AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
Ucapan gb & lirik lagu
1. UCAPAN GB
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadhrat Allah SWT kerana atas izinNya kita dapat bersama-sama
menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Nilam dan Kempen Galakan membaca Peringkat sekolah 2021. Matlamat utama
“Nilam” atau Nadi ilmu amalan membaca ialah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
Hasrat yang begitu tinggi agar matlamat program ini dapat membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah
yang seterusnya akan melahirkan murid-murid yang suka membaca dan cintakan ilmu. Jadi, saya amat berharap semua murid
dapat memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pusat
sumber.
Sifat suka membaca adalah satu amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk
menimba ilmu pengetahuan, memperkayakan maklumat dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Membaca juga boleh mendidik
diri sendiri ke arah yang lebih baik dan seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan Intelek.
Selain itu ilmu pengetahuan dan maklumat yang pelbagai, membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup dan mampu berdaya
saing, serta bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi .
Semoga warga SKDP akan terus mara ke hadapan dan berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SKDP dan ahli jawatan kuasa yang berjaya
menjalankan program ini. Teruskanlah Keazaman anda untuk meningkatkan minat dalam membaca. Dengan lafaz Bismillah
hirrahmanirrahim saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan majlis Pelancaran program Nilam dan Kempen Galakan
Membaca Peringkat Sekolah 2021.
Sekian terima kasih.
2.
3. LIRIK LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
LIRIK LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
LIRIK LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari