3. TANDA BACA
1. HURUF BESAR ( A, B, C )
2. Tanda noktah atau titik ( . )
3. Tanda koma ( , )
4. Tanda tanya atau soal ( ? )
5. Tanda seru ( ! )
6. Tanda sengkang ( - )
7. Tanda pengikat kata ( “…….” )
4. LATIHAN
1. “Syabas, Hassan, Idris dan Kok Bun kerana kamu bertiga
terpilih untuk mewakili sekolah kita ke peringkat daerah,”
kata Cikgu Ramlah.
2. “Kamu semua perlu mengisi maklumat dalam borang
kebenaran penjaga,” kata Cikgu Ramlah lagi.
3. “Ayah, di manakah saya boleh mendapatkan maklumat
tentang diri saya?” tanya Hassan.
4. “Nah, ini sijil kelahiran kamu! Sijil ini sebagai bukti bahawa
kamu Rakyat Malaysia,” kata ibu.
5. “Bolehkah saya isi borang ini?” tanya Hassan.