. Menerusi lukisan ini, guru menjelaskan tentang konsep yang diaplikasikan dalam lukisan tersebut seperti penyusunan objek iaitu masjid, gambar keluarga serta langit. Penyusunan objek dapat membezakan ruang antara bangunan dengan orang serta langit. Kemasukan cahaya juga ditekankan dalam lukisan ini yang mnyerlahkan penggunaan ton warna. Ton warna gelap digunakan sebagai pembayangan cahaya bagi melahirkan hasil karya yang lebih menarik dan kemas. Menerusi aktiviti ini juga, murid dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan serta dapat melontarkan pandangan tentang hasil karya masing- masing. Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara menghasilkan karya yang lebih menarik serta mempuanyai nilai seni yang tinggi. Di samping itu, murid dapat mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hasil lukisan mereka menerusi pandangan rakan-rakan. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Lukisan ini menonjolkan keharmonian dan kebahagiaan dalam sebuah keluarga.Murid juga mempunyai keluarga seperti ini. Situasi ini akan melahirkan rasa kasih sayang dalam diri murid sepertimana yang digambarkan dalam lukisan ini. Selain itu, proses menghasilkan lukisan ini memerlukan ketelitian,ketekunan dan kesabaran yang tinggi dalam kerja-kerja menyiapkan karya ini. Pemupukan nilai yang baik ini diharap dapat disemai dalam diri murid. Selain itu, hubungan yang baik antara murid juga dapat dicungkil melalui kerjasama dan interaksi serta bertukar-tukar alat melukis sepanjang penghasilan lukisan ini. Penerapan nilai baik seperti kekemasan,kebersihan serta bertanggungjawab juga dapat ditanam melalui kerja-kerja menyiapkan lukisan ini. 11
  • 12. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta murid menjaga kebersihan dan tanggungjawab menjaga tempat bekerja.Disamping itu, nilai menghargai hasil kerja orang lain juga dapat dikutip menerusi kerja-kerja menyiapkan lukisan ini. 12
  • 13. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 3.0 REKAAN DAN CORAK 3.1 Capan daun i. Pemerhatian secara aktif Berdasarkan hasil karya di atas, murid didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui penggunaan daun dan warna.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dibuat secara berulangan. Corak yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik. Penggunaan daun dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun. Persekitaran murid tidak terpisah dengan daun kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak jenis daun sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi daun untuk menghasil capan daun ini. 13
  • 14. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Selain itu, melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaan warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang menarik. Dalam menghasilkan capan daun ini adalah mudah dimana murid hanya memerlukan daun dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu menyapu warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi menghasilkan capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang menarik dan bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan yang terdapat pada benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai pengukuhan tentang capan ini. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara- cara melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat dan bahan yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan memilih warna dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan atau bertindih. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan sebagainya. Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik. Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka sukai. Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna 14
  • 15. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 harmoni, penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan corak dan rekaan yang menarik. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Hasil kerja murid dipamerkan di hadapan kelas oleh guru. Guru menjelaskan tentang corak yang dihasilkan dalam capan tersebut. terhasil Corak capan yang terhasil daripada penggunaan daun ini kelihatan menarik dengan pemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakan dapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapat dilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasan akan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corak pada capan supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan. Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik. Di samping itu, kebebasan memilih warna, corak dan susunan serta bahan dapat mencetuskan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid. Murid tidak terikat dengan peraturan atau langkah-langkah yang tetap dalam menghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk membanding beza hasil capan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan timbul perasaan saling menghargai hasil usaha orang lain. Hasil karya murid boleh ditampal di sudut mata pelajaran di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid atas hasil kerja mereka serta memberi ruang daya saing di kalangan murid. 15
  • 16. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaran terserlah dalam kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabila murid berhati-hati dan cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, murid juga menanam sifat sabar dan tekun dalam menzahirkan capan yang menarik dan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan kepada rakan-rakan dengan menampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah. Penggunaan bahan yang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam proses pengahasilan karya ini. Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perlu ditekankan oleh guru. Sebagai penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawab semua menjaga alam ini. Kepentingan daun perlu diperjelaskan dalam proses kehidupan serta kehijauan bumi ini. Murid disarankan menggunakan daun yang kering untuk menghasilkan capan ini. Selain itu, guru juga perlu menegaskan kepada murid tentang menjaga kebersihan tempat kerja yakni semua bahan yang tidak digunakan mesti dimasukkan dalam tong sampah. 16
  • 17. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 4.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 4.1 Mobail i. Pemerhatian secara aktif Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina mobail.Mobail merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam kerja menghasilkan binaan mobail ini memerlukan pemerhatian yang teliti terutama melibatkan kestabilan objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh mobail kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai mobail.Mobail ini melibatkan objek tergantung iaitu rama- rama. Justeru, bagi menghasilkan mobail ini murid perlu membentuk rama-rama dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Mobail rama-rama ini diambil sebagai bahan pengajaran memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek rama-rama kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat rama-rama di sekitar mereka. Bagi menghasilkan mobail ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek rama-rama digantung dengan stabil. Imbangan yang 17
  • 18. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 sama dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan mobail yang seimbang dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan maka objek rama-rama perlu dibentuk sama dengan menggunakan satu model yang serupa. Murid menekatkan model tersebut pada kertas tebal atau bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya. Rama-rama yang siap digunting akan diwarnakan serta digantung menggunakan tali atau benang pada oebjek lain seperti penyakut pakaian, kayu atau sebagainya.Hasil ini boleh digantung di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang sesuai. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Kerja menghasilkan mobail ini memerlukan alat dan bahan yang sesuai dengan mobail yang hendak dibuat.Alat dan bahan yang digunakan seperti kertas tebal, tali,gunting, krayon, penyakut pakaian dan sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk rama- rama dengan acuan rama-rama yang sama. Setelah kerja menekat selesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna dan seterusnya mengikat rama-rama secara seimbang. Rama-rama yang bertali ini akan digantung pada penyakut pakaian atau sebagainya yang sesuai. Penggunaan alat dan bahan ini amat penting dalam penghasilan mobail. Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam menghasilkan mobail. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudung botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi mobail yang menarik. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan mobail yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta menjadikan suasanan yang indah apabaila mobail ini digantung pada 18
  • 19. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 lelangit bilik. Mobail yang berayun apabila ditiup angina tau disentuh akan menyerikan serta menceriakan bilik tersebut. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas penghasilan mobail yang baik akan mendorong murid berminat dalam kerja-kerja seni. Mobail yang dihasilkan hendaklah dipamerkan di hadapan kelas dan seterusnya di gantung di ruangan yang sesuai. Rasa dihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuat mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu, pemilihan dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi keindahan pada mobail tersebut. Mobail juga boleh dihasilkan dengan campuran pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Keseimbangan ini akan menjadi mobail berayun dengan baik apabila ditiup angina tau disentuh. Sekarang ini kita boleh melihat teknik mobail ini diaplikasikan dalam penghasilan lampu-lampu hiasan atu kristal di dalam rumah, hotel, masjid, pejabat dan sebagainya. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok seperti sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan mobail ini, mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung objek yang dibentuk menjadi mobail yang menarik.Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain.Menerusi 19
  • 20. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 kerja-kerja penghasilan mobail ini juga akan melahirkan sikap bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan murid- murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing- masing.Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan mobail ini. Sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemai dalam diri murid-murid menerusi penghasilan mobail rama-rama ini. Mereka melihat keunikan rama-rama yang pelbagai warna dan bentuk adalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga turut merasai tempiasnya apabila mobail ini di gantung dalam bilik darjah. Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria. 20
  • 21. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 5.0 KRAF TRADISIONAL 5.1 Anyaman i. Pemerhatian secara aktif Karya di atas menunjukkan satu contoh kraf tradisonal iaitu anyaman. Melalui anyaman yang dipaparkan ini, murid membuat pemerhatian yang terperinci tentang corak anyaman yang dihasilkan. Corak anyaman yang berulang dihasilkan dalam anyaman ini. Penelitian juga difokuskan kepada cara penghasilan anyaman tersebut. Susunan reka bentuk juga diberi perhatian oleh murid.Murid dapat menyatakan corak anyaman yang dibuat. Selain itu, murid turut memerhati pemilihan warna bagi melahirkan satu anyaman yang menarik. Warna yang digunakan adalah warna asas dan warna sekunder. Warna asas ini menonjolkan keceriaan pada hasil anyaman. Pemilihan warna sekunder yang digabung dengan warna asas melahirkan suatu corak anyaman yang menarik. Guru juga turut member contoh-contoh konkrit yang lain seperti anyaman 21
  • 22. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 tikar,bakul, barangan hiasan dan sebagainya. Contoh-contoh ini dapat memberi pengalaman kepada murid untuk menghasilkan anyaman sendiri. Dalam menghasilkan anyaman, murid perlu menyediakan kertas warna, pensil, pisau dan pembaris. Guru memberi tunjukcara bagaimana cara menghasilkan anyaman asas ini. Murid memotong kertas dengan saiz yang sama serta berlainan warna. Kemudian, murid memulakan proses membuat jalinan kertas-kertas tersebut dengan mementingkan kekemasan dan keindahan coraknya. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Penggunaan alat dan bahan amat penting dalam menghasilkan anyaman. Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat anyaman asas ini ialah kertas yang pelbagai warna. pisau dan pembaris.Murid boleh membuat penerokaan dengan mencuba menghasilkan corak yang pelbagai motif. Motif yang pelbagai serta warna yang berlainan akan menimbulkan suatu bentuk anyaman yang menarik. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik- teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Di samping itu, anyaman juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan lain seperti daun pisang, daun pandan, buluh dan mengkuang. Guru mempamerkan hasil-hasil anyaman yang menggunakan bahan tersebut. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Melalui hasil anyaman ini, murid boleh menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri. Murid dapat meluahkan perasaan gembira dengan terhasilnya 22
  • 23. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 anyaman mereka. Guru sebolehnya memberi pujian dan penghargaan kepada murid atas terhasilnya anyaman mereka. Seeloknya guru menampal anyaman yang baik di sudut seni di dalam atau luar kelas. Penghargaan ini akan mencetuskan semangat dan keinginan yang tinggi dalam diri murid untuk menghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik. Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat melahirkan rasa seronok dan gembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkan anyaman. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenai hasil anyaman sendiri dan rakan-rakan. Bagi mewujudkan daya saing antara murid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat anyaman supaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Proses menghasilkan anyaman ini dapat memupuk sikap tekun serta kesungguhan dalam diri murid. Ketekunan amat penting kerana proses menghasilakn anyaman ini memerlukan masa serta cermat dalam melakukan kerja-kerja menganyam. Kerja menganyam ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti dan kemas. Secara tidak langsung, penghasilan anyaman ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang nilai menghargai alam semulajadi. Contohnya dalam anyaman tikar mengkuang atau kercut, kita akan menggunakan bahan semulajadi. Justeru, sebagai guru perlu menerangkan betapa pentingnya memelihara pokok ini daripada pupus.Rasa syukur juga perlu disemai di kalangan murid kerana bidang membuat anyaman memberi peluang kepada sebilangan masyarakat mendapat rezeki serta menaikkan imej negara kepada pelancong luar negara. 23
  • 24. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 6.0 PENUTUP Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan dapat dicapai melalui penglibatan pelbagai pihak.Peranan yang dimainkan bukan hanya daripada pihak guru sahaja malahan murid juga perlu dilibatkan sama secara langsung atau tidak langsung agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai. Memperkembangkan bakat seni serta memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai- nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain juga turut dititikberatkan dalam Pendidikan Seni Visual. 24