1. Assalamualaikum warahmatuhallahi wabarakatuh
Pengerusi majlis petah berkata
Panel hakim yang bijaksana Pantun
Perletakan Hajarul Aswad tajuk cerita
Mari kita dengar bersama
Tahukah kawan-kawan apakah Hajarul Aswad?
Hajarul aswad Allah turunkan
Darilah syurga berwarna putih
Kini berubah menjadi hitam
Kerana dosa anak-anak adam.(nasyid)
Hajarul Aswad diletakkan disalah satu penjuru kaabah, yang merupakan kiblat orang-
orang Islam, dan menjadi tumpuan ribuan manusia, pada waktu solat.
Firman Allah, dalam surah Ali Imran ayat 96:
Maksudnya: sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan, untuk tempat beribadah
manusia, iaitu baituallah di Mekah.
Oleh itu, marilah kita mengimarahkan masjid. Pada masa kini, kita dapati ahli jemaah di masjid
terlalu sedikit
2. Ya zumalai,
Ketika Rasulullah berusia tiga puluh lima tahun, kota Makkah dilanda banjir besar sehingga
sampai ke Masjidil Haram. Akibatnya, bangunan kaabah banyak yang rosak.
Sepakat Quraisy perbaiki kaabah
robohkan duhulu mereka setuju
bekerjasama penuh muhibbah
tanpa mengira masa dan waktu (pantun)
Firman Allah dalam surah Al- Maidah ayat 2
Ertinya: Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa.
Oleh itu, kita hendaklah segera melakukan perkara yang baik dan bekerjasama. Seperti
kerjasama kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam pertukaran pelajar.
3. Kawan-kawan hendak tahu…?
Pada awalnya, mereka masih takut untuk merobohkan Ka’bah. Akhirnya salah seorang dari
mereka, yang bernama Al-Walid bin Al-Mughirah bangkit mengetuai perobohan tersebut.
Ketua kabilah memberi bantuan,
Supaya kaabah segera disiapkan
bermodalkan harta yang baik sahaja
elakkan riba, rampasan juga(sajak)
Firman Allah dalam Al-Jum’ah ayat 4 :
Yang bermaksud: Demikianlah rezeki kurniaan Allah diberikannya kepada siapa yang
dikehendakinya
Ya kawan-kawan, Kita dituntut untuk mencari rezeki yang diredhai Allah dan menghulurkan
bantuan kepada yang memerlukan. Seperti, rakyat Malaysia telah mengumpulkan dana untuk
membantu penduduk ghaza di plastine .
4. Ya Asdiqoi,
Apakah yang berlaku setelah kaabah siap dibaiki?
tibalah masanya hendak diletakkan
Hajarul aswad tanda penghormatan
Semua bani berselisihan
Hampir mereka berbunuh-bunuhan(nasyid)
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 105
Yang bermaksud : dan janganlah kamu menyerupai orang –orang yang bercerai –berai
Untuk menyelesaikan masalah ini, salah seorang dari mereka berkata, “ saya mencadangkan
supaya kita melantik seorang hakim. Lalu seorang dari mereka menjawab “oooo kalau begitu,
orang pertama yang masuk ke masjid pagi esok , dialah yang menjadi hakim”. Mereka semua
bersetuju.
Ya kawan-kawan, sesuatu masalah boleh diatasi dengan adanya perbincangan. Seperti
perbincangan kerajaan Malaysia dengan Singapura tentu Pulau batu putih.
5. Ya Zumalai,
Allah takdirkan kepada Muhammad,
Menjadi hakim keputusan muktamad.
Rasulullah pun menyarankan satu jalan keluar yang tidak mampu difikirkan oleh mereka
sebelum ini. Bagaimana jalan keluarnya?
Ya……Baginda menghampar sehelai serban lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah-
tengahnya. Kemudian….. baginda meminta semua ketua kabilah untuk memegang buju-buju
serban itu. Setelah tiba ditempat hajarul aswad, Rasulullah sendiri yang meletakkan Hajarul
Aswad ke tempat asalnya.
Seluruh kabilah setuju dan meridhai jalan keluar ini. Pertumpahan darah tidak berlaku sama
sekali.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21
Yang bermaksud : Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullullah itu contoh teladan yang baik
Pengajarannya, kita hendaklah berlaku adil dalam kepimpinan seperti ibu mithali 2012, Hajah
Zaleha Ibrahim yang merupakan pengetua Sek Men Agama Alkhairiyah Pedu yang sentiasa
berlaku adil kepada anak-anaknya.