SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Topik 3 Biologi Tg 4
PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA
Struktur Membran Plasma
1 Semua bahan yang diperlukan oleh sel dan hasil buangannya perlu diangkut merentasi
membran plasma sel.
2 Namun begitu, membran plasma adalah separa telap, yang mana ia hanya
membenarkan bahan tertentu bergerak merentasinya.
3 Hal ini kerana struktur membran plasma terdiri daripada dwilapisan fosfolipid dan
molekul protein.
4 Rajah 3.1 menunjukkan struktur membran plasma berdasarkan model bendalir mozek.
5 Dwilapisan fosfolipid dan molekul protein membentuk struktur yang dinamik dan
bersifat bendalir. Molekul protein terapung secara bebas dalam dwilapisan fosfolipid.
6. Setiap molekul fosfolipid terdiri daripada kepala hidrofilik (tertarik kepada air) dan
ekor hidrofobik (menjauhi air).
7 Molekul protein adalah protein pengangkut seperti protein liang dan protein pembawa.
8. Bahan yang boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid adalah molekul kecil
tidak bercas seperti air, oksigen, karbon dioksida dan molekul larut lemak seperti asid
lemak, gliserol, vitamin A, D, E dan K.
9. Bahan ini bergerak merentasi membran plasma melalui resapan ringkas.
10. Molekul berkutub yang lebih besar seperti glukosa dan asid amino serta ion bercas
yang kecil tidak boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid. Bahan ini merentasi
membran plasma dengan bantuan protein pembawa melalui resapan berbantu.
11 Glukosa dan asid amino diangkut merentasi membran plasma dengan bantuan protein
pembawa. Ion mineral keeil yang bereas melalui membran plasma dengan bantuan
protein liang.
12 Molekul besar seperti sukrosa, protein dan kanji tidak boleh bergerak merentasi
membran plasma.
13 Maka, membran plasma adalah separa telap kerana membenarkan bahan tertentu
untuk merentasinya.
Pengangkutan Bahan Merentasi Membran Plasma
Terdapat dua jenis pengangkutan bahan merentasi membran plasma.
(a) Pengangkutan pasif: Pergerakan bahan merentasi membran plasma dari kawasan yang
berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah (menuruni kecerunan
kepekatan). Tidak memerlukan tenaga.
(b) Pengangkutan aktif: Pergerakan bahan merentasi membran plasma dari kawasan yang
berkepekatan rendah ke kawasan yang berkepekatan tinggi (melawan kecerunan
kepekatan). 1a memerlukan tenaga. Protein pembawa diperlukan untuk mengangkut
bahan merentasi membran.
Pengangkutan Pasif
1 Terdapat tiga jenis pengangkutan pasif:
(a) Resapan mudah ( bahan bergerak secara bebas melalui dwilapisan fosfolipid)
(b) Resapan berbantu (bahan bergerak melalui membran dengan bantuan protein
pembawa dan protein liang)
(c) Osmosis (pergerakan molekul air merentasi membran secara resapan)
2 Rajah 3.3 menerangkan pelbagai jenis pengangkutan merentasi membran.
3 Resapan ringkas
(a) Molekul kedl (air), gas terlarut (oksigen dan karbon dioksida) dan bahan larut lemak
(asid lemak, gliserol, vitamin A, D, E dan K) meresap merentasi membran plasma
mengikut kecerunan kepekatan melalui dwilapisan fosfolipid di dalam membran.
(b) Molekul terus meresap merentasi membran sehingga suatu keseimbangan tercapai.
Tiada perubahan bersih pada kepekatan di kedua-dua belah membran (Rajah 3.4).
(c) Resapan ringkas berlaku semasa pertukaran gas di antara sel badan dengan kapilari
darah dan di antara alveolus dengan kapilari darah.
4 Resapan berbantu
(a) Berlaku dengan bantuan protein pembawa dan protein liang.
(b) Ion bercas yang kedl (ion mineral) bergerak merentasi membran plasma melalui
protein liang mengikut kecerunan kepekatan (Rajah 3.5).
(c) Protein liang mempunyai bentuk dan kutub yang khusus bagi membenarkan ion
tertentu melaluinya.
(d) Molekul larut air yang besar dan tidak bercas (glukosa, asid amino) merentasi
membran dengan bantuan protein pembawa.
(e) Protein pembawa mempunyai tapak pelekatan khusus untuk bergabung dengan
molekul yang khusus, untuk mengangkut molekul khusus merentasi membran plasma
(Rajah 3.6).
(f) Contoh resapan berbantu adalah pengangkutan glukosa, asid amino dan ion mineral
dari ileum ke vilus di dalam ileum.
Osmosis
(a) Osmosis adalah resapan molekul air daripada larutan cair ke larutan yang lebih pekat
merentasi membran separa telap.
(b) Molekul air bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid dan liang membran secara
osmosis sehingga suatu keseimbangan dinamik diperoleh. Kepekatan di kedua-dua belah
adalah sarna. Kemudian molekul bergerak dalam kedua-dua arah pada kadar yang sarna
(Rajah 3.7).
(c) Satu contoh osmosis adalah penyerapan air oleh akar rerambut pada sebatang pokok.
Pengangkutan Aktif
1 Pengangkutan aktif adalah pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan rendah ke
kawasan berkepekatan tinggi (melawan kecerunan kepekatan) merentasi membran
plasma.
2. Pengangkutan aktif memerlukan tenaga dan protein pembawa .
3 Satu contoh pengangkutan aktif adalah pengepaman keluar ion natrium keluar dari sel
(Rajah 3.8).
Perbezaan antara Pengangkutan Pasif dengan Pengangkutan Aktif
PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN (SPM 2003 P2 / Sec.B/Q 1(b) )
Terdapat tiga jenis larutan berdasarkan kepekatan zat terlarut antara dua larutan.
(a) Hipertonik: Larutan dengan kepekatan zat terlarut yang lebih tinggi
(b) Hipotonik: Larutan dengan kepekatan zat terlarut yang lebih rendah
(c) Isotonik: Larutan dengan kepekatan zat terlarut yang sarna
2 Jadual 3.1 menunjukkan kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel
tumbuhan.
Jadual 3.1 Kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan
PERSEKITARAN SEL PENERANGAN
Apabila diletakkan di dalam larutan
hipotonik (air suling), molekul air meresap
ke dalam sel dan vakuol secara osmosis.
Vakuol mengembang dan mengenakan
tekanan terhadap dinding sel.Tekanan ini
dipanggil tekanan segah. Tekanan
menyebabkan sel tumbuhan mengembang
dan menjadi segah. Kesegahan sel-sel
dalam tumbuhan memberikan sokongan
dan mengekalkan bentuk sel.
Apabila diletakkan di dalam larutan
hipertonik (Iarutan sukrosa 30%), molekul
air meresap keluar dari vakuol sel secara
osmosis. Sitoplasma dan vakuol kehilangan
air. Vakuol mengecut dan menjadi lebih
kecil. Membran plasma ditolak menjauhi
dinding sel. Sel tumbuhan berkedut dan
menjadi flasid. Proses ini dipanggil
plasmolisis. Jika selyang mengalami
plasmolisis direndam di dalam larutan
hipotonik, terdapat pergerakan bersih
molekul air ke dalam sel. Sel menjadi
segah semula dan dikatakan mengalami
deplasmolisis.
Apabila diletak di dalam larutan isotonik
(Iarutan sukrosa 5%), air meresap
merentasi membran pada kadar yang sama
di kedua-dua arah. Tiada pergerakan bersih
air merentasi membran plasma. Sel
tumbuhan mengekalkan bentuk dan isi
padunya yang normal.
Jadual 3.2 menunjukkan kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap
sel haiwan.
PERSEKITARAN SEL PENERANGAN
Apabila sel darah merah direndam di dalam
larutan hipotonik (air suling), molekul air
meresap ke dalam sel secara osmosis. Sel
dimasuki air dan membengkak.Sel
seterusnya pecah kerana tiada dinding sel
untuk menahan tekanan osmosis yang
semakin bertambah. Keadaan ini dipanggil
hemolisis.
Apabila sel darah merah direndam di dalam
larutan hipertonik (Iarutan natrium klorida
4%), molekul air meresap keluar daripada
sel secara osmosis.Sel kehilangan air dan
mengecut. Proses ini dikenali sebagai
krenasi.
Apabila sel darah merah direndam di dalam
larutan isotonik (Iarutan natrium klorida
0.85%), molekul air meresap merentasi
membran pada kadar yang sama di kedua-
dua arah. Tiada pergerakan bersih
molekul air merentasi membran. Sel darah
merah mengekalkan bentuknya.
Kesan dan Aplikasi Osmosis dalam Kehidupan Seharian (SPM 2003 P2/Sec B/Q1(a))
1 Tumbuhan layu
(a) Penggunaan baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan menjadi
layu.
(b) Baja akan melarut di dalam air dalam tanah dan menyebabkan air tanah menjadi
hipertonik terhadap sap sel akar tumbuhan.
(e) Air meresap daripada sap sel ke dalam tanah seeara osmosis.
(d) Sel tumbuhan kehilangan air ke persekitaran, menyebabkan sel menjadi flasid dan
mengalami plasmolisis.
(e) Hal ini menyebabkan tumbuhan layu kerana tiada sokongan kepada tumbuhan.
2 Pengawetan makanan
(a) Pengawetan makanan adalah berdasarkan konsep osmosis dan plasmolisis.
(b) Apabila sel makanan kehilangan air seeara osmosis, kekurangan air di dalam sel
makanan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat, seterusnya menghalang makanan
menjadi rosak. Makanan akan tahan lebih lama.
(c) Makanan boleh diawet dengan menggunakan garam, gula dan cuka.
(d) Penambahan pengawet menjadikan larutan sekeliling makanan hipertonik terhadap sel
makanan. Maka, air akan hilang daripada sel makanan dan ini tidak sesuai bagi
pertumbuhan mikroorganisma.
(e) Makanan seperti buahbuahan, sayur-sayuran dan ikan boleh diawet dengan
menggunakan garam, gula dan euka supaya tahan lama.
MENGHARGAI PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA
1 Pergerakan bahan merentasi membran plasma berlaku seeara berterusan dan dalam
situasi yang terkawal untuk kemandirian sel.
2 Ini membenarkan nutrien memasuki sel dan sisa toksik dikeluarkan daripada sel.
3 lni membantu untuk mengekalkan dan mengawal atur tekanan osmosis darah dan
membebaskan rembesan daripada sel.
MEMBRAN

More Related Content

What's hot

Mekanisme transpor membran plasma
Mekanisme transpor membran plasmaMekanisme transpor membran plasma
Mekanisme transpor membran plasmaNur Syarifah Arifin
 
XIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui Membran
XIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui MembranXIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui Membran
XIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui MembranDhita Ayu Distarasiswa
 
Mekanisme Transport Na dan K
Mekanisme  Transport Na dan KMekanisme  Transport Na dan K
Mekanisme Transport Na dan Kawarisusanti
 
Sitem transpor membran
Sitem transpor membranSitem transpor membran
Sitem transpor membranGian Angelo
 
Topik 3 pergerakan merentas membran plasma
Topik 3  pergerakan merentas membran plasmaTopik 3  pergerakan merentas membran plasma
Topik 3 pergerakan merentas membran plasmasmktsj2
 
Sistem transpor membran
Sistem transpor membranSistem transpor membran
Sistem transpor membranMuhammad Poapa
 
Sistem transpor aktif dan pasif
Sistem transpor aktif dan pasifSistem transpor aktif dan pasif
Sistem transpor aktif dan pasifJingga Matahari
 
PPT Tanspor Membran
PPT Tanspor MembranPPT Tanspor Membran
PPT Tanspor Membranembasoke94
 
Tugas biosel 3
Tugas biosel 3Tugas biosel 3
Tugas biosel 3Nhasherra
 
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasmaBab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasmaHajar Len
 
Multimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun Nihlah
Multimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun NihlahMultimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun Nihlah
Multimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun NihlahKhairotunNihlah23
 
Kuliah 5 transfor pada membran sel
Kuliah 5 transfor pada membran selKuliah 5 transfor pada membran sel
Kuliah 5 transfor pada membran selzaldevi
 
Sistem Transport Melalui Membran Sel
Sistem Transport Melalui Membran SelSistem Transport Melalui Membran Sel
Sistem Transport Melalui Membran SelSulistia Rini
 
Dwiprayogo wibowo transpor aktif
Dwiprayogo wibowo   transpor aktifDwiprayogo wibowo   transpor aktif
Dwiprayogo wibowo transpor aktifDwiprayogo Wibowo
 

What's hot (20)

Mekanisme transpor membran plasma
Mekanisme transpor membran plasmaMekanisme transpor membran plasma
Mekanisme transpor membran plasma
 
XIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui Membran
XIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui MembranXIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui Membran
XIA Bab 1 Sel - Transpor Melalui Membran
 
transpor aktif
transpor aktiftranspor aktif
transpor aktif
 
Mekanisme Transport Na dan K
Mekanisme  Transport Na dan KMekanisme  Transport Na dan K
Mekanisme Transport Na dan K
 
Sitem transpor membran
Sitem transpor membranSitem transpor membran
Sitem transpor membran
 
Transport Membrane Booklet
Transport Membrane Booklet Transport Membrane Booklet
Transport Membrane Booklet
 
Mekanisme transport pada membran
Mekanisme transport pada membranMekanisme transport pada membran
Mekanisme transport pada membran
 
Topik 3 pergerakan merentas membran plasma
Topik 3  pergerakan merentas membran plasmaTopik 3  pergerakan merentas membran plasma
Topik 3 pergerakan merentas membran plasma
 
Sistem transpor membran
Sistem transpor membranSistem transpor membran
Sistem transpor membran
 
Transport membran
Transport membranTransport membran
Transport membran
 
Sistem transpor aktif dan pasif
Sistem transpor aktif dan pasifSistem transpor aktif dan pasif
Sistem transpor aktif dan pasif
 
PPT Tanspor Membran
PPT Tanspor MembranPPT Tanspor Membran
PPT Tanspor Membran
 
Tugas biosel 3
Tugas biosel 3Tugas biosel 3
Tugas biosel 3
 
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasmaBab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
 
Multimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun Nihlah
Multimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun NihlahMultimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun Nihlah
Multimedia Interaktif Transpor Membran Khairotun Nihlah
 
Kuliah 5 transfor pada membran sel
Kuliah 5 transfor pada membran selKuliah 5 transfor pada membran sel
Kuliah 5 transfor pada membran sel
 
Sistem Transport Melalui Membran Sel
Sistem Transport Melalui Membran SelSistem Transport Melalui Membran Sel
Sistem Transport Melalui Membran Sel
 
Membran Sel
Membran SelMembran Sel
Membran Sel
 
Dwiprayogo wibowo transpor aktif
Dwiprayogo wibowo   transpor aktifDwiprayogo wibowo   transpor aktif
Dwiprayogo wibowo transpor aktif
 
Bio
BioBio
Bio
 

Viewers also liked

Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]
Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]
Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]ISMALIZA ISHAK
 
112788839 paper-2-biology
112788839 paper-2-biology112788839 paper-2-biology
112788839 paper-2-biologyISMALIZA ISHAK
 
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalanKertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalanISMALIZA ISHAK
 
Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]
Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]
Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]ISMALIZA ISHAK
 
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selStruktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selHalimah Zailan
 
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)ISMALIZA ISHAK
 
Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]
Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]
Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]ISMALIZA ISHAK
 
Modul perfect score sbp biology spm 2014 skema
Modul perfect score sbp biology spm 2014 skemaModul perfect score sbp biology spm 2014 skema
Modul perfect score sbp biology spm 2014 skemaCikgu Pejal
 

Viewers also liked (8)

Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]
Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]
Latihan 2.6 organisasi sel dalam organisma multisel[9 13]
 
112788839 paper-2-biology
112788839 paper-2-biology112788839 paper-2-biology
112788839 paper-2-biology
 
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalanKertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan
 
Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]
Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]
Latihan 2.5 organisma unisel amoeba[7 8]
 
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selStruktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
 
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 4 terengganu 2012 soalan (1)
 
Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]
Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]
Latihan 2.7 organisasi sel dalam tumbuhan[14 15]
 
Modul perfect score sbp biology spm 2014 skema
Modul perfect score sbp biology spm 2014 skemaModul perfect score sbp biology spm 2014 skema
Modul perfect score sbp biology spm 2014 skema
 

Similar to MEMBRAN

biology (Membran sel biology-campbell)
biology (Membran sel biology-campbell)biology (Membran sel biology-campbell)
biology (Membran sel biology-campbell)Rozak Sains'synister
 
3. transport membran
3. transport membran3. transport membran
3. transport membranSulistia Rini
 
biofisika kelompok 2.pptx
biofisika kelompok 2.pptxbiofisika kelompok 2.pptx
biofisika kelompok 2.pptxferrysandria2
 
Absorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdfAbsorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdfWan Na
 
Laporan Praktikum Difusi Osmosis dan Plasmolisis
Laporan Praktikum Difusi Osmosis dan PlasmolisisLaporan Praktikum Difusi Osmosis dan Plasmolisis
Laporan Praktikum Difusi Osmosis dan PlasmolisisNur Meili Zakiyah
 
Transportasi dalam tanaman
Transportasi dalam tanamanTransportasi dalam tanaman
Transportasi dalam tanamanAnggi Setiawan
 
Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02
Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02
Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02NARINA NISSYA
 
Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...
Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...
Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah
 
Biologi-Pertemuan-6.pdf
Biologi-Pertemuan-6.pdfBiologi-Pertemuan-6.pdf
Biologi-Pertemuan-6.pdfNurulAnisah32
 
Proposal sel tumbuhan dan hewan
Proposal sel tumbuhan dan hewanProposal sel tumbuhan dan hewan
Proposal sel tumbuhan dan hewanRohman Efendi
 
4. sistem transport melalui membran sel
4. sistem transport melalui membran sel4. sistem transport melalui membran sel
4. sistem transport melalui membran selSulistia Rini
 
Dinding sel dan membran sel
Dinding sel dan membran sel Dinding sel dan membran sel
Dinding sel dan membran sel Bahari Lubis
 
Lect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAP
Lect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAPLect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAP
Lect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAPIDewaAyuX3
 
Proses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zat
Proses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zatProses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zat
Proses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zatKurnia Wati
 

Similar to MEMBRAN (20)

biology (Membran sel biology-campbell)
biology (Membran sel biology-campbell)biology (Membran sel biology-campbell)
biology (Membran sel biology-campbell)
 
3. transport membran
3. transport membran3. transport membran
3. transport membran
 
Transport Membran
Transport MembranTransport Membran
Transport Membran
 
biofisika kelompok 2.pptx
biofisika kelompok 2.pptxbiofisika kelompok 2.pptx
biofisika kelompok 2.pptx
 
Absorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdfAbsorpsi dan Translokasi.pdf
Absorpsi dan Translokasi.pdf
 
Laporan Praktikum Difusi Osmosis dan Plasmolisis
Laporan Praktikum Difusi Osmosis dan PlasmolisisLaporan Praktikum Difusi Osmosis dan Plasmolisis
Laporan Praktikum Difusi Osmosis dan Plasmolisis
 
Transportasi dalam tanaman
Transportasi dalam tanamanTransportasi dalam tanaman
Transportasi dalam tanaman
 
Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02
Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02
Bab3pergerakanbahan2merentasimembranplasma 130421064444-phpapp02
 
Diktat sel 1415
Diktat sel 1415Diktat sel 1415
Diktat sel 1415
 
Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...
Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...
Makalah Biologi Sel: 4. Selaput Plasma, Struktur dan Transportasi Membran I K...
 
Biologi-Pertemuan-6.pdf
Biologi-Pertemuan-6.pdfBiologi-Pertemuan-6.pdf
Biologi-Pertemuan-6.pdf
 
Sistem endomembran
Sistem endomembranSistem endomembran
Sistem endomembran
 
Proposal sel tumbuhan dan hewan
Proposal sel tumbuhan dan hewanProposal sel tumbuhan dan hewan
Proposal sel tumbuhan dan hewan
 
4. sistem transport melalui membran sel
4. sistem transport melalui membran sel4. sistem transport melalui membran sel
4. sistem transport melalui membran sel
 
Bahan jaringan pengangkut_air
Bahan jaringan pengangkut_airBahan jaringan pengangkut_air
Bahan jaringan pengangkut_air
 
Transpor membran
Transpor membranTranspor membran
Transpor membran
 
Biologi-Sel
Biologi-SelBiologi-Sel
Biologi-Sel
 
Dinding sel dan membran sel
Dinding sel dan membran sel Dinding sel dan membran sel
Dinding sel dan membran sel
 
Lect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAP
Lect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAPLect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAP
Lect 4 SISTEM TRANSPOR MEMBRAN SEL LENGKAP
 
Proses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zat
Proses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zatProses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zat
Proses pengangkutan pada tumbuhan dimulai dari pengambilan zat
 

More from ISMALIZA ISHAK

Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011ISMALIZA ISHAK
 
Kertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbpKertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbpISMALIZA ISHAK
 
Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011ISMALIZA ISHAK
 
Kertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbpKertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbpISMALIZA ISHAK
 
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]ISMALIZA ISHAK
 
Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011
Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011
Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011ISMALIZA ISHAK
 
Kertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganuKertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganuISMALIZA ISHAK
 
Kertas 3, percubaan spm 2008, terengganu
Kertas 3, percubaan spm 2008, terengganuKertas 3, percubaan spm 2008, terengganu
Kertas 3, percubaan spm 2008, terengganuISMALIZA ISHAK
 
Kertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganuKertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganuISMALIZA ISHAK
 
Kertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganu
Kertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganuKertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganu
Kertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganuISMALIZA ISHAK
 
Kertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trg
Kertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trgKertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trg
Kertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trgISMALIZA ISHAK
 
It bio f4 topical test 1 (bl)
It bio f4 topical test 1 (bl)It bio f4 topical test 1 (bl)
It bio f4 topical test 1 (bl)ISMALIZA ISHAK
 
It bio f4 mid term examination (bl)
It bio f4 mid term examination (bl)It bio f4 mid term examination (bl)
It bio f4 mid term examination (bl)ISMALIZA ISHAK
 
It bio f4 final year examination (bl)
It bio f4 final year examination (bl)It bio f4 final year examination (bl)
It bio f4 final year examination (bl)ISMALIZA ISHAK
 
Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]
Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]
Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]ISMALIZA ISHAK
 
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]ISMALIZA ISHAK
 
Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]
Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]
Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]ISMALIZA ISHAK
 

More from ISMALIZA ISHAK (20)

Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 2, pep pertengahan tahun sbp 2011
 
Kertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbpKertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 2, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
 
Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011
Kertas 1, pep pertengahan tahun sbp 2011
 
Kertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbpKertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
Kertas 1, pep pertengahan tahun 2007, ting 5, sbp
 
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]
 
Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011
Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011
Soalan percubaan spm sains kertas 2 perlis 2011
 
Kertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganuKertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 3, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
 
Kertas 3, percubaan spm 2008, terengganu
Kertas 3, percubaan spm 2008, terengganuKertas 3, percubaan spm 2008, terengganu
Kertas 3, percubaan spm 2008, terengganu
 
Kertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganuKertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
Kertas 2, pertghn tahun 2010 ting 4, terengganu
 
Kertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganu
Kertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganuKertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganu
Kertas 1, pep akhir tahun 2008, ting 4, terengganu
 
Biok3k1tr2007times
Biok3k1tr2007timesBiok3k1tr2007times
Biok3k1tr2007times
 
Biok1k2tr2007times
Biok1k2tr2007timesBiok1k2tr2007times
Biok1k2tr2007times
 
Biok1k1tr2007times
Biok1k1tr2007timesBiok1k1tr2007times
Biok1k1tr2007times
 
Kertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trg
Kertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trgKertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trg
Kertas 2, pep akhir tahun 2010, ting 4, trg
 
It bio f4 topical test 1 (bl)
It bio f4 topical test 1 (bl)It bio f4 topical test 1 (bl)
It bio f4 topical test 1 (bl)
 
It bio f4 mid term examination (bl)
It bio f4 mid term examination (bl)It bio f4 mid term examination (bl)
It bio f4 mid term examination (bl)
 
It bio f4 final year examination (bl)
It bio f4 final year examination (bl)It bio f4 final year examination (bl)
It bio f4 final year examination (bl)
 
Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]
Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]
Latihan 2.3 kepadatan organel dan fungsi sel[4]
 
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]Latihan 2.2  organel dan fungsinya[2 3]
Latihan 2.2 organel dan fungsinya[2 3]
 
Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]
Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]
Latihan 2.1 sel haiwan dan sel tumbuhan[1]
 

MEMBRAN

  • 1. Topik 3 Biologi Tg 4 PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA Struktur Membran Plasma 1 Semua bahan yang diperlukan oleh sel dan hasil buangannya perlu diangkut merentasi membran plasma sel. 2 Namun begitu, membran plasma adalah separa telap, yang mana ia hanya membenarkan bahan tertentu bergerak merentasinya. 3 Hal ini kerana struktur membran plasma terdiri daripada dwilapisan fosfolipid dan molekul protein. 4 Rajah 3.1 menunjukkan struktur membran plasma berdasarkan model bendalir mozek. 5 Dwilapisan fosfolipid dan molekul protein membentuk struktur yang dinamik dan bersifat bendalir. Molekul protein terapung secara bebas dalam dwilapisan fosfolipid. 6. Setiap molekul fosfolipid terdiri daripada kepala hidrofilik (tertarik kepada air) dan ekor hidrofobik (menjauhi air). 7 Molekul protein adalah protein pengangkut seperti protein liang dan protein pembawa. 8. Bahan yang boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid adalah molekul kecil tidak bercas seperti air, oksigen, karbon dioksida dan molekul larut lemak seperti asid lemak, gliserol, vitamin A, D, E dan K.
  • 2. 9. Bahan ini bergerak merentasi membran plasma melalui resapan ringkas. 10. Molekul berkutub yang lebih besar seperti glukosa dan asid amino serta ion bercas yang kecil tidak boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid. Bahan ini merentasi membran plasma dengan bantuan protein pembawa melalui resapan berbantu. 11 Glukosa dan asid amino diangkut merentasi membran plasma dengan bantuan protein pembawa. Ion mineral keeil yang bereas melalui membran plasma dengan bantuan protein liang. 12 Molekul besar seperti sukrosa, protein dan kanji tidak boleh bergerak merentasi membran plasma. 13 Maka, membran plasma adalah separa telap kerana membenarkan bahan tertentu untuk merentasinya. Pengangkutan Bahan Merentasi Membran Plasma Terdapat dua jenis pengangkutan bahan merentasi membran plasma. (a) Pengangkutan pasif: Pergerakan bahan merentasi membran plasma dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah (menuruni kecerunan kepekatan). Tidak memerlukan tenaga. (b) Pengangkutan aktif: Pergerakan bahan merentasi membran plasma dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan yang berkepekatan tinggi (melawan kecerunan kepekatan). 1a memerlukan tenaga. Protein pembawa diperlukan untuk mengangkut bahan merentasi membran. Pengangkutan Pasif 1 Terdapat tiga jenis pengangkutan pasif: (a) Resapan mudah ( bahan bergerak secara bebas melalui dwilapisan fosfolipid) (b) Resapan berbantu (bahan bergerak melalui membran dengan bantuan protein pembawa dan protein liang) (c) Osmosis (pergerakan molekul air merentasi membran secara resapan) 2 Rajah 3.3 menerangkan pelbagai jenis pengangkutan merentasi membran.
  • 3. 3 Resapan ringkas (a) Molekul kedl (air), gas terlarut (oksigen dan karbon dioksida) dan bahan larut lemak (asid lemak, gliserol, vitamin A, D, E dan K) meresap merentasi membran plasma mengikut kecerunan kepekatan melalui dwilapisan fosfolipid di dalam membran. (b) Molekul terus meresap merentasi membran sehingga suatu keseimbangan tercapai. Tiada perubahan bersih pada kepekatan di kedua-dua belah membran (Rajah 3.4).
  • 4. (c) Resapan ringkas berlaku semasa pertukaran gas di antara sel badan dengan kapilari darah dan di antara alveolus dengan kapilari darah. 4 Resapan berbantu (a) Berlaku dengan bantuan protein pembawa dan protein liang. (b) Ion bercas yang kedl (ion mineral) bergerak merentasi membran plasma melalui protein liang mengikut kecerunan kepekatan (Rajah 3.5). (c) Protein liang mempunyai bentuk dan kutub yang khusus bagi membenarkan ion tertentu melaluinya. (d) Molekul larut air yang besar dan tidak bercas (glukosa, asid amino) merentasi membran dengan bantuan protein pembawa. (e) Protein pembawa mempunyai tapak pelekatan khusus untuk bergabung dengan molekul yang khusus, untuk mengangkut molekul khusus merentasi membran plasma (Rajah 3.6).
  • 5. (f) Contoh resapan berbantu adalah pengangkutan glukosa, asid amino dan ion mineral dari ileum ke vilus di dalam ileum. Osmosis (a) Osmosis adalah resapan molekul air daripada larutan cair ke larutan yang lebih pekat merentasi membran separa telap. (b) Molekul air bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid dan liang membran secara osmosis sehingga suatu keseimbangan dinamik diperoleh. Kepekatan di kedua-dua belah adalah sarna. Kemudian molekul bergerak dalam kedua-dua arah pada kadar yang sarna (Rajah 3.7). (c) Satu contoh osmosis adalah penyerapan air oleh akar rerambut pada sebatang pokok.
  • 6. Pengangkutan Aktif 1 Pengangkutan aktif adalah pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi (melawan kecerunan kepekatan) merentasi membran plasma. 2. Pengangkutan aktif memerlukan tenaga dan protein pembawa . 3 Satu contoh pengangkutan aktif adalah pengepaman keluar ion natrium keluar dari sel (Rajah 3.8).
  • 7. Perbezaan antara Pengangkutan Pasif dengan Pengangkutan Aktif PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN (SPM 2003 P2 / Sec.B/Q 1(b) ) Terdapat tiga jenis larutan berdasarkan kepekatan zat terlarut antara dua larutan. (a) Hipertonik: Larutan dengan kepekatan zat terlarut yang lebih tinggi (b) Hipotonik: Larutan dengan kepekatan zat terlarut yang lebih rendah (c) Isotonik: Larutan dengan kepekatan zat terlarut yang sarna 2 Jadual 3.1 menunjukkan kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan.
  • 8. Jadual 3.1 Kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan PERSEKITARAN SEL PENERANGAN Apabila diletakkan di dalam larutan hipotonik (air suling), molekul air meresap ke dalam sel dan vakuol secara osmosis. Vakuol mengembang dan mengenakan tekanan terhadap dinding sel.Tekanan ini dipanggil tekanan segah. Tekanan menyebabkan sel tumbuhan mengembang dan menjadi segah. Kesegahan sel-sel dalam tumbuhan memberikan sokongan dan mengekalkan bentuk sel. Apabila diletakkan di dalam larutan hipertonik (Iarutan sukrosa 30%), molekul air meresap keluar dari vakuol sel secara osmosis. Sitoplasma dan vakuol kehilangan air. Vakuol mengecut dan menjadi lebih kecil. Membran plasma ditolak menjauhi dinding sel. Sel tumbuhan berkedut dan menjadi flasid. Proses ini dipanggil plasmolisis. Jika selyang mengalami plasmolisis direndam di dalam larutan hipotonik, terdapat pergerakan bersih molekul air ke dalam sel. Sel menjadi segah semula dan dikatakan mengalami deplasmolisis. Apabila diletak di dalam larutan isotonik (Iarutan sukrosa 5%), air meresap merentasi membran pada kadar yang sama di kedua-dua arah. Tiada pergerakan bersih air merentasi membran plasma. Sel tumbuhan mengekalkan bentuk dan isi padunya yang normal.
  • 9. Jadual 3.2 menunjukkan kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel haiwan. PERSEKITARAN SEL PENERANGAN Apabila sel darah merah direndam di dalam larutan hipotonik (air suling), molekul air meresap ke dalam sel secara osmosis. Sel dimasuki air dan membengkak.Sel seterusnya pecah kerana tiada dinding sel untuk menahan tekanan osmosis yang semakin bertambah. Keadaan ini dipanggil hemolisis. Apabila sel darah merah direndam di dalam larutan hipertonik (Iarutan natrium klorida 4%), molekul air meresap keluar daripada sel secara osmosis.Sel kehilangan air dan mengecut. Proses ini dikenali sebagai krenasi. Apabila sel darah merah direndam di dalam larutan isotonik (Iarutan natrium klorida 0.85%), molekul air meresap merentasi membran pada kadar yang sama di kedua- dua arah. Tiada pergerakan bersih molekul air merentasi membran. Sel darah merah mengekalkan bentuknya.
  • 10. Kesan dan Aplikasi Osmosis dalam Kehidupan Seharian (SPM 2003 P2/Sec B/Q1(a)) 1 Tumbuhan layu (a) Penggunaan baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan menjadi layu. (b) Baja akan melarut di dalam air dalam tanah dan menyebabkan air tanah menjadi hipertonik terhadap sap sel akar tumbuhan. (e) Air meresap daripada sap sel ke dalam tanah seeara osmosis. (d) Sel tumbuhan kehilangan air ke persekitaran, menyebabkan sel menjadi flasid dan mengalami plasmolisis. (e) Hal ini menyebabkan tumbuhan layu kerana tiada sokongan kepada tumbuhan. 2 Pengawetan makanan (a) Pengawetan makanan adalah berdasarkan konsep osmosis dan plasmolisis. (b) Apabila sel makanan kehilangan air seeara osmosis, kekurangan air di dalam sel makanan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat, seterusnya menghalang makanan menjadi rosak. Makanan akan tahan lebih lama. (c) Makanan boleh diawet dengan menggunakan garam, gula dan cuka. (d) Penambahan pengawet menjadikan larutan sekeliling makanan hipertonik terhadap sel makanan. Maka, air akan hilang daripada sel makanan dan ini tidak sesuai bagi pertumbuhan mikroorganisma. (e) Makanan seperti buahbuahan, sayur-sayuran dan ikan boleh diawet dengan menggunakan garam, gula dan euka supaya tahan lama. MENGHARGAI PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA 1 Pergerakan bahan merentasi membran plasma berlaku seeara berterusan dan dalam situasi yang terkawal untuk kemandirian sel. 2 Ini membenarkan nutrien memasuki sel dan sisa toksik dikeluarkan daripada sel. 3 lni membantu untuk mengekalkan dan mengawal atur tekanan osmosis darah dan membebaskan rembesan daripada sel.