2. Baca petikan di bawah ini.
Pokok ulam raja atau nama lainnya, pokok kenikir dan nama saintifiknya
cosmos caudatus ialah tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin.
Tumbuhan dalam kategori liar ini mudah ditemukan di Malaysia dan negara-
negara ASEAN.
Ulam raja ialah sejenis spesisi bunga intan berayun yang berwarna unggu atau
kuning dan berbunga kecil. Pokok yang berbunga kuning jarang-jarang dimakan
sebagai ulam. Manakala pokok yang berwarna unggu amat popular.Ulam ini
dimakan mentah bersama-sama dengan nasi dan dicicah dengan budu, sambal
belacan, tempoyak dan cencaluk.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi tiga peratus
protein,0.4 peratus lemak dan karbohidrat, serta kaya dengan kalsium dan
vitamin A. Pokok ulam raja ini adalah herba semusim yang dapat mencapai
ketinggian hampir satu meter.
Ulam ini digelar ulam raja kerana telah digunakan secara tradisi untuk
memperbaiki peredaran darah. Selain itu, ulam raja berfungsi mencuci darah
dan menguatkan tulang.Ulam ini mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang
mat tinggi, iaiatu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan
antioksida yang sama dengan 2400 miligram L-asdid askorib. Justeru, khazanah
alam ini harus dimanfaatkan demi kesejahteraan kesihatan semua.
3. Jawab soalan-soalan berikut.
1. Pokok ulam raja dikelaskan sebagai tumbuhan _________________________.
2. Mengapakah pokok ulam raja berwarna ungu lebih popular ?
__________________________________________________________________.
3.Apakah khasiat utama ulam raja ?
__________________________________________________________________.
4. Rangkai kata amat popular dalam petikan bermaksud _____________________
5. Nyatakan dua manfaat kepada kesihatan diri jika memakan ulam raja.
(i) ________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________
4. Lengkapkan maklumat berikut
Ciri-ciri pokok ulam raja: Nama saintifik :
______________________ ________________
______________________
______________________
Kebaikan makan ulam raja :
Khasiat : ______________________
_______________________
______________________
_______________________
5. Suaikan perkataan dengan maksudnya bersesuaian dengan
konteks ayat dalam petikan.
liar digunakan
tradisi terbiar
dimanafaatkan berperanan
berfungsi sesuatu kebiasaan