2. Menjatuhkan dan menjatuhi
1. Hakim telah menjatuhkan Gopal hukuman penjara setahun.
2. Pesilat itu berjaya menjatuhkan lawannya dengan satu
langkah yang kemas.
-------------------------------------------------------------
• Ayat (1)
Hakim menjatuhi Kumar hukuman penjara setahun.
• Ayat (2)
Menjatuhkan menyebabkan jatuh.(kedua-dua pihak).
Menjatuhkan = kata kerja aktif maka pihak yang
melakukan perbuatan semestinya subjek ayat dan pihak
yang mengalami perbuatan itu ialah objek ayat
(mempunyai maksud menjadikan jatuh atau
menyebabkan jatuh.
3. • Azrin mengirimkan adiknya di perbatasan
bungkusan itu.
• Azrin mengirimkan bungkusan itu kepada
adiknya di perbatasan.
• Azrin mengirimi adiknya di perbatasan
bungkusan itu.
4. Penggunaan imbuhan apitan
memper....kan.
1. Ahli ekonomi itu memperkatakan usaha-usaha
ke arah meningkatkan produktiviti.
2. Encik Nasri mengeluarkan wang yang banyak
untuk memperbesarkan rumahnya.
• Ayat (2) penggunaan tidak tepat.
5. imbuhan apitan memper....kan
• Golongan kata nama dan kata kerja sahaja
yang menerima imbuhan apitan
memper....kan.
• Golongan kata adjektif hanya boleh menerima
awalan memper... untuk membawa maksud
menjadikan lebih atau bertambah.
• Gunakan memper....kan juga apabila
menggabungkan awalan me-N dengan kata
kerja yang berimbuhan
ber..., di..., ter..., walaupun kata dasarnya kata
adjektif, kata nama atau kata kerja.
7. Imbuhan –kan dan -i
• Imbuhan –kan dan –i ialah akhiran yang
dapat diimbuhkan terhadap kata
nama, kata kerja, atau kata adjektif.
• Akhiran –kan mewujudkan dua maksud
iaitu membuat orang lain dan bersifat
ayat suruhan.
8. Imbuhan –kan dan -i
-kan membuat untuk orang lain
• Emak membacakan adik surat.
• Biar saya nyalakan api di dapur.
-kan bersifat ayat suruhan
• Tolong pulangkan buku saya.
• Masukkan barang itu ke dalam kereta.
9. Akhiran –i
• Bermaksud lokatif
• Kerusi itu mereka duduki.
• Garisi ayat yang salah.
- Menjadikan (kausatif)
• Bilik itu mereka terangi dengan cahaya
pelita.
• Latihan itu sedia kami mulai.
10. Perlantikan atau pelantikan
• Kata yang menerangkan perihal ialah
pelantikan.
• Dalam BM kata-kata yang berimbuhan
meN…kan akan berpasangan dengan kata
berimbuhan peN…an.
• Peletakan (meletakkan)
• Pelucutan (melucutkan)
• Penerbitan (menerbitkan)
11. • Kata yang menerima imbuhan beR- pula
akan berpasangan dengan kata
berimbuhan peR…an.
• bermain (permainan)
• berlepas (perlepasan)
• bermasalah (permasalahan)
12. • Bentuk mem….. akan menerbitkan pem
Kata dasar KKt Transitif KK Transitif Kata terbitan
pe….an
oleh beroleh memperoleh pemerolehan
satu bersatu mempersatukan pemersatuan
ajar belajar mempelajari pemelajaran
ber…………..memper... ………………….. pemer
bel…………….mempel……………………pemel
13. Beza antara objek dengan
pelengkap
• Objek hadir selepas kata kerja transitif.
Objek terdiri drp kata nama dan frasa
nama sahaja dan boleh mengalami proses
pasif.
Contoh:
i. Rani mengirim sepucuk surat kepada
kakaknya.
ii. Sepucuk surat dikirim oleh Rani kepada
kakaknya.
14. Pelengkap
• Pelengkap hadir selepas kata kerja tak
transitif
• Berfungsi melengkapkan ayat.
• Pelengkap boleh terdiri dari pelbagai
bentuk tetapi tidak boleh mengalami
proses pasif.
Bentuk pelengkap:
Kata adjektif:
Keadaan pesakit itu beransur baik
15. Pelengkap
• Frasa sendi nama:
• Mereka tinggal di Bukit Jambul.
• Kata nama:
• Suami Azizah menjadi guru.