SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013
KERAJAAN MALAYSIA
PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT
BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN
Dikelilingkan kepada:
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
13 FEBRUARI 2013
1
Ruj. Kami : MAMPU.BTSA.100-19/1Jld.6 (15)
Tarikh : 13 Februari 2013
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013
PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT
BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN
TUJUAN
Surat Pekeliling Am ini bertujuan menetapkan format dan reka bentuk
kepala surat yang seragam untuk digunakan oleh Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan.
JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8888 3721
2
TAFSIRAN
2. “Kepala surat” bagi maksud Surat Pekeliling Am ini adalah merujuk
kepada maklumat-maklumat yang dicetak di bahagian atas dan bawah
helaian pertama surat rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan.
LATAR BELAKANG
3. Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1980: “Penyeragaman
Kepala Surat Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan
Persekutuan” telah diguna pakai oleh Kementerian/Jabatan/Agensi
Persekutuan sebagai garis panduan utama dalam menetapkan
format dan reka bentuk kepala surat bagi mencapai satu
penyeragaman dalam penggunaan kepala surat di
Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan masing-masing. Surat
Pekeliling Am tersebut telah menetapkan antaranya perkara-perkara
berikut untuk diikuti oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan:
a) menggunakan satu lambang sahaja dalam kepala surat iaitu
lambang Kerajaan Malaysia;
b) menggunakan tulisan rumi kecuali bagi agensi yang
bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam;
c) menggunakan warna royal blue bagi lambang Kerajaan Malaysia
dan tulisan;
d) menggunakan terjemahan Bahasa Inggeris bagi
Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan yang mempunyai
hubungan dengan agensi-agensi antarabangsa sahaja; dan
3
e) menyediakan ruangan bagi rujukan surat, tarikh, dan maklumat
komunikasi (telefon, teleks, dan kawat).
4. Gelombang perubahan dan transformasi global yang
menekankan peningkatan imej korporat dan semangat kekitaan
warga organisasi telah menyaksikan wujudnya kepelbagaian format
kepala surat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan. Pemerhatian
Kerajaan mendapati antara ketidakpatuhan Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan terhadap perkara-perkara yang ditetapkan
dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1980 adalah seperti
berikut:
a) menggunakan logo agensi selain daripada lambang Kerajaan
Malaysia;
b) memasukkan maklumat tambahan seperti moto agensi, logo
1Malaysia, kempen-kempen semasa dan anugerah serta
pengiktirafan yang diterima;
c) menggunakan dua format kepala surat iaitu kepala surat umum
Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan dan kepala surat
Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan;
d) tidak menggunakan warna royal blue untuk cetakan lambang
Kerajaan Malaysia dan tulisan;
e) menggunakan tulisan jawi bagi agensi yang bukan
bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam; dan
f) butiran mengenai nama, alamat, maklumat komunikasi, rujukan,
dan tarikh tidak diletakkan pada kedudukan yang ditetapkan oleh
surat pekeliling.
4
5. Mengambil kira semua perkembangan ini, Kerajaan memutuskan
untuk menyeragamkan penggunaan kepala surat Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan bagi memudahkan pelanggan mengenali identiti
Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan di samping memantapkan
imej perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Inisiatif
penyeragaman format dan reka bentuk baharu kepala surat ini
membolehkan Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan membuat
penyesuaian dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan-
keperluan Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan masing-masing
seperti penambahan logo, moto, anugerah dan pengiktirafan yang
diterima oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan.
PELAKSANAAN
6. Format baharu kepala surat Kementerian/Jabatan/Agensi
Persekutuan meliputi dua (2) jenis kepala surat seperti berikut:
a) Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan
iaitu kepala surat rasmi yang ditandatangani oleh pegawai; dan
b) Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan iaitu kepala
surat rasmi yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Agensi
Persekutuan*
.
7. Elemen-elemen bagi kedua-dua jenis kepala surat ini diterangkan
seperti di Lampiran 1A dan 1B. Keterangan terperinci elemen-elemen
bagi kedua-dua kepala surat diterangkan seperti di Lampiran 1C.
*
Catatan: Bagi maksud Perenggan 6(b), Ketua Jabatan termasuk Ketua Setiausaha Kementerian.
5
8. Contoh format kepala surat Kementerian/Jabatan/Agensi
Persekutuan adalah seperti berikut:
a) Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan -
Lampiran 2A
b) Kepala Surat Umum Dwibahasa Kementerian/Jabatan/Agensi
Persekutuan - Lampiran 2B
c) Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan - Lampiran 2C
d) Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan -
Lampiran 2D
PEMAKAIAN
9. Semua Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan hendaklah
mengguna pakai Surat Pekeliling Am ini dalam mereka bentuk dan
menyediakan kepala surat masing-masing.
10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-
masing, Surat Pekeliling Am ini turut dipanjangkan kepada semua
Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri
serta Pihak Berkuasa Tempatan.
11. Walau apa-apa pun, berkenaan pemakaian Lambang Kerajaan
Persekutuan, Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan atau mana-
mana Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima dan mengguna
pakai Surat Pekeliling Am ini hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Am
Bilangan 1 Tahun 2005 bertarikh 7 April 2005.
6
TARIKH KUAT KUASA
12. Surat Pekeliling Am ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.
13. Bagi mengelakkan pembaziran, penggunaan format dan reka
bentuk kepala surat yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Am ini
boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat iaitu apabila
Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan telah menghabiskan
simpanan kepala surat sedia ada.
PENGECUALIAN
14. Pengecualian pemakaian Surat Pekeliling Am ini boleh diberikan
kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan tertentu yang mana
perkhidmatan terasnya berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dan
pertahanan negara.
15. Format kepala surat yang dinyatakan dalam Panduan ini hanya
terpakai bagi surat rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan
yang dihantar melalui pos, penghantaran tangan atau faksimili.
Penggunaan saluran komunikasi rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi
Persekutuan yang dihantar melalui mel elektronik atau e-mel adalah
tertakluk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1
Tahun 2003: “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan
Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan” bertarikh
28 November 2003.
7
PEMBATALAN
16. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka Surat
Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1980 adalah dibatalkan.
PERTANYAAN
17. Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Am ini boleh
ditujukan kepada:
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Transformasi Sektor Awam
Aras 3, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
MALAYSIA
No. Tel. : 03 – 8000 8000
No. Faks : 03 – 8888 3721
E-mel : webmaster@mampu.gov.my
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA)
Ketua Setiausaha Negara
Februari 2013
i
LAMPIRAN 1A
Format Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan
Kepala surat umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan perlu
mengandungi elemen-elemen berikut:
a) lambang Kerajaan Persekutuan (untuk Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan sahaja);
b) nama dan alamat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan;
c) logo Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan (jika ada);
d) maklumat komunikasi (telefon, faksimili, dan laman web/portal);
e) garisan pemisah; dan
f) maklumat lain (moto, kempen, dan pengiktirafan yang diterima –
jika ada).
a
b
d c
e
e
f
ii
LAMPIRAN 1B
Format Kepala Surat Ketua Jabatan/
Agensi Persekutuan
Kepala surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan perlu mengandungi
elemen-elemen berikut:
a) lambang Kerajaan Persekutuan (untuk Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan sahaja);
b) nama jawatan Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan;
c) nama dan alamat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan;
d) logo Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan (jika ada);
e) maklumat komunikasi (telefon, faksimili, laman web/portal dan
e-mel rasmi Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan);
f) garisan pemisah; dan
g) maklumat lain (moto, kempen, dan pengiktirafan yang diterima –
jika ada).
a
f
f
b
c
g
e d
iii
LAMPIRAN 1C
Maklumat Lanjut Bagi Elemen Dalam Kepala Surat
Penjelasan bagi setiap elemen dalam kepala surat adalah seperti berikut:
a) Lambang Kerajaan Persekutuan
 Panduan Umum
 Diletakkan di sudut atas sebelah kiri;
 15mm dari hujung bahagian atas kertas;
 20mm dari tepi kiri kertas;
 Warna lambang: cetakan berwarna; dan
 Saiz: 26mm (L) X 20mm (T).
20mm
26mm
15mm
20mm
iv
b) Nama Jawatan Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
 Panduan Umum
 Hanya terkandung dalam Kepala Surat Ketua Jabatan/
Agensi Persekutuan sahaja;
 Diletakkan di bahagian atas bersebelahan lambang Kerajaan
Persekutuan;
 5mm dari tepi lambang Kerajaan Persekutuan;
 15mm dari hujung bahagian atas surat;
 Ditulis dalam huruf besar;
 Bahasa: Menggunakan Bahasa Melayu sahaja kecuali ketika
berurusan dengan agensi-agensi antarabangsa,
penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dibolehkan;
 Warna tulisan: hitam;
 Bahasa Melayu
- Font: Arial
- Saiz: Maksimum 11
 Bahasa Inggeris
KETUA PENGARAH
Unit Pemodenan Tadbiran Dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
MALAYSIA
5mm
15mm
KETUA PENGARAH
Contoh Kepala Surat
Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
v
- Fon: Arial Italic
- Saiz: Maksimum 10
c) Nama Dan Alamat Kementerian/Jabatan/Agensi
Persekutuan
 Panduan Umum
 Diletakkan di bahagian atas bersebelahan lambang Kerajaan
Persekutuan;
 5mm dari tepi lambang Kerajaan Persekutuan;
 15mm dari hujung bahagian atas kertas (Kepala Surat
Umum); atau
 Sekurang-kurangnya 18mm dari tepi bahagian atas kertas
(Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan).
 Tulisan: Menggunakan tulisan rumi kecuali bagi
Jabatan/Agensi Persekutuan yang bertanggungjawab dalam
hal-ehwal agama Islam boleh menggunakan tulisan jawi;
5mm
15mm 18mm
5mm
KETUA SETIAUSAHA
SECRETARY GENERAL
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Ministry of International Trade and Industry
Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta
50622 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
Contoh Kepala Surat Dwibahasa
Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
vi
 Bahasa: Menggunakan Bahasa Melayu sahaja kecuali ketika
berurusan dengan agensi-agensi antarabangsa, penggunaan
dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dibolehkan;
 Warna tulisan: hitam;
 Bahasa Melayu
- Fon: Arial
- Saiz: Maksimum 11
 Bahasa Inggeris
- Fon: Arial Italic
- Saiz: Maksimum 10
Contoh Nama dan Alamat Dalam
Bahasa Melayu
Contoh Nama dan Alamat Dalam
Dwibahasa
Contoh Nama dan Alamat Dalam
Bahasa Melayu
Contoh Nama dan Alamat Dalam
Dwibahasa
1
3
2
4
d)
e)
Logo Ke
Pandu
Ke
log
Dile
Se
Se
Wa
Sa
leb
iait
Maklum
Pandu
Ma
dan
Dile
Ke
36m
145
emente
uan Umu
menteria
o sahaja
etakkan d
kurang-k
kurang-k
arna logo
iz logo K
bih besar
tu 26mm
mat Kom
uan Umu
aklumat s
n e-mel K
etakkan
menteria
mm dari h
5mm dar
rian/Jab
um
n/Jabata
;
di sudut a
urangnya
urangnya
: cetakan
Kementer
r daripad
(L) X 20m
unikasi
um
seperti no
Ketua Jab
di sudu
n/Jabata
hujung ba
i tepi kiri
14
vii
batan/Ag
n/Agensi
atas sebe
a 18mm d
a 15mm d
n berwarn
rian/Jaba
da saiz l
mm (T).
ombor tel
batan/Age
t atas s
n/Agensi
ahagian a
kertas;
5mm
gensi P
Perseku
elah kana
dari hujun
dari tepi k
na; dan
atan/Agen
ambang
efon, fak
ensi Pers
sebelah
i Perseku
atas kerta
36mm
ersekut
utuan ya
an;
ng bahag
kanan ke
nsi Perse
Kerajaan
ksimili, lam
sekutuan
kanan d
utuan;
as;
tuan
ng memp
gian atas
ertas;
ekutuan:
n Persek
man web
;
di bawah
punyai
kertas;
tidak
kutuan
/portal
h logo
18mm
15mm
145mm
36mm
viii
 Dipaparkan mengikut turutan berikut:
i. Telefon**
ii. Faksimili
iii. Laman web/portal
iv. E-mel Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan (untuk
Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
sahaja)
 Bahasa: Menggunakan Bahasa Melayu sahaja kecuali ketika
berurusan dengan agensi-agensi antarabangsa,
penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dibolehkan;
 Warna tulisan: hitam;
 Fon: Arial;
 Saiz: Maksimum 10.
**
Catatan: Selaras dengan pelaksanaan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), agensi-agensi perlu
mengubah suai nombor telefon kepada 03-8000 8000 apabila 1MOCC dilaksanakan sepenuhnya.
Tel: 603-8000 8000
Faks: 603-8888 3271
Portal Rasmi: www.mampu.gov.my
E-mel: kp@mampu.gov.my
Tel: 603-6203 4485
Faks (Fax): 603-6203 2337
Laman Web (Web): www.miti.gov.my
Tel: 603-8885 3000
Faks: 603-8889 2182
Laman Web: www.jpa.gov.my
Contoh Kepala Surat
Umum Dwibahasa Contoh Kepala Surat Umum
Contoh Kepala Surat
Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
ix
f) Maklumat Lain Yang Boleh Dimuatkan Dalam Kepala
Surat
 Panduan Umum
 Dimuatkan di dalam ruangan tidak melebihi 30mm di
bahagian bawah surat;
 3mm di bawah garis pemisah;
 Maklumat lain yang dimaksudkan adalah seperti moto,
kempen dan pengiktirafan yang diterima.
3mm
30mm
x
g) Garisan Pemisah
 Panduan Umum
 Atas: 50mm dari hujung bahagian atas kertas;
 Bawah: 30mm dari hujung bahagian bawah kertas;
 Kiri: 20mm dari tepi kiri kertas;
 Garisan yang berwarna hitam adalah sebagai panduan yang
memisahkan kepala surat dengan isi kandungan surat;
 Panjang : 175mm;
 Garis berat/tebal: 1pt; dan
 Warna garisan: hitam.
20mm
175mm
175mm
50mm30mm
xi
h) Kertas
 Panduan Umum
 Spesifikasi kertas:
i. Saiz: 210mm (L) X 297mm (P); dan
ii. Warna kertas:
- Kepala Surat Umum: Putih
- Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan:
Krim
 Tidak ada ‘watermark’ di helaian kepala surat.
36mm
297mm
KEPALA SURAT UMUM
36mm
297mm
KEPALA SURAT KETUA
JABATAN/AGENSI
xii
LAMPIRAN 2A
Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan
xiii
Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/
Agensi Persekutuan
xiv
LAMPIRAN 2B
Kepala Surat Umum Dwibahasa Kementerian/
Jabatan/Agensi Persekutuan
xv
Kepala Surat Umum Dwibahasa Kementerian/
Jabatan/Agensi Persekutuan
xvi
LAMPIRAN 2C
Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
xvii
Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
xviii
LAMPIRAN 2D
Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/
Agensi Persekutuan
xix
Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/
Agensi Persekutuan

More Related Content

What's hot

Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolahilhafiz
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)Naveen Segaran
 
Panduan pembukaan dan penutupan fail latest
Panduan pembukaan dan penutupan fail latestPanduan pembukaan dan penutupan fail latest
Panduan pembukaan dan penutupan fail latestzakiahosman
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.jasmi jaafar
 
Kertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan MalamKertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan MalamTaufik Bujang
 
Kepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesanKepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesanLee Oi Wah
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangansuria yahaya
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgWAN ROZITA
 
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019cegujue
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]fazrul
 
Examples of structured interviews
Examples of structured interviewsExamples of structured interviews
Examples of structured interviewsctnurhani
 
Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)
Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)
Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)jasmi jaafar
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Panduan penyediaan skt
Panduan penyediaan sktPanduan penyediaan skt
Panduan penyediaan sktGeneviene Bong
 
Surat tawaran rmt 2017
Surat tawaran rmt 2017Surat tawaran rmt 2017
Surat tawaran rmt 2017mos az
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahKhairie Idris
 

What's hot (20)

Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolah
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
 
Kad Perakam Waktu
Kad Perakam WaktuKad Perakam Waktu
Kad Perakam Waktu
 
Panduan pembukaan dan penutupan fail latest
Panduan pembukaan dan penutupan fail latestPanduan pembukaan dan penutupan fail latest
Panduan pembukaan dan penutupan fail latest
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.
 
Kertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan MalamKertas Kerja Makan Malam
Kertas Kerja Makan Malam
 
Tatacara Pengurusan Harta Modal
Tatacara Pengurusan Harta ModalTatacara Pengurusan Harta Modal
Tatacara Pengurusan Harta Modal
 
Kepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesanKepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesan
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibg
 
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
 
Examples of structured interviews
Examples of structured interviewsExamples of structured interviews
Examples of structured interviews
 
Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)
Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)
Ap 5 tahun 2014 pdf(penulisan surat rasmi)
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Panduan penyediaan skt
Panduan penyediaan sktPanduan penyediaan skt
Panduan penyediaan skt
 
Surat tawaran rmt 2017
Surat tawaran rmt 2017Surat tawaran rmt 2017
Surat tawaran rmt 2017
 
Kew.ps 13 (terkini)
Kew.ps 13 (terkini)Kew.ps 13 (terkini)
Kew.ps 13 (terkini)
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
 

Viewers also liked

Borang penskoran pdpc (sekolah)
Borang penskoran pdpc (sekolah)Borang penskoran pdpc (sekolah)
Borang penskoran pdpc (sekolah)jasmi jaafar
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiajasmi jaafar
 
Manual pengguna skp mg2
Manual pengguna skp mg2Manual pengguna skp mg2
Manual pengguna skp mg2jasmi jaafar
 
Presentation Datuk Dr Amin Senin
Presentation Datuk Dr Amin Senin Presentation Datuk Dr Amin Senin
Presentation Datuk Dr Amin Senin jasmi jaafar
 
Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)
Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)
Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)jasmi jaafar
 
Grow V 5.0 menengah
Grow V 5.0 menengahGrow V 5.0 menengah
Grow V 5.0 menengahjasmi jaafar
 
Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0
Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0
Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0jasmi jaafar
 
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail   untuk kurikulumPengurusan rekod fail   untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail untuk kurikulumjasmi jaafar
 
Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2
Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2
Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2jasmi jaafar
 
10 final-kss-instrumen skp mg2 -13012017
10 final-kss-instrumen skp mg2 -1301201710 final-kss-instrumen skp mg2 -13012017
10 final-kss-instrumen skp mg2 -13012017jasmi jaafar
 
03 s1-kepemimpinan
03 s1-kepemimpinan03 s1-kepemimpinan
03 s1-kepemimpinanjasmi jaafar
 
05 s3.1-pengurusan kurikulum
05 s3.1-pengurusan kurikulum05 s3.1-pengurusan kurikulum
05 s3.1-pengurusan kurikulumjasmi jaafar
 
04 s2-pengurusan organisasi
04 s2-pengurusan organisasi04 s2-pengurusan organisasi
04 s2-pengurusan organisasijasmi jaafar
 
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg202.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2jasmi jaafar
 
07 s3.3-pengurusan hem
07 s3.3-pengurusan hem07 s3.3-pengurusan hem
07 s3.3-pengurusan hemjasmi jaafar
 
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulumjasmi jaafar
 
01.2 pelaksanaan skp mg2
01.2 pelaksanaan skp mg201.2 pelaksanaan skp mg2
01.2 pelaksanaan skp mg2jasmi jaafar
 

Viewers also liked (20)

Borang penskoran pdpc (sekolah)
Borang penskoran pdpc (sekolah)Borang penskoran pdpc (sekolah)
Borang penskoran pdpc (sekolah)
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
Manual pengguna skp mg2
Manual pengguna skp mg2Manual pengguna skp mg2
Manual pengguna skp mg2
 
Presentation Datuk Dr Amin Senin
Presentation Datuk Dr Amin Senin Presentation Datuk Dr Amin Senin
Presentation Datuk Dr Amin Senin
 
Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)
Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)
Ap 6 tahun 2014 pdf (format mesyuarat)
 
Grow V 5.0 menengah
Grow V 5.0 menengahGrow V 5.0 menengah
Grow V 5.0 menengah
 
Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0
Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0
Manual pengguna sistem grow rendah ver 5.0
 
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail   untuk kurikulumPengurusan rekod fail   untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
 
Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2
Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2
Jnjk draf 13 ogos 2016 skp mg2
 
Draf SKPMg2
Draf SKPMg2Draf SKPMg2
Draf SKPMg2
 
10 final-kss-instrumen skp mg2 -13012017
10 final-kss-instrumen skp mg2 -1301201710 final-kss-instrumen skp mg2 -13012017
10 final-kss-instrumen skp mg2 -13012017
 
03 s1-kepemimpinan
03 s1-kepemimpinan03 s1-kepemimpinan
03 s1-kepemimpinan
 
05 s3.1-pengurusan kurikulum
05 s3.1-pengurusan kurikulum05 s3.1-pengurusan kurikulum
05 s3.1-pengurusan kurikulum
 
04 s2-pengurusan organisasi
04 s2-pengurusan organisasi04 s2-pengurusan organisasi
04 s2-pengurusan organisasi
 
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg202.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
 
07 s3.3-pengurusan hem
07 s3.3-pengurusan hem07 s3.3-pengurusan hem
07 s3.3-pengurusan hem
 
08 s4-pd pc
08 s4-pd pc08 s4-pd pc
08 s4-pd pc
 
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
 
01.2 pelaksanaan skp mg2
01.2 pelaksanaan skp mg201.2 pelaksanaan skp mg2
01.2 pelaksanaan skp mg2
 
Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Format surat rasmi

  • 1. SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 KERAJAAN MALAYSIA PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN Dikelilingkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 13 FEBRUARI 2013
  • 2.
  • 3. 1 Ruj. Kami : MAMPU.BTSA.100-19/1Jld.6 (15) Tarikh : 13 Februari 2013 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN TUJUAN Surat Pekeliling Am ini bertujuan menetapkan format dan reka bentuk kepala surat yang seragam untuk digunakan oleh Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan. JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA Telefon : 03-8000 8000 Faks : 03-8888 3721
  • 4. 2 TAFSIRAN 2. “Kepala surat” bagi maksud Surat Pekeliling Am ini adalah merujuk kepada maklumat-maklumat yang dicetak di bahagian atas dan bawah helaian pertama surat rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan. LATAR BELAKANG 3. Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1980: “Penyeragaman Kepala Surat Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Persekutuan” telah diguna pakai oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan sebagai garis panduan utama dalam menetapkan format dan reka bentuk kepala surat bagi mencapai satu penyeragaman dalam penggunaan kepala surat di Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan masing-masing. Surat Pekeliling Am tersebut telah menetapkan antaranya perkara-perkara berikut untuk diikuti oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan: a) menggunakan satu lambang sahaja dalam kepala surat iaitu lambang Kerajaan Malaysia; b) menggunakan tulisan rumi kecuali bagi agensi yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam; c) menggunakan warna royal blue bagi lambang Kerajaan Malaysia dan tulisan; d) menggunakan terjemahan Bahasa Inggeris bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan yang mempunyai hubungan dengan agensi-agensi antarabangsa sahaja; dan
  • 5. 3 e) menyediakan ruangan bagi rujukan surat, tarikh, dan maklumat komunikasi (telefon, teleks, dan kawat). 4. Gelombang perubahan dan transformasi global yang menekankan peningkatan imej korporat dan semangat kekitaan warga organisasi telah menyaksikan wujudnya kepelbagaian format kepala surat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan. Pemerhatian Kerajaan mendapati antara ketidakpatuhan Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan terhadap perkara-perkara yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1980 adalah seperti berikut: a) menggunakan logo agensi selain daripada lambang Kerajaan Malaysia; b) memasukkan maklumat tambahan seperti moto agensi, logo 1Malaysia, kempen-kempen semasa dan anugerah serta pengiktirafan yang diterima; c) menggunakan dua format kepala surat iaitu kepala surat umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan dan kepala surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan; d) tidak menggunakan warna royal blue untuk cetakan lambang Kerajaan Malaysia dan tulisan; e) menggunakan tulisan jawi bagi agensi yang bukan bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam; dan f) butiran mengenai nama, alamat, maklumat komunikasi, rujukan, dan tarikh tidak diletakkan pada kedudukan yang ditetapkan oleh surat pekeliling.
  • 6. 4 5. Mengambil kira semua perkembangan ini, Kerajaan memutuskan untuk menyeragamkan penggunaan kepala surat Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan bagi memudahkan pelanggan mengenali identiti Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan di samping memantapkan imej perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Inisiatif penyeragaman format dan reka bentuk baharu kepala surat ini membolehkan Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan membuat penyesuaian dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan- keperluan Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan masing-masing seperti penambahan logo, moto, anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan. PELAKSANAAN 6. Format baharu kepala surat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan meliputi dua (2) jenis kepala surat seperti berikut: a) Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan iaitu kepala surat rasmi yang ditandatangani oleh pegawai; dan b) Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan iaitu kepala surat rasmi yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan* . 7. Elemen-elemen bagi kedua-dua jenis kepala surat ini diterangkan seperti di Lampiran 1A dan 1B. Keterangan terperinci elemen-elemen bagi kedua-dua kepala surat diterangkan seperti di Lampiran 1C. * Catatan: Bagi maksud Perenggan 6(b), Ketua Jabatan termasuk Ketua Setiausaha Kementerian.
  • 7. 5 8. Contoh format kepala surat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan adalah seperti berikut: a) Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan - Lampiran 2A b) Kepala Surat Umum Dwibahasa Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan - Lampiran 2B c) Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan - Lampiran 2C d) Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan - Lampiran 2D PEMAKAIAN 9. Semua Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan hendaklah mengguna pakai Surat Pekeliling Am ini dalam mereka bentuk dan menyediakan kepala surat masing-masing. 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing- masing, Surat Pekeliling Am ini turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. 11. Walau apa-apa pun, berkenaan pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan, Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan atau mana- mana Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima dan mengguna pakai Surat Pekeliling Am ini hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 bertarikh 7 April 2005.
  • 8. 6 TARIKH KUAT KUASA 12. Surat Pekeliling Am ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan. 13. Bagi mengelakkan pembaziran, penggunaan format dan reka bentuk kepala surat yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Am ini boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat iaitu apabila Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan telah menghabiskan simpanan kepala surat sedia ada. PENGECUALIAN 14. Pengecualian pemakaian Surat Pekeliling Am ini boleh diberikan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan tertentu yang mana perkhidmatan terasnya berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara. 15. Format kepala surat yang dinyatakan dalam Panduan ini hanya terpakai bagi surat rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan yang dihantar melalui pos, penghantaran tangan atau faksimili. Penggunaan saluran komunikasi rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan yang dihantar melalui mel elektronik atau e-mel adalah tertakluk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003: “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan” bertarikh 28 November 2003.
  • 9. 7 PEMBATALAN 16. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka Surat Pekeliling Am Bilangan 8 Tahun 1980 adalah dibatalkan. PERTANYAAN 17. Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Am ini boleh ditujukan kepada: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Bahagian Transformasi Sektor Awam Aras 3, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya MALAYSIA No. Tel. : 03 – 8000 8000 No. Faks : 03 – 8888 3721 E-mel : webmaster@mampu.gov.my “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA) Ketua Setiausaha Negara Februari 2013
  • 10. i LAMPIRAN 1A Format Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan Kepala surat umum Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan perlu mengandungi elemen-elemen berikut: a) lambang Kerajaan Persekutuan (untuk Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan sahaja); b) nama dan alamat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan; c) logo Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan (jika ada); d) maklumat komunikasi (telefon, faksimili, dan laman web/portal); e) garisan pemisah; dan f) maklumat lain (moto, kempen, dan pengiktirafan yang diterima – jika ada). a b d c e e f
  • 11. ii LAMPIRAN 1B Format Kepala Surat Ketua Jabatan/ Agensi Persekutuan Kepala surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan perlu mengandungi elemen-elemen berikut: a) lambang Kerajaan Persekutuan (untuk Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan sahaja); b) nama jawatan Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan; c) nama dan alamat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan; d) logo Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan (jika ada); e) maklumat komunikasi (telefon, faksimili, laman web/portal dan e-mel rasmi Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan); f) garisan pemisah; dan g) maklumat lain (moto, kempen, dan pengiktirafan yang diterima – jika ada). a f f b c g e d
  • 12. iii LAMPIRAN 1C Maklumat Lanjut Bagi Elemen Dalam Kepala Surat Penjelasan bagi setiap elemen dalam kepala surat adalah seperti berikut: a) Lambang Kerajaan Persekutuan  Panduan Umum  Diletakkan di sudut atas sebelah kiri;  15mm dari hujung bahagian atas kertas;  20mm dari tepi kiri kertas;  Warna lambang: cetakan berwarna; dan  Saiz: 26mm (L) X 20mm (T). 20mm 26mm 15mm 20mm
  • 13. iv b) Nama Jawatan Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan  Panduan Umum  Hanya terkandung dalam Kepala Surat Ketua Jabatan/ Agensi Persekutuan sahaja;  Diletakkan di bahagian atas bersebelahan lambang Kerajaan Persekutuan;  5mm dari tepi lambang Kerajaan Persekutuan;  15mm dari hujung bahagian atas surat;  Ditulis dalam huruf besar;  Bahasa: Menggunakan Bahasa Melayu sahaja kecuali ketika berurusan dengan agensi-agensi antarabangsa, penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibolehkan;  Warna tulisan: hitam;  Bahasa Melayu - Font: Arial - Saiz: Maksimum 11  Bahasa Inggeris KETUA PENGARAH Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 6, Blok B2 Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA MALAYSIA 5mm 15mm KETUA PENGARAH Contoh Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 14. v - Fon: Arial Italic - Saiz: Maksimum 10 c) Nama Dan Alamat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan  Panduan Umum  Diletakkan di bahagian atas bersebelahan lambang Kerajaan Persekutuan;  5mm dari tepi lambang Kerajaan Persekutuan;  15mm dari hujung bahagian atas kertas (Kepala Surat Umum); atau  Sekurang-kurangnya 18mm dari tepi bahagian atas kertas (Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan).  Tulisan: Menggunakan tulisan rumi kecuali bagi Jabatan/Agensi Persekutuan yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam boleh menggunakan tulisan jawi; 5mm 15mm 18mm 5mm KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ministry of International Trade and Industry Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta 50622 KUALA LUMPUR MALAYSIA Contoh Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 15. vi  Bahasa: Menggunakan Bahasa Melayu sahaja kecuali ketika berurusan dengan agensi-agensi antarabangsa, penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibolehkan;  Warna tulisan: hitam;  Bahasa Melayu - Fon: Arial - Saiz: Maksimum 11  Bahasa Inggeris - Fon: Arial Italic - Saiz: Maksimum 10 Contoh Nama dan Alamat Dalam Bahasa Melayu Contoh Nama dan Alamat Dalam Dwibahasa Contoh Nama dan Alamat Dalam Bahasa Melayu Contoh Nama dan Alamat Dalam Dwibahasa 1 3 2 4
  • 16. d) e) Logo Ke Pandu Ke log Dile Se Se Wa Sa leb iait Maklum Pandu Ma dan Dile Ke 36m 145 emente uan Umu menteria o sahaja etakkan d kurang-k kurang-k arna logo iz logo K bih besar tu 26mm mat Kom uan Umu aklumat s n e-mel K etakkan menteria mm dari h 5mm dar rian/Jab um n/Jabata ; di sudut a urangnya urangnya : cetakan Kementer r daripad (L) X 20m unikasi um seperti no Ketua Jab di sudu n/Jabata hujung ba i tepi kiri 14 vii batan/Ag n/Agensi atas sebe a 18mm d a 15mm d n berwarn rian/Jaba da saiz l mm (T). ombor tel batan/Age t atas s n/Agensi ahagian a kertas; 5mm gensi P Perseku elah kana dari hujun dari tepi k na; dan atan/Agen ambang efon, fak ensi Pers sebelah i Perseku atas kerta 36mm ersekut utuan ya an; ng bahag kanan ke nsi Perse Kerajaan ksimili, lam sekutuan kanan d utuan; as; tuan ng memp gian atas ertas; ekutuan: n Persek man web ; di bawah punyai kertas; tidak kutuan /portal h logo 18mm 15mm 145mm 36mm
  • 17. viii  Dipaparkan mengikut turutan berikut: i. Telefon** ii. Faksimili iii. Laman web/portal iv. E-mel Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan (untuk Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan sahaja)  Bahasa: Menggunakan Bahasa Melayu sahaja kecuali ketika berurusan dengan agensi-agensi antarabangsa, penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibolehkan;  Warna tulisan: hitam;  Fon: Arial;  Saiz: Maksimum 10. ** Catatan: Selaras dengan pelaksanaan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), agensi-agensi perlu mengubah suai nombor telefon kepada 03-8000 8000 apabila 1MOCC dilaksanakan sepenuhnya. Tel: 603-8000 8000 Faks: 603-8888 3271 Portal Rasmi: www.mampu.gov.my E-mel: kp@mampu.gov.my Tel: 603-6203 4485 Faks (Fax): 603-6203 2337 Laman Web (Web): www.miti.gov.my Tel: 603-8885 3000 Faks: 603-8889 2182 Laman Web: www.jpa.gov.my Contoh Kepala Surat Umum Dwibahasa Contoh Kepala Surat Umum Contoh Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 18. ix f) Maklumat Lain Yang Boleh Dimuatkan Dalam Kepala Surat  Panduan Umum  Dimuatkan di dalam ruangan tidak melebihi 30mm di bahagian bawah surat;  3mm di bawah garis pemisah;  Maklumat lain yang dimaksudkan adalah seperti moto, kempen dan pengiktirafan yang diterima. 3mm 30mm
  • 19. x g) Garisan Pemisah  Panduan Umum  Atas: 50mm dari hujung bahagian atas kertas;  Bawah: 30mm dari hujung bahagian bawah kertas;  Kiri: 20mm dari tepi kiri kertas;  Garisan yang berwarna hitam adalah sebagai panduan yang memisahkan kepala surat dengan isi kandungan surat;  Panjang : 175mm;  Garis berat/tebal: 1pt; dan  Warna garisan: hitam. 20mm 175mm 175mm 50mm30mm
  • 20. xi h) Kertas  Panduan Umum  Spesifikasi kertas: i. Saiz: 210mm (L) X 297mm (P); dan ii. Warna kertas: - Kepala Surat Umum: Putih - Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan: Krim  Tidak ada ‘watermark’ di helaian kepala surat. 36mm 297mm KEPALA SURAT UMUM 36mm 297mm KEPALA SURAT KETUA JABATAN/AGENSI
  • 21. xii LAMPIRAN 2A Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan
  • 22. xiii Kepala Surat Umum Kementerian/Jabatan/ Agensi Persekutuan
  • 23. xiv LAMPIRAN 2B Kepala Surat Umum Dwibahasa Kementerian/ Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 24. xv Kepala Surat Umum Dwibahasa Kementerian/ Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 25. xvi LAMPIRAN 2C Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 26. xvii Kepala Surat Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan
  • 27. xviii LAMPIRAN 2D Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/ Agensi Persekutuan
  • 28. xix Kepala Surat Dwibahasa Ketua Jabatan/ Agensi Persekutuan