Pembelajaran sepanjang hayat merupakan proses pendidikan berterusan yang dilakukan secara sukarela untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang sepanjang hayatnya. Ia membantu individu menghadapi perubahan dalam kehidupan dengan meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran berterusan. Pembelajaran sepanjang hayat boleh dilaksanakan secara formal mahupun tidak formal dalam pelbagai konteks seperti
2. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu
pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang
dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi
sendiri.
Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses
pembelajaran berterusan yang memotivasi dan
mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati
nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan
meluasi pengalaman hidup supaya individu
mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan
dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi
segala cabaran hidup.
3. Ini bermakna seseorang akan menghadapi
perubahan dalam peringkat kehidupan maka
keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis
maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada
setiap peringkat.
PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi
sezaman yang memaksa individu menjadi aktif
untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses
sepanjang hayat yang terdiri daripada
latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.
4. PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks
berikut iaitu :
Home schooling yang berkonsep tidak formal dan
dijalankan di rumah.
Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk
mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk
memulakan kerjaya.
Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan
di institusi pengajian tinggi.
Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau
tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan
kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan
oleh organisasi.
Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak
formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat
multimedia dan sumber dalam talian.