SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1 | P a g e
PEMBATALAN DAN KEROSAKAN IMAN
1.0 PENGENALAN
Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui
Istilah:Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu
syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan
amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan lara
Firman Allah surah
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah dengannya.
Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah
s.w.t. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya
(mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman
diambil daripada kata kerja aamana, yukminu yang bererti ‘percaya’ atau
‘membenarkan’. Perkataan iman yang bererti ‘membenarkan’ itu disebutkan
dalam Al –Quran, antaranya Firman Allah swt yang bermaksud ( al – Taubah ,62
).:



2 | P a g e
“ Dia ( Muhammad ) itu membenarkan ( mempercayai ) kepada Allah swt dan
membenarkan kepada para orang yang beriman”
Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Ali bin
Abi Talib ra yang bermaksud “ Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang
benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota .”Manakala Aisyah ra pula
berkata : “ Iman kepada Allah swt itu mengakui dengan lisan dan membenarkan
dengan hati dan mengerjakan dengan anggota “.
Iman Al –Ghazali menghuraikan makna iman sebagai “ Pengakuan dengan
lidah ( lisan ) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya
dengan rukun – rukun ( anggota-anggota ). “Justeru , iman boleh dinyatakan sebagai
keyakinan yang dibenarkan oleh hati , diucapkan dengan mulut ( lidah ) dan
dibuktikan dengan amalan .Ringkasnya , orang yang beriman ialah orang yang
percaya , mengaku dan beramal.
Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang
sempurna . Ketiadaan salah satu sahaja daripada tiga syarat itu , maka lainlah nama
yang Islam berikan pada seseorang itu iaitu fasik , munafik atau kafir.Iman
bermaksud membenarkan dengan hati , menyatakan dengan lisan dan melakukan
dengan anggota badan .Iman diasaskan di atas enam perkara iaitu percaya kepada
Allah swt , percaya kepada malaikat , percaya kepada kitab , percaya kepada nabi
dan rasul , percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada qada’ dan qadar.
Percaya kepada Allah swt ialah konsep yang paling asas iaitu percaya
bahawa Tuhan itu satu ( Tauhid ).Konsep keesaan Allah swt ini adalah mutlak , dan
tidak sama dengan apa jua yang wujud di dunia ini . Firman Allah swt dalam Surah
Al – Ikhlas yang bermaksud :



“ Katalah ( wahai Muhammad ) bahawa Allah swt itu tunggal.Allah swt tempat
meminta. Tidak dia beranak dan tidak juga dia diperanakkan . Dan tiada yang
serupa dengannya , dialah Tuhan Yang Esa ”.
3 | P a g e
Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai makhluk ,
termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah-Nya
dengan penuh ketaatan.
Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang mengetahui jumlah malaikat .
Namun , individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai
makhluk , termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah –
Nya dengan penuh ketaatan . Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang
mengetahui jumlah malaikat .
Namun, individu mukmin wajib beriman dan percaya terhadap sekurang
kurangnya 10 malaikat iaitu Malaikat Jibril – malaikat yang menyampaikan wahyu .
Malaikat Mikail – malaikat yang menyampaikan rezeki dan Malaikat Atid – malaikat
yang menulis segala amalan kita .Malaikat Raqib – malaikat yang menulis segala
kejahatan kita , Malaikat Ridhwan – malaikat yang menjaga pintu syurga , Malaikat
Malik – malaikat yang menjaga pintu neraka , Malaikat Mungkar – malaikat yang
menyoal kita di dalam kubur , Malaikat Nakir – malaikat yang menyoal kita di dalam
kubur ,Malaikat Izrail – malaikat yang mencabut nyawa dan Malaikat Israfil –
malaikat yang meniup sangkakala.
Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah menurunkan kitab – kitab
kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar . Kitab
– kitab yang wajib diimani oleh individu mukmin ialah kitab Taurat – diturunkan
kepada Nabi Musa as.Kitab Zabur – diturunkan kepada Nabi Daud as , Kitab Injil –
diturunkan kepada Nabi Isa as dan Al –Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad
saw.
Masyarakat muslim hari ini percaya bahawa selain Al –Quran , kitab – kitab
yang diturunkan telah diubah suai mengikut kehendak pihak – pihak tertentu .
Justeru , tiada lagi naskah – naskah yang tulen dan Al –Quran menyempurnakan
segala kitab – kitab yang terdahulu.Percaya kepada Nabi dan Rasul merupakan
salah satu rukun Iman yang mengajar umatnya bahawa Allah swt menyampaikan
wahyu – Nya melalui malaikat kepada nabi dan rasul .Rasul dan nabi merupakan
manusia biasa .
4 | P a g e
Nabi bermaksud seorang lelaki yang dipilih Allah swt menerima wahyu untuk
kegunaan dirinya sahaja manakala Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih
untuk menerima wahyu bagi dirinya serta disampaikan kepada orang lain.Terdapat
lebih 300 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia.
Manakala , nabi pula lebih kurang 1000 orang ( termasuk rasul ).
Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al –Quran , termasuk Adam , Idris ,
Nuh , Lut , Ibrahim , Musa ,Isa , dan Muhammad. Daripada 25 orang ini , terdapat
lima rasul yang digelar rasul ulul azmi .
Antara rasul rasul yang digelar Ulul Azmi itu adalah Nabi Nuh as , Nabi
Ibrahim as , Nabi Musa as , Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.Muhammad
merupakan nabi dan rasul yang terakhir . Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan
dilantik selepas kewafatan Baginda . Baginda telah menyampaikan peringatan
terakhir sebelum berlakunya Hari kiamat, iaitu al –Quran dan al – Sunnah kepada
manusia.
Rukun Iman yang kelima dan keenam iaitu percaya kepada Hari Akhirat dan
percaya kepada Qada’ dan Qadar.Individu mukmin wajib percaya akan datangnya
Hari Kemudian atau Akhirat , sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al
–Quran .Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana
semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa , iaitu pada hari Kiamat.
Individu mukmin wajib percaya bahawa segala ketentuan yang telah terjadi
dan yang akan terjadi , semuanya menurut ketentuan Allah swt . Segala sesuatu (
baik dan buruk ) sudah diatur sejak azali . Manusia tidak mengetahui tentang
sesuatu sehingga ianya terjadi.Qadar atau difahami juga sebagai takdir merupakan
perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt . Qada ‘ pula bermaksud
perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Konsep pembatalan iman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu syirik , kufur
dan bidaah . Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada
zat,sifatnya dan af’al,beramal dengan anggota adalah pemangkin kemantapan iman.
5 | P a g e
Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad saw .Sesiapa yg tidak percaya kepada Allah dan
ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dikatakan kafir atau kufur.
Bidaah pula bermaksud mengadakan sesuatu perkara baru yang tidak
terdapat dalam ajaran Islam.Bid’ah dhalah sesat bermaksud mengadakan
pembaharuan dalam agama yang tidak terdapat dalam al-Quran, hadis, amalan
sahabat dan Ijmak ulamak.
Manakala Bidaah Hasanah baik adalah membuat pembaharuan dalam
agama secara umum tanpa mengubah hukumnya dalam al-Quran dan hadis. Syirik
terbahagi kepada dua iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi.Syirik Jali ialah syirik yang
dapat dilihat secara terang-terangan berlaku secara lisan dan perbuatan contoh
sujud kepad berhala, memohon pada keramat atau kubur, memakai tangkal, dan
mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan.
Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi dan tidak meletakkan Allah sebagai
yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat dan berlaku melalui hati.Sebagai
contoh riak iaitu menunjuk kehebatan diri ujub , mengkagumkan diri dan takabbur
bangga diri dan sebagai tambahan syirik Khafi tidak membatalkan iman.
2.0 PERBEZAAN USUL DAN FURU’
Sehubungan dengan itu dalam merungkai persoalan tentang pembatalan dan
kerosakan iman ianya terdapat di dalam persoalan mengenai konsep usul dan furu ‘
di dalam aqidah.Usul merupakan ajaran Islam yang menekankan kepada prinsip dan
dasar sehingga Umat Islam tidak boleh bercanggah pendapat mengenai perkara
tersebut kerana ianya boleh mengundang kepada kesesatan.
Manakala furu ‘ merupakan ajaran Islam yang sangat penting namun tidak
merujuk kepada konsep prinsip dan dasar. Umat Islam boleh berbeza pendapat
mengenai konsep furu ‘ kerana perbezaan dalam furu ‘ bukan penyimpangan
kepada kesesatan selagi ada dalil syari’ yang menyokong kepada perkara tersebut.
Sehubungan dengan itu permasalahan dalam masalah usul dan furu’ juga
berkaitan dengan taklid.Taklid dalam bahasa arab diambil daripada kalimah “ al-
6 | P a g e
Qiladah “ iaitu rantai leher.Maka taklid ertinya memakai rantai leher pada
tengkuk.Sementara taklid menurut istilah ulama fiqah terdapat berbagai takrif seperti
berikut iaitu Taklid itu ialah mengamalkan atau mengambil pakai perkataan
seseorang.
Iaitu yang mana kata-katanya itu bukan salah satu daripada dalil –dalil
syarak, tanpa hujah atau alasan (yang disertakan sebagai asas kepada hukum).
Taklid itu ialah menerima pakai sesuatu pendapat tanpa dalil dan taklid itu ialah
mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah mulzimah (dalil yang
mengikatkannya).
Berdasarkan takrif di atas , dapat disimpulkan bahawa taklid itu mengambil
pakai pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil itu.
Contohnya , seperti mereka yang berpendapat boleh difasakhkan perkahwinan
disebabkan ‘aib’ atau kecacatan kerana berdasarkan pandangan Mujtahid tertentu
mengatakan begitu tanpa dia mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil ini.Berhubung
dengan perkara di atas dalam meletakkan hukum bertaklid dalam masalah ‘furu ‘
ialah pada asalnya menurut Syariah Islam , taklid dicela dan dilarang , kerana ia
bermaksud mengikut tanpa berdasarkan dalil dan bukti.
Antara hukum bertaklid dalam masalah furu’ adalah pada asalnya menurut
Syariah Islam,taklid dicela dan dilarang , kerana Ia bermaksud mengikut tanpa
berdasarkan kepada dalil dan bukti.Lebih lebih lagi taklid yang membawa maksud
taksub yang tercela dalam golongan muqallidin ( yang bertaklid ).Para ulama
berselisih pendapat tentang keharusan taklid dalam masalah furu’ seperti berikut
iaitu dalam pendapat yang pertama mengatakan tidak harus sama sekali bertaklid ,
bahkan mereka mewajibkan setiap mukalaf itu berijtihad , dan mempelajari segala
ilmu yang diperlukan bagi ijtihad.
Ini adalah pendapat Zahiriyyah dan Muktazilah.Pada pandangan yang kedua
mengatakan taklid diharuskan kepada semua orang , sama ada yang mampu
berijtihad ataupun tidak.Ia merupakan pendapat golongan al-Hasyawiyyah dan al-
7 | P a g e
Ta’limiyyah.Bahkan sebahagian mereka pula mewajibkan bertaklid selepas zaman
imam-imam Mujtahiddin.Manakala dalam pendapat yang ketiga mengatakan taklid
hanyalah diharuskan kepada yang tidak mampu berijtihad sahaja.
Sementara mereka yang mampu berijtihad adalah diharamkan
bertaklid.Pendapat inilah yang muktamad dan betul.Bahkan menurut Ibnu al – Subki
, ulama telah sependapat bahawa seseorang Mujtahid tidak harus menyalahi hukum
yang telah diputuskan oleh ijtihadnya dan haram dia bertaklid kepada orang lain
dalam perkara itu.
Mengikut pendapat yang menjadi pilihan oleh kebanyakan ulama,sepertimana
yang diriwayatkan oleh Ibnu al- Subki , adalah haram ke atas mujtahid itu bertaklid
masalah tersebut.Bahkan wajib dia berijtihad , kerana dia mempunyai kemampuan
berijtihad , dan kerana ijtihad itulah yang asal.Maka tidak harus berpaling daripada
asal ( ijtihad ) yang dia mampu kepada gantinya iaitu taklid.
Taklid dalam masalah usul dan akidah pula adalah taklid dalam masalah usul
yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah , sifat yang wajib bagi-
Nya, sifat yang mustahil atas-Nya , sifat yang harus bagi-Nya dan sebagainya ,
maka jumhur ulama al- Usul berpendapat bahawa tidak harus bertaklid , bahkan
wajib seperti orang itu mengkaji dan meneliti dalil ijmali ( secara ringkas ) walaupun
dia seorang awam.
Al – Imam al – Syarbini berkata “ Sesungguhnya orang awam itu tidak harus
bertaklid dalam masalah al – Usul kerana mereka itu boleh mengkaji dan menyelidiki
pada dalil ijmali Al – Anbari dan pengikutnya pula berpendapat bahawa harus
bertaklid dalam masalah al- Usul .Bahkan sebahagian daripada mereka itu berkata, “
Taklid itu wajib dan nazhar ( mengkaji itu haram ) “.
Golongan ulama yang menghukumkan wajib mengkaji pada dalil –dalil itu
berhujah.Antaranya adalah yang pertama untuk mengkaji dan menyelidiki dalil –dalil
8 | P a g e
itu tidak akan menggangu dan menggendalakan urusan kehidupan harian
sepertimana dalam masalah – masalah furu ‘.
Ini adalah kerana masalah al –Usul terbatas , dalilnya berbentuk ijmali ,
mampu dikuasai oleh setiap orang dan masalahnya tidak berlaku perubahan atau
pembaharuan.
Kedua , dalam masalah al- Usul , manusia diperintahkan supaya
mendapatkan ilmunya itu secara yakin , iaitu ilmu pengetahuan yang berasaskan
hujah dan dalil , bukan taklid yang hanya berasaskan zdhan sahaja.Ketiga adalah
kerana hadis yang diriwayatkan tatkala turun ayat yang berbunyi dalam surah



,
Ali – Imran 3:190 maksudnya sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi , silih berganti malam dan siang , ada tanda – tanda ( kekuasaan ,
kebijaksanaan , dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang yang berakal.
Lalu baginda saw bersabda maksudnya binasalah atau celakalah mereka
yang memanah dan mengunyah ayat tersebut ( membacanya ) dan tidak mahu
memikirkan padanya ( Riwayat Ibnu Hibban dalam al-Sahih no 620 ) .Dan keempat
pada asalnya , hukum taklid itu dicela oleh Syarak dan tidak
diharuskan.Walaubagaimanapun,taklid yang diharuskan pada masalah furu’ itu
adalah dikecualikan daripada kaedah asal tersebut.
Masalah dalam pembatalan dan kerosakan iman terdapat dalam pemahaman
kepada konsep usul dan furu’ tersebut.Sebagai contoh peristiwa Israk dan Mikraj ,
rukun Islam iaitu menunaikan solat lima waktu dan berkaitan dengan zat Allah yang
perlu diyakini sifatnya dan tidak dipersoalkan.
9 | P a g e
Cara menentukan suatu masalah dalam usul atau furu’ adalah dengan
melihat kekuatan dalil dari segi sanad penyampaian dan fokus penafsiran.Sebagai
contoh masalah yang boleh dikaitkan dengan kefahaman kepada konsep usul dan
furu’ adalah mengenai peristiwa Isra dan Mikraj.
Percaya dan yakin bahawanya peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah benar-benar
berlaku, tiada yang dapat menidakkan peristiwa tersebut. Berdasarkan dalil naqli
dari al-Quran surah Israk, ayat 1, Allah berfirman:






“ Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati
sekelilingnya [847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui ”
[847] Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat
dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.
Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis sahih tentang mukjizat
al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi
Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Mekah ke Palestin. Al-Mikraj adalah
sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang
ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.
Kebenaran peristiwa Isra Mi’raj Rasulullah saw adalah masalah usul, kerana
dalilnya qothi, baik dari segi wurud mahupun dalil. Namun masalah apakah
Rasulullah saw mengalami Isra’ Mi’raj dengan ruh dan jasad atau dengan ruh
sahaja, maka masuk masalah furu’, kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud
mahupun dalilnya.Ini kerana, barangsiapa menolak kebenaran peristiwa Isra’ Mi’raj
10 | P a g e
Rasulullah saw maka ia telah sesat, kerana menyimpang dari usul aqidah. Namun
barangsiapa yang mengatakan Rasulullah SAW mengalami Isra’ Mi’raj dengan Ruh
dan Jasad atau Ruh saja, maka selama memiliki Dalil Syar’i ia tidak sesat, kerana
masalah furu Aqidah.
Berkaitan dengan arasy, Saidina Ali telah berkata:
‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaanNya
dan bukan menjadikan sebagai tempat untuk zat-nya (diriwayatkan oleh Abu Mansur
al-Baghdad).
Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk dan bersemayam
di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan
kewujudan-Nya memerlukan tempat.
Hal ini kerana tiada dalil dari al-Quran dan hadis sahih yang menyatakan Allah
mempunyai tempat atau kedudukan yang dinamakan al-Arasy. Maka perkara ini
menjadi usul iaitu zat Allah ini persoalan usul dan tidak sama sekali boleh disifatkan
dengan apa-apa.
Furu pula adalah bila mana diperkatakan tentang zat, maka itu adalah
samada af'al-nya, asma- nya sifat-nya (berpandukan al-quran dan as-
sunnah).Sebagai contoh Allah itu ialah nama bagi zat, menyembah nama bukan
bermakna menyembah zat, dan apabila hendak menyembah zat maka namanya pun
disebut dan Allah adalah kata ganti nama bagi zat.Bila berkata tentang zat
hakikatnya kita berkata tentang sifat-nya bukan zat-nya, kerana zat-nya iaitu tidak
diketahui sama sekali.
Hukum-hukum yang ada itu semuanya sifat-sifatNya, maknanya bila kamu
memperjuangkan dan mempertahankan hukum bukan sebenarnya kamu
memeperjuang dan mempetahankan Dia. Itu antara sebab mentauhidkan tuhan
yang bernama Allah, merupakan perkara yang paling atas bagi setiap diri manusia.
Peristiwa al-Israk dan al-Mikraj adalah salah satu mukjizat dianugerahkan
kepada Nabi Muhammad oleh Allah SWT. Dalam peristiwa ini, solat lima waktu
difardukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa AS dan baginda
11 | P a g e
menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah SWT supaya dikurangkan
solat yang asalnya difardukan 50 solat kepada lima solat. Hasilnya setiap solat itu
mendapat 10 ganjaran. Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu
dari segi ganjarannya.
Solat adalah rukun Islam yang kedua, dimana sebagai Muslim wajib
melaksanakan dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Dalil naqli dari al-Quran
mewajibkan setiap Muslim menunaikan solat dari surah al-Baqarah ayat 238 :



“ Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa [152].
Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu ”
[152] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama
ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat
Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu
dikerjakan dengan sebaik-baiknya.
Dalil lain dari surah ah-Hasyr ayat 7 :









“ Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari
harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Makkah adalah untuk Allah,
untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang
yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya
12 | P a g e
saja di antara kamu, apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa
yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya ”
Sehubungan dengan itu daripada ayat diatas dapatlah diketahui bahawa
kewajipan solat lima waktu adalah masalah usul , kerana dalilnya qothi , baik dari
segi wurud mahupun dalil.Namun masalah apakah boleh dijama’ tanpa uzur , maka
masuk masalah furu ‘ kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud mahupun dalil.Ini
kerana , barangsiapa telah menolak kewajipan solat lima waktu maka ia telah sesat
kerana menyimpang dari usul syariat.
Namun barangsiapa yang berpendapat bahawa boleh menjama’ solat tanpa
uzur atau sebaliknya , maka selama dia telah memiliki dalil syari’ ia tidak tersesat
kerana termasuk dalam masalah furu syariat.
3.0 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN DALIL.
1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari
surah al-Maidah ayat 23 :





“ Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang
Allah Telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu
gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan
Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang
yang beriman ”.
2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah SWT. Dalil naqli dari
surah Ibrahim ayat 34 :


13 | P a g e


“ Dan dia Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang
kamu mohonkan kepadanya dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat
kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat
mengingkari (nikmat Allah) ”
3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-
An’am ayat 162 :


“ Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam ”.
4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada tuhan-tuhan selain Allah
SWT. Dalil naqli dari surah at-Taubah ayat 31 :






“ Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai
Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam,
padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan ”
*Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib
mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu
menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.
14 | P a g e
5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah SWT dan
Rasul SAW. Dalil naqli dari surah an-Nisak ayat 80 :



“ Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia Telah mentaati
Allah dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), Maka kami tidak
mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka ”
*Rasul tidak bertanggung jawab terhadap perbuatan-perbuatan mereka dan tidak
menjamin agar mereka tidak berbuat kesalahan.
6. Berhukum dengan selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-Maidah
ayat 44 :










“ Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada)
petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara
orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-
orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan
memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu
15 | P a g e
janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku dan janganlah
kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit dan barangsiapa yang tidak
memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-
orang yang kafir ”.





“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni
segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa
yang besar ”.


















16 | P a g e
102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada
masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu
mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya
syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada
manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil
yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada
seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu),
sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu
apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami)
dengan isterinya[79]. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan
sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari
sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya
(Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat
jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
Kesimpulan daripada pembatalan dan kerosakan iman ini adalah sebagai
umat Islam kita perlu membenarkan dengan yakin akan wujudnya Allah swt ,
membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah swt , yakin bahawa Allah swt
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan membenarkan dengan penuh yakin
dan keinsafan yang perlu diinterprestasi dan dibuktikan melalui amalan dan
perbuatan harian makhluk-Nya sama ada dari segi perbuatan , perkataan dan juga
hati sanubari.

More Related Content

What's hot

perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degreeSalam Salleh
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Peperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAWPeperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAWNur Fauzi
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Akhy Sham
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Afiq Izzudin
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliJaladi Muda
 
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Syuhadah Azri
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainsheraarzman
 
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah SadiqSalihoddim
 
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinyaperkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinyaKamariah Sahalihudin
 

What's hot (20)

perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degree
 
Isu murtad
Isu murtadIsu murtad
Isu murtad
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
BAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAMBAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAM
 
Peperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAWPeperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAW
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
 
Bab 11 Pluralisme Agama
Bab 11 Pluralisme AgamaBab 11 Pluralisme Agama
Bab 11 Pluralisme Agama
 
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 9
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 9BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 9
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 9
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazali
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
 
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
Akhlak Islamiyyah, Sifat-Sifat Mahmudah
 
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinyaperkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
 
1008461 15 rabbaniyyah
1008461 15 rabbaniyyah1008461 15 rabbaniyyah
1008461 15 rabbaniyyah
 

Similar to PEMBATALAN IMAN

Similar to PEMBATALAN IMAN (20)

pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfpptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
 
Ppt aqidah islam
Ppt aqidah islamPpt aqidah islam
Ppt aqidah islam
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Presentasi agama
Presentasi agamaPresentasi agama
Presentasi agama
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Bab i mw
Bab i mwBab i mw
Bab i mw
 
Arkanul_iman_Tugas Kelompok.pptx
Arkanul_iman_Tugas Kelompok.pptxArkanul_iman_Tugas Kelompok.pptx
Arkanul_iman_Tugas Kelompok.pptx
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
 
Aqidah
AqidahAqidah
Aqidah
 
03.iman & taqwa
03.iman & taqwa03.iman & taqwa
03.iman & taqwa
 
konsep akidah dalam pandangan islam
konsep akidah dalam pandangan islamkonsep akidah dalam pandangan islam
konsep akidah dalam pandangan islam
 
TUGAS PERBAIKAN NILAI IDRUS.pptx
TUGAS PERBAIKAN NILAI IDRUS.pptxTUGAS PERBAIKAN NILAI IDRUS.pptx
TUGAS PERBAIKAN NILAI IDRUS.pptx
 
Arkanul_iman_pptx.pptx
Arkanul_iman_pptx.pptxArkanul_iman_pptx.pptx
Arkanul_iman_pptx.pptx
 
Presentation1 a kidah
Presentation1 a kidahPresentation1 a kidah
Presentation1 a kidah
 
Aqidah islamiyyah
Aqidah islamiyyahAqidah islamiyyah
Aqidah islamiyyah
 
Iman islam ihasan
Iman islam ihasanIman islam ihasan
Iman islam ihasan
 
Materi pengisian sku penegak bantara
Materi pengisian sku penegak bantaraMateri pengisian sku penegak bantara
Materi pengisian sku penegak bantara
 
iman islam dan ihsan
iman islam dan ihsaniman islam dan ihsan
iman islam dan ihsan
 
Materi pengisian sku penegak bantara
Materi pengisian sku penegak bantaraMateri pengisian sku penegak bantara
Materi pengisian sku penegak bantara
 

PEMBATALAN IMAN

  • 1. 1 | P a g e PEMBATALAN DAN KEROSAKAN IMAN 1.0 PENGENALAN Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui Istilah:Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan lara Firman Allah surah Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah dengannya. Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah s.w.t. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman diambil daripada kata kerja aamana, yukminu yang bererti ‘percaya’ atau ‘membenarkan’. Perkataan iman yang bererti ‘membenarkan’ itu disebutkan dalam Al –Quran, antaranya Firman Allah swt yang bermaksud ( al – Taubah ,62 ).:   
  • 2. 2 | P a g e “ Dia ( Muhammad ) itu membenarkan ( mempercayai ) kepada Allah swt dan membenarkan kepada para orang yang beriman” Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib ra yang bermaksud “ Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota .”Manakala Aisyah ra pula berkata : “ Iman kepada Allah swt itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota “. Iman Al –Ghazali menghuraikan makna iman sebagai “ Pengakuan dengan lidah ( lisan ) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun – rukun ( anggota-anggota ). “Justeru , iman boleh dinyatakan sebagai keyakinan yang dibenarkan oleh hati , diucapkan dengan mulut ( lidah ) dan dibuktikan dengan amalan .Ringkasnya , orang yang beriman ialah orang yang percaya , mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna . Ketiadaan salah satu sahaja daripada tiga syarat itu , maka lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu iaitu fasik , munafik atau kafir.Iman bermaksud membenarkan dengan hati , menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan .Iman diasaskan di atas enam perkara iaitu percaya kepada Allah swt , percaya kepada malaikat , percaya kepada kitab , percaya kepada nabi dan rasul , percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada qada’ dan qadar. Percaya kepada Allah swt ialah konsep yang paling asas iaitu percaya bahawa Tuhan itu satu ( Tauhid ).Konsep keesaan Allah swt ini adalah mutlak , dan tidak sama dengan apa jua yang wujud di dunia ini . Firman Allah swt dalam Surah Al – Ikhlas yang bermaksud :    “ Katalah ( wahai Muhammad ) bahawa Allah swt itu tunggal.Allah swt tempat meminta. Tidak dia beranak dan tidak juga dia diperanakkan . Dan tiada yang serupa dengannya , dialah Tuhan Yang Esa ”.
  • 3. 3 | P a g e Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai makhluk , termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah-Nya dengan penuh ketaatan. Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang mengetahui jumlah malaikat . Namun , individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai makhluk , termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah – Nya dengan penuh ketaatan . Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang mengetahui jumlah malaikat . Namun, individu mukmin wajib beriman dan percaya terhadap sekurang kurangnya 10 malaikat iaitu Malaikat Jibril – malaikat yang menyampaikan wahyu . Malaikat Mikail – malaikat yang menyampaikan rezeki dan Malaikat Atid – malaikat yang menulis segala amalan kita .Malaikat Raqib – malaikat yang menulis segala kejahatan kita , Malaikat Ridhwan – malaikat yang menjaga pintu syurga , Malaikat Malik – malaikat yang menjaga pintu neraka , Malaikat Mungkar – malaikat yang menyoal kita di dalam kubur , Malaikat Nakir – malaikat yang menyoal kita di dalam kubur ,Malaikat Izrail – malaikat yang mencabut nyawa dan Malaikat Israfil – malaikat yang meniup sangkakala. Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah menurunkan kitab – kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar . Kitab – kitab yang wajib diimani oleh individu mukmin ialah kitab Taurat – diturunkan kepada Nabi Musa as.Kitab Zabur – diturunkan kepada Nabi Daud as , Kitab Injil – diturunkan kepada Nabi Isa as dan Al –Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Masyarakat muslim hari ini percaya bahawa selain Al –Quran , kitab – kitab yang diturunkan telah diubah suai mengikut kehendak pihak – pihak tertentu . Justeru , tiada lagi naskah – naskah yang tulen dan Al –Quran menyempurnakan segala kitab – kitab yang terdahulu.Percaya kepada Nabi dan Rasul merupakan salah satu rukun Iman yang mengajar umatnya bahawa Allah swt menyampaikan wahyu – Nya melalui malaikat kepada nabi dan rasul .Rasul dan nabi merupakan manusia biasa .
  • 4. 4 | P a g e Nabi bermaksud seorang lelaki yang dipilih Allah swt menerima wahyu untuk kegunaan dirinya sahaja manakala Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu bagi dirinya serta disampaikan kepada orang lain.Terdapat lebih 300 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala , nabi pula lebih kurang 1000 orang ( termasuk rasul ). Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al –Quran , termasuk Adam , Idris , Nuh , Lut , Ibrahim , Musa ,Isa , dan Muhammad. Daripada 25 orang ini , terdapat lima rasul yang digelar rasul ulul azmi . Antara rasul rasul yang digelar Ulul Azmi itu adalah Nabi Nuh as , Nabi Ibrahim as , Nabi Musa as , Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.Muhammad merupakan nabi dan rasul yang terakhir . Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan Baginda . Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir sebelum berlakunya Hari kiamat, iaitu al –Quran dan al – Sunnah kepada manusia. Rukun Iman yang kelima dan keenam iaitu percaya kepada Hari Akhirat dan percaya kepada Qada’ dan Qadar.Individu mukmin wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau Akhirat , sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al –Quran .Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa , iaitu pada hari Kiamat. Individu mukmin wajib percaya bahawa segala ketentuan yang telah terjadi dan yang akan terjadi , semuanya menurut ketentuan Allah swt . Segala sesuatu ( baik dan buruk ) sudah diatur sejak azali . Manusia tidak mengetahui tentang sesuatu sehingga ianya terjadi.Qadar atau difahami juga sebagai takdir merupakan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt . Qada ‘ pula bermaksud perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Konsep pembatalan iman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu syirik , kufur dan bidaah . Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifatnya dan af’al,beramal dengan anggota adalah pemangkin kemantapan iman.
  • 5. 5 | P a g e Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw .Sesiapa yg tidak percaya kepada Allah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dikatakan kafir atau kufur. Bidaah pula bermaksud mengadakan sesuatu perkara baru yang tidak terdapat dalam ajaran Islam.Bid’ah dhalah sesat bermaksud mengadakan pembaharuan dalam agama yang tidak terdapat dalam al-Quran, hadis, amalan sahabat dan Ijmak ulamak. Manakala Bidaah Hasanah baik adalah membuat pembaharuan dalam agama secara umum tanpa mengubah hukumnya dalam al-Quran dan hadis. Syirik terbahagi kepada dua iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi.Syirik Jali ialah syirik yang dapat dilihat secara terang-terangan berlaku secara lisan dan perbuatan contoh sujud kepad berhala, memohon pada keramat atau kubur, memakai tangkal, dan mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan. Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi dan tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat dan berlaku melalui hati.Sebagai contoh riak iaitu menunjuk kehebatan diri ujub , mengkagumkan diri dan takabbur bangga diri dan sebagai tambahan syirik Khafi tidak membatalkan iman. 2.0 PERBEZAAN USUL DAN FURU’ Sehubungan dengan itu dalam merungkai persoalan tentang pembatalan dan kerosakan iman ianya terdapat di dalam persoalan mengenai konsep usul dan furu ‘ di dalam aqidah.Usul merupakan ajaran Islam yang menekankan kepada prinsip dan dasar sehingga Umat Islam tidak boleh bercanggah pendapat mengenai perkara tersebut kerana ianya boleh mengundang kepada kesesatan. Manakala furu ‘ merupakan ajaran Islam yang sangat penting namun tidak merujuk kepada konsep prinsip dan dasar. Umat Islam boleh berbeza pendapat mengenai konsep furu ‘ kerana perbezaan dalam furu ‘ bukan penyimpangan kepada kesesatan selagi ada dalil syari’ yang menyokong kepada perkara tersebut. Sehubungan dengan itu permasalahan dalam masalah usul dan furu’ juga berkaitan dengan taklid.Taklid dalam bahasa arab diambil daripada kalimah “ al-
  • 6. 6 | P a g e Qiladah “ iaitu rantai leher.Maka taklid ertinya memakai rantai leher pada tengkuk.Sementara taklid menurut istilah ulama fiqah terdapat berbagai takrif seperti berikut iaitu Taklid itu ialah mengamalkan atau mengambil pakai perkataan seseorang. Iaitu yang mana kata-katanya itu bukan salah satu daripada dalil –dalil syarak, tanpa hujah atau alasan (yang disertakan sebagai asas kepada hukum). Taklid itu ialah menerima pakai sesuatu pendapat tanpa dalil dan taklid itu ialah mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah mulzimah (dalil yang mengikatkannya). Berdasarkan takrif di atas , dapat disimpulkan bahawa taklid itu mengambil pakai pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil itu. Contohnya , seperti mereka yang berpendapat boleh difasakhkan perkahwinan disebabkan ‘aib’ atau kecacatan kerana berdasarkan pandangan Mujtahid tertentu mengatakan begitu tanpa dia mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil ini.Berhubung dengan perkara di atas dalam meletakkan hukum bertaklid dalam masalah ‘furu ‘ ialah pada asalnya menurut Syariah Islam , taklid dicela dan dilarang , kerana ia bermaksud mengikut tanpa berdasarkan dalil dan bukti. Antara hukum bertaklid dalam masalah furu’ adalah pada asalnya menurut Syariah Islam,taklid dicela dan dilarang , kerana Ia bermaksud mengikut tanpa berdasarkan kepada dalil dan bukti.Lebih lebih lagi taklid yang membawa maksud taksub yang tercela dalam golongan muqallidin ( yang bertaklid ).Para ulama berselisih pendapat tentang keharusan taklid dalam masalah furu’ seperti berikut iaitu dalam pendapat yang pertama mengatakan tidak harus sama sekali bertaklid , bahkan mereka mewajibkan setiap mukalaf itu berijtihad , dan mempelajari segala ilmu yang diperlukan bagi ijtihad. Ini adalah pendapat Zahiriyyah dan Muktazilah.Pada pandangan yang kedua mengatakan taklid diharuskan kepada semua orang , sama ada yang mampu berijtihad ataupun tidak.Ia merupakan pendapat golongan al-Hasyawiyyah dan al-
  • 7. 7 | P a g e Ta’limiyyah.Bahkan sebahagian mereka pula mewajibkan bertaklid selepas zaman imam-imam Mujtahiddin.Manakala dalam pendapat yang ketiga mengatakan taklid hanyalah diharuskan kepada yang tidak mampu berijtihad sahaja. Sementara mereka yang mampu berijtihad adalah diharamkan bertaklid.Pendapat inilah yang muktamad dan betul.Bahkan menurut Ibnu al – Subki , ulama telah sependapat bahawa seseorang Mujtahid tidak harus menyalahi hukum yang telah diputuskan oleh ijtihadnya dan haram dia bertaklid kepada orang lain dalam perkara itu. Mengikut pendapat yang menjadi pilihan oleh kebanyakan ulama,sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu al- Subki , adalah haram ke atas mujtahid itu bertaklid masalah tersebut.Bahkan wajib dia berijtihad , kerana dia mempunyai kemampuan berijtihad , dan kerana ijtihad itulah yang asal.Maka tidak harus berpaling daripada asal ( ijtihad ) yang dia mampu kepada gantinya iaitu taklid. Taklid dalam masalah usul dan akidah pula adalah taklid dalam masalah usul yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah , sifat yang wajib bagi- Nya, sifat yang mustahil atas-Nya , sifat yang harus bagi-Nya dan sebagainya , maka jumhur ulama al- Usul berpendapat bahawa tidak harus bertaklid , bahkan wajib seperti orang itu mengkaji dan meneliti dalil ijmali ( secara ringkas ) walaupun dia seorang awam. Al – Imam al – Syarbini berkata “ Sesungguhnya orang awam itu tidak harus bertaklid dalam masalah al – Usul kerana mereka itu boleh mengkaji dan menyelidiki pada dalil ijmali Al – Anbari dan pengikutnya pula berpendapat bahawa harus bertaklid dalam masalah al- Usul .Bahkan sebahagian daripada mereka itu berkata, “ Taklid itu wajib dan nazhar ( mengkaji itu haram ) “. Golongan ulama yang menghukumkan wajib mengkaji pada dalil –dalil itu berhujah.Antaranya adalah yang pertama untuk mengkaji dan menyelidiki dalil –dalil
  • 8. 8 | P a g e itu tidak akan menggangu dan menggendalakan urusan kehidupan harian sepertimana dalam masalah – masalah furu ‘. Ini adalah kerana masalah al –Usul terbatas , dalilnya berbentuk ijmali , mampu dikuasai oleh setiap orang dan masalahnya tidak berlaku perubahan atau pembaharuan. Kedua , dalam masalah al- Usul , manusia diperintahkan supaya mendapatkan ilmunya itu secara yakin , iaitu ilmu pengetahuan yang berasaskan hujah dan dalil , bukan taklid yang hanya berasaskan zdhan sahaja.Ketiga adalah kerana hadis yang diriwayatkan tatkala turun ayat yang berbunyi dalam surah    , Ali – Imran 3:190 maksudnya sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , silih berganti malam dan siang , ada tanda – tanda ( kekuasaan , kebijaksanaan , dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang yang berakal. Lalu baginda saw bersabda maksudnya binasalah atau celakalah mereka yang memanah dan mengunyah ayat tersebut ( membacanya ) dan tidak mahu memikirkan padanya ( Riwayat Ibnu Hibban dalam al-Sahih no 620 ) .Dan keempat pada asalnya , hukum taklid itu dicela oleh Syarak dan tidak diharuskan.Walaubagaimanapun,taklid yang diharuskan pada masalah furu’ itu adalah dikecualikan daripada kaedah asal tersebut. Masalah dalam pembatalan dan kerosakan iman terdapat dalam pemahaman kepada konsep usul dan furu’ tersebut.Sebagai contoh peristiwa Israk dan Mikraj , rukun Islam iaitu menunaikan solat lima waktu dan berkaitan dengan zat Allah yang perlu diyakini sifatnya dan tidak dipersoalkan.
  • 9. 9 | P a g e Cara menentukan suatu masalah dalam usul atau furu’ adalah dengan melihat kekuatan dalil dari segi sanad penyampaian dan fokus penafsiran.Sebagai contoh masalah yang boleh dikaitkan dengan kefahaman kepada konsep usul dan furu’ adalah mengenai peristiwa Isra dan Mikraj. Percaya dan yakin bahawanya peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah benar-benar berlaku, tiada yang dapat menidakkan peristiwa tersebut. Berdasarkan dalil naqli dari al-Quran surah Israk, ayat 1, Allah berfirman:       “ Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya [847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ” [847] Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya. Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Mekah ke Palestin. Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak. Kebenaran peristiwa Isra Mi’raj Rasulullah saw adalah masalah usul, kerana dalilnya qothi, baik dari segi wurud mahupun dalil. Namun masalah apakah Rasulullah saw mengalami Isra’ Mi’raj dengan ruh dan jasad atau dengan ruh sahaja, maka masuk masalah furu’, kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud mahupun dalilnya.Ini kerana, barangsiapa menolak kebenaran peristiwa Isra’ Mi’raj
  • 10. 10 | P a g e Rasulullah saw maka ia telah sesat, kerana menyimpang dari usul aqidah. Namun barangsiapa yang mengatakan Rasulullah SAW mengalami Isra’ Mi’raj dengan Ruh dan Jasad atau Ruh saja, maka selama memiliki Dalil Syar’i ia tidak sesat, kerana masalah furu Aqidah. Berkaitan dengan arasy, Saidina Ali telah berkata: ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaanNya dan bukan menjadikan sebagai tempat untuk zat-nya (diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdad). Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk dan bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudan-Nya memerlukan tempat. Hal ini kerana tiada dalil dari al-Quran dan hadis sahih yang menyatakan Allah mempunyai tempat atau kedudukan yang dinamakan al-Arasy. Maka perkara ini menjadi usul iaitu zat Allah ini persoalan usul dan tidak sama sekali boleh disifatkan dengan apa-apa. Furu pula adalah bila mana diperkatakan tentang zat, maka itu adalah samada af'al-nya, asma- nya sifat-nya (berpandukan al-quran dan as- sunnah).Sebagai contoh Allah itu ialah nama bagi zat, menyembah nama bukan bermakna menyembah zat, dan apabila hendak menyembah zat maka namanya pun disebut dan Allah adalah kata ganti nama bagi zat.Bila berkata tentang zat hakikatnya kita berkata tentang sifat-nya bukan zat-nya, kerana zat-nya iaitu tidak diketahui sama sekali. Hukum-hukum yang ada itu semuanya sifat-sifatNya, maknanya bila kamu memperjuangkan dan mempertahankan hukum bukan sebenarnya kamu memeperjuang dan mempetahankan Dia. Itu antara sebab mentauhidkan tuhan yang bernama Allah, merupakan perkara yang paling atas bagi setiap diri manusia. Peristiwa al-Israk dan al-Mikraj adalah salah satu mukjizat dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah SWT. Dalam peristiwa ini, solat lima waktu difardukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa AS dan baginda
  • 11. 11 | P a g e menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah SWT supaya dikurangkan solat yang asalnya difardukan 50 solat kepada lima solat. Hasilnya setiap solat itu mendapat 10 ganjaran. Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya. Solat adalah rukun Islam yang kedua, dimana sebagai Muslim wajib melaksanakan dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Dalil naqli dari al-Quran mewajibkan setiap Muslim menunaikan solat dari surah al-Baqarah ayat 238 :    “ Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa [152]. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu ” [152] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Dalil lain dari surah ah-Hasyr ayat 7 :          “ Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Makkah adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya
  • 12. 12 | P a g e saja di antara kamu, apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya ” Sehubungan dengan itu daripada ayat diatas dapatlah diketahui bahawa kewajipan solat lima waktu adalah masalah usul , kerana dalilnya qothi , baik dari segi wurud mahupun dalil.Namun masalah apakah boleh dijama’ tanpa uzur , maka masuk masalah furu ‘ kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud mahupun dalil.Ini kerana , barangsiapa telah menolak kewajipan solat lima waktu maka ia telah sesat kerana menyimpang dari usul syariat. Namun barangsiapa yang berpendapat bahawa boleh menjama’ solat tanpa uzur atau sebaliknya , maka selama dia telah memiliki dalil syari’ ia tidak tersesat kerana termasuk dalam masalah furu syariat. 3.0 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN DALIL. 1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-Maidah ayat 23 :      “ Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah Telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman ”. 2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah SWT. Dalil naqli dari surah Ibrahim ayat 34 :  
  • 13. 13 | P a g e   “ Dan dia Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) ” 3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al- An’am ayat 162 :   “ Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam ”. 4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada tuhan-tuhan selain Allah SWT. Dalil naqli dari surah at-Taubah ayat 31 :       “ Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam, padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan ” *Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.
  • 14. 14 | P a g e 5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah SWT dan Rasul SAW. Dalil naqli dari surah an-Nisak ayat 80 :    “ Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia Telah mentaati Allah dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), Maka kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka ” *Rasul tidak bertanggung jawab terhadap perbuatan-perbuatan mereka dan tidak menjamin agar mereka tidak berbuat kesalahan. 6. Berhukum dengan selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-Maidah ayat 44 :           “ Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang- orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu
  • 15. 15 | P a g e janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang- orang yang kafir ”.      “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar ”.                  
  • 16. 16 | P a g e 102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya[79]. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. Kesimpulan daripada pembatalan dan kerosakan iman ini adalah sebagai umat Islam kita perlu membenarkan dengan yakin akan wujudnya Allah swt , membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah swt , yakin bahawa Allah swt bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan membenarkan dengan penuh yakin dan keinsafan yang perlu diinterprestasi dan dibuktikan melalui amalan dan perbuatan harian makhluk-Nya sama ada dari segi perbuatan , perkataan dan juga hati sanubari.