1. LATIHAN PENGUKUHAN
TEMA 2: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
Unit 7: Kerajaan Demokrasi
A. Pilih Jawapan yang tepat (OBJEKTIF)
1. Kerajaan demokrasi bermaksud :
a. kerajaan yang dipilih oleh rakyat
b. kerajaan yang membangunkan pengundian setiap tahun
c. Kerajaan yang mempunyai Yang Di-Pertuan Agong
d. Kerajaan Yang mempunyai Perdana Menteri
2. Para Pemimpin kerajaan demokrasi adalah daripada kalangan
a. orang diraja
b. rakyat biasa
c. golongan bangsawan
d. masyarakat bandar sahaja
3. Bagaimana wakil-wakil rakyat dipilih untuk menjadi pemimpin kerajaan?
a. Pemilihan melalui kelayakan akademik
b. Pemilihan melalui undian majoriti dalam pilihan raya
c. Pemilihan oleh Yang Di-Pertuan Agong
d. Pemilihan oleh Perdana Menteri
4. Apakah peranan setiap warganegara dalam sistem demokrasi di Malaysia?
a. Mengundi dalam pilihan raya apabila berumur 21 tahun ke atas
b. Menulis surat bantahan sekiranya tidak bersetuju dengan undang-undang dalam
negara
c. Membantu kerajaan menggubal undang-undang negara
d. Memilih calon Perdana menteri yang sesuai
5. Antara prinsip utama yang dijadikan dasar dalam pembentukan kerajaan demokrasi ialah
a. mengamalkan satu budaya sahaja dalam sesebuah masyarakat
b. hak-hak asasi individu termaktub dan terjamin dalam perlembagaan negara
c. pemerintah dan kerajaan yang dipilih hendaklah dari kalangan keluarga diraja
d. merahsikan sesuatu maklumat daripada rakyat
6. Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan iaitu__________ sebagai ketua negara
a. Perdana Menteri
b. Ketua Menteri
c. Raja-raja
d. Yang Di-Pertuan Agong