2. Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki paduka anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.
3. Pelayaran tiada berapa
lamanya,
Sampailah sudah konon
dianya,
Di Kampung Gelam tempat
berhentinya,
Di dalam kota tempat
diamnya.
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jaafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.
4. Putera laki-laki yang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir konon namanya.
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.
Sauh dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.
5. Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhentinya muda yang
indah,
Sultan Terengganu punya perintah.
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang negara.
6. MAKSUD SYAIR
Rangkap 1:
Cerita peperangan yang telah banyak
diceritakan.
Rangkap 2:
Putera yang paling tua bernama
Bendahara Tun Tahir telah memangku
tempat paduka ayahanda dan segala
urusan pemerintahan terletak di
bahunya
Rangkap 3:
Encik Engku Ahmad merupakan putera
yang tengah dalam lima beradik.
Dikatakan baginda mempunyai tingkah
laku yang elok.
7. Rangkap 4:
Encik Engku Ahmad telah keluar
mengembara pergi ke Singapura
untuk menghiburkan kesedihan
hatinya.
Rangkap 5:
Setelah beberapa lama
mengembara sampailah baginda
di Kampung Gelam yang terletak
di sebuah kota.
8. Rangkap 6:
Encik Engku Ahmad tinggal
bersama dengan putera
sultan yang merupakan
rakannya yang bernama
Tengku Jaafar.
Rangkap 7:
Encik Engku Ahmad diiringi
oleh sahabat handai
sehingga tiba di kenaikan
dan setelah itu barulah
mereka pulang.
Rangkap 8:
Encik Engku Ahmad pergi
belayar ke sebelah barat,
iaitu Kemaman Pahang.
9. Rangkap 9:
Encik Engku Ahmad tiba di
Kemaman yang terletak di
bawah pemerintahan
Sultan Terengganu.
Rangkap 10:
Setelah berada di
Kemaman, mereka telah
berpakat untuk menyerang
Pahang.
12. BENTUK
a) Terdiri daripada sepuluh rangkap.
b) Semua baris dalam syair ini
adalah maksud.
c) Bilangan baris dalam setiap
rangkap ialah empat baris.
d) Setiap baris mempunyai empat
hingga enam patah kata.
e) Setiap baris terdiri daripada
sembilan hingga lima belas suku
kata.
f) Rima akhir rangkap ialah aaaa.
13. GAYA BAHASA
a) Asonansi – Ialah memangku paduka
ayahandanya (perulangan vokal a).
b) Aliterasi – Ke dalam Kemaman sampailah
sudah (perulangan konsonan s)
c) Bahasa Arab – syahda
d) Bahasa Klasik – perwira
e) Responsi – (perulangan perkataan yang
sama di tengah ayat). contohnya:
Di Kampung Gelam tempat
berhentinya,
Di dalam kota tempat diamnya.
15. PENGAJARAN
a) Janganlah kita bergaduh
sesama saudara.
b) Kita mestilah reda menerima
suratan yang telah ditetapkan.
c) Kita perlulah banyak
mempunyai kawan yang dapat
membantu apabila kita
kesusahan.
d) Kita perlulah taat setia kepada
pemerintah.