SlideShare a Scribd company logo
1 of 103
Perbandingan Harga Minyak Antara Negara - Menjawab Hujah Mahathir Minyak
Arab Lebih Mahal!
Mahathir kata. Kat Arab harga minyak lagi mahal. Tapi aku baru aje check website
bloomberg. Point Mahathir nampaknya salah.
Ini point Mahathir ;
Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan
dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan
penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.
"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di
Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang
curi minyak kita.
“Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama
bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej
Wadi Sofea di Kota Baharu, Khamis.
Oke.
Menerusi portal online Bloomberg.com, satu perbandingan mengenai harga minyak
dilakukan. Mereka bandingkan mengikut pecahan 3 aspek.
Pertama. Harga minyak. Disusun secara menaik. Makin murah, makin besar angka
kau.
Kedua. Ketidakmampuan rakyat untuk membeli minyak. Kadar peratusan dinilai
berdasarkan gaji sehari yang kita perolehi.
Ketiga. Peratusan gaji tahunan yang dibelanjakan ke atas pembelian minyak.
Aku akan susun ikut rank dorang. Dan ikut matawang USA. Ada dua harga. Pertama
per gelen, kedua per liter.
1. Norway $9.79/2.59
2. Netherlands $9.46/2.50
3. Italy $9.34/2.47
4. Denmark $9.14/2.41
5. Greece $8.81/2.33
6. Belgium $8.68/2.29
7. Portugal $8.56/2.26
8. Germany $8.50/2.25
9. Turkey $8.47/2.24
10. Finland $8.44/2.23
11. Israel $8.28/2.19
12. Hong Kong $8.26/2.18
13. United Kingdom $8.25/2.18
14. Ireland $8.15/2.15
15. France $7.90/2.09
16. Sweden $7.89/2.08
17. Slovenia $7.74/2.05
18. Malta $7.66/2.02
19. Cyprus $7.53/1.99
20. Slovakia $7.52/1.99
Kat atas ialah 20 negara yang termahal di dunia harga minyak dorang.
21. Switzerland $7.51/1.98
22. Spain $7.43/1.96
23. Crotia $7.40/1.95
24. Romania $7.38/1.95
25. Austria $7.13/1.88
26. Hungary $7.05/1.86
27. Luxembourg $7.02/1.85
28. New Zealand $6.94/1.83
29. Latvia $6.92/1.83
30. Czech Republic $6.85/1.81
31. Lithunia $6.82/1.80
32. Bulgaria $6.73/1.78
33. Estonia $6.73/1.78
34. Poland $6.71/1.77
35. South Korea $6.65/1.76
36. Singapore $6.55/1.73
37. Japan $5.48/1.54
38. Chile $5.81/1.53
39. Brazil $5.35/1.41
40. Argentina $5.34/1.41
41. Australia $5.27/1.39
42. South Africa $4.97/1.31
43. India $4.79/1.27
44. China $4.73/1.25
45. Canada $4.50/1.19
46. Philippines $4.48/1.18
47. Thailand $4.46/1.18
48. Colombia $4.20/1.11
49. Pakistan $4.08/1.08
Dan kat bawah neh pula minyak antara termurah di dunia dari segi ranking dunia.
50. Indonesia $3.73/0.99
51. United States $3.69/0.98
52. Mexico $3.58/0.95
53. Rusia $3.19/0.84
54. Malaysia $2.42/0.64
55. Nigeria $2.23/0.59
56. United Arab Emirates $1.77/0.47
57. Iran $1.52/0.40
58. Egypt $1.01/0.27
59. Kuwait $0.81/0.21
60. Saudi Arabia $0.45/0.12
61. Venezuela $0.04/0.01
Dalam laporan yang sama ;
- Malaysia mencatatkan rank ke 15 dari segi peruntukkan gaji tahunan untuk
membeli minyak. Rank ini disusun secara menaik. Maksudnya Malaysia antara 20
buah negara teratas yang mana peratusan rakyat mereka membelanjakan wang gaji
untuk membeli minyak lebih besar/banyak berbanding negara lagi.
- Dari segi purata gaji harian, Malaysia mencatatkan rank ke 37. Yang mana
ketidakmampuan rakyat untuk membeli minyak berdasarkan harga jualan di Malaysia
akibat gaji harian/pendapatan mereka tidak melepasi harga jualan minyak. Lebih
kurang 2.05%. Walaupun rank ini agak serdahana tapi ia wujud. Maksudnya,
golongan macam ini wujud di negara ini. Itu point yang perlu difikirkan.
- Dari segi perbandingan antara harga berdasarkan matawang USA, harga minyak di
Malaysia nampak murah, tapi rakyat SG hanya menggunakan 0.74% pendapatan
tahunan mereka bagi pembelian minyak. Malaysia pula sebanyak 2.40%. Yakni, kat
sini tangga gaji jadi point utama. Thailand pula 2.24%. Lebih baik dari Malaysia.
Philippines pula 1.74%. Kat sini pengangkutan awam pula memainkan peranan. Ada
negara tangga gaji rendah, tapi pengangkutan awam lebih stabil dari Malaysia. Ada
negara yang mana tempat kerja menyediakan pengangkutan syarikat. So pergi balik
tak sesak dengan jalan jam sebab semua dianjurkan naik bas yang disediakan
syarikat. Kat Malaysia, walaupun nampak macam bagus, tapi kita banyak kelemahan
sebenarnya. Yang buruk2 kat negara orang aje kerajaan kita dok petik untuk bajet
bagus. Konon nak bangga sangat la tue.
- Pokoknya, keterangan di atas menafikan point Mahathir. Minyak di negara arab
lebih murah berbanding Malaysia. Tatau la negara arab mana yang Mahathir petik.
Tapi ikut perbandingan di atas, harga minyak di Malaysia tak lari jauh dari Rusia,
USA dan Mexico.
Untuk pembacaan lanjut, rujuk laman ini ==> http://www.bloomberg.com/visual-
data/gas-prices/20142:Malaysia:USD:l
** Untuk rekod, perbandingan di atas ialah perbandingan paling terkini disediakan
oleh bloomberg bagi edisi pertengahan tahun 2014. Harap maklum.
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway
Hangat!!! Isu Pecat DS Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor :
"Siapa Faekah? Dia Siapa... MB Selangor, Jom Terjah!!!
12:17 PM No comments
GOMBAK: Kenyataan media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan
Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak boleh diambil kira.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana, keputusan beliau
mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan menteri
besar.
"Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah.
"Saya (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin," katanya kepada
pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, di
sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat
terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki
Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan.
Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan
khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk
mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat
Ekonomi berada di bawah MBI.
 Home
 Biodata
Warta segera barang dikenakan GST – Terutamanya Petrol
October 3, 2014
MUHAMMAD FAIZAL | 02 Oktober 2014. (HarakahDaily)
KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat,
Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan mewartakan segera senarai barangan yang
dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan rakyat tidak
terperangkap dengan keadaan ekonomi.
Menurut beliau, pewartaan senarai berkenaan, terutamanya petrol, sepatutnya
dilakukan pada Ogos lalu, namun sehingga sekarang kerajaan gagal berbuat
demikian.
“Ini menimbulkan teka-teki kerana kerajaan sehingga sekarang gagal mewartakan
penyenaraian barangan yang bakal dikenakan GST sebanyak enam peratus.
“Kelambatan ini akan menyebabkan rakyat berada dalam perangkap ekonomi,
adakah bahan bakar seperti petrol dan diesel terlibat dengan GST atau pun tidak, ini
perlu dijelaskan kerajaan,” jelasnya pada program Bicara Harakah ‘Bajet 2015:
Cabaran Rakyat’ di MyHarakah Bazaar hari ini.
Tambah beliau lagi, kebimbangan mula timbul apabila rakyat berdepan dengan
kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi menjadi
RM2.30 seliter dan adakah kenaikan terus meningkat apabila GST dilaksanakan
nanti.
“Pakatan Rakyat kekal membantah pelaksanaan GST oleh kerana pendapatan
rakyat yang masih rendah.
“Kalau sebelum ini cukai hanya dikenakan kepada golongan tertentu sahaja tetapi
dengan GST ia meliputi kesemua rakyat dan tidak ada yang terkecuali.
“Kita membawa hujah tidak mengizinkan GST dilaksanakan kerana ia merupakan
cukai yang dikenakan kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan
mereka,” sambung beliau.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut memberitahu, permentangan bajet 2015 nanti
perlu menekankan sumber pendapatan baru negara dan bukannya melalui GST.
“Bajet 2015 merupakan cabaran tahun akhir kerajaan untuk Rancangan Malaysia
Ke-10 (RMK10), sebelum beralih kepada RMK11.
“Kerajaan hanya melihat GST sebagai sumber utama sedangkan mereka tidak
melihat pendapatan baru dari sumber yang lain,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY
2/10/2014
Baca juga :
Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat
Just tell us if GST will be on fuel too, PAS leader tells Putrajaya
Kenaikan harga minyak: Meruntuh nilai manusiawi
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
ISLAM telah menetapkan pengurusan ekonomi yang lebih tersusun bermatlamat
untuk memastikan sumber hasil alam dapat dikongsi oleh semua manusia dengan
sejahtera. Pengurusan sumber ekonomi mesti berdasarkan konsep ketelusan dan
amanah yang tinggi bagi memastikan aturan ekonomi dapat berlaku dengan baik.
Ekonomi negara kita hari ini berada dalam keadaan simpang siur. Bermula dari
sumber pendapatan negara hasil dari hutang dan cukai yang menekan kehidupan
rakyat sehinggalah kepada ketirisan, pembaziran dan ketidakefisyenan pengurusan
perbelanjaan negara. Daripada kebobrokan ideologi sistem kapitalisma sehingga
kebobrokan pengurusan ekonomi. Segala-galanya rosak dan terus merosak!
Sistem ekonomi ciptaan manusia ini mengikis sifat kemanusiaan. Ekonomi hanya
berkiblatkan material. Keuntungan maksimum adalah matlamat utama. Akhirnya ia
merosakkan manusia yang berkejar ke arahnya dan mematikan perasaan kasih dan
sayang terutama kepada golongan fakir dan miskin.
Inilah yang sedang membarah di dalam negara kita hari ini. Kenaikan harga minyak
petrol RON95 dan Diesel yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan
mudahnya sifat rahmat sesama manusia terhakis daripada kerajaan kita. Ini
bukanlah pertama kali kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api ini
yang memberikan kesan berantai kepada barangan dan perkhidmatan yang lain
secara tidak langsung.
Hutang kerajaan hari ini berada pada paras yang bahaya melebihi separuh dari saiz
ekonomi negara yang ditunjukkan dengan nilai KDNK negara. Kerajaan dilihat begitu
terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih bagi menampung
perbelanjaan mengurus negara yang bocor dan sudah tidak mampu ditampung.
Dalam keadaan begini, kerajaan sanggup menjadikan rakyat mangsa keadaan.
Ketika kos sara hidup yang membengkak, pengangguran yang meningkat, industri
perumahan yang terus mengembung, kebanjiran pekerja asing, kurangnya tenaga
kerja mahir tempatan, kerajaan sewenangnya meningkatkan lagi masalah ekonomi
kepada rakyat. Pengurusan ekonomi negara semakin bertambah kusut.
Pengaruh sikap dalam pengurusan ekonomi negara juga tidak diambil perhatian,
tetapi apabila diselidiki kemelut ekonomi negara yang berlaku hari ini, rata-rata akan
meletakkan punca utama daripada masalah yang berlaku adalah disebabkan
masalah sikap termasuk pembaziran, tiris dan sebagainya.
Ekonomi Islam tidak hanya membincangkan soal angka dan nombor, tidak hanya
pada bentuk kejayaan material tetapi melengkapi soal kepercayaan kepada
pembalasan di hari akhirat dan keutamaan kepada kebajikan sosial masyarakat.
Perkara ini bukanlah perbincangan utama dalam sistem ekonomi yang diamalkan
hari ini. Malah, ekonomi hari ini tidak meletakkan keutamaan kepada kebajikan
masyarakat miskin dan fakir sepertimana prinsip yang ditegakkan oleh Islam.
Kesannya, polisi kerajaan terhadap subsidi dan sebagainya tidak pernah melihat
kepada kebajikan golongan tersebut.
Segala-galanya semakin merosak dan apabila sampai masanya, kerosakan itu akan
sampai kepada kemuncaknya.
Adakah kita hanya akan menunggu sehingga kerosakan itu menjadi terlalu sukar
untuk dipulihkan? Sudah terhantuk baru terngadah.
Islam datang untuk membina, bukan hanya untuk dipanggil saat negara berhadapan
kemelut nazak ekonomi.
Negara kita memiliki kepakaran dan kesarjanaan tinggi dalam pengurusan ekonomi
Islam. Kerajaan mestilah memiliki keinginan dan azam yang tinggi untuk berubah.
Atau, jika tidak, kerajaan berhadapan kemarahan rakyat dan berakhir dengan
kejatuhan yang mereka sendiri ciptakan.
Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian I
Saya sebenarnya menunggu untuk pimpinan membuat teguran atau ulasan
berhubung apa yang telah berlangsung sepanjang muktamar PAS yang ke-60 di
Johor tempoh hari. Sebagai seorang yang telah bersama PAS semenjak tahun 1983,
dan mengikuti muktamarnya setiap tahun, samada di Kelantan, Kedah, Selangor
atau pun di Wilayah, saya melihat muktamar ini jauh berbeza dari muktamar yang
lain. Saya menunggu dengan penuh harapan bahawa akan ada pimpinan yang akan
ke hadapan untuk memperbetulkan segala kekalutan yang telah berlaku sepanjang
muktamar tersebut. Malangnya kelihatan seolah-olah tiada yang merasakan ianya
perlu atau sanggup melakukannya.
Pada semua muktamar yang berlangsung sebelum ini, ahli dan pimpinan mengakhiri
muktamar dengan diwujudkan kata sepakat dan perasaan penuh ukhuwwah sambil
berkongsi akan satu wawasan dan hala-tuju yang jelas untuk dilaksanakan
seterusnya. Kali ini muktamar telah berakhir dalam keadaan yang sepertimana ianya
bermula tanpa adanya bertambah perasaan ukhuwwah sesama sendiri atau
wawasan hala tuju yang jelas. Oleh itu apa yang berlaku sebelum muktamar terus
berlaku, amalan label-melabel, tuduh menuduh serta serang menyerang di antara
ahli dan juga antara parti komponen PR.
Mahu tidak mahu ini merupakan bukti kelemahan pimpinan parti yang telah tidak
berjaya untuk menangani masalah ini dengan cara yang sebaik mungkin. Maka hasil
dari muktamar adalah tidak sepertimana yang diharapkan. Kita tidak mengakhiri
muktamar dalam keadaan bertambah kukuh dan bersatu tetapi sebaliknya, ianya
adalah ‘back to square one’ atau kembali kepada keadaan seperti yang asalnya ia itu
seperti sebelum muktamar. Malahan mungkin tidak salah kalau saya katakan lebih
parah dari sebelumnya.
Sebelum saya mengulas mengenai apa yang telah berlaku pada Muktamar PAS itu
sendiri, izinkan saya mengulas dulu apa yang saya lihat dan dengar di muktamar
Dewan Ulama PAS Pusat terlebih dahulu. Sebenarnya saya bersama YB Hanipa
Maidin dan Tn. Hj. Razman, Pesuruhjaya PAS Perak telah ditugaskan sebagai
pemerhati PAS Pusat di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang telah berlangsung
sehari sebelum Muktamar PAS Pusat.
MUKTAMAR DEWAN ULAMA PAS PUSAT
Semasa saya di muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, ada banyak yang telah
dinyatakan oleh perwakilan dan pimpinan. Banyak yang saya terima dengan hati
terbuka dan bersetuju dengannya sepenuhnya. Hanya terdapat dua perkara yang
telah timbul dalam perbahasan dan penggulungan yang tidak pula saya berpeluang
bersuara kerana saya hanya pemerhati. Saya mengharapkan ianya disentuh oleh
yang lain tetapi malangnya tiada yang menyentuhnya.
“Kalau ada 10 peluru...”
Persoalan pertama adalah berhubung ucapan wakil dari Perak yang membawa apa
yang didakwanya adalah kata-kata atau tulisan As-Syahid Dr Abdullah Azam,
seorang pejuang yang telah gugur Syahid di bumi Afghanistan.
Mengikut wakil Perak tersebut, As-Syahid Dr Abdullah Azam telah berkata bahawa
sekiranya kita ada sepuluh butir peluru, maka hendaklah kita gunakan sembilan
untuk pengkhianat di dalam jemaah kita dan hanya satu untuk musuh di luar. Kata-
kata ini sebenarnya amat memeranjatkan saya, kerana saya tidak pernah dengar
ianya disebut oleh mana-mana wakil atau pimpinan gerakan Islam semasa saya
berjumpa mereka samada di Malaysia atau di luar Negara.
Lebih lebih lagi ianya kata-kata yang mencambahkan syak dan sangka-buruk di
kalangan ahli sesuatu jemaah dan, dari apa yang disebut, akan menyibukkan kita
bertelagah sesama sendiri lebih dari berlawan dengan musuh kita. Sedangkan saya
ditarbiyah dengan kefahaman bahawa gerakan Islam adalah gerakan mahabbah
atau kasih sayang dan ukhuwwah atau persaudaraan. Dan mahabbah serta
ukhuwwah ini perlu diwujudkan di kalangan rakyat dan masyarakat awam dan lebih-
lebih lagi di kalangan ahli! Sekiranya di kalangan ahli pun kita tidak mampu
menghasilkan perasaan saling berkasih sayang dan ukhuwwah dan sebaliknya asyik
bertelagah serta bersangka buruk, maka apakah yang mampu kita tawarkan kepada
masyarakat? Tidakkah jemaah ini ingin dijadikan contoh corak masyarakat yang ingin
kita bangunkan dengan tersebar-luasnya perasaan ukhuwwah dan kasih sayang?
Atau tidak dan sebaliknya ingin kita jadikan masyarakat kita masyarakat yang
dipenuhi syak dan dzan serta permusuhan sesama sendiri?
Lagipun, kalau dengan ahli kita digalakkan bertembung, sembilan kali lebih kerap
dari dengan yang di luar, apa maknanya kita menjadi ahli? Lojik dan pemikiran yang
di bawa sangatlah songsang dan saya merasa hairan mengapa ianya tidak ditolak
oleh perwakilan lain. Mungkin mereka terpegun dengan perwakilan tersebut yang
terpekik dan terlolong sambil membawa hujjah yang entah dari mana petikannya
diperolehi. Atau mungkin juga mereka malas nak layan pemikiran yang jelas
songsang dan terpesong dari apa yang ingin kita perjuangkan.
Bagi saya Al-Quran adalah panduan muktamad dalam semua hal, sepertimana juga
ianya panduan PAS dan ahli-ahli PAS. Dan di dalam Al-Quran telah jelas Allah
berfirman:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka perbaikilah di
antara sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu menjadi
golongan yang mendapat rahmat”. (Al-Hujurat 10)
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari kebanyakkan dari Dzan (syak
wa sangakn). Sesungguhnya sebahagian dari Dzan itu adalah dosa. Dan jangan
kamu mengintip satu sama lain dan jangan kamu memburuk-burukkan satu sama
lain. Adakah kamu ingin memakan daging saudara kamu yang telah mati?” (Al-
Hujurat 12)
Bagi saya, perintah Allah yang menegaskan persaudaraan dan menjauhkan diri dari
banyak melakukan Dzan jelas bercanggah dengan pendekatan memperbanyakkan
Dzan dan bertempur dalaman yang dibawa oleh wakil Perak. Ayat dari surah Al-
Hujurat ini adalah di antara tarbiyyah asas yang telah saya lalui dan oleh kerana
perasaan ukhuwwah dan tidak bersangka buruk yang ditanam, maka walaupun
berbalah dalam perbahasan sesama ahli, perasaan baik sangka dan ukhuwwah
akan menjadi jambatan yang merapatkan kami kembali setiap kali.
Ini tidak bermakna bahawa tidak perlu berwaspada terhadap tipu-helah dan
penyerapan musuh. Sememangnya musuh sentiasa berusaha untuk menggagalkan
perjuangan yang dibawa PAS. Tetapi waspada ini tidak boleh menjadi alasan untuk
menyemarakan Dzan dan memutuskan ukhuwwah di kalangan ahli. Kalau ada yang
dilihat tidak kena, maka adalah digalakkan supaya terus bertanya mengapa dan
kenapa dari membuat bermacam-macam andaian buruk dan menyebarkannya
sehingga amalan tersebut akhirnya tiada beza dengan amalan “memakan daging
saudara kamu yang telah mati”.
“Label-melabel adalah Sunnah”
Ini juga kata-kata yang membinggungkan! Hujjahnya dibawa dari kisah Hatib yang
membocorkan rahsia persiapan ketenteraan Rasulullh (SAW) untuk melakukan fathul
Mekah. Maka apabila tindakan khianat ini terbukti dan Hatib dibawa berhadapan
dengan para sahabat, Saidina Umar dengan marah menggelar Hatib seorang
munafiq. Maka dari peristiwa itu ianya disimpulkan bahawa amalan label-melabel
adalah ‘sunnah’. Turut dikemukakan sebagai hujjah adalah ayat-ayat Allah yang
mengisahkan mengenai wujudnya golongan munafiq, fasik, kafir dan sebagainya.
Pada mulanya perlu disebut bahawa ayat-ayat Allah merupakan pengajaran untuk
seluruh manusia akan wujudnya golongan sebegini supaya semua pihak mengambil
iktibar dan menjauhkan diri dari sifat terkutuk yang dimiliki golongan ini. Ianya bukan
alasan untuk melabel mana-mana kumpulan atau individu dengan sewenang-
wenangnya sehingga mewujudkan kelompok dalam jemaah yang akan saling
bertelagah antara satu sama lain. Label yang bertujuan memecah-belahkan jemaah,
seperti label Anwarinas, Liberal, parasit, Erdogan, UG dan sebagainya bukan
datangnya dari Sunnah Rasulullah atau Al-Quran. Malahan perbuatan melabel yang
memungkinkan anggota jemaah Islam saling bergaduh sama satu lain dengan
dikelompokkan melalui gelaran tertentu memang ditolak oleh Rasulullah (SAW).
Rasulullah (SAW) sentiasa berusaha mewujudkan perpaduan dengan adanya
persefahaman dan semangat persaudaraan.
Seperti di atas, rujukan kita juga adalah Al-Quran. Dalam Surah Al-Hujurat sekali lagi
Allah telah berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan satu kumpulan merendah-rendahkan satu
kumpulan lain, mungkin mereka (yang ditertawakan) adalah lebih baik dari mereka
(yang mentertawakan). Dan jangan sekumpulan wanita mengelakkan sekumpulan
wanita yang lain, mungkin mereka (yang ditertawakan) adalah lebih baik dari mereka
(yang mentertawakan). Dan jangan kamu mencari kesalahan antara kamu dan
jangan menggelar satu sama lain dengan gelaran (menghina). Amat buruklah nama-
nama menghina setelah beriman. Dan sesiapa yang tidak berhenti (melakukan
amalan ini) maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang zalim..” (Al-
Hujurat 11)
Saya tidak nampak di ayat ini alasan untuk mana-mana pihak menghina di antara
satu sama lain dengan gelaran seperti yang disebutkan di atas. Malahan diberikan
amaran oleh Allah supaya jangan bersikap sedemikian rupa kerana, silap-silap
mereka yang kamu kutuk itu lebih baik dari kamu! Begitu juga dengan amalan
gelaran yang menghina dan bertujuan memperlekehkan sehingga diperintah untuk
dihentikan dengan amaran keras bahawa yang tidak menghentikannya adalah orang
yang zalim!
Oleh itu, bagi saya yang kurang berilmu ini, saya tidak memahami dari mana
datangnya tanggapan bahawa label-melabel ini adalah ‘Sunnah’.
Dalam kes Hatib, memang betul Umar mendakwa Hatib sebagai seorang munafiq
mengikut Hadis riwayat imam Baihaqi. Tetapi ianya disebut Umar setelah terbukti
Hatib membocorkan rahsia persiapan perang orang Islam kepada musuh mereka,
iaitu orang-orang kafir Quraisy. Ini bermakna kalau seseorang itu terbukti bersalah
dan dalam keadaan terbukti bersalah itu datangnya yang lain dan mengutuknya
dengan mengatakan tindakannya adalah tindakan terkutuk dan oleh itu beliau digelar
sebagai seorang munafiq, maka ianya dibenarkan. Sebagai contoh, seorang
perompak yang telah merompak dengan menggunakan senjata dan mencederakan
mangsanya, maka datanglah mangsanya dan mengatakan kepada perompak itu
“awak munafiq”, tiada salahnya. Ianya dituju khusus pada orang yang terbukti
bersalah atas kesalahan yang khusus yang dilakukannya. Tetapi untuk menyebar-
luaskan amalan label-melabel terhadap orang-orang yang entah benar atau tidak
memiliki sifat yang didakwa, itu cerita lain!
Sedangkan berdasarkan hadis riwayat imam Al-Bukhari, berhubung kes Hatib,
Rasulullah (SAW) telah bersabda setelah Hatib memberi penjelasan, “fa laa taquuluu
lahu illaa khairan” iaitu “maka jangan kamu katakan berhubungnya kecuali yang
baik”. Saidina Umar menjawab “sesungguhnya Hatib telah khianat terhadap Allah,
RasulNya dan orang-orang beriman! Serahkannya kepada ku saya penggalkan
lehernya”. Maka Rasulullah menjawab, “Wahai Umar, tidakkah kamu ingat apa yang
Allah telah tetapkan bagi ahli Badr” dan Baginda mengingatkan dengan berkata:
“Lakukan apa yang kamu ingini, telah diwajibkan bagi kamu Al-Jannah” Dengan
berlinang air mata Umar menjawab “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”.
Dalam riwayat ini, tidak pula disebut bahawa Umar mengelar Hatib munafiq. Hanya
keinginan Umar untuk memenggal leher Hatib kerana tindakan khianat yang
dilakukannya. Itu pun Rasulullah (SAW) menghalang dengan mengingatkan kembali
Umar akan hakikat Hatib seorang ahli Badr yang telah dijanjikan Syurga. Maka
kebaikan dan pengorbanan seseorang diambil kira dalam menetapkan sikap
terhadap dirinya. Dan sekiranya dalam usaha melakukan sesuatu, yang pada
dasarnya baik, seperti melindungi ahli keluarganya dalam kes Hatib, dia terlajak dan
tanpa disengajakan membuka pintu kemudaratan kepada jemaah, kebaikan dan
pengorbanan lampau digunakan sebagai hujjah membelanya. Kerana bukan niat
Hatib untuk mengkhianati ummat Islam dan ini telah Hatib jelaskan sebelum itu.
Maka gelaran, kalau ingin digelarkan sekalipun sesama kita harus yang baik, seperti
‘ahli Badr’, ‘As-Siddiq’, ‘Al-Faruq’, ‘Saifullah’ dan sebagainya. Kalau ada yang buruk,
ianya terhadap penentang perjuangan yang dibawa yang jelas memusuhi seperti
‘Abu Jahal’, ‘Al-Kadzab’ dan sebagainya. Itu pun untuk menolak dakwaan yang
memuji mereka. Abu Jahal dikenali sebagai ‘Abul hakam’ maka dijawab dengan
gelaran Abu Jahal. Musailima pula mendakwa dirinya adalah seorang Rasul selepas
Nabi Muhammad (SAW) maka digelar Al-Kadzab iaitu Si Penipu.
Setakat yang saya tahu, tidak ada gelaran menghina sesama para sahabat,
sehingga Rasulullah (SAW) sendiri melarang Abdullah ibn Ubay dan pengikut-
pengikutnya digelar secara terang-terangan sebagai ‘munafiq’, samada haraki atau
sebaliknya. Dan senarai golongan munafiq yang Allah beritahu Rasulullah siapa
mereka, dirahsiakan. Dan tawaddhu’nya para sahabat, dan begitu takut mereka
terhadap sifat munafiq yang mungkin ada pada diri sendiri, sehingga Saidina Umar
telah bertanya kepada Huzaifah yang menyimpan senarai nama munafiq bagi pihak
Rasulullah, samada nama beliau turut tersenarai!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Raja Idris, Din Ayam Akan Dipecat Dari Kumpulan Perangsang Selangor
Berhad?
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa mengkaji semula keupayaan
dan rekod prestasi pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS)
susulan penamatan perkhidmatan 105 pekerja Hotel Quality Shah Alam pada Jun
lalu.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani
mendakwa pemberhentian beramai-ramai pekerja hotel itu perlu diatasi secara
kolektif untuk menambah baik kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor
yang lalu.
"Kegagalan ini juga mencerminkan bahawa tadbir urus pengerusinya, Raja Idris
Raja Kamarudin perlu dikaji berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya isu
ini tidak memudaratkan pentadbiran baharu untuk membuat penambahbaikan GLC
di Selangor.
"Memberhentikan pekerja itu mencerminkan kegagalan Raja Idris, pentadbirannya
perlu dikaji semula dan dibuat KPI supaya ia berkemampuan mengangkat GLC
Selangor ke peringkat yang tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR,
hari ini.
Sebelum ini, pengurusan KPS dilaporkan telah menyediakan pampasan berjumlah
RM5 juta selain bantuan seperti nasihat temuduga, nasihat mencar pekerjaan,
khidmat kaunseling dan penawaran peluang keusahawanan.
Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 Shah Alam mempunyai 154 bilik termasuk
suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam
satu-satu masa.
Mengulas lanjut, Abdullah menggesa menteri besar itu mengkaji semula kedudukan
Raja Idris untuk mengepalai pengurusan KPS yang gagal membela nasib pekerja.
"Saya khuatir jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia akan memburukkan
keadaan kalau pentadbiran sekarang tidak ditambah baik.
"Saya merayu kepada menteri besar supaya melihat KPI latar belakang pengurusan
sedia ada termasuk Raja Idris sama ada ia perlu dikaji kedudukan beliau demi
mengangkat martabat GLC Selangor," katanya lagi. ~sinar harian
Addin:
Jawatan Din Ayam tak nak kaji ke? Lihat SINI.
Organization Structure
Home > About Us > Organization Structure
Yang tidak berkepimpinan, jangan berkeliaran di Putrajaya lagi
Harga petrol dan diesel naik lagi hasil dari penarikan balik subsidi bahan api oleh
kerajaan sebanyak 0.20 dua hari yang lepas. Belum lagi kita dapat menerima
pengenalan GST tidak berapa lama lagi kita dibebankan dengan kenaikan harga
bahan api sebanyak 0.20 bagi setiap litre.
Kita bukan tidak menerima hakikat yang akhirnya nanti kita tidak akan dapat
mengelak dari penarikan kembali subsidi bahan api ini, tetapi ia dilakukan diwaktu
subsidi ini perlu dikekalkan buat sementara waktu kerana rakyat sedang dalam
kesusahan yang keterlaluan sekarang ini.
Dalam keadaan harga minyak dunia sedang dalam keadaan menurun sejak
beberapa tahun yang lalu kita menaikan harga ‘retail’ bahan api ini tidak henti-henti.
Ini bukan masalah kita mahu subsidi itu kekal, tetapi ia adalah masalah waktu dan
cara harga bahan api ini dinaikkan.
Sejak 2009 begitu banyak subsidi telah ditarik balik. Nampaknya kerajaan tidak
mempunyai keupayaan untuk menambah pendapatan untuk menyelenggarakan
negara dengan kadar yang baik dan terpaksa menyelindungi kelemahannya dengan
menarik balik subsidi bahan api ini.
Kini rakyat bukan meminta tambahan subsidi tetapi sekadar mengekalkan subsidi itu
diperingkat yang ada kerana waktu dan ketika ini rakyat sedang berperang dan
berjuang untuk mengendalikan kehidupan dalam keadaan yang tersangat sempit ini.
Kerajaan sepatutnya buat sementara ini menyelesaikan masalah rakyat yang
terhimpit dengan kesempitan ini dahulu, bukannya menggunakan rakyat untuk
menyelesaikan masalah kerajaan yang boros dan tidak berbelanja dengan telus
seperti yang difahami oleh ramai sekarang ini.
Apabila kerajaan bermasalah sahaja, maka rakyat terpaksa menanggung kelemahan
kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sedangkan kerajaan tidak pernah
menyedari yang rakyat telah berkorban dengan membenarkan subsidi bahan api ini
ditarik balik beberapa kali dalam tempoh setahun dua ini.
Yang bermasalah sekarang ini bukannya rakyat, tetapi yang mempunyai masalah
sekarang ialah kita mempunyai pemimpin yang bermasalah besar. Pemimpin kita
semuanya adalah dari gulungan yang keliru, tidak tahu bagaimana dan cara mana
mereka berada diatas sana dan memimpin kita dan negara.
Kita tidak ada ‘planner’ yang baik untuk menyusun dan mengendalikan isu
kekurangan pendapatan kerajaan dengan mencari sumber lain selain dari
memberikan tumpuan menarik balik subsidi yang sudah begitu besar sejak beberapa
tahun yang lepas ini.
Najib sepatutnya berhenti buat seketika bercakap bergegar-gegar hendak membawa
negara ini kepada sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sedangkan
rakyat dibawah ini sedang bergelumang dengan kehidupan yang sempit dan
memeritkan ini. Najib lebih mementingkan populariti peribadi beliau dari menangani
masalah rakyat yang lebih dari 70 peratus yang berada dibawah purata pendapatan
RM3000 sebulan ini. Cerita hendak menaikkan tahap negara berpendapatan tinggi,
buat sementara ini masih lagi cerita dongeng Najib ‘and geng’ yang begitu sarat
dengan dongengan itu.
Najib sepatutnya bercakap mengikut kadar yang sepatutnya sahaja dan elakkan diri
dari hanya berucap tanpa mempunyai asas kukuh untuk mengaku yang negara kita
bakal menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Najib nampaknya bukannya
memimpin negara dengan bermodalkan kepada kebijaksanaan atau kemampuan
untuk membuat perancangan baik untuik rakyat, tetapi hanya bersandarkan kepada
populariti beliau di dalam UMNO sahaja.
Najib jelas mempunyai lidah yang terlalu pantas dari pemikirannya. Najib sepatutnya
sekarang berdiri diatas pentas dan mengumumkan yang beliau tidak lagi berdaya
untuk menguruskan negara dan mengaku sahaja yang beliau telah gagal dalam
serba serbinya dan mengumumkan apa yang sepatutnya yang beliau perlu lakukan.
Jika beliau menyedari keadaan itu, dan mengambil keputusan untuk mengangkat
bendera putih dan bersara, maka semua barisan kepimpinan dibawahnya juga
sepatutnya turut serta bersara dan memberikan rakyat membuat pilihan yang lain.
Kerajaan sekarang tidak sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga
bertahan dengan memaksa rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada
dalam sebuah negara yang akan lumpuh dalam tidak berapa lama lagi. Najib tidak
berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu subjek ‘which he knows too little’.
Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini.
Takkanlah kerajaan sekarang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja dalam
kepimpinannya, iaitu untuk menarik subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah
kewangan negara.
Kita tidak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara
kerana membiarkan Ketua Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran
(loitering) di Putrajaya itu hanya untuk mengelirukan rakyat. Tidak boleh kah mereka
yang berada di peringkat Dewan Legislatif Negara melakukan sesuatu yang drastik
dan berani untuk mencari kepimpinan yang mampu untuk memahami keadaan rakyat
yang sangat terhimpit kehidupan mereka ini?
Tidak adakah di kalangan mereka ini mengenepikan sedikit masa untuk berfikir untuk
membantu rakyat yang dalam keperitan ini? Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik
dari beramal sepanjang malam?
Najib, Muhyidin dan lain-lain diatas itu patut berkorban untuk rakyat. Berkorban
bukan hanya dengan memegang jawatan. Meletakkan jawatan untuk kepentingan
negara juga adalah pengorbanan.
Elok letak jawatan sekarang daripada di letakkan jawatan mereka ini oleh rakyat
dalam pilihanraya yang akan datang. Pemimpin kerajaan (UMNO) sekarang ini
jangan mengekalkan kuasa semata-mata disebabkan kekalutan yang sedang
berlaku dipihak pembangkang sekarang sahaja.
Posted by Aspan Alias at 05:02
2 comments:
ARIF ANUAR said...
PM kita ni dari keluarga bangsawan.. dia boleh bayangkan bagaimana orang
susah/miskin, tetapi tidak boleh membayangkan bagaimana kemiskinan dan
kesusahan itu sebab dia tidak pernah merasai semua itu....
Pemimpin-pemimpin skg, tak kira yg kecil atau besar... kebanyakannya datang
dari keluarga yang senang, belajar tak pandai, tapi berpeluang utk masuk
sekolah berasrama penuh, senang masuk ke IPTA,senang dapat kerja
kerajaan dan senang dapat biasiswa kerajaan... kerana kebanyakannya
menggunakan kabel kawan-kawan dan kabel politik.... sedangkan ada
diantara mereka yg dapat keputusan UPSR,PMR,SPM cemerlang kerana
mampu membeli soalan bocor (telah berlaku sejak 30-40 thn dulu lagi)...
Dulu MARA/MRSM mengambil anak-anak dari kampung dan luar bandar yg
pandai walaupun keputusan tidak begitu baik (sebab kemudahan
pembelajaran sukar di kampung/luar bandar).. tetapi sekarang anak2
kampung yg pandai pun belum tentu boleh masuk... sebab takde KABEL...
perhatikan skg di sekolah berasrama penuh semasa ibubapa menghantar
atau mengambil anak2 mereka di asrama... BMW, Merc, AUDI dll...
Hasilnya sekarang kita mempunyai pemimpin2 yang tidak memahami
kesusahan rakyat, tidak ade belas terhadap orang miskin, tamak dan yang
teruk sekali tidak mempunyai kefahaman agama yg cukup.
3 October 2014 06:21:00 GMT+8
abrarmujahideen said...
Kenaikan minyak adlh 9.5% dari harga asal....Ekonomi berkembang
6.5%...BLR naik....
Lebih tinggi dari GST...6%..inilah nikmat dari kerajaan penindas rakyat.
arga minyak & GST: 2015 tahun yang dahsyat
Tuan Ibrahim Tuan Man
2015 bakal menjadi satu tahun yang amat dahsyat bagi rakyat marhaen,
terutamanya mereka di bandar yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
Kenaikan 20 sen harga diesel dan petrol bakal melonjakkan harga barangan
keperluan serta makanan dan minuman kerana meningkatnya kos pengangkutan.
Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi
menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga.
Impak kepada inflasi akibat kenaikan 20 sen ini bakal dirasai sepenuhnya dalam
jangka 3 bulan. Perkara ini akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan
April.
Berdasarkan laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst
Domestic Challenges”, inflasi meningkat mendadak dalam dua tahun pertama GST
mula dilaksanakan di mana-mana negara.
Di Australia, tahun sebelum GST dilaksanakan, inflasinya hanya 1.8 peratus (%).
Ketika GST dilaksanakan, inflasi melonjak ke 6%. Hanya selepas 2 tahun, inflasi
menurun ke kadar 2.9% - tapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST
terlaksana.
Begitu juga di Singapura dan China. Sebelum GST dilaksanakan, inflasi hanya
sekadar 0.8% dan 10.5%. Pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura
melonjak ke 5.4% manakala China 24.2% sebelum turun ke 2.3% bagi Singapura
dan 12.7% bagi China selepas 2 tahun.
Berdasarkan apa yang berlaku di Australia, Singapura dan China, Malaysia juga
tidak akan terlepas daripada kenaikan inflasi mendadak ini di 2015 apabila GST
diperkenalkan.
Ditambah pula dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun
2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen.
Bersedialah menghadapinya. BR1M sebanyak RM1,000 (purata RM83.33 sebulan)
tidak akan dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden Pas
Selebriti Pun Bising Bila Harga Minyak #Ron95 Naik Lagi.....
Maka, jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga
minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter.
Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan?
Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang
mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang
terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?
Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat
malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat
mereka mengenai isu ini.
Yang peliknya, setahu kami selebriti di Malaysia ni memperoleh pendapatan yang
agak lumayan juga. Namun, mungkin dek kerana petrol merupakan keperluan
harian, maka mereka pun rasa terbeban juga.
Nampaknya lepas ni mereka pun kena kerja keras siang malam dan bersaing antara
satu sama lain untuk dapatkan job pula kan? Fuh! - blog OHBULAN!
Anda mungkin juga meminati:
PENGURUS FELDA BELASAH IMAM CERITA DARI FACEBOOK DAN AKBAR
HARAKAHDAILY ??
Mohd Azli Ahmad Johari
Peneroka Felda Lakum Lanchang merangkap tok imam masjid kene belasah
dgn pengurus technoplant dlm kebun sendiri semasa nk mengeluarkn
hasil..apa cerita ni..betul ka ?
Mohd Azli Ahmad Johari
Kalau sapa yg tau kebenaran tolong bgtau..exkiss me
Adanjebat Gtp
Nak tau cite mai dtg bkt damo ...koi tngu koi ade at bkt damo...bleh borak2 pnjang
smbil ngeteh...te...
Mohd Azli Ahmad Johari
Apa guna fb bro..crita ja dlm ni..nk tutup semua fitnah..yg penting ambil yg jernih
buang yg keruh..
Pemburu Bayang
[29/09 10:42 PM] SH5 Hj Isa: Saya dah kena langgar sempat mengelak cuma betis
luka sikit. Yang langgar saya t u imam bkt damar? Jalal kenal tu..esok dengar
pembohong hj shafie dalam sinar. Hasil sawit lot peneroka diurus oleh ftp hilang
sejak april tapi x dpt kesan siapa yang curi,jadi isu dlm mesyuarat jkkr..pd 25 sept
terserempak dgn imam sdg punggah lot tersebut,berlaku tikam lidah antara saya dgn
dia,dia hilang sabar lalu cabut parang panjang disisi motor dan cuba melibas
saya,saya sempat memaut leher dia tujuan utk mempertahan diri dan driver dan
penyelia rampas parang dari tanganya dan buang parang panjang tersebut jauh
jauh. Imam guna geng,saya tinggalkan imam kuatir ada yg hilang sabar lagi..tapi dlm
perjalanan balik kaki pukul hj shafie seramai 3 orang halang kembara saya.saya
turun dari kembara,salah seorang kaki pukul hj shafie marah saya dgn suara yang
tinggi mengapa pukul imam saya(hj shafie call mereka)saya jawab saya cuma
mempertahankan diri sebab dia nak libas saya dgn parang panjang..tiba2 haji shafie
memecut motor laju dari arah belakang dan melanggar saya,mujur sempat mengelak
cuma betis kanan luka.kemudian haji shafie terbabas dan jatuh tertiarap atas motor
sendiri.dia bangun dan arah kaki pukul dia pukul saya.
Pemburu Bayang
Imam curi buah ker? Kuikui... klu nk kata pngrus pukul imam org bkit dmar pn x
cayo... smua org tau sapo imam... kuikui...
Pemburu Bayang
Kata nya imam pajak ldg ni. Tp tuan punya ldg dah meninggal. Jd waris tak bg imam
dah ambil hasil
Dari segi hukum pajak kebun ni mcm mna ye?
Zamili Zuhri
He2. yg jd staff x bijak yg jd mangsa pula x sabar. dlm isu ni mcm x ada undang2 yg
ada.
Mohd Azli Ahmad Johari Pemburu Bayang.
k terbaik..ambik ikhtibar..yg selebihnya selesai cara elok supaya x jd barah dlm
felda..win2..
Fauzi Sagu
Kalau guna budibahasa mungkin hj shafie tak hilng sabar..
Hanafi Hamin
Pajak2 slow sikit sebut... terasa FGV nnti
Hanafi Hamin
Dari segi hukum macam mana Pemburu Bayang pajak ni? Tanah pajakan 99 tahun
pula dikira macam mana hukumnya.. ladang plantation dipajakkan ke fgv macam
mana pula hukumnya?
Hasil keuntungan pajakan ladang kepada fgv diagihkan kepada peneroka nak dikira
bagaimana pula...
Roslan Mohd Zain
Betul atau fitnah??.. kalau betul dah jadi mengumpat..kalau tak betul dah jadi
fitnah..dua2 perkara ru menyebabkan berdosa...ada berani ?????
Karip Mohd Salleh
Mungkin kedua2 belah ada kesilapan masing2..eloklah berdamai..imam ngan
pengurus orang kuat rancangan..( kes ni bukan pengurus FTP )
Pemburu Bayang
Pgurus dh nk pencen dh pun... tnya pak imam la tu la HH sbb dia yg pajak ladang
peneroka... hehe...
Saiful Hanif
len kali ambil video dan gambar...gi umah tok imam tu interview...baru post....baru
lah gempak
Rusman Osmadisa
Yg mana betul..imam ke pengurus tekno
Pemburu Bayang
Pngrus felda.... hj isa namanya...
Fauzi Sagu
Hehehe..bila kena ke pengurus..pandai pulak kira dosa pahala..
Rusman Osmadisa
Yg atas tu kata pengurus tecno..
Bukan pengerusi felda.. tu yg bercanggah.. mungkin kot tak boto dah tak taulh.. sbb
post diateh tu nk tanyo boto ko..
Jamilah Jaapar
tnoplant pengurusan ladang yg bersama felda felda pengurusan drancangan felda
kedua2 memantau pengeluaran hasil
Belia Felda
Kes ni melibatkan pngurus felda bukan pngurus technoplant..
Mohd Azli Ahmad Johari
Maaf ckp..tpt sy penah jd tp xda touch body..bukan kehendak pengurus tp kena
cucuk hidung dgn org kepentingan d felda sy..last skali pengurus kena
tukar..paham2 sudah la..x dgr radio karat..
Jamilah Jaapar
tuan haji isa memang nak tukar tapi kami tak nak dia tukar kami masih lagi
memerlukan perhidmatan n bimbingan beliau lagi
Dibawah ini pula cerita dari akbar harakahdaily
KESAL KES PUKUL BEKAS QARI KEBANGSAAN
Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas
tindakan kekerasan oleh pihak pengurusan Felda Lakum terhadap imam masjid
Ustaz Shafii Lebai Hanafiah yang dipukul beramai-ramai di ladangnya di sini.
Katanya, tidak sepatutnya seorang pengurus atau kakitangan Felda menyelesaikan
masalah dengan bertindak melulu menggunakan kekerasan apa lagi imam
berkenaan mengambil hasil tanaman di atas tanahnya yang sah.
Serentak dengan itu beliau mencadangkan supaya Shafii mengambil tindakan
mahkamah sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berulang
pada masa akan datang.
“Setelah saya melihat kepada semua dokumen dan fail-fail yang ditunjukkan, saya
yakin kes ini berpihak kepada kepada tuan imam kerana tidak melakukan kesalahan,
jadi kenapa dihalang dan dipukul? Jadi saya cadang dibawa kes ini ke mahkamah
supaya lepas ini tidak timbul masalah lagi.
“Jika tidak, akan datang akan timbul lagi isu-isu lain pula. Jadi kes kekasaran ke atas
tuan imam ini mestilah dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika melawat Shafii di
rumahnya.
Shafii ialah Qari kebangsaan pada tahun 2006 pada Majlis Tilawah al-Quran dan
mendapat tempat ketiga peringkat antarabangsa pada tahun yang sama.
Beliau yang juga guru al-Quran, pernah mewakili negeri Pahang sebanyak 8 kali di
majlis tilawah tersebut.
Dalam kejadian Khamis minggu lalu, Shafii mendakwa beliau telah dipukul beramai-
ramai di ladangnya di lot 8053 Felda Lakum, Lanchang. Tanah tersebut telah dibeli
daripada seorang peneroka bernama Yusof (telah meninggal dunia) yang merayu
untuk menjualnya kepada Shafii kerana tidak ada anak pada tahun 2003.
Bagaimanapun, Shafii hanya mengusahakan pengeluarannya bermula 2013, apabila
semua proses mahkamah selesai. Bagaimanapun, Felda telah mengeluarkan
dokumen bahawa beliau ‘mencuri’ buah sawit di ladangnya itu.
Menceritakan kejadian kekasaran yang berlaku, Shafii berkata mula masuk ke
ladang jam 8 pagi melihat pekerja memotong buah sawit di tanahnya yang dibelinya
dari arwah Yusof, peneroka di Felda yang sama. Kemudiannya pukul 10 sawit
tersebut dimasukkan ke dalam lori untuk dipunggah ke kilang.
Kira-kira pukul 10.30 pagi penyelia ladang Felda Technoplant datang dan kejadian
pertengkaran dan kekasaran berlaku jam 11 pagi apabila pengurus dipanggil datang.
“Pada mulanya penyelia itu kata tak boleh ambil buah sawit di ladang yang saya beli
itu. Saya kata saya dah tanya hakim mahkamah, tanah ini saya dah bayar habis, dah
sah milik saya jadi saya boleh ambil hasillah di tanah saya.
“Tak lama kemudian pengurus technoplant tiba. Bila dia sampai saya pun hidupkan
motosikal untuk beredar balik. Ketika itu dia menjerit ke arah saya bertanya mana
geran (sebagai bukti tanah itu milik saya).
“Saya jawap geran ada di rumah, takkan nak bawa ke ladang. Setelah seketika
bertengkar saya diterkam dan dipegang oleh penyelia dan drebar. Kemudian lima
buah motosikal lagi datang mengugut saya dan menghalang tak bagi balik. Saya
pecut motor nak lari balik dan merempuh sehingga sama-sama jatuh,” ceritanya.
Shafii berkata, selepas itu beliau menerima rawatan bengkak-bengkak di klinik akibat
jatuh dan dipijak-pijak dan turut membuat laporan polis.
Shafii berkata, beliau membeli tanah berkenaan pada tahun 2003 dan telah
diselesaikan bayaran mengikut undang-undang, jadi tidak sebab Felda mengaku
tanah tersebut milik mereka.
Beliau juga tidak menolak kekasaran terhadapnya mungkin juga akibat dendam
berdasarkan fitnah-fitnah terhadapnya oleh pihak tertentu.
Terkini!!! (Gambar2) Keadaan Timb. Presiden PAS Yang Dimasukkan Ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.. Jom Terjah!!!
6:20 PM No comments
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital
dipercayai akibat demam denggi.
Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis
menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh seorang
doktor.
Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak
bermaya.
Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam,
Khalid Samad.
Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki
denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya.
Paparan skrin Twitter milik Khalid Samad.
Kenyataan Menteri Tentang Pengurangan Subsidi Petrol Mengelirukan Rakyat.
Berapakah Harga Sebenar Petrol Yang Perlu Rakyat Bayar?
Mengikut ucapan Ahmad Maslan bertarikh 24/9/2014 "Setiap kali tuang minyak
RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi" dan hari ini (1/10/2014) pula kata
subsidi dikurangkan 20sen. Ini bermakna subsidi kerajaan pd RON95 mulai
2/10/2014 adalah 53sen TAPI heran mengapa di twitter Ahmad Maslan kata 28sen
pula???
MANA SATU YANG BETUL??
Anda lihat & nilaikanlah sendiri permainan 'mereka' dgn harga subsidi minyak
tersebut utk mengelirukan & perdayakan rakyat di sebalik berselindung harga
sebenar...
Kalaulah kerajaan jujur & beramanah SUDAH TENTU RAKYAT MALAYSIA SUDAH
MENIKMATI HARGA MINYAK SEMURAH RM1.85 SELITER SEKARANG....
Bagaimana subsidi sebenarnya TIDAK WUJUD? sebab ...
1- Harga ron95 kurang 2 sen dengan RON97
2- Dah mana harga sebenar?
3 - Minyak low gred bukan kah sepatut jauh lebih murah?
4 - kenapa harga kurang 2 sen dengan RON97?
5 - kita andaikan sahaja harga sebenarnya adalah RM1.85 seliter.
6 - maknanya kita membayar lebih mahal sebenar harga minyak selama ini.
Semua kena tipu.
Bayangkan jika FAKTA ini disiarkan di kaca tv mahupun radio. Apakah reaksi
rakyat pula..
BAN Politik - Kenaikan RON95 : Kerajaan Bodoh Atau Rakyat Bodoh
Berbaris ke semalam sedagher sedaghir... Nak tuang minyak isi penuh tong.. Tahan
sampai brim diagihkan semula... Mana pejuang melayu hingga ketitisan terakhir
embun pagi... Tak nak melalak ke dalam tv3.. Kami tidak sokong kenaikan harga
minyak.. Mereka yang kat atas, golongan korporat, golongan semua benda dapat
sponsor, bleh claim ribu riban.. Memang tak amik port kenaikan minyak.. Yang
mereka pikir, sogok atasan dapat projek.. Masyukk billion dollar.. Apa nak jadi pada
kerajaan, tak amik port... Janji projek masuk..
Nak salahkan kerajaan, yang korang bodoh undi pemimpin korap saper suruh...
Yang korang beriya-iya panjat tiang letrik, gantung berdera.. Demostrasi sana sini..
Apa kejadah dapat.. Dapat projek billion ke.. Ke dapat share jualan minyak muka...
Tunggu jela pembentangan bajet 2015, nanti najib tabur bunga-bunga cinta.. Bunyi je
brim dinaikkan.. Kepala hotak terus pikir esok nak pergi amik cash axia atau iris
pakai duit brim.. Ditokok tambah dengan pemimpin hangguk.. Orang kampung tak
pakai kereta la brooo...
Nasrudin Tantawi : Taat vs Ampu
NASRUDIN HASSAN | 02 Oktober 2014.
1. Ketaatan dan wala' pada jamaah dan pimpinan bukan pengampu. Justeru ia
adalah didikan Nabi kita Muhammad saw. Apabila Nabi saw bersabda:
َ‫ن‬ َ َ َ‫س‬َ ‫ب‬َْ َ‫ل‬ِ‫ك‬َْ َ ِ‫ي‬‫ب‬ َ‫ك‬َُ َ ِ‫َن‬ ُِ‫ك‬َ‫ا‬ ِ ِ‫َن‬ ََ َْ َُ ََ َ‫َّلل‬ ََ َ‫َّلل‬ َ‫ي‬‫ب‬‫َّلل‬َُ َ ِ‫َن‬ َ‫ه‬ ِ َُ َ‫ل‬ِ‫م‬ َ ِ‫با‬ْ ِ‫َع‬‫َّلل‬َ‫ن‬ ‫ب‬‫ا‬َُ ‫ي‬‫ع‬‫ب‬َُْ ‫ب‬‫ل‬َ‫ن‬‫ب‬ َ‫ك‬َُ ََِ ‫ب‬‫س‬َ‫ع‬‫ب‬َْ ‫ب‬‫ا‬ِ‫م‬ َ َ َ‫س‬ ِ
‫ي‬‫ب‬َْ َِْ‫ك‬ َ‫ي‬َْ‫ب‬‫ن‬َُ ِ‫ا‬ََُ‫ن‬ ‫ب‬‫ه‬ِ‫ب‬ٌََْ
2417 ‫ُي‬ ‫ْخ‬ ‫َم‬ ‫َه‬ ُ
Maksudnya: Dengar dan taatlah olehmu sekalipun pemimpin yang dilantik ke atas
kamu hanya seorang hamba abdi Habasyi dan rambutnya kerinting (hitam dan tidak
smart).
2. Mengampu ialah tindakan mengipas atau mengangkat pimpinan untuk mencapai
kepentingan tertentu dari pimpinan tersebut. Sementara taat dan wala' yang
diberikan kepada pimpinan adalah untuk memastikan perjalanan sebuah organisasi
berjalan lancar dan setiap agenda serta gerakkerja jamaah dapat diurus dengan jaya
dan terancang.
3. Perbuatan mengampu memang satu perbuatan yang keji kerana ia sekadar
memuji dan memuja pimpinan sebagai batu loncatan bagi mengapai kepentingan
tertentu. Sedang ia tidak membantu gerakkerja jamaah dan melunaskan amanah
perjuangan.
4. Dengar, taat dan wala' terhadap jamaah dan pimpinan adalah sikap terpuji. Ia
sebahagian dari sistem Islam dalam pengurusan organisasi. Tiada kepentingan
selain Islam yang diperjuangkan. Selama mana pimpinan tidak menyuruh perkara
mungkar maka dengar, taat dan wala' adalah tuntutan syara' ke atas setiap anggota
jamaah.
5. Ketaatan dan kesetiaan (wala') yang diberikan kepada jamaah dan pimpinannya
tidak menghalang untuk anggota menegur atau mengkritik kelemahan dan kesilapan
pimpinan. Malah Islam menyediakan kaedah tertentu untuk melaksanakan
tanggungjawab nasihat dan teguran kepada pimpinan tanpa meluntur prinsip atau
nilai taat dan wala'.
Minyak naik: Apa makna 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'
KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol
dan diesel secara mendadak mulai hari ini adalah suatu yang amat dikesali dan
mengecewakan.
"Suatu tindakan tidak bertanggungjawab di saat rakyat bersiap untuk merayakan
Aidil Adha," ujar Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Mohd Anuar
Tahir dalam satu kenyataan.
Katanya, kerajaan BN makin tidak prihatin kepada rakyat yang sedang menghadapi
tekanan ekonomi yang memeritkan.
Sesungguhnya, ujar beliau kenaikan harga bahan api beberapa bulan sebelum
perlaksanaan GST sudah pasti akan mempercepatkan lagi kenaikan harga barang
dan perkhidmatan.
"Kenaikan terbaru ini menggambarkan betapa rakusnya kerajaan Barisan Nasional
dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata yang semakin tertekan," katanya lagi.
Menurutnya, pengorbanan dan kesabaran rakyat langsung tidak dihargai dan
dipandang sepi oleh pentadbiran Najib-Mahyuddin.
Beliau menambah, rakyat sedang dipermain dan diperlecehkan oleh kerajaan yang
sarat bermain slogan dan teriakan kosong.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apa maknanya slogan '1Malaysia' dan 'Di
sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara
apabila rakyat hidup dicengkam derita.
"Cukup cukuplah wahai pemerintah yang diamanahkan oleh rakyat daripada
mengambil mudah, mempermainkan, dan memperlecehkan rakyat jelata," ujarnya. -
HARAKAHDAILY 2/10/2014
ENAM WAKIL RAKYAT PKR DI KETUAI RAFIZI RAMLI AKAN KE AUSTRALIA
UNTUK "MENGHASUT" PARA PELAJAR, AHLI AKADEMIK DAN PEGAWAI
KERAJAAN AUSTRALIA TENTANG AKTA HASUTAN 1948.
Enam Wakil Rakyat PKR akan membawa bantahan mereka terhadap siri
tangkapan mengikut Akta Hasutan Putrajaya ke lima bandar di Australia bulan
ini, ketika kerajaan kedua-dua negara menjalin hubungan erat ekoran dua
tragedi berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan
mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney dari
17 hingga 23 Oktober.
"Sebahagian daripada perjalanan kami adalah untuk mengetengahkan tindakan
keras akta ini dan memaklumkan kepada mereka tentang ekonomi Malaysia,"
Rafizi berkata.
Delegasinya termasuk Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang, Sim
Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya) dan dua Adun – Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Selangor dan
Adun Semambu Pahang Lee Chean Chung.
Mereka akan bertemu pelajar Malaysia, ahli akademik, pegawai kerajaan
Australia dan ahli Parlimen, termasuk Senator Bebas Nick Xenophon, yang
merupakan rakan rapat Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia dan Australia bekerjasama secara rapat sejak kehilangan MH370 pada
Mac, dengan Australia kini mengetuai pencarian antarabangsa di Selatan
Lautan Hindi. Terdapat enam warga Australia dalam penerbangan itu.
Apabila ada yang ngaku Ulama Muda dalam PAS lebih sudu dari kuah..!!!
Tulisan Dr Fauzi Zakaria...
Bekas SUA TG MB Kelantan.
Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan
Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS).
Berjuang sejak drp zaman kelam. Meng infaq kan tenaga, masa muda dan harta yg
tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat
Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak
mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.
Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam, mereka inilah
yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima
sebagai kepimpinan tertonggi dlm Jamaah.
Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm
Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh terima???
WALLAHUALAM
20 Tip Jimat Minyak Kenderaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
By
Amekaw
– October 3, 2014Posted in: Automobil, Gaya Hidup, Informasi, Tips
Dari segi kenderaan
1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah
Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.
2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan
Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar
kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan.
Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa
penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali
3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk
Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.
4. Kurangkan rintangan angin
Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan
mempengaruhi kesan rintangan angin.
Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin
ketika air-cond dihidupkan.
5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan
Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.
Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin
banyak minyak diperlukan.
Dari segi pengisian minyak
1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)
Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas.
Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang
kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.
2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas
Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka
juga penutup itu.
Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka
penutup minyak itu dan isi minyak.
3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95
Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.
Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu
perjalanan enjin menjadi lebih lancar.
4. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum,
kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi
5. Isi minyak hingga tangki penuh
Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan
Dari segi pemanduan
1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.
Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.
Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.
Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan break.
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.
Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa
brek)
Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat
yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear
tinggi.
Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk
menggerakkan kenderaan.
5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan
Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa
perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.
Dari segi perjalanan
1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat
Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.
Minimumkan perjalanan jarak dekat.
2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.
3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.
Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda.
Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.
4. Amalkan kongsi kenderaan
Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.
Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.
Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.
5. Elak jalan dan waktu sesak
Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.
Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Dari segi penyelenggaraan
1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan
Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip
top.
Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga
lebih 50 peratus
2. Guna bahan rawatan minyak
Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak
dan mengelakkan injap minyak tersumbat.
3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala
4. NGV pada kenderaan anda
NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.
Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum
memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.
Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.
5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis.
sumber: thevocket.com
Harga Bahan Api Naik, Menteri Suruh Rakyat Bersyukur
KIPAS JANGAN TAK KIPAS SELAGI NAJIB HIDUP....
Apa reaksi/ respon spontan ANDA SEMUA jika berkesempatan bersemuka dgn
manusia spt ini !!!
Cium tgn, chup chup chup ???
Mintak jadi bapak mertua ???
Berselfie ???
Sign autograf ???
atau ..........
Perdana Menteri Malaysia Sila Letak Jawatan
Amaran Kepada Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT (Wajib Baca)
By
Amekaw
– December 23, 2013Posted in: Informasi, Tips
Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan
anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.
lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara
dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:
Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank
en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai
kad maybank en.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi
sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan
skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy…
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol…
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang
kad debit en ke?
Mz: ye ad…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx…
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut
laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana
semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika
en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en
potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh
diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt
yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari
kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit
sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa
en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak
bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk,
tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy
dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde
pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)
Darah dah tak tenteram, buka terus maybank2u…
Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat kol maybank buat pengesahan…
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad
bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit
terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu
adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya
mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain
bagi memastikan keselamatn dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!
PANDANGAN MENGENAI ISU PENUTUPAN AKAUN SMUE PARLIMEN BANDAR
TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG YANG BERCANGGAH PENDAPAT
DARI 2 BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TSKI.
Bermula dengan sehelai surat bertarikh 25hb September 2014 dari Bendahari
Negeri Selangor kepada Pengurus Cawangan AmBank Klang mengenai
PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN
BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG , maka berlaku ribut
kononnya terdapat percanggahan dalam tindak tanduk yang dilakukan.
Satu pihak menyalahkan Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu dan satu
pihak lagi menyatakan MB Selangor tidak terlibat tetapi arahan bulat-bulat dari
Bendahari Negeri Selangor.
Kedua-duanya adalah bekas Setiausaha Politik bekas MB Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim.
Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, merangkap
Ketua KeADILan Cabang Bandar Tun Razak, Azman Bidin berkata akaun bank
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN
Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi
ahli parti PKR.
Menyanggah dakwaan Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah
Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan
akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras
DUN Pakatan Rakyat.
“Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen
Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli
Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak
memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu
kenyataan kepada Selangor Kini.
“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh
Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen
Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan
disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar
dalam masa terdekat.”
Pada kenyataan media 30hb September, Faekah berkata Bendahari Negeri
Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu,
selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.
Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin menganggap
pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali memulakan "langkah sumbang"
apabila mendakwa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun
bantuan negeri kepada kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta
bank membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen
Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.
"Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun
Razak.
"YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan
menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin
negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.
Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras
dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan
Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada
rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat
menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang
selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat
di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
"Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui
Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh
menteri besar baru," katanya.
SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan
khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan
mengurangkan beban kewangan keluarga.
Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor
termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.
Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi
belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor.
Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE.
Rumusan Omak Kau:-
1) Surat jelas bukan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor tetapi
pejabat Bendahari Negeri Selangor .. Persoalannya jika bukan arahan datang
dari pejabat MB Selangor adakah pejabat Bendahari Selangor begitu pantas
akan mengeluarkan surat berkenaan?
2) Walaupun kedua-dua mereka ini bekas Setiausaha Politik kepada TSKI,
seorang masih berada dalam PKR menjawat jawatan Ketua Cabang Bandar Tun
Razak sedangkan seorang lagi telah keluar parti .. sudah pasti nada penjelasan
agak berbeza ... seorang berkata dengan bahasa berlapik dan beralas
sedangkan seorang lagi berterus terang tanpa berselindung dengan tidak ada
rasa takut dan gentar.
3) Pokok utama penjelasan kedua mereka ialah memang wujud PENUTUPAN
AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN
RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG .... persoalannya apakah ianya perlu
dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika kemelut politik Selangor baru
nak merasai reda sedikit?
4) Dalam mempraktikkan budaya politik baharu yang cuba lari dari amalan
politik purba UMNO sekian lama ialah dari segi peruntukkan tetap disalurkan
terus kepada wakil-wakil rakyat waima dari parti mana pun mereka ... dengan
mewujudkan suatu jawatan DUN angkat untuk menyelaraskan DUN yang bukan
kepunyaan PR tidak ada bezanya apabila PR menyelar UMNO/BN mewujudkan
jawatan JKKP untuk saingi JKKK sebagai tempat menyalurkan dana.
5) Ketelusan dan keadilan bukan sahaja inya mesti dilaksanakan tetapi ianya
lebih penting dilihat dari kaca mata hati ianya dilaksanakan.
6) Jangan anggap dan pandang isu ini remeh dan kecil sebab persepsi rakyat
tentang tatakelola urus tadbir negeri Selangor dibawah Menteri Besar baharu
perlu dipandang serius dan diambil berat. Silap urus persepsi alamatnya, inilah
kali terakhir PR memegang tampuk pemerintahan Selangor... Menang sorak
kampong tergadai. .. Ingat!!! . Rakyat sentiasa memantau dan membuat
penilaian.
Thursday, October 2, 2014
Guan Eng teruskan saman pada Nasrudin
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih meneruskan saman ke atas MP
PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong
bawah laut bawah kerajaan negeri itu.
Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata writ dan kenyataan tuntutan telahpun
difailkan dan dikemukakan ke pada semua pihak pada 20 Ogos lalu.
Penjelasan itu timbul susulan dakwaan bahawa beliau telah menggugurkan saman
ke atas Nasrudin.
“Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak
menandatangani writ tersebut.
"Atas kesilapan teknikal di pihak kami itu, kami memohon maaf kepada KM,” kata
Mureli dalan kenyataannya.
"Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasrudin sebaik ia
dikeluarkan dari mahkamah,” katanya.
Nasrudin dalam tulisannya di Facebook pada 6 Ogos lalu mempersoal mengapa
Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam
berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
Anggota jawatankuasa pusat PAS itu turut mempersoalan mengapa tindakan sama
tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang
didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Kenaikan Harga Petrol Adalah Demi Keuntungan Berganda GST
Tindakkan kerajaan menaikan harga bahan api sebanyak 20sen bermula tengah
malam tadi bakal menyebabkan kehidupan rakyat lebih sengsara. Kenaikkan ini juga
mendorong kesan berantai kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang tidak
mungkin mampu dikawal. Ini adalah satu rompakkan terbuka kerajaan Malaysia
terhadap rakyatnya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menggesa rakyat seluruh negara
khususnya anak muda agar menunjukkan protes secara ampuh. Kerajaan hari ini
sekali lagi telah mencabar kesabaran rakyat dan kita tidak harus berdiam diri kerana
kesulitan lebih besar menanti di hadapan.
SAMM telah menjangka kenaikan harga petrol dan diesel ini. Ia adalah persediaan
kerajaan untuk mengaut untung yang lebih besar dengan perlaksanaan GST. Malah
harga komoditi petrol itu sendiri akan meningkat lebih 15sen seliter dari RM2.30
menjadi RM2.45 selepas GST dilancar (1 April 2015).
Ketika ini juga harga petrol dunia telah menurun sebanyak lebih 25% sejak Mac
2014. Banyak negara termasuklah India dan United Kingdom telah mengambil
langkah menurunkan harga petrol. Tiada alasan untuk harga minyak tempatan
dinaikkan.
Namun di Malaysia, kerajaan sengaja membiarkan harga barangan melambung.
Sifirnya, lebih tinggi harga barang/perkhidmatan maka lebih tinggi cukai GST yang
dikutip. Lebih tinggi perbelanjaan isi rumah akibat dari kenaikkan harga bahan api,
lebih banyak GST masuk kantung kerajaan.
Masihkah kita ingat bagaimana seorang Perdana Menteri merayu supaya diberikan
peluang untuk memerintah sepenggal lagi? Masihkah kita ingat janjinya untuk tidak
menaikkan harga bahan api walaupun harga minyak dunia melambung? Malangnya,
walaupun ketika harga minyak global menurun, kerajaan telah menaikkan harga
minyak domestik sebanyak 40 sen semenjak kekal memerintah lepas PRU13.
Justeru itu, SAMM bermula dari malam tadi telah melancarkan flashmob di beberapa
lokasi dan akan terus menyusun lebih banyak flashmob di seluruh negara. Satu
perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga petrol 'demi GST' akan
menggegar tanahair. Anak muda harus bersedia dan menyambut gerakan murni ini.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kenaikan Minyak 20sen - Hasan Malek Minta Rakyat Bersyukur & Ucap
Tahniah.
Sebenarnya.
Hasan Malek tahu kita marah dia bila dia sebut ayat2 suruh kita bersyukur. First time
dia sebut, memang dia saja sebut. Tapi selepas beberapa kali dia sebut, itu
maksudnya dia troll kita. Dia saja nak bagi kita panas. Sakit ahti.
Bugima punya menteri.
Kata Hasan Malek ;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan
Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya
mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.
Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha
membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.
Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke
atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.
“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.
“Ops Titik (banteras penyeludupan yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak
wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.
“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin,
menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya. -mkini-
- Rakyat patut bersyukur sebab tindakan kerajaan naikkan harga minyak untuk
banteras penyeludupan
- Rakyat tak sepatutnya melakukan protes
- Untuk selamatkan wang negara
- Rakyat patut ucap tahniah
- Rakyat kena kembali ke budaya hormati pemimpin, negara dan bersyukur dengan
apa kejayaan kita.
Jap.
1. Apa kaitan kenaikan harga minyak dengan kegagalan penguatkuasa tempatan
buat tugas untuk banteras penyeludupan? Kalau dah tahu banyak kegiatan
penyeludupan, buat la kerja elok2. Apasal pula rakyat yang nak kena tanggung
kenaikan akibat kegagalan korang?
2. Rakyat pun memang takde mood nak buat protes. Mood nak maki ada. Protes tue
kerja2 geng pembangkang untuk alih isu la. Nak jadi populis konon2 buat kerja.
3. Takde kerja aku nak ucap tahniah atas kebahlolan korang dalam membanteras
penyeludupan. Sewel.
4. Budaya hormat pemimpin ke budaya jilat pemimpin? Satu lagi. Bersyukur dengan
kejayaan apa? Kenaikan harga minyak bukan kejayaan kot.
Kata2 Hasan Malek adalah troll untuk menyakitkan ahti haters dia. Itu dia punya
pemikiran aku rasa. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri akan mengeluarkan
kenyataan seperti di atas. Melainkan dia betul2 gila. Btw, Hasan Malek gila atau
waras? Sapa tahu?
KAH KAH KAH
Posted by Jeebond BLM at 4:28 pm , 0 comments
PAS: Harga petrol naik tapi pasaran dunia turun
Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan kerajaan
menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 tengah malam tadi
sedangkan harga minyak mentah dunia terkini mengalami penurunan mencecah
USD90.73 setong.
Berdasarkan semakan yang dilakukannya juga, ahli parlimen Pokok Sena turut
mendapati harga minyak mentah dunia pada Julai berharga USD103 setong.
Kecewa dengan tindakan terkini kerajaan, Mahfuz berkata tidak sewajarnya kerajaan
bertindak merasionalisasi subsidi petrol sewaktu rakyat boleh menikmati "berita
gembira" ekoran penurunan harga minyak mentah dunia.
"Saya minta kerajaan memberi penjelasan mengapa harga minyak dunia jatuh, tetapi
secara tiba-tiba kerajaan menaikkan harga minyak di negara ini.
"Sepatutnya kejatuhan (harga minyak dunia) itu memberi berita gembira (kepada
kita)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Selamat pagi Ostad Kazim,, ceriakan diri anda pagi ini...
Ha ha ha, kalau dah jodoh tak kemana,, apa duk merungut-rungut lagi... terimalah
saja...
Dulu bila Najib offer jawatan MT Umno tolak,, sekarang kenapa duk merapu
meraban...
Ingat woi,,jangan la duk percaya ayat-ayat tu... lakonan kazim aja tu,, selebriti,, tak
kan tak faham kut!.. sekadar nak kurangkan kemarahan rakyat ..... Apa dia
Kisah....Lihat gaya kehidupannya sekarang ni...
Terima kasih buat sahabat FB yang menghantar gambar ini kat aku..
Kesian,,,, macai umno pun turut sama beli minyak malam tadi....
HUTANG NEGARA - BAYAR DENGAN MENGURANGKAN SUBSIDI
Pengurangan subsidi bantu kurang hutang kerajaan BN yang boros
SHAH ALAM - Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ke atas petrol RON95 dan
diesel bertujuan mengurangkan hutang yang ditanggung kerajaan Malaysia.
Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti
Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, pengurangan
tersebut dilakukan kerana kerajaan menyasarkan had hutang negara tidak melebihi
55 peratus daripada Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK).
Menurutnya, sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan
negara, kerajaan juga berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus.
"Sasaran kerajaan ialah untuk cuba mendapatkan bajet yang seimbang pada tahun
2020 mendapatkan perolehan sama rata dengan apa yang telah dibelanjakan.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak
20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel
RM2.20 seliter.
KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal,
yang menyebabkan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut
menikmati subsidi diberikan kerajaan.
Amir ketika mengulas lanjut berkata, penarikan semula subsidi minyak tersebut juga
dilakukan demi mengurangkan penyeludupan minyak ke luar negara, khususnya
negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Ujar beliau, kerajaaan perlu memastikan pemberian subsidi minyak yang ditanggung
kerajaan diberikan sepenuhnya kepada rakyat dan tidak disalurkan ke negara jiran.
“Kalau kerajaan nak berikan subsidi, biarlah rakyat yang menerimanya. Contohnya,
subsidi Malaysia tidak harus digunakan sewenangnya oleh rakyat Singapura.
“Rakyat Singapura sewenangnya membeli dan menyeludup minyak ke negara
mereka kerana minyak mereka lebih mahal dari minyak kita, jika harga petrol dan
diesel dinaikkan, jurang perbezaan harga antara negara jiran dan negara kita akan
berkurangan,” jelasnya.
LAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH
Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai
perkembangan PAS hari ini...
Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan
Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS).
Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg
tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat
Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak
mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.
Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah
yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima
sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh
sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru
grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan
GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga
dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai
perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn
bekas pimpinan UMNO.
Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri
Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu
Saudi).
Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda
PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.
Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu
saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2
akademik di kampus2.
Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah
nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil
saya Doktor....
Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2
lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan
karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri
Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.
Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami
dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah .
"Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya
kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami
ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih
sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.
Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi
selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah
mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2
muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex
Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg
kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan
Jamaah yg tercinta ini.
Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu
menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar.....
Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg
meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah
sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain
blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.
Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati
Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.
Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah.
Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan
Ulama tanpa dipinta2.
Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot
persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu
bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta
tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak
boleh di paksa2
Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala'
kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan
Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim
Arsyad.
Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan
stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami
terima.
Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust
Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan
Pemuda bagi pengisian.
Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi
nak mati memenangkanya.
Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau
beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah.
Ini bukan kereta Mat Sabu
Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli
walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama
petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul
sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.
Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda
yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2
mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli
Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam,
sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.
Silakah berMUHASABAH.
[EDISI SONGSANG] Harga Minyak Dunia Jatuh, Malaysia Naik!
BN dan Pakatan selar harga RON95 naik ketika harga minyak dunia turun
Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel
sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat
(PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun
dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin
meningkat.
Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti
komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut
mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan
subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam
keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak
empat tahun lepas.
"Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan
kejatuhan harga minyak mentah dunia.
"Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai
AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan
dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia
seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun
sebaliknya berlaku di Malaysia.
"Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana
kerajaan terus naikkan harga minyak.
"Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran
minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan
kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar.
Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya
rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa.
"Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai
Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga
tinggi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan
kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia.
Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel itu katanya adalah kesan sampingan
terbaru akibat sikap kerajaan persekutuan yang tidak mengambil berat kebajikan
rakyat dan kegagalannya mengurus ekonomi negara.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengangkutan
awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di
bandar.
"Apatah lagi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan
datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada
kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berpendapatan sederhana dan rendah,"
katanya.
Nik Nazmi berkata, kerajaan Umno dan BN dilihat lebih rela menyakiti mereka yang
lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan
mempunyai hubungan dengan orang penting.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam laman Facebook
miliknya berkata, kerajaan United Kingdom dan India menurunkan harga minyak
mereka sejak minggu lalu ekoran penurunan harga minyak dunia, namun tidak di
Malaysia.
Menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana didakwa gagal
menguruskan integriti dan membanteras rasuah di kalangan kerajaan, Lim berkata
daripada menaikkan harga minyak, Putrajaya harus fokus kepada pembasmian
rasuah secara serius.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam
Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu
ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup.
"Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan
subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan
harga barangan dan perkhidmatan.
"Harap para penasihat seperti Pemandu dan Datuk Seri Idris Jala lebih sensitif dan
dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan,"
katanya.
Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran pula berkata, walaupun kerajaan BN
mengatakan ia akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan
itu hanya sekali setahun sahaja dan tidak akan membantu isirumah untuk jangka
masa panjang.
"Kenaikan ini akan menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan
dan perkhidmatan juga akan turut naik. Ia akan pasti meningkatkan kos sara hidup
rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya," katanya dalam satu
kenyataan.
Katanya, ia juga mungkin menjejaskan sokongan rakyat kepada BN terutamanya di
kalangan berpendapatan rendah yang tinggal di desa dan bandar. –TMI
AZMIN, SATU UJI KAJI UNTUK KEBAIKAN PR
SAMA ada Pakatan Rakyat berada di ambang kemusnahan atau sedang memasuki
zaman baru, bergantung kepada reaksinya terhadap pelantikan Mohd Azmin Ali
sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.
Mohd Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor - TV1/Malaysiakini
Yang pasti beliau bukanlah pilihan sukarela Parti Keadilan Rakyat. Beliau lebih
berupa kehendak Istana.
PKR terpaksa merestui pencalonan beliau di saat-saat akhir setelah segala usaha
“memaksa” Istana menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak
berhasil.
Kalau PKR boleh bertolak-ansur dan menerima ketentuan ini dengan kewarasan
(wisdom), Mohd Azmin boleh menjadi MB tanpa gangguan dan boleh membuktikan
sama ada beliau mampu atau tidak mentadbir Selangor yang telah mengorbankan
banyak MB.
Tetapi kalau PKR masih berkeras dan berdendam, besar kemungkinan Mohd Azmin
akan menjadi seorang lagi MB Selangor yang dilanda sial dan Pakatan Rakyat
menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Selangor.
PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim boleh menggunakan
pelbagai cara untuk mengganggu gugat kedudukan Mohd Azmin seperti yang
mereka lakukan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir
ini.
Harapan Mohd Azmin satu saja – keakraban dan taat setia beliau yang begitu lama
dan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar. Beliau begitu sabar dan pasrah dikutuk,
dicaci dan dimaki hamun semata-mata kerana taat dan setia kepada Anwar.
Selama 16 tahun Anwar di dalam Umno dan sepanjang Mohd Azmin menjadi
pegawai peribadinya, saya telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana Mohd
Azmin difitnah, dicaci dan dimaki kerana kesetiaannya. Namun beliau tetap setia.
Azmin, 50 tahun dan isterinya Shamsidar Taharin
Kalau PKR masih berkeras mahu memaksakan kehendaknya ke atas semua pihak,
khususnya pengundi Selangor, semata-mata kerana mahukan dinasti Anwar, saya
rasa pengundi dan rakyat jelata Selangor perlu menimbang semula sokongan
kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
Drama dan lawak politik Selangor di bawah PR tidak lagi lucu. Sejak tercetusnya
krisis MB Selangor, parti-parti PR nampak seakan-akan orang mabuk todi dan gian
ganja.
Ia juga menguji kebijaksanaan dan keberkesanan Anwar sebagai ketua atas nama
(de facto) PR. Kalau PKR, PAS dan DAP masih berasa bertanggungjawab terhadap
pengundi yang memilih mereka dan pembayar cukai yang memberi upah kepada
mereka maka mereka perlulah berhenti membuat lawak. Jenaka mereka tidak lucu
lagi.
Dan PAS yang calar-balar terkena ledakan dalaman PKR dan dicaci cerca oleh DAP
perlulah memikirkan semula bentuk perkongsiannya dengan dua parti liberal itu.
Sangat hodoh dan memalukan apabila PAS bercakaran sesama sendiri umpama
ayam jantan dalam serkap semata-mata kerana acahan PKR dan DAP.
Sebagai parti berideologikan Islam dan tertua di kalangan parti-parti PR, PAS tidak
sepatutnya membiarkan dirinya diperalatkan.
Wallahuaklam.
Minyak Naik 20 Sen - Salah Pakatan Rakyat - Sesi Mengumpat Pemimpin &
Sultan.
Nak mengumpat jap.
Semalam minyak naik harga 20sen. Dan ramai la yang p maki hamun BN. Memang
betul kenaikan minyak berkait rapat dengan polisi yang diperkenalkan BN. Iaitu
rasionalisasikan subsidi. Ini bukan perkara baru. Semua tahu. Rakyat tahu. Aku tahu.
Ko tahu. PR pun tahu.
Setiap 6 bulan semakan subsidi akan berlaku.
Dan setiap 6 bulan la, subsidi bagi perkara tertentu akan dikurangkan.
Mungkin minyak. Mungkin tepung. Mungkin pendidikan. Kita tatau apa. Kalau ikut
point kerajaan, mereka neh taja macam2 subsidi untuk rakyat kononnya. So ada
banyak. Semakan ini akan berterusan sehingga la kewangan negara mencapai satu
tahap yang stabil.
Menurut kerajaan, subsidi ini dapat membantu mengurangkan defisit negara. Dan
rakyat perlu bersama2 mereka untuk menyelamatkan ekonomi negara sebelum
keadaan menjadi semakin teruk.
Point tue rakyat faham. Tapi apa yang rakyat nampak ialah, kenapa subsidi jadi
sasaran pertama kerajaan untuk mengimbangi defisit negara. Kenapa bukan
membanteras penyelewengan? Kenapa bukan meningkatkan kecekapan dalam
agensi kerajaan supaya pembaziran dapat dikurangkan atau kenapa bukan
kurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya?
Rakyat dijadikan target pertama untuk selesaikan masalah ekonomi dalam
rasionalisasikan subsidi.
Dan rakyat dijadikan target pertama untuk tambahkan pendapatan negara dalam
GST.
Maka, maksudnya, rakyat perlu keluarkan belanja lebih untuk mendapatkan barang
(subsidi kurang) dan dalam waktu yang sama rakyat perlu membayar cukai yang
lebih banyak kepada kerajaan (GST) = TANGGUNGAN RAKYAT MENINGKAT.
Nampak?
Dan sebagai balasan di atas pengorbanan itu apa yang rakyat dapat?
Pertama. Harga rumah semakin mahal. Rakyat semakin susah nak beli rumah.
Menumpang atau menyewa. Nak beli rumah lelong pun susah sebab perlukan wang
deposit yang banyak. Pinjaman bank masuk riba. Permainan spekulasi. Dan geng2
agent hartanah yang dok beli rumah banyak2 dan jual semula dengan tujuan
mencapai keuntungan. Rumah dijadikan alat kapitalis untuk menambahkan
kekayaan.
Kedua. Kos sara hidup tinggi termasuk makanan. Orang kita perlu makan.
Bayangkan. Harga makanan sudah sangat tinggi. Ada cadangan bodoh dari malaon2
BN mengatakan jangan makan langsung makan segera macam kepsi dan mekdi.
Memang la. Dalam waktu yang sama malaon2 dari BN juga yang dok promote suruh
jangan boikot mekdi. Kalau boikot macam mana dengan kakitangan mekdi. Dah tue
bila ko suruh boikot mekdi bila kerajaan naikkan harga minyak tak pula ko fikir
macam tue kan. BAHLOL.
Ketiga. Pendidikan, perubatan, keselamatan menjadi alat kapitalis. Kalau ko takde
duit, ko nak melakukan rawatan pun susah. Kena langgan kad insurans. Ada orang2
yang miskin yang akhirnya mati begitu sahaja sebab terkesan dengan situasi.
Semakin mahal kau bayar semakin bagus pendidikan yang akan datang kepada kau.
Yakni. Pendidikan yang baik esklusif untuk orang2 kaya dan berduit. Maka yang tak
berduit neh ke mana hala tuju mereka? Sekolah pintu kopak. Perpustakaan buku
macam tak cukup makan. Cikgu macam baru balik pasar. Robot. Telan. Terima.
Telan terima. Melawan? Pengkhianat. Orang miskin jadi takut. Aku buat salah ke
kalau berbeza? Bukan kerana berbeza, salah kerana kau miskin. Dan semakin
banyak duit dalam poket kau, semakin tinggi kedudukan kau dalam masyarakat
maka keselamatan diri kau semakin penting. Ada diskriminasi kat situ. Orang kaya,
VVIP, ahli politik, ada 1 nyawa, rakyat biasa ada 10 nyawa. Jadi peduli apa polis
semua dengan nyawa kau. Kalau kau mampos pun mampos la. Jadi apa isunya.
Ini yang rakyat dapat. Mereka mahu lebih dari kita dan kita bagi. Tapi apa yang kita
dapat sebagai balasan ialah diskriminasi kelas masyarakat di negara ini. Kita tidak
mendapat layanan yang adil.
Bahasa kasar. KASTA lah senang cakap. Negara kita membentuk sistem kapitalisme
berkasta.
Dan bukan itu saja. Mereka juga gagal menyediakan prasarana yang adil kepada
semua. Pembangunan terpilih. Di sesetengah tempat ada sistem jaringan
pengangkutan yang menyeluruh, tapi di sesetengah tempat pula tiada. Bahkan bas 2
jam sekali. Dan ini mereka kata kalau tak mampu isi minyak maka jangan la pakai
kenderaan. Takde kenderaan macam mana nak keluar pula?
Oke. Enough of bercakap isu kenaikan minyak. Sekarang kita tengok pula
bagaimana kenaikan minyak ini boleh dikatakan berpunca dari salah pembangkang.
Kisahnya begini.
1. PR ialah pembangkang lantikan rakyat di negara ini untuk memantau proses
pentadbiran negara.
2. Rakyat bayar gaji kepada wakil2 rakyat PR.
3. Namun PR gagal menjadi pembangkang yang betul apabila sesama mereka
berbalah mengenai kuasa, kedudukan dan pangkat.
4. Bukan hanya di Selangor bahkan di setiap negeri yang mereka kuasai. Samada
dalam skala kecil mahupun skala besar.
5. Selain daripada bergaduh, mereka juga gagal melakukan kerja dengan betul.
6. Contoh. Mereka fikir dengan hari2 dok pergi program rasmi itu rasmi ini, majlis
makan itu majlis makan ini, dok tunjuk muka kat rakyat, dok bersembang hihi haha
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK
PERBANDINGAN HARGA MINYAK

More Related Content

Similar to PERBANDINGAN HARGA MINYAK

Dampak kenaikan bbm tahun 2014
Dampak kenaikan bbm tahun 2014Dampak kenaikan bbm tahun 2014
Dampak kenaikan bbm tahun 2014Andre Siagian
 
Makalah Dampak Kenaikkan Harga BBM
Makalah Dampak Kenaikkan Harga BBMMakalah Dampak Kenaikkan Harga BBM
Makalah Dampak Kenaikkan Harga BBMNasrun Chafid
 
Kontan harian edisi
Kontan harian edisi Kontan harian edisi
Kontan harian edisi menabungsaham
 
Resume 2 ekonomi internasional (UAS)
Resume 2 ekonomi internasional (UAS)Resume 2 ekonomi internasional (UAS)
Resume 2 ekonomi internasional (UAS)SuryadiSurya3
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
Makalah 2 (eka)
Makalah 2 (eka)Makalah 2 (eka)
Makalah 2 (eka)Deska13
 
Pembatasan BBM revisi 2012
Pembatasan BBM revisi 2012Pembatasan BBM revisi 2012
Pembatasan BBM revisi 2012Mifta Muzaki
 

Similar to PERBANDINGAN HARGA MINYAK (10)

Buletin itjenHub vol 3 2017
Buletin itjenHub vol 3 2017Buletin itjenHub vol 3 2017
Buletin itjenHub vol 3 2017
 
Dampak kenaikan bbm tahun 2014
Dampak kenaikan bbm tahun 2014Dampak kenaikan bbm tahun 2014
Dampak kenaikan bbm tahun 2014
 
Makalah Dampak Kenaikkan Harga BBM
Makalah Dampak Kenaikkan Harga BBMMakalah Dampak Kenaikkan Harga BBM
Makalah Dampak Kenaikkan Harga BBM
 
Kontan harian edisi
Kontan harian edisi Kontan harian edisi
Kontan harian edisi
 
Resume 2 ekonomi internasional (UAS)
Resume 2 ekonomi internasional (UAS)Resume 2 ekonomi internasional (UAS)
Resume 2 ekonomi internasional (UAS)
 
TF KIB 0526 .pdf
TF KIB 0526 .pdfTF KIB 0526 .pdf
TF KIB 0526 .pdf
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
Makalah 2 (eka)
Makalah 2 (eka)Makalah 2 (eka)
Makalah 2 (eka)
 
Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014
 
Pembatasan BBM revisi 2012
Pembatasan BBM revisi 2012Pembatasan BBM revisi 2012
Pembatasan BBM revisi 2012
 

More from Amer Asri Abu Seman (6)

2015 pkkim mat_32
2015 pkkim mat_322015 pkkim mat_32
2015 pkkim mat_32
 
Primay survey
Primay surveyPrimay survey
Primay survey
 
Midwives act
Midwives actMidwives act
Midwives act
 
A& e triage pp3
A& e triage pp3A& e triage pp3
A& e triage pp3
 
Nurses act
Nurses actNurses act
Nurses act
 
1 okt 2014
1 okt 20141 okt 2014
1 okt 2014
 

PERBANDINGAN HARGA MINYAK

  • 1. Perbandingan Harga Minyak Antara Negara - Menjawab Hujah Mahathir Minyak Arab Lebih Mahal! Mahathir kata. Kat Arab harga minyak lagi mahal. Tapi aku baru aje check website bloomberg. Point Mahathir nampaknya salah. Ini point Mahathir ; Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan. "Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. “Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di Kota Baharu, Khamis. Oke. Menerusi portal online Bloomberg.com, satu perbandingan mengenai harga minyak dilakukan. Mereka bandingkan mengikut pecahan 3 aspek.
  • 2. Pertama. Harga minyak. Disusun secara menaik. Makin murah, makin besar angka kau. Kedua. Ketidakmampuan rakyat untuk membeli minyak. Kadar peratusan dinilai berdasarkan gaji sehari yang kita perolehi. Ketiga. Peratusan gaji tahunan yang dibelanjakan ke atas pembelian minyak. Aku akan susun ikut rank dorang. Dan ikut matawang USA. Ada dua harga. Pertama per gelen, kedua per liter. 1. Norway $9.79/2.59 2. Netherlands $9.46/2.50 3. Italy $9.34/2.47 4. Denmark $9.14/2.41 5. Greece $8.81/2.33 6. Belgium $8.68/2.29 7. Portugal $8.56/2.26 8. Germany $8.50/2.25 9. Turkey $8.47/2.24 10. Finland $8.44/2.23 11. Israel $8.28/2.19 12. Hong Kong $8.26/2.18 13. United Kingdom $8.25/2.18 14. Ireland $8.15/2.15 15. France $7.90/2.09 16. Sweden $7.89/2.08 17. Slovenia $7.74/2.05 18. Malta $7.66/2.02 19. Cyprus $7.53/1.99 20. Slovakia $7.52/1.99 Kat atas ialah 20 negara yang termahal di dunia harga minyak dorang. 21. Switzerland $7.51/1.98 22. Spain $7.43/1.96 23. Crotia $7.40/1.95 24. Romania $7.38/1.95 25. Austria $7.13/1.88 26. Hungary $7.05/1.86 27. Luxembourg $7.02/1.85 28. New Zealand $6.94/1.83 29. Latvia $6.92/1.83 30. Czech Republic $6.85/1.81
  • 3. 31. Lithunia $6.82/1.80 32. Bulgaria $6.73/1.78 33. Estonia $6.73/1.78 34. Poland $6.71/1.77 35. South Korea $6.65/1.76 36. Singapore $6.55/1.73 37. Japan $5.48/1.54 38. Chile $5.81/1.53 39. Brazil $5.35/1.41 40. Argentina $5.34/1.41 41. Australia $5.27/1.39 42. South Africa $4.97/1.31 43. India $4.79/1.27 44. China $4.73/1.25 45. Canada $4.50/1.19 46. Philippines $4.48/1.18 47. Thailand $4.46/1.18 48. Colombia $4.20/1.11 49. Pakistan $4.08/1.08 Dan kat bawah neh pula minyak antara termurah di dunia dari segi ranking dunia. 50. Indonesia $3.73/0.99 51. United States $3.69/0.98 52. Mexico $3.58/0.95 53. Rusia $3.19/0.84 54. Malaysia $2.42/0.64 55. Nigeria $2.23/0.59 56. United Arab Emirates $1.77/0.47 57. Iran $1.52/0.40 58. Egypt $1.01/0.27 59. Kuwait $0.81/0.21 60. Saudi Arabia $0.45/0.12 61. Venezuela $0.04/0.01 Dalam laporan yang sama ; - Malaysia mencatatkan rank ke 15 dari segi peruntukkan gaji tahunan untuk membeli minyak. Rank ini disusun secara menaik. Maksudnya Malaysia antara 20 buah negara teratas yang mana peratusan rakyat mereka membelanjakan wang gaji untuk membeli minyak lebih besar/banyak berbanding negara lagi. - Dari segi purata gaji harian, Malaysia mencatatkan rank ke 37. Yang mana ketidakmampuan rakyat untuk membeli minyak berdasarkan harga jualan di Malaysia
  • 4. akibat gaji harian/pendapatan mereka tidak melepasi harga jualan minyak. Lebih kurang 2.05%. Walaupun rank ini agak serdahana tapi ia wujud. Maksudnya, golongan macam ini wujud di negara ini. Itu point yang perlu difikirkan. - Dari segi perbandingan antara harga berdasarkan matawang USA, harga minyak di Malaysia nampak murah, tapi rakyat SG hanya menggunakan 0.74% pendapatan tahunan mereka bagi pembelian minyak. Malaysia pula sebanyak 2.40%. Yakni, kat sini tangga gaji jadi point utama. Thailand pula 2.24%. Lebih baik dari Malaysia. Philippines pula 1.74%. Kat sini pengangkutan awam pula memainkan peranan. Ada negara tangga gaji rendah, tapi pengangkutan awam lebih stabil dari Malaysia. Ada negara yang mana tempat kerja menyediakan pengangkutan syarikat. So pergi balik tak sesak dengan jalan jam sebab semua dianjurkan naik bas yang disediakan syarikat. Kat Malaysia, walaupun nampak macam bagus, tapi kita banyak kelemahan sebenarnya. Yang buruk2 kat negara orang aje kerajaan kita dok petik untuk bajet bagus. Konon nak bangga sangat la tue. - Pokoknya, keterangan di atas menafikan point Mahathir. Minyak di negara arab lebih murah berbanding Malaysia. Tatau la negara arab mana yang Mahathir petik. Tapi ikut perbandingan di atas, harga minyak di Malaysia tak lari jauh dari Rusia, USA dan Mexico. Untuk pembacaan lanjut, rujuk laman ini ==> http://www.bloomberg.com/visual- data/gas-prices/20142:Malaysia:USD:l ** Untuk rekod, perbandingan di atas ialah perbandingan paling terkini disediakan oleh bloomberg bagi edisi pertengahan tahun 2014. Harap maklum. 8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway Hangat!!! Isu Pecat DS Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor : "Siapa Faekah? Dia Siapa... MB Selangor, Jom Terjah!!! 12:17 PM No comments
  • 5. GOMBAK: Kenyataan media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak boleh diambil kira. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan menteri besar.
  • 6. "Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah. "Saya (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan. Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI.  Home  Biodata Warta segera barang dikenakan GST – Terutamanya Petrol October 3, 2014
  • 7. MUHAMMAD FAIZAL | 02 Oktober 2014. (HarakahDaily) KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan mewartakan segera senarai barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan rakyat tidak terperangkap dengan keadaan ekonomi. Menurut beliau, pewartaan senarai berkenaan, terutamanya petrol, sepatutnya dilakukan pada Ogos lalu, namun sehingga sekarang kerajaan gagal berbuat demikian. “Ini menimbulkan teka-teki kerana kerajaan sehingga sekarang gagal mewartakan penyenaraian barangan yang bakal dikenakan GST sebanyak enam peratus. “Kelambatan ini akan menyebabkan rakyat berada dalam perangkap ekonomi, adakah bahan bakar seperti petrol dan diesel terlibat dengan GST atau pun tidak, ini perlu dijelaskan kerajaan,” jelasnya pada program Bicara Harakah ‘Bajet 2015: Cabaran Rakyat’ di MyHarakah Bazaar hari ini. Tambah beliau lagi, kebimbangan mula timbul apabila rakyat berdepan dengan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi menjadi RM2.30 seliter dan adakah kenaikan terus meningkat apabila GST dilaksanakan nanti. “Pakatan Rakyat kekal membantah pelaksanaan GST oleh kerana pendapatan rakyat yang masih rendah. “Kalau sebelum ini cukai hanya dikenakan kepada golongan tertentu sahaja tetapi dengan GST ia meliputi kesemua rakyat dan tidak ada yang terkecuali. “Kita membawa hujah tidak mengizinkan GST dilaksanakan kerana ia merupakan cukai yang dikenakan kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan mereka,” sambung beliau. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut memberitahu, permentangan bajet 2015 nanti perlu menekankan sumber pendapatan baru negara dan bukannya melalui GST. “Bajet 2015 merupakan cabaran tahun akhir kerajaan untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), sebelum beralih kepada RMK11.
  • 8. “Kerajaan hanya melihat GST sebagai sumber utama sedangkan mereka tidak melihat pendapatan baru dari sumber yang lain,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 2/10/2014 Baca juga : Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat Just tell us if GST will be on fuel too, PAS leader tells Putrajaya Kenaikan harga minyak: Meruntuh nilai manusiawi NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ ISLAM telah menetapkan pengurusan ekonomi yang lebih tersusun bermatlamat untuk memastikan sumber hasil alam dapat dikongsi oleh semua manusia dengan sejahtera. Pengurusan sumber ekonomi mesti berdasarkan konsep ketelusan dan amanah yang tinggi bagi memastikan aturan ekonomi dapat berlaku dengan baik. Ekonomi negara kita hari ini berada dalam keadaan simpang siur. Bermula dari sumber pendapatan negara hasil dari hutang dan cukai yang menekan kehidupan rakyat sehinggalah kepada ketirisan, pembaziran dan ketidakefisyenan pengurusan perbelanjaan negara. Daripada kebobrokan ideologi sistem kapitalisma sehingga kebobrokan pengurusan ekonomi. Segala-galanya rosak dan terus merosak! Sistem ekonomi ciptaan manusia ini mengikis sifat kemanusiaan. Ekonomi hanya berkiblatkan material. Keuntungan maksimum adalah matlamat utama. Akhirnya ia merosakkan manusia yang berkejar ke arahnya dan mematikan perasaan kasih dan sayang terutama kepada golongan fakir dan miskin. Inilah yang sedang membarah di dalam negara kita hari ini. Kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan
  • 9. mudahnya sifat rahmat sesama manusia terhakis daripada kerajaan kita. Ini bukanlah pertama kali kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api ini yang memberikan kesan berantai kepada barangan dan perkhidmatan yang lain secara tidak langsung. Hutang kerajaan hari ini berada pada paras yang bahaya melebihi separuh dari saiz ekonomi negara yang ditunjukkan dengan nilai KDNK negara. Kerajaan dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih bagi menampung perbelanjaan mengurus negara yang bocor dan sudah tidak mampu ditampung. Dalam keadaan begini, kerajaan sanggup menjadikan rakyat mangsa keadaan. Ketika kos sara hidup yang membengkak, pengangguran yang meningkat, industri perumahan yang terus mengembung, kebanjiran pekerja asing, kurangnya tenaga kerja mahir tempatan, kerajaan sewenangnya meningkatkan lagi masalah ekonomi kepada rakyat. Pengurusan ekonomi negara semakin bertambah kusut. Pengaruh sikap dalam pengurusan ekonomi negara juga tidak diambil perhatian, tetapi apabila diselidiki kemelut ekonomi negara yang berlaku hari ini, rata-rata akan meletakkan punca utama daripada masalah yang berlaku adalah disebabkan masalah sikap termasuk pembaziran, tiris dan sebagainya. Ekonomi Islam tidak hanya membincangkan soal angka dan nombor, tidak hanya pada bentuk kejayaan material tetapi melengkapi soal kepercayaan kepada pembalasan di hari akhirat dan keutamaan kepada kebajikan sosial masyarakat. Perkara ini bukanlah perbincangan utama dalam sistem ekonomi yang diamalkan hari ini. Malah, ekonomi hari ini tidak meletakkan keutamaan kepada kebajikan masyarakat miskin dan fakir sepertimana prinsip yang ditegakkan oleh Islam. Kesannya, polisi kerajaan terhadap subsidi dan sebagainya tidak pernah melihat kepada kebajikan golongan tersebut. Segala-galanya semakin merosak dan apabila sampai masanya, kerosakan itu akan sampai kepada kemuncaknya. Adakah kita hanya akan menunggu sehingga kerosakan itu menjadi terlalu sukar untuk dipulihkan? Sudah terhantuk baru terngadah. Islam datang untuk membina, bukan hanya untuk dipanggil saat negara berhadapan kemelut nazak ekonomi. Negara kita memiliki kepakaran dan kesarjanaan tinggi dalam pengurusan ekonomi Islam. Kerajaan mestilah memiliki keinginan dan azam yang tinggi untuk berubah. Atau, jika tidak, kerajaan berhadapan kemarahan rakyat dan berakhir dengan kejatuhan yang mereka sendiri ciptakan. Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian I Saya sebenarnya menunggu untuk pimpinan membuat teguran atau ulasan berhubung apa yang telah berlangsung sepanjang muktamar PAS yang ke-60 di Johor tempoh hari. Sebagai seorang yang telah bersama PAS semenjak tahun 1983,
  • 10. dan mengikuti muktamarnya setiap tahun, samada di Kelantan, Kedah, Selangor atau pun di Wilayah, saya melihat muktamar ini jauh berbeza dari muktamar yang lain. Saya menunggu dengan penuh harapan bahawa akan ada pimpinan yang akan ke hadapan untuk memperbetulkan segala kekalutan yang telah berlaku sepanjang muktamar tersebut. Malangnya kelihatan seolah-olah tiada yang merasakan ianya perlu atau sanggup melakukannya. Pada semua muktamar yang berlangsung sebelum ini, ahli dan pimpinan mengakhiri muktamar dengan diwujudkan kata sepakat dan perasaan penuh ukhuwwah sambil berkongsi akan satu wawasan dan hala-tuju yang jelas untuk dilaksanakan seterusnya. Kali ini muktamar telah berakhir dalam keadaan yang sepertimana ianya bermula tanpa adanya bertambah perasaan ukhuwwah sesama sendiri atau wawasan hala tuju yang jelas. Oleh itu apa yang berlaku sebelum muktamar terus berlaku, amalan label-melabel, tuduh menuduh serta serang menyerang di antara ahli dan juga antara parti komponen PR. Mahu tidak mahu ini merupakan bukti kelemahan pimpinan parti yang telah tidak berjaya untuk menangani masalah ini dengan cara yang sebaik mungkin. Maka hasil dari muktamar adalah tidak sepertimana yang diharapkan. Kita tidak mengakhiri muktamar dalam keadaan bertambah kukuh dan bersatu tetapi sebaliknya, ianya adalah ‘back to square one’ atau kembali kepada keadaan seperti yang asalnya ia itu seperti sebelum muktamar. Malahan mungkin tidak salah kalau saya katakan lebih parah dari sebelumnya. Sebelum saya mengulas mengenai apa yang telah berlaku pada Muktamar PAS itu sendiri, izinkan saya mengulas dulu apa yang saya lihat dan dengar di muktamar Dewan Ulama PAS Pusat terlebih dahulu. Sebenarnya saya bersama YB Hanipa Maidin dan Tn. Hj. Razman, Pesuruhjaya PAS Perak telah ditugaskan sebagai pemerhati PAS Pusat di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang telah berlangsung sehari sebelum Muktamar PAS Pusat. MUKTAMAR DEWAN ULAMA PAS PUSAT Semasa saya di muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, ada banyak yang telah dinyatakan oleh perwakilan dan pimpinan. Banyak yang saya terima dengan hati terbuka dan bersetuju dengannya sepenuhnya. Hanya terdapat dua perkara yang telah timbul dalam perbahasan dan penggulungan yang tidak pula saya berpeluang bersuara kerana saya hanya pemerhati. Saya mengharapkan ianya disentuh oleh yang lain tetapi malangnya tiada yang menyentuhnya. “Kalau ada 10 peluru...” Persoalan pertama adalah berhubung ucapan wakil dari Perak yang membawa apa yang didakwanya adalah kata-kata atau tulisan As-Syahid Dr Abdullah Azam, seorang pejuang yang telah gugur Syahid di bumi Afghanistan. Mengikut wakil Perak tersebut, As-Syahid Dr Abdullah Azam telah berkata bahawa sekiranya kita ada sepuluh butir peluru, maka hendaklah kita gunakan sembilan untuk pengkhianat di dalam jemaah kita dan hanya satu untuk musuh di luar. Kata- kata ini sebenarnya amat memeranjatkan saya, kerana saya tidak pernah dengar
  • 11. ianya disebut oleh mana-mana wakil atau pimpinan gerakan Islam semasa saya berjumpa mereka samada di Malaysia atau di luar Negara. Lebih lebih lagi ianya kata-kata yang mencambahkan syak dan sangka-buruk di kalangan ahli sesuatu jemaah dan, dari apa yang disebut, akan menyibukkan kita bertelagah sesama sendiri lebih dari berlawan dengan musuh kita. Sedangkan saya ditarbiyah dengan kefahaman bahawa gerakan Islam adalah gerakan mahabbah atau kasih sayang dan ukhuwwah atau persaudaraan. Dan mahabbah serta ukhuwwah ini perlu diwujudkan di kalangan rakyat dan masyarakat awam dan lebih- lebih lagi di kalangan ahli! Sekiranya di kalangan ahli pun kita tidak mampu menghasilkan perasaan saling berkasih sayang dan ukhuwwah dan sebaliknya asyik bertelagah serta bersangka buruk, maka apakah yang mampu kita tawarkan kepada masyarakat? Tidakkah jemaah ini ingin dijadikan contoh corak masyarakat yang ingin kita bangunkan dengan tersebar-luasnya perasaan ukhuwwah dan kasih sayang? Atau tidak dan sebaliknya ingin kita jadikan masyarakat kita masyarakat yang dipenuhi syak dan dzan serta permusuhan sesama sendiri? Lagipun, kalau dengan ahli kita digalakkan bertembung, sembilan kali lebih kerap dari dengan yang di luar, apa maknanya kita menjadi ahli? Lojik dan pemikiran yang di bawa sangatlah songsang dan saya merasa hairan mengapa ianya tidak ditolak oleh perwakilan lain. Mungkin mereka terpegun dengan perwakilan tersebut yang terpekik dan terlolong sambil membawa hujjah yang entah dari mana petikannya diperolehi. Atau mungkin juga mereka malas nak layan pemikiran yang jelas songsang dan terpesong dari apa yang ingin kita perjuangkan. Bagi saya Al-Quran adalah panduan muktamad dalam semua hal, sepertimana juga ianya panduan PAS dan ahli-ahli PAS. Dan di dalam Al-Quran telah jelas Allah berfirman: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka perbaikilah di antara sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu menjadi golongan yang mendapat rahmat”. (Al-Hujurat 10) “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari kebanyakkan dari Dzan (syak wa sangakn). Sesungguhnya sebahagian dari Dzan itu adalah dosa. Dan jangan kamu mengintip satu sama lain dan jangan kamu memburuk-burukkan satu sama lain. Adakah kamu ingin memakan daging saudara kamu yang telah mati?” (Al- Hujurat 12) Bagi saya, perintah Allah yang menegaskan persaudaraan dan menjauhkan diri dari banyak melakukan Dzan jelas bercanggah dengan pendekatan memperbanyakkan Dzan dan bertempur dalaman yang dibawa oleh wakil Perak. Ayat dari surah Al- Hujurat ini adalah di antara tarbiyyah asas yang telah saya lalui dan oleh kerana perasaan ukhuwwah dan tidak bersangka buruk yang ditanam, maka walaupun berbalah dalam perbahasan sesama ahli, perasaan baik sangka dan ukhuwwah akan menjadi jambatan yang merapatkan kami kembali setiap kali. Ini tidak bermakna bahawa tidak perlu berwaspada terhadap tipu-helah dan penyerapan musuh. Sememangnya musuh sentiasa berusaha untuk menggagalkan
  • 12. perjuangan yang dibawa PAS. Tetapi waspada ini tidak boleh menjadi alasan untuk menyemarakan Dzan dan memutuskan ukhuwwah di kalangan ahli. Kalau ada yang dilihat tidak kena, maka adalah digalakkan supaya terus bertanya mengapa dan kenapa dari membuat bermacam-macam andaian buruk dan menyebarkannya sehingga amalan tersebut akhirnya tiada beza dengan amalan “memakan daging saudara kamu yang telah mati”. “Label-melabel adalah Sunnah” Ini juga kata-kata yang membinggungkan! Hujjahnya dibawa dari kisah Hatib yang membocorkan rahsia persiapan ketenteraan Rasulullh (SAW) untuk melakukan fathul Mekah. Maka apabila tindakan khianat ini terbukti dan Hatib dibawa berhadapan dengan para sahabat, Saidina Umar dengan marah menggelar Hatib seorang munafiq. Maka dari peristiwa itu ianya disimpulkan bahawa amalan label-melabel adalah ‘sunnah’. Turut dikemukakan sebagai hujjah adalah ayat-ayat Allah yang mengisahkan mengenai wujudnya golongan munafiq, fasik, kafir dan sebagainya. Pada mulanya perlu disebut bahawa ayat-ayat Allah merupakan pengajaran untuk seluruh manusia akan wujudnya golongan sebegini supaya semua pihak mengambil iktibar dan menjauhkan diri dari sifat terkutuk yang dimiliki golongan ini. Ianya bukan alasan untuk melabel mana-mana kumpulan atau individu dengan sewenang- wenangnya sehingga mewujudkan kelompok dalam jemaah yang akan saling bertelagah antara satu sama lain. Label yang bertujuan memecah-belahkan jemaah, seperti label Anwarinas, Liberal, parasit, Erdogan, UG dan sebagainya bukan datangnya dari Sunnah Rasulullah atau Al-Quran. Malahan perbuatan melabel yang memungkinkan anggota jemaah Islam saling bergaduh sama satu lain dengan dikelompokkan melalui gelaran tertentu memang ditolak oleh Rasulullah (SAW). Rasulullah (SAW) sentiasa berusaha mewujudkan perpaduan dengan adanya persefahaman dan semangat persaudaraan. Seperti di atas, rujukan kita juga adalah Al-Quran. Dalam Surah Al-Hujurat sekali lagi Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, jangan satu kumpulan merendah-rendahkan satu kumpulan lain, mungkin mereka (yang ditertawakan) adalah lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Dan jangan sekumpulan wanita mengelakkan sekumpulan wanita yang lain, mungkin mereka (yang ditertawakan) adalah lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Dan jangan kamu mencari kesalahan antara kamu dan jangan menggelar satu sama lain dengan gelaran (menghina). Amat buruklah nama- nama menghina setelah beriman. Dan sesiapa yang tidak berhenti (melakukan amalan ini) maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang zalim..” (Al- Hujurat 11) Saya tidak nampak di ayat ini alasan untuk mana-mana pihak menghina di antara satu sama lain dengan gelaran seperti yang disebutkan di atas. Malahan diberikan amaran oleh Allah supaya jangan bersikap sedemikian rupa kerana, silap-silap mereka yang kamu kutuk itu lebih baik dari kamu! Begitu juga dengan amalan gelaran yang menghina dan bertujuan memperlekehkan sehingga diperintah untuk dihentikan dengan amaran keras bahawa yang tidak menghentikannya adalah orang
  • 13. yang zalim! Oleh itu, bagi saya yang kurang berilmu ini, saya tidak memahami dari mana datangnya tanggapan bahawa label-melabel ini adalah ‘Sunnah’. Dalam kes Hatib, memang betul Umar mendakwa Hatib sebagai seorang munafiq mengikut Hadis riwayat imam Baihaqi. Tetapi ianya disebut Umar setelah terbukti Hatib membocorkan rahsia persiapan perang orang Islam kepada musuh mereka, iaitu orang-orang kafir Quraisy. Ini bermakna kalau seseorang itu terbukti bersalah dan dalam keadaan terbukti bersalah itu datangnya yang lain dan mengutuknya dengan mengatakan tindakannya adalah tindakan terkutuk dan oleh itu beliau digelar sebagai seorang munafiq, maka ianya dibenarkan. Sebagai contoh, seorang perompak yang telah merompak dengan menggunakan senjata dan mencederakan mangsanya, maka datanglah mangsanya dan mengatakan kepada perompak itu “awak munafiq”, tiada salahnya. Ianya dituju khusus pada orang yang terbukti bersalah atas kesalahan yang khusus yang dilakukannya. Tetapi untuk menyebar- luaskan amalan label-melabel terhadap orang-orang yang entah benar atau tidak memiliki sifat yang didakwa, itu cerita lain! Sedangkan berdasarkan hadis riwayat imam Al-Bukhari, berhubung kes Hatib, Rasulullah (SAW) telah bersabda setelah Hatib memberi penjelasan, “fa laa taquuluu lahu illaa khairan” iaitu “maka jangan kamu katakan berhubungnya kecuali yang baik”. Saidina Umar menjawab “sesungguhnya Hatib telah khianat terhadap Allah, RasulNya dan orang-orang beriman! Serahkannya kepada ku saya penggalkan lehernya”. Maka Rasulullah menjawab, “Wahai Umar, tidakkah kamu ingat apa yang Allah telah tetapkan bagi ahli Badr” dan Baginda mengingatkan dengan berkata: “Lakukan apa yang kamu ingini, telah diwajibkan bagi kamu Al-Jannah” Dengan berlinang air mata Umar menjawab “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”. Dalam riwayat ini, tidak pula disebut bahawa Umar mengelar Hatib munafiq. Hanya keinginan Umar untuk memenggal leher Hatib kerana tindakan khianat yang dilakukannya. Itu pun Rasulullah (SAW) menghalang dengan mengingatkan kembali Umar akan hakikat Hatib seorang ahli Badr yang telah dijanjikan Syurga. Maka kebaikan dan pengorbanan seseorang diambil kira dalam menetapkan sikap terhadap dirinya. Dan sekiranya dalam usaha melakukan sesuatu, yang pada dasarnya baik, seperti melindungi ahli keluarganya dalam kes Hatib, dia terlajak dan tanpa disengajakan membuka pintu kemudaratan kepada jemaah, kebaikan dan pengorbanan lampau digunakan sebagai hujjah membelanya. Kerana bukan niat Hatib untuk mengkhianati ummat Islam dan ini telah Hatib jelaskan sebelum itu. Maka gelaran, kalau ingin digelarkan sekalipun sesama kita harus yang baik, seperti ‘ahli Badr’, ‘As-Siddiq’, ‘Al-Faruq’, ‘Saifullah’ dan sebagainya. Kalau ada yang buruk, ianya terhadap penentang perjuangan yang dibawa yang jelas memusuhi seperti ‘Abu Jahal’, ‘Al-Kadzab’ dan sebagainya. Itu pun untuk menolak dakwaan yang memuji mereka. Abu Jahal dikenali sebagai ‘Abul hakam’ maka dijawab dengan gelaran Abu Jahal. Musailima pula mendakwa dirinya adalah seorang Rasul selepas Nabi Muhammad (SAW) maka digelar Al-Kadzab iaitu Si Penipu. Setakat yang saya tahu, tidak ada gelaran menghina sesama para sahabat, sehingga Rasulullah (SAW) sendiri melarang Abdullah ibn Ubay dan pengikut-
  • 14. pengikutnya digelar secara terang-terangan sebagai ‘munafiq’, samada haraki atau sebaliknya. Dan senarai golongan munafiq yang Allah beritahu Rasulullah siapa mereka, dirahsiakan. Dan tawaddhu’nya para sahabat, dan begitu takut mereka terhadap sifat munafiq yang mungkin ada pada diri sendiri, sehingga Saidina Umar telah bertanya kepada Huzaifah yang menyimpan senarai nama munafiq bagi pihak Rasulullah, samada nama beliau turut tersenarai! WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD Raja Idris, Din Ayam Akan Dipecat Dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad? Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa mengkaji semula keupayaan dan rekod prestasi pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) susulan penamatan perkhidmatan 105 pekerja Hotel Quality Shah Alam pada Jun lalu. Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani mendakwa pemberhentian beramai-ramai pekerja hotel itu perlu diatasi secara kolektif untuk menambah baik kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang lalu. "Kegagalan ini juga mencerminkan bahawa tadbir urus pengerusinya, Raja Idris Raja Kamarudin perlu dikaji berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya isu ini tidak memudaratkan pentadbiran baharu untuk membuat penambahbaikan GLC di Selangor. "Memberhentikan pekerja itu mencerminkan kegagalan Raja Idris, pentadbirannya perlu dikaji semula dan dibuat KPI supaya ia berkemampuan mengangkat GLC Selangor ke peringkat yang tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
  • 15. Sebelum ini, pengurusan KPS dilaporkan telah menyediakan pampasan berjumlah RM5 juta selain bantuan seperti nasihat temuduga, nasihat mencar pekerjaan, khidmat kaunseling dan penawaran peluang keusahawanan. Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 Shah Alam mempunyai 154 bilik termasuk suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa. Mengulas lanjut, Abdullah menggesa menteri besar itu mengkaji semula kedudukan Raja Idris untuk mengepalai pengurusan KPS yang gagal membela nasib pekerja. "Saya khuatir jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia akan memburukkan keadaan kalau pentadbiran sekarang tidak ditambah baik. "Saya merayu kepada menteri besar supaya melihat KPI latar belakang pengurusan sedia ada termasuk Raja Idris sama ada ia perlu dikaji kedudukan beliau demi mengangkat martabat GLC Selangor," katanya lagi. ~sinar harian Addin: Jawatan Din Ayam tak nak kaji ke? Lihat SINI. Organization Structure Home > About Us > Organization Structure
  • 16. Yang tidak berkepimpinan, jangan berkeliaran di Putrajaya lagi Harga petrol dan diesel naik lagi hasil dari penarikan balik subsidi bahan api oleh kerajaan sebanyak 0.20 dua hari yang lepas. Belum lagi kita dapat menerima pengenalan GST tidak berapa lama lagi kita dibebankan dengan kenaikan harga bahan api sebanyak 0.20 bagi setiap litre. Kita bukan tidak menerima hakikat yang akhirnya nanti kita tidak akan dapat mengelak dari penarikan kembali subsidi bahan api ini, tetapi ia dilakukan diwaktu subsidi ini perlu dikekalkan buat sementara waktu kerana rakyat sedang dalam kesusahan yang keterlaluan sekarang ini. Dalam keadaan harga minyak dunia sedang dalam keadaan menurun sejak beberapa tahun yang lalu kita menaikan harga ‘retail’ bahan api ini tidak henti-henti.
  • 17. Ini bukan masalah kita mahu subsidi itu kekal, tetapi ia adalah masalah waktu dan cara harga bahan api ini dinaikkan. Sejak 2009 begitu banyak subsidi telah ditarik balik. Nampaknya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk menambah pendapatan untuk menyelenggarakan negara dengan kadar yang baik dan terpaksa menyelindungi kelemahannya dengan menarik balik subsidi bahan api ini. Kini rakyat bukan meminta tambahan subsidi tetapi sekadar mengekalkan subsidi itu diperingkat yang ada kerana waktu dan ketika ini rakyat sedang berperang dan berjuang untuk mengendalikan kehidupan dalam keadaan yang tersangat sempit ini. Kerajaan sepatutnya buat sementara ini menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit dengan kesempitan ini dahulu, bukannya menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah kerajaan yang boros dan tidak berbelanja dengan telus seperti yang difahami oleh ramai sekarang ini. Apabila kerajaan bermasalah sahaja, maka rakyat terpaksa menanggung kelemahan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sedangkan kerajaan tidak pernah menyedari yang rakyat telah berkorban dengan membenarkan subsidi bahan api ini ditarik balik beberapa kali dalam tempoh setahun dua ini. Yang bermasalah sekarang ini bukannya rakyat, tetapi yang mempunyai masalah sekarang ialah kita mempunyai pemimpin yang bermasalah besar. Pemimpin kita semuanya adalah dari gulungan yang keliru, tidak tahu bagaimana dan cara mana mereka berada diatas sana dan memimpin kita dan negara. Kita tidak ada ‘planner’ yang baik untuk menyusun dan mengendalikan isu kekurangan pendapatan kerajaan dengan mencari sumber lain selain dari memberikan tumpuan menarik balik subsidi yang sudah begitu besar sejak beberapa tahun yang lepas ini. Najib sepatutnya berhenti buat seketika bercakap bergegar-gegar hendak membawa negara ini kepada sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sedangkan rakyat dibawah ini sedang bergelumang dengan kehidupan yang sempit dan
  • 18. memeritkan ini. Najib lebih mementingkan populariti peribadi beliau dari menangani masalah rakyat yang lebih dari 70 peratus yang berada dibawah purata pendapatan RM3000 sebulan ini. Cerita hendak menaikkan tahap negara berpendapatan tinggi, buat sementara ini masih lagi cerita dongeng Najib ‘and geng’ yang begitu sarat dengan dongengan itu. Najib sepatutnya bercakap mengikut kadar yang sepatutnya sahaja dan elakkan diri dari hanya berucap tanpa mempunyai asas kukuh untuk mengaku yang negara kita bakal menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Najib nampaknya bukannya memimpin negara dengan bermodalkan kepada kebijaksanaan atau kemampuan untuk membuat perancangan baik untuik rakyat, tetapi hanya bersandarkan kepada populariti beliau di dalam UMNO sahaja. Najib jelas mempunyai lidah yang terlalu pantas dari pemikirannya. Najib sepatutnya sekarang berdiri diatas pentas dan mengumumkan yang beliau tidak lagi berdaya untuk menguruskan negara dan mengaku sahaja yang beliau telah gagal dalam serba serbinya dan mengumumkan apa yang sepatutnya yang beliau perlu lakukan. Jika beliau menyedari keadaan itu, dan mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih dan bersara, maka semua barisan kepimpinan dibawahnya juga sepatutnya turut serta bersara dan memberikan rakyat membuat pilihan yang lain. Kerajaan sekarang tidak sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga bertahan dengan memaksa rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada dalam sebuah negara yang akan lumpuh dalam tidak berapa lama lagi. Najib tidak berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu subjek ‘which he knows too little’. Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini. Takkanlah kerajaan sekarang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara. Kita tidak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara kerana membiarkan Ketua Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran (loitering) di Putrajaya itu hanya untuk mengelirukan rakyat. Tidak boleh kah mereka yang berada di peringkat Dewan Legislatif Negara melakukan sesuatu yang drastik
  • 19. dan berani untuk mencari kepimpinan yang mampu untuk memahami keadaan rakyat yang sangat terhimpit kehidupan mereka ini? Tidak adakah di kalangan mereka ini mengenepikan sedikit masa untuk berfikir untuk membantu rakyat yang dalam keperitan ini? Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam? Najib, Muhyidin dan lain-lain diatas itu patut berkorban untuk rakyat. Berkorban bukan hanya dengan memegang jawatan. Meletakkan jawatan untuk kepentingan negara juga adalah pengorbanan. Elok letak jawatan sekarang daripada di letakkan jawatan mereka ini oleh rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Pemimpin kerajaan (UMNO) sekarang ini jangan mengekalkan kuasa semata-mata disebabkan kekalutan yang sedang berlaku dipihak pembangkang sekarang sahaja. Posted by Aspan Alias at 05:02 2 comments: ARIF ANUAR said... PM kita ni dari keluarga bangsawan.. dia boleh bayangkan bagaimana orang susah/miskin, tetapi tidak boleh membayangkan bagaimana kemiskinan dan kesusahan itu sebab dia tidak pernah merasai semua itu.... Pemimpin-pemimpin skg, tak kira yg kecil atau besar... kebanyakannya datang dari keluarga yang senang, belajar tak pandai, tapi berpeluang utk masuk sekolah berasrama penuh, senang masuk ke IPTA,senang dapat kerja kerajaan dan senang dapat biasiswa kerajaan... kerana kebanyakannya menggunakan kabel kawan-kawan dan kabel politik.... sedangkan ada diantara mereka yg dapat keputusan UPSR,PMR,SPM cemerlang kerana mampu membeli soalan bocor (telah berlaku sejak 30-40 thn dulu lagi)... Dulu MARA/MRSM mengambil anak-anak dari kampung dan luar bandar yg pandai walaupun keputusan tidak begitu baik (sebab kemudahan pembelajaran sukar di kampung/luar bandar).. tetapi sekarang anak2 kampung yg pandai pun belum tentu boleh masuk... sebab takde KABEL... perhatikan skg di sekolah berasrama penuh semasa ibubapa menghantar atau mengambil anak2 mereka di asrama... BMW, Merc, AUDI dll... Hasilnya sekarang kita mempunyai pemimpin2 yang tidak memahami kesusahan rakyat, tidak ade belas terhadap orang miskin, tamak dan yang teruk sekali tidak mempunyai kefahaman agama yg cukup.
  • 20. 3 October 2014 06:21:00 GMT+8 abrarmujahideen said... Kenaikan minyak adlh 9.5% dari harga asal....Ekonomi berkembang 6.5%...BLR naik.... Lebih tinggi dari GST...6%..inilah nikmat dari kerajaan penindas rakyat. arga minyak & GST: 2015 tahun yang dahsyat Tuan Ibrahim Tuan Man 2015 bakal menjadi satu tahun yang amat dahsyat bagi rakyat marhaen, terutamanya mereka di bandar yang berpendapatan rendah dan pertengahan. Kenaikan 20 sen harga diesel dan petrol bakal melonjakkan harga barangan keperluan serta makanan dan minuman kerana meningkatnya kos pengangkutan. Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga. Impak kepada inflasi akibat kenaikan 20 sen ini bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka 3 bulan. Perkara ini akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April. Berdasarkan laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”, inflasi meningkat mendadak dalam dua tahun pertama GST mula dilaksanakan di mana-mana negara. Di Australia, tahun sebelum GST dilaksanakan, inflasinya hanya 1.8 peratus (%). Ketika GST dilaksanakan, inflasi melonjak ke 6%. Hanya selepas 2 tahun, inflasi menurun ke kadar 2.9% - tapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana.
  • 21. Begitu juga di Singapura dan China. Sebelum GST dilaksanakan, inflasi hanya sekadar 0.8% dan 10.5%. Pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura melonjak ke 5.4% manakala China 24.2% sebelum turun ke 2.3% bagi Singapura dan 12.7% bagi China selepas 2 tahun. Berdasarkan apa yang berlaku di Australia, Singapura dan China, Malaysia juga tidak akan terlepas daripada kenaikan inflasi mendadak ini di 2015 apabila GST diperkenalkan. Ditambah pula dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun 2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen. Bersedialah menghadapinya. BR1M sebanyak RM1,000 (purata RM83.33 sebulan) tidak akan dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi ini. Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas Selebriti Pun Bising Bila Harga Minyak #Ron95 Naik Lagi..... Maka, jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter. Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan? Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?
  • 22. Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini. Yang peliknya, setahu kami selebriti di Malaysia ni memperoleh pendapatan yang agak lumayan juga. Namun, mungkin dek kerana petrol merupakan keperluan harian, maka mereka pun rasa terbeban juga. Nampaknya lepas ni mereka pun kena kerja keras siang malam dan bersaing antara satu sama lain untuk dapatkan job pula kan? Fuh! - blog OHBULAN! Anda mungkin juga meminati: PENGURUS FELDA BELASAH IMAM CERITA DARI FACEBOOK DAN AKBAR HARAKAHDAILY ?? Mohd Azli Ahmad Johari Peneroka Felda Lakum Lanchang merangkap tok imam masjid kene belasah dgn pengurus technoplant dlm kebun sendiri semasa nk mengeluarkn hasil..apa cerita ni..betul ka ?
  • 23. Mohd Azli Ahmad Johari Kalau sapa yg tau kebenaran tolong bgtau..exkiss me Adanjebat Gtp Nak tau cite mai dtg bkt damo ...koi tngu koi ade at bkt damo...bleh borak2 pnjang smbil ngeteh...te... Mohd Azli Ahmad Johari Apa guna fb bro..crita ja dlm ni..nk tutup semua fitnah..yg penting ambil yg jernih buang yg keruh.. Pemburu Bayang [29/09 10:42 PM] SH5 Hj Isa: Saya dah kena langgar sempat mengelak cuma betis luka sikit. Yang langgar saya t u imam bkt damar? Jalal kenal tu..esok dengar pembohong hj shafie dalam sinar. Hasil sawit lot peneroka diurus oleh ftp hilang sejak april tapi x dpt kesan siapa yang curi,jadi isu dlm mesyuarat jkkr..pd 25 sept terserempak dgn imam sdg punggah lot tersebut,berlaku tikam lidah antara saya dgn dia,dia hilang sabar lalu cabut parang panjang disisi motor dan cuba melibas saya,saya sempat memaut leher dia tujuan utk mempertahan diri dan driver dan penyelia rampas parang dari tanganya dan buang parang panjang tersebut jauh jauh. Imam guna geng,saya tinggalkan imam kuatir ada yg hilang sabar lagi..tapi dlm perjalanan balik kaki pukul hj shafie seramai 3 orang halang kembara saya.saya turun dari kembara,salah seorang kaki pukul hj shafie marah saya dgn suara yang tinggi mengapa pukul imam saya(hj shafie call mereka)saya jawab saya cuma mempertahankan diri sebab dia nak libas saya dgn parang panjang..tiba2 haji shafie memecut motor laju dari arah belakang dan melanggar saya,mujur sempat mengelak cuma betis kanan luka.kemudian haji shafie terbabas dan jatuh tertiarap atas motor sendiri.dia bangun dan arah kaki pukul dia pukul saya. Pemburu Bayang Imam curi buah ker? Kuikui... klu nk kata pngrus pukul imam org bkit dmar pn x cayo... smua org tau sapo imam... kuikui... Pemburu Bayang Kata nya imam pajak ldg ni. Tp tuan punya ldg dah meninggal. Jd waris tak bg imam dah ambil hasil Dari segi hukum pajak kebun ni mcm mna ye? Zamili Zuhri He2. yg jd staff x bijak yg jd mangsa pula x sabar. dlm isu ni mcm x ada undang2 yg ada. Mohd Azli Ahmad Johari Pemburu Bayang.
  • 24. k terbaik..ambik ikhtibar..yg selebihnya selesai cara elok supaya x jd barah dlm felda..win2.. Fauzi Sagu Kalau guna budibahasa mungkin hj shafie tak hilng sabar.. Hanafi Hamin Pajak2 slow sikit sebut... terasa FGV nnti Hanafi Hamin Dari segi hukum macam mana Pemburu Bayang pajak ni? Tanah pajakan 99 tahun pula dikira macam mana hukumnya.. ladang plantation dipajakkan ke fgv macam mana pula hukumnya? Hasil keuntungan pajakan ladang kepada fgv diagihkan kepada peneroka nak dikira bagaimana pula... Roslan Mohd Zain Betul atau fitnah??.. kalau betul dah jadi mengumpat..kalau tak betul dah jadi fitnah..dua2 perkara ru menyebabkan berdosa...ada berani ????? Karip Mohd Salleh Mungkin kedua2 belah ada kesilapan masing2..eloklah berdamai..imam ngan pengurus orang kuat rancangan..( kes ni bukan pengurus FTP ) Pemburu Bayang Pgurus dh nk pencen dh pun... tnya pak imam la tu la HH sbb dia yg pajak ladang peneroka... hehe... Saiful Hanif len kali ambil video dan gambar...gi umah tok imam tu interview...baru post....baru lah gempak Rusman Osmadisa Yg mana betul..imam ke pengurus tekno Pemburu Bayang Pngrus felda.... hj isa namanya... Fauzi Sagu Hehehe..bila kena ke pengurus..pandai pulak kira dosa pahala.. Rusman Osmadisa Yg atas tu kata pengurus tecno.. Bukan pengerusi felda.. tu yg bercanggah.. mungkin kot tak boto dah tak taulh.. sbb post diateh tu nk tanyo boto ko.. Jamilah Jaapar
  • 25. tnoplant pengurusan ladang yg bersama felda felda pengurusan drancangan felda kedua2 memantau pengeluaran hasil Belia Felda Kes ni melibatkan pngurus felda bukan pngurus technoplant.. Mohd Azli Ahmad Johari Maaf ckp..tpt sy penah jd tp xda touch body..bukan kehendak pengurus tp kena cucuk hidung dgn org kepentingan d felda sy..last skali pengurus kena tukar..paham2 sudah la..x dgr radio karat.. Jamilah Jaapar tuan haji isa memang nak tukar tapi kami tak nak dia tukar kami masih lagi memerlukan perhidmatan n bimbingan beliau lagi Dibawah ini pula cerita dari akbar harakahdaily KESAL KES PUKUL BEKAS QARI KEBANGSAAN Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas tindakan kekerasan oleh pihak pengurusan Felda Lakum terhadap imam masjid Ustaz Shafii Lebai Hanafiah yang dipukul beramai-ramai di ladangnya di sini. Katanya, tidak sepatutnya seorang pengurus atau kakitangan Felda menyelesaikan masalah dengan bertindak melulu menggunakan kekerasan apa lagi imam berkenaan mengambil hasil tanaman di atas tanahnya yang sah. Serentak dengan itu beliau mencadangkan supaya Shafii mengambil tindakan mahkamah sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang. “Setelah saya melihat kepada semua dokumen dan fail-fail yang ditunjukkan, saya yakin kes ini berpihak kepada kepada tuan imam kerana tidak melakukan kesalahan, jadi kenapa dihalang dan dipukul? Jadi saya cadang dibawa kes ini ke mahkamah supaya lepas ini tidak timbul masalah lagi.
  • 26. “Jika tidak, akan datang akan timbul lagi isu-isu lain pula. Jadi kes kekasaran ke atas tuan imam ini mestilah dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika melawat Shafii di rumahnya. Shafii ialah Qari kebangsaan pada tahun 2006 pada Majlis Tilawah al-Quran dan mendapat tempat ketiga peringkat antarabangsa pada tahun yang sama. Beliau yang juga guru al-Quran, pernah mewakili negeri Pahang sebanyak 8 kali di majlis tilawah tersebut. Dalam kejadian Khamis minggu lalu, Shafii mendakwa beliau telah dipukul beramai- ramai di ladangnya di lot 8053 Felda Lakum, Lanchang. Tanah tersebut telah dibeli daripada seorang peneroka bernama Yusof (telah meninggal dunia) yang merayu untuk menjualnya kepada Shafii kerana tidak ada anak pada tahun 2003. Bagaimanapun, Shafii hanya mengusahakan pengeluarannya bermula 2013, apabila semua proses mahkamah selesai. Bagaimanapun, Felda telah mengeluarkan dokumen bahawa beliau ‘mencuri’ buah sawit di ladangnya itu. Menceritakan kejadian kekasaran yang berlaku, Shafii berkata mula masuk ke ladang jam 8 pagi melihat pekerja memotong buah sawit di tanahnya yang dibelinya dari arwah Yusof, peneroka di Felda yang sama. Kemudiannya pukul 10 sawit tersebut dimasukkan ke dalam lori untuk dipunggah ke kilang. Kira-kira pukul 10.30 pagi penyelia ladang Felda Technoplant datang dan kejadian pertengkaran dan kekasaran berlaku jam 11 pagi apabila pengurus dipanggil datang. “Pada mulanya penyelia itu kata tak boleh ambil buah sawit di ladang yang saya beli itu. Saya kata saya dah tanya hakim mahkamah, tanah ini saya dah bayar habis, dah sah milik saya jadi saya boleh ambil hasillah di tanah saya.
  • 27. “Tak lama kemudian pengurus technoplant tiba. Bila dia sampai saya pun hidupkan motosikal untuk beredar balik. Ketika itu dia menjerit ke arah saya bertanya mana geran (sebagai bukti tanah itu milik saya). “Saya jawap geran ada di rumah, takkan nak bawa ke ladang. Setelah seketika bertengkar saya diterkam dan dipegang oleh penyelia dan drebar. Kemudian lima buah motosikal lagi datang mengugut saya dan menghalang tak bagi balik. Saya pecut motor nak lari balik dan merempuh sehingga sama-sama jatuh,” ceritanya. Shafii berkata, selepas itu beliau menerima rawatan bengkak-bengkak di klinik akibat jatuh dan dipijak-pijak dan turut membuat laporan polis. Shafii berkata, beliau membeli tanah berkenaan pada tahun 2003 dan telah diselesaikan bayaran mengikut undang-undang, jadi tidak sebab Felda mengaku tanah tersebut milik mereka. Beliau juga tidak menolak kekasaran terhadapnya mungkin juga akibat dendam berdasarkan fitnah-fitnah terhadapnya oleh pihak tertentu. Terkini!!! (Gambar2) Keadaan Timb. Presiden PAS Yang Dimasukkan Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.. Jom Terjah!!! 6:20 PM No comments PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi.
  • 28. Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh seorang doktor. Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya. Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. "Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya. Paparan skrin Twitter milik Khalid Samad. Kenyataan Menteri Tentang Pengurangan Subsidi Petrol Mengelirukan Rakyat. Berapakah Harga Sebenar Petrol Yang Perlu Rakyat Bayar?
  • 29.
  • 30. Mengikut ucapan Ahmad Maslan bertarikh 24/9/2014 "Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi" dan hari ini (1/10/2014) pula kata subsidi dikurangkan 20sen. Ini bermakna subsidi kerajaan pd RON95 mulai 2/10/2014 adalah 53sen TAPI heran mengapa di twitter Ahmad Maslan kata 28sen pula??? MANA SATU YANG BETUL?? Anda lihat & nilaikanlah sendiri permainan 'mereka' dgn harga subsidi minyak tersebut utk mengelirukan & perdayakan rakyat di sebalik berselindung harga sebenar... Kalaulah kerajaan jujur & beramanah SUDAH TENTU RAKYAT MALAYSIA SUDAH MENIKMATI HARGA MINYAK SEMURAH RM1.85 SELITER SEKARANG.... Bagaimana subsidi sebenarnya TIDAK WUJUD? sebab ...
  • 31. 1- Harga ron95 kurang 2 sen dengan RON97 2- Dah mana harga sebenar? 3 - Minyak low gred bukan kah sepatut jauh lebih murah? 4 - kenapa harga kurang 2 sen dengan RON97? 5 - kita andaikan sahaja harga sebenarnya adalah RM1.85 seliter. 6 - maknanya kita membayar lebih mahal sebenar harga minyak selama ini. Semua kena tipu. Bayangkan jika FAKTA ini disiarkan di kaca tv mahupun radio. Apakah reaksi rakyat pula.. BAN Politik - Kenaikan RON95 : Kerajaan Bodoh Atau Rakyat Bodoh Berbaris ke semalam sedagher sedaghir... Nak tuang minyak isi penuh tong.. Tahan sampai brim diagihkan semula... Mana pejuang melayu hingga ketitisan terakhir embun pagi... Tak nak melalak ke dalam tv3.. Kami tidak sokong kenaikan harga minyak.. Mereka yang kat atas, golongan korporat, golongan semua benda dapat sponsor, bleh claim ribu riban.. Memang tak amik port kenaikan minyak.. Yang mereka pikir, sogok atasan dapat projek.. Masyukk billion dollar.. Apa nak jadi pada kerajaan, tak amik port... Janji projek masuk.. Nak salahkan kerajaan, yang korang bodoh undi pemimpin korap saper suruh... Yang korang beriya-iya panjat tiang letrik, gantung berdera.. Demostrasi sana sini.. Apa kejadah dapat.. Dapat projek billion ke.. Ke dapat share jualan minyak muka... Tunggu jela pembentangan bajet 2015, nanti najib tabur bunga-bunga cinta.. Bunyi je brim dinaikkan.. Kepala hotak terus pikir esok nak pergi amik cash axia atau iris pakai duit brim.. Ditokok tambah dengan pemimpin hangguk.. Orang kampung tak pakai kereta la brooo...
  • 32. Nasrudin Tantawi : Taat vs Ampu NASRUDIN HASSAN | 02 Oktober 2014. 1. Ketaatan dan wala' pada jamaah dan pimpinan bukan pengampu. Justeru ia adalah didikan Nabi kita Muhammad saw. Apabila Nabi saw bersabda:
  • 33. َ‫ن‬ َ َ َ‫س‬َ ‫ب‬َْ َ‫ل‬ِ‫ك‬َْ َ ِ‫ي‬‫ب‬ َ‫ك‬َُ َ ِ‫َن‬ ُِ‫ك‬َ‫ا‬ ِ ِ‫َن‬ ََ َْ َُ ََ َ‫َّلل‬ ََ َ‫َّلل‬ َ‫ي‬‫ب‬‫َّلل‬َُ َ ِ‫َن‬ َ‫ه‬ ِ َُ َ‫ل‬ِ‫م‬ َ ِ‫با‬ْ ِ‫َع‬‫َّلل‬َ‫ن‬ ‫ب‬‫ا‬َُ ‫ي‬‫ع‬‫ب‬َُْ ‫ب‬‫ل‬َ‫ن‬‫ب‬ َ‫ك‬َُ ََِ ‫ب‬‫س‬َ‫ع‬‫ب‬َْ ‫ب‬‫ا‬ِ‫م‬ َ َ َ‫س‬ ِ ‫ي‬‫ب‬َْ َِْ‫ك‬ َ‫ي‬َْ‫ب‬‫ن‬َُ ِ‫ا‬ََُ‫ن‬ ‫ب‬‫ه‬ِ‫ب‬ٌََْ 2417 ‫ُي‬ ‫ْخ‬ ‫َم‬ ‫َه‬ ُ Maksudnya: Dengar dan taatlah olehmu sekalipun pemimpin yang dilantik ke atas kamu hanya seorang hamba abdi Habasyi dan rambutnya kerinting (hitam dan tidak smart). 2. Mengampu ialah tindakan mengipas atau mengangkat pimpinan untuk mencapai kepentingan tertentu dari pimpinan tersebut. Sementara taat dan wala' yang diberikan kepada pimpinan adalah untuk memastikan perjalanan sebuah organisasi berjalan lancar dan setiap agenda serta gerakkerja jamaah dapat diurus dengan jaya dan terancang. 3. Perbuatan mengampu memang satu perbuatan yang keji kerana ia sekadar memuji dan memuja pimpinan sebagai batu loncatan bagi mengapai kepentingan tertentu. Sedang ia tidak membantu gerakkerja jamaah dan melunaskan amanah perjuangan. 4. Dengar, taat dan wala' terhadap jamaah dan pimpinan adalah sikap terpuji. Ia sebahagian dari sistem Islam dalam pengurusan organisasi. Tiada kepentingan selain Islam yang diperjuangkan. Selama mana pimpinan tidak menyuruh perkara mungkar maka dengar, taat dan wala' adalah tuntutan syara' ke atas setiap anggota jamaah. 5. Ketaatan dan kesetiaan (wala') yang diberikan kepada jamaah dan pimpinannya tidak menghalang untuk anggota menegur atau mengkritik kelemahan dan kesilapan pimpinan. Malah Islam menyediakan kaedah tertentu untuk melaksanakan tanggungjawab nasihat dan teguran kepada pimpinan tanpa meluntur prinsip atau nilai taat dan wala'. Minyak naik: Apa makna 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'
  • 34. KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol dan diesel secara mendadak mulai hari ini adalah suatu yang amat dikesali dan mengecewakan. "Suatu tindakan tidak bertanggungjawab di saat rakyat bersiap untuk merayakan Aidil Adha," ujar Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir dalam satu kenyataan. Katanya, kerajaan BN makin tidak prihatin kepada rakyat yang sedang menghadapi tekanan ekonomi yang memeritkan. Sesungguhnya, ujar beliau kenaikan harga bahan api beberapa bulan sebelum perlaksanaan GST sudah pasti akan mempercepatkan lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan. "Kenaikan terbaru ini menggambarkan betapa rakusnya kerajaan Barisan Nasional dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata yang semakin tertekan," katanya lagi. Menurutnya, pengorbanan dan kesabaran rakyat langsung tidak dihargai dan dipandang sepi oleh pentadbiran Najib-Mahyuddin. Beliau menambah, rakyat sedang dipermain dan diperlecehkan oleh kerajaan yang sarat bermain slogan dan teriakan kosong.
  • 35. Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apa maknanya slogan '1Malaysia' dan 'Di sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara apabila rakyat hidup dicengkam derita. "Cukup cukuplah wahai pemerintah yang diamanahkan oleh rakyat daripada mengambil mudah, mempermainkan, dan memperlecehkan rakyat jelata," ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/10/2014 ENAM WAKIL RAKYAT PKR DI KETUAI RAFIZI RAMLI AKAN KE AUSTRALIA UNTUK "MENGHASUT" PARA PELAJAR, AHLI AKADEMIK DAN PEGAWAI KERAJAAN AUSTRALIA TENTANG AKTA HASUTAN 1948. Enam Wakil Rakyat PKR akan membawa bantahan mereka terhadap siri tangkapan mengikut Akta Hasutan Putrajaya ke lima bandar di Australia bulan ini, ketika kerajaan kedua-dua negara menjalin hubungan erat ekoran dua tragedi berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS). Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney dari 17 hingga 23 Oktober. "Sebahagian daripada perjalanan kami adalah untuk mengetengahkan tindakan keras akta ini dan memaklumkan kepada mereka tentang ekonomi Malaysia," Rafizi berkata. Delegasinya termasuk Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya) dan dua Adun – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Selangor dan Adun Semambu Pahang Lee Chean Chung. Mereka akan bertemu pelajar Malaysia, ahli akademik, pegawai kerajaan
  • 36. Australia dan ahli Parlimen, termasuk Senator Bebas Nick Xenophon, yang merupakan rakan rapat Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malaysia dan Australia bekerjasama secara rapat sejak kehilangan MH370 pada Mac, dengan Australia kini mengetuai pencarian antarabangsa di Selatan Lautan Hindi. Terdapat enam warga Australia dalam penerbangan itu. Apabila ada yang ngaku Ulama Muda dalam PAS lebih sudu dari kuah..!!! Tulisan Dr Fauzi Zakaria... Bekas SUA TG MB Kelantan. Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Meng infaq kan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa. Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat. Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam, mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertonggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
  • 37. Apakah saudara ahli2 PAS boleh terima??? WALLAHUALAM 20 Tip Jimat Minyak Kenderaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu By Amekaw – October 3, 2014Posted in: Automobil, Gaya Hidup, Informasi, Tips Dari segi kenderaan
  • 38. 1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini. 2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan. Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali 3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan. 4. Kurangkan rintangan angin Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan mempengaruhi kesan rintangan angin. Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin ketika air-cond dihidupkan. 5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan. Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan. Dari segi pengisian minyak 1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari) Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas. Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk. 2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu. Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak. 3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95
  • 39. Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan. Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar. 4. Isi minyak dengan perlahan-lahan Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi 5. Isi minyak hingga tangki penuh Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan Dari segi pemanduan 1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten. Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j. Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah: 100km/j: penggunaan minyak bertambah 10% 105km/j: penggunaan minyak bertambah 15% 110km/j: penggunaan minyak bertambah 25% 2. Jangan kerap tekan break. Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek) Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai. 3. Pastikan guna gear yang betul Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. 4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.
  • 40. 5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja. Dari segi perjalanan 1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh. Minimumkan perjalanan jarak dekat. 2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda. 3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan. Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda. Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda. 4. Amalkan kongsi kenderaan Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan. Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan. Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan. 5. Elak jalan dan waktu sesak Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja. Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Dari segi penyelenggaraan 1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip top. Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus 2. Guna bahan rawatan minyak
  • 41. Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat. 3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala 4. NGV pada kenderaan anda NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol. Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda. Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda. 5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis. sumber: thevocket.com Harga Bahan Api Naik, Menteri Suruh Rakyat Bersyukur
  • 42. KIPAS JANGAN TAK KIPAS SELAGI NAJIB HIDUP.... Apa reaksi/ respon spontan ANDA SEMUA jika berkesempatan bersemuka dgn manusia spt ini !!! Cium tgn, chup chup chup ??? Mintak jadi bapak mertua ??? Berselfie ??? Sign autograf ??? atau .......... Perdana Menteri Malaysia Sila Letak Jawatan
  • 43. Amaran Kepada Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT (Wajib Baca) By Amekaw – December 23, 2013Posted in: Informasi, Tips Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
  • 44. untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni. lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa: Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri? Mz: ye sy bercakap, ada pe ye? Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en. Mz: awk ni dari mana? Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en. Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia) Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang. boleh saya tau alamt penuh en? Mz: alamat sya…. Wi: boleh dapatkan no ic… Mz:90xxxxxxxx Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye? Mz: ye sy… Wi: dah brapa lama ia digunakan? Mz: hampir 2 tahun… Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210 Mz: ye btol… Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir Mz:16xx xxxx Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
  • 45. Mz: ye ad… Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en? Mz: xxx… Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat. En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en. Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah. Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju.. Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu. Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana? Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan… Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en. Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe? Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone) Darah dah tak tenteram, buka terus maybank2u… Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat kol maybank buat pengesahan… pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!
  • 46. PANDANGAN MENGENAI ISU PENUTUPAN AKAUN SMUE PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG YANG BERCANGGAH PENDAPAT DARI 2 BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TSKI.
  • 47. Bermula dengan sehelai surat bertarikh 25hb September 2014 dari Bendahari Negeri Selangor kepada Pengurus Cawangan AmBank Klang mengenai PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG , maka berlaku ribut kononnya terdapat percanggahan dalam tindak tanduk yang dilakukan. Satu pihak menyalahkan Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu dan satu pihak lagi menyatakan MB Selangor tidak terlibat tetapi arahan bulat-bulat dari Bendahari Negeri Selangor. Kedua-duanya adalah bekas Setiausaha Politik bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, merangkap
  • 48. Ketua KeADILan Cabang Bandar Tun Razak, Azman Bidin berkata akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi ahli parti PKR. Menyanggah dakwaan Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras DUN Pakatan Rakyat. “Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini. “Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.” Pada kenyataan media 30hb September, Faekah berkata Bendahari Negeri Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu, selepas penukaran teraju pentadbiran negeri. Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin menganggap pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali memulakan "langkah sumbang" apabila mendakwa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim. Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu. "Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak. "YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI. Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini. "Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang
  • 49. selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). "Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh menteri besar baru," katanya. SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga. Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974. Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor. Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE. Rumusan Omak Kau:- 1) Surat jelas bukan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor tetapi pejabat Bendahari Negeri Selangor .. Persoalannya jika bukan arahan datang dari pejabat MB Selangor adakah pejabat Bendahari Selangor begitu pantas akan mengeluarkan surat berkenaan? 2) Walaupun kedua-dua mereka ini bekas Setiausaha Politik kepada TSKI, seorang masih berada dalam PKR menjawat jawatan Ketua Cabang Bandar Tun Razak sedangkan seorang lagi telah keluar parti .. sudah pasti nada penjelasan agak berbeza ... seorang berkata dengan bahasa berlapik dan beralas sedangkan seorang lagi berterus terang tanpa berselindung dengan tidak ada rasa takut dan gentar. 3) Pokok utama penjelasan kedua mereka ialah memang wujud PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG .... persoalannya apakah ianya perlu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika kemelut politik Selangor baru nak merasai reda sedikit? 4) Dalam mempraktikkan budaya politik baharu yang cuba lari dari amalan politik purba UMNO sekian lama ialah dari segi peruntukkan tetap disalurkan terus kepada wakil-wakil rakyat waima dari parti mana pun mereka ... dengan mewujudkan suatu jawatan DUN angkat untuk menyelaraskan DUN yang bukan kepunyaan PR tidak ada bezanya apabila PR menyelar UMNO/BN mewujudkan jawatan JKKP untuk saingi JKKK sebagai tempat menyalurkan dana. 5) Ketelusan dan keadilan bukan sahaja inya mesti dilaksanakan tetapi ianya lebih penting dilihat dari kaca mata hati ianya dilaksanakan. 6) Jangan anggap dan pandang isu ini remeh dan kecil sebab persepsi rakyat
  • 50. tentang tatakelola urus tadbir negeri Selangor dibawah Menteri Besar baharu perlu dipandang serius dan diambil berat. Silap urus persepsi alamatnya, inilah kali terakhir PR memegang tampuk pemerintahan Selangor... Menang sorak kampong tergadai. .. Ingat!!! . Rakyat sentiasa memantau dan membuat penilaian. Thursday, October 2, 2014 Guan Eng teruskan saman pada Nasrudin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih meneruskan saman ke atas MP PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong bawah laut bawah kerajaan negeri itu. Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata writ dan kenyataan tuntutan telahpun difailkan dan dikemukakan ke pada semua pihak pada 20 Ogos lalu. Penjelasan itu timbul susulan dakwaan bahawa beliau telah menggugurkan saman ke atas Nasrudin. “Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak menandatangani writ tersebut. "Atas kesilapan teknikal di pihak kami itu, kami memohon maaf kepada KM,” kata Mureli dalan kenyataannya. "Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasrudin sebaik ia dikeluarkan dari mahkamah,” katanya. Nasrudin dalam tulisannya di Facebook pada 6 Ogos lalu mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
  • 51. Anggota jawatankuasa pusat PAS itu turut mempersoalan mengapa tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus. Kenaikan Harga Petrol Adalah Demi Keuntungan Berganda GST Tindakkan kerajaan menaikan harga bahan api sebanyak 20sen bermula tengah malam tadi bakal menyebabkan kehidupan rakyat lebih sengsara. Kenaikkan ini juga mendorong kesan berantai kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang tidak mungkin mampu dikawal. Ini adalah satu rompakkan terbuka kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menggesa rakyat seluruh negara khususnya anak muda agar menunjukkan protes secara ampuh. Kerajaan hari ini sekali lagi telah mencabar kesabaran rakyat dan kita tidak harus berdiam diri kerana kesulitan lebih besar menanti di hadapan. SAMM telah menjangka kenaikan harga petrol dan diesel ini. Ia adalah persediaan kerajaan untuk mengaut untung yang lebih besar dengan perlaksanaan GST. Malah harga komoditi petrol itu sendiri akan meningkat lebih 15sen seliter dari RM2.30 menjadi RM2.45 selepas GST dilancar (1 April 2015). Ketika ini juga harga petrol dunia telah menurun sebanyak lebih 25% sejak Mac 2014. Banyak negara termasuklah India dan United Kingdom telah mengambil langkah menurunkan harga petrol. Tiada alasan untuk harga minyak tempatan dinaikkan.
  • 52. Namun di Malaysia, kerajaan sengaja membiarkan harga barangan melambung. Sifirnya, lebih tinggi harga barang/perkhidmatan maka lebih tinggi cukai GST yang dikutip. Lebih tinggi perbelanjaan isi rumah akibat dari kenaikkan harga bahan api, lebih banyak GST masuk kantung kerajaan. Masihkah kita ingat bagaimana seorang Perdana Menteri merayu supaya diberikan peluang untuk memerintah sepenggal lagi? Masihkah kita ingat janjinya untuk tidak menaikkan harga bahan api walaupun harga minyak dunia melambung? Malangnya, walaupun ketika harga minyak global menurun, kerajaan telah menaikkan harga minyak domestik sebanyak 40 sen semenjak kekal memerintah lepas PRU13. Justeru itu, SAMM bermula dari malam tadi telah melancarkan flashmob di beberapa lokasi dan akan terus menyusun lebih banyak flashmob di seluruh negara. Satu perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga petrol 'demi GST' akan menggegar tanahair. Anak muda harus bersedia dan menyambut gerakan murni ini. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kenaikan Minyak 20sen - Hasan Malek Minta Rakyat Bersyukur & Ucap Tahniah. Sebenarnya. Hasan Malek tahu kita marah dia bila dia sebut ayat2 suruh kita bersyukur. First time dia sebut, memang dia saja sebut. Tapi selepas beberapa kali dia sebut, itu maksudnya dia troll kita. Dia saja nak bagi kita panas. Sakit ahti. Bugima punya menteri. Kata Hasan Malek ;
  • 53. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api. Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi. Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel. “Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas. “Ops Titik (banteras penyeludupan yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah. “Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya. -mkini- - Rakyat patut bersyukur sebab tindakan kerajaan naikkan harga minyak untuk banteras penyeludupan - Rakyat tak sepatutnya melakukan protes - Untuk selamatkan wang negara - Rakyat patut ucap tahniah
  • 54. - Rakyat kena kembali ke budaya hormati pemimpin, negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita. Jap. 1. Apa kaitan kenaikan harga minyak dengan kegagalan penguatkuasa tempatan buat tugas untuk banteras penyeludupan? Kalau dah tahu banyak kegiatan penyeludupan, buat la kerja elok2. Apasal pula rakyat yang nak kena tanggung kenaikan akibat kegagalan korang? 2. Rakyat pun memang takde mood nak buat protes. Mood nak maki ada. Protes tue kerja2 geng pembangkang untuk alih isu la. Nak jadi populis konon2 buat kerja. 3. Takde kerja aku nak ucap tahniah atas kebahlolan korang dalam membanteras penyeludupan. Sewel. 4. Budaya hormat pemimpin ke budaya jilat pemimpin? Satu lagi. Bersyukur dengan kejayaan apa? Kenaikan harga minyak bukan kejayaan kot. Kata2 Hasan Malek adalah troll untuk menyakitkan ahti haters dia. Itu dia punya pemikiran aku rasa. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri akan mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Melainkan dia betul2 gila. Btw, Hasan Malek gila atau waras? Sapa tahu? KAH KAH KAH Posted by Jeebond BLM at 4:28 pm , 0 comments PAS: Harga petrol naik tapi pasaran dunia turun Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 tengah malam tadi sedangkan harga minyak mentah dunia terkini mengalami penurunan mencecah USD90.73 setong. Berdasarkan semakan yang dilakukannya juga, ahli parlimen Pokok Sena turut mendapati harga minyak mentah dunia pada Julai berharga USD103 setong. Kecewa dengan tindakan terkini kerajaan, Mahfuz berkata tidak sewajarnya kerajaan bertindak merasionalisasi subsidi petrol sewaktu rakyat boleh menikmati "berita gembira" ekoran penurunan harga minyak mentah dunia. "Saya minta kerajaan memberi penjelasan mengapa harga minyak dunia jatuh, tetapi secara tiba-tiba kerajaan menaikkan harga minyak di negara ini. "Sepatutnya kejatuhan (harga minyak dunia) itu memberi berita gembira (kepada kita)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
  • 55. Selamat pagi Ostad Kazim,, ceriakan diri anda pagi ini... Ha ha ha, kalau dah jodoh tak kemana,, apa duk merungut-rungut lagi... terimalah saja... Dulu bila Najib offer jawatan MT Umno tolak,, sekarang kenapa duk merapu meraban... Ingat woi,,jangan la duk percaya ayat-ayat tu... lakonan kazim aja tu,, selebriti,, tak kan tak faham kut!.. sekadar nak kurangkan kemarahan rakyat ..... Apa dia Kisah....Lihat gaya kehidupannya sekarang ni...
  • 56.
  • 57.
  • 58. Terima kasih buat sahabat FB yang menghantar gambar ini kat aku..
  • 59. Kesian,,,, macai umno pun turut sama beli minyak malam tadi.... HUTANG NEGARA - BAYAR DENGAN MENGURANGKAN SUBSIDI Pengurangan subsidi bantu kurang hutang kerajaan BN yang boros
  • 60. SHAH ALAM - Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ke atas petrol RON95 dan diesel bertujuan mengurangkan hutang yang ditanggung kerajaan Malaysia. Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, pengurangan tersebut dilakukan kerana kerajaan menyasarkan had hutang negara tidak melebihi 55 peratus daripada Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK). Menurutnya, sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara, kerajaan juga berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus. "Sasaran kerajaan ialah untuk cuba mendapatkan bajet yang seimbang pada tahun 2020 mendapatkan perolehan sama rata dengan apa yang telah dibelanjakan. Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, yang menyebabkan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi diberikan kerajaan. Amir ketika mengulas lanjut berkata, penarikan semula subsidi minyak tersebut juga dilakukan demi mengurangkan penyeludupan minyak ke luar negara, khususnya negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Ujar beliau, kerajaaan perlu memastikan pemberian subsidi minyak yang ditanggung kerajaan diberikan sepenuhnya kepada rakyat dan tidak disalurkan ke negara jiran. “Kalau kerajaan nak berikan subsidi, biarlah rakyat yang menerimanya. Contohnya, subsidi Malaysia tidak harus digunakan sewenangnya oleh rakyat Singapura. “Rakyat Singapura sewenangnya membeli dan menyeludup minyak ke negara mereka kerana minyak mereka lebih mahal dari minyak kita, jika harga petrol dan
  • 61. diesel dinaikkan, jurang perbezaan harga antara negara jiran dan negara kita akan berkurangan,” jelasnya. LAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini... Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa. Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat. Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah. Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
  • 62. Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah. Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO. Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah. Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2. Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor.... Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu.. Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan. Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah . "Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami
  • 63. ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya. Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini. Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...." Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar..... Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama. Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni. Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2. Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu
  • 64. bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2 Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad. Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian. Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya. Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah. Ini bukan kereta Mat Sabu Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan. Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA. Silakah berMUHASABAH.
  • 65. [EDISI SONGSANG] Harga Minyak Dunia Jatuh, Malaysia Naik! BN dan Pakatan selar harga RON95 naik ketika harga minyak dunia turun Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat. Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak empat tahun lepas. "Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia. "Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun sebaliknya berlaku di Malaysia.
  • 66. "Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana kerajaan terus naikkan harga minyak. "Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar. Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa. "Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga tinggi," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia. Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel itu katanya adalah kesan sampingan terbaru akibat sikap kerajaan persekutuan yang tidak mengambil berat kebajikan rakyat dan kegagalannya mengurus ekonomi negara. Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar. "Apatah lagi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berpendapatan sederhana dan rendah," katanya. Nik Nazmi berkata, kerajaan Umno dan BN dilihat lebih rela menyakiti mereka yang lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan dengan orang penting. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam laman Facebook miliknya berkata, kerajaan United Kingdom dan India menurunkan harga minyak mereka sejak minggu lalu ekoran penurunan harga minyak dunia, namun tidak di Malaysia. Menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana didakwa gagal menguruskan integriti dan membanteras rasuah di kalangan kerajaan, Lim berkata daripada menaikkan harga minyak, Putrajaya harus fokus kepada pembasmian rasuah secara serius. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. "Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan
  • 67. subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan. "Harap para penasihat seperti Pemandu dan Datuk Seri Idris Jala lebih sensitif dan dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan," katanya. Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran pula berkata, walaupun kerajaan BN mengatakan ia akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan itu hanya sekali setahun sahaja dan tidak akan membantu isirumah untuk jangka masa panjang. "Kenaikan ini akan menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan dan perkhidmatan juga akan turut naik. Ia akan pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, ia juga mungkin menjejaskan sokongan rakyat kepada BN terutamanya di kalangan berpendapatan rendah yang tinggal di desa dan bandar. –TMI AZMIN, SATU UJI KAJI UNTUK KEBAIKAN PR SAMA ada Pakatan Rakyat berada di ambang kemusnahan atau sedang memasuki zaman baru, bergantung kepada reaksinya terhadap pelantikan Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.
  • 68. Mohd Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor - TV1/Malaysiakini Yang pasti beliau bukanlah pilihan sukarela Parti Keadilan Rakyat. Beliau lebih berupa kehendak Istana. PKR terpaksa merestui pencalonan beliau di saat-saat akhir setelah segala usaha “memaksa” Istana menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak berhasil. Kalau PKR boleh bertolak-ansur dan menerima ketentuan ini dengan kewarasan (wisdom), Mohd Azmin boleh menjadi MB tanpa gangguan dan boleh membuktikan sama ada beliau mampu atau tidak mentadbir Selangor yang telah mengorbankan banyak MB. Tetapi kalau PKR masih berkeras dan berdendam, besar kemungkinan Mohd Azmin akan menjadi seorang lagi MB Selangor yang dilanda sial dan Pakatan Rakyat menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Selangor. PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu gugat kedudukan Mohd Azmin seperti yang mereka lakukan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir ini. Harapan Mohd Azmin satu saja – keakraban dan taat setia beliau yang begitu lama dan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar. Beliau begitu sabar dan pasrah dikutuk, dicaci dan dimaki hamun semata-mata kerana taat dan setia kepada Anwar. Selama 16 tahun Anwar di dalam Umno dan sepanjang Mohd Azmin menjadi pegawai peribadinya, saya telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana Mohd Azmin difitnah, dicaci dan dimaki kerana kesetiaannya. Namun beliau tetap setia.
  • 69. Azmin, 50 tahun dan isterinya Shamsidar Taharin Kalau PKR masih berkeras mahu memaksakan kehendaknya ke atas semua pihak, khususnya pengundi Selangor, semata-mata kerana mahukan dinasti Anwar, saya rasa pengundi dan rakyat jelata Selangor perlu menimbang semula sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Drama dan lawak politik Selangor di bawah PR tidak lagi lucu. Sejak tercetusnya krisis MB Selangor, parti-parti PR nampak seakan-akan orang mabuk todi dan gian ganja. Ia juga menguji kebijaksanaan dan keberkesanan Anwar sebagai ketua atas nama (de facto) PR. Kalau PKR, PAS dan DAP masih berasa bertanggungjawab terhadap pengundi yang memilih mereka dan pembayar cukai yang memberi upah kepada mereka maka mereka perlulah berhenti membuat lawak. Jenaka mereka tidak lucu lagi. Dan PAS yang calar-balar terkena ledakan dalaman PKR dan dicaci cerca oleh DAP perlulah memikirkan semula bentuk perkongsiannya dengan dua parti liberal itu. Sangat hodoh dan memalukan apabila PAS bercakaran sesama sendiri umpama ayam jantan dalam serkap semata-mata kerana acahan PKR dan DAP. Sebagai parti berideologikan Islam dan tertua di kalangan parti-parti PR, PAS tidak sepatutnya membiarkan dirinya diperalatkan. Wallahuaklam. Minyak Naik 20 Sen - Salah Pakatan Rakyat - Sesi Mengumpat Pemimpin & Sultan. Nak mengumpat jap.
  • 70. Semalam minyak naik harga 20sen. Dan ramai la yang p maki hamun BN. Memang betul kenaikan minyak berkait rapat dengan polisi yang diperkenalkan BN. Iaitu rasionalisasikan subsidi. Ini bukan perkara baru. Semua tahu. Rakyat tahu. Aku tahu. Ko tahu. PR pun tahu. Setiap 6 bulan semakan subsidi akan berlaku. Dan setiap 6 bulan la, subsidi bagi perkara tertentu akan dikurangkan. Mungkin minyak. Mungkin tepung. Mungkin pendidikan. Kita tatau apa. Kalau ikut point kerajaan, mereka neh taja macam2 subsidi untuk rakyat kononnya. So ada banyak. Semakan ini akan berterusan sehingga la kewangan negara mencapai satu tahap yang stabil. Menurut kerajaan, subsidi ini dapat membantu mengurangkan defisit negara. Dan rakyat perlu bersama2 mereka untuk menyelamatkan ekonomi negara sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Point tue rakyat faham. Tapi apa yang rakyat nampak ialah, kenapa subsidi jadi sasaran pertama kerajaan untuk mengimbangi defisit negara. Kenapa bukan membanteras penyelewengan? Kenapa bukan meningkatkan kecekapan dalam agensi kerajaan supaya pembaziran dapat dikurangkan atau kenapa bukan kurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya? Rakyat dijadikan target pertama untuk selesaikan masalah ekonomi dalam rasionalisasikan subsidi. Dan rakyat dijadikan target pertama untuk tambahkan pendapatan negara dalam GST. Maka, maksudnya, rakyat perlu keluarkan belanja lebih untuk mendapatkan barang (subsidi kurang) dan dalam waktu yang sama rakyat perlu membayar cukai yang lebih banyak kepada kerajaan (GST) = TANGGUNGAN RAKYAT MENINGKAT. Nampak? Dan sebagai balasan di atas pengorbanan itu apa yang rakyat dapat? Pertama. Harga rumah semakin mahal. Rakyat semakin susah nak beli rumah. Menumpang atau menyewa. Nak beli rumah lelong pun susah sebab perlukan wang deposit yang banyak. Pinjaman bank masuk riba. Permainan spekulasi. Dan geng2 agent hartanah yang dok beli rumah banyak2 dan jual semula dengan tujuan mencapai keuntungan. Rumah dijadikan alat kapitalis untuk menambahkan kekayaan. Kedua. Kos sara hidup tinggi termasuk makanan. Orang kita perlu makan. Bayangkan. Harga makanan sudah sangat tinggi. Ada cadangan bodoh dari malaon2 BN mengatakan jangan makan langsung makan segera macam kepsi dan mekdi. Memang la. Dalam waktu yang sama malaon2 dari BN juga yang dok promote suruh jangan boikot mekdi. Kalau boikot macam mana dengan kakitangan mekdi. Dah tue
  • 71. bila ko suruh boikot mekdi bila kerajaan naikkan harga minyak tak pula ko fikir macam tue kan. BAHLOL. Ketiga. Pendidikan, perubatan, keselamatan menjadi alat kapitalis. Kalau ko takde duit, ko nak melakukan rawatan pun susah. Kena langgan kad insurans. Ada orang2 yang miskin yang akhirnya mati begitu sahaja sebab terkesan dengan situasi. Semakin mahal kau bayar semakin bagus pendidikan yang akan datang kepada kau. Yakni. Pendidikan yang baik esklusif untuk orang2 kaya dan berduit. Maka yang tak berduit neh ke mana hala tuju mereka? Sekolah pintu kopak. Perpustakaan buku macam tak cukup makan. Cikgu macam baru balik pasar. Robot. Telan. Terima. Telan terima. Melawan? Pengkhianat. Orang miskin jadi takut. Aku buat salah ke kalau berbeza? Bukan kerana berbeza, salah kerana kau miskin. Dan semakin banyak duit dalam poket kau, semakin tinggi kedudukan kau dalam masyarakat maka keselamatan diri kau semakin penting. Ada diskriminasi kat situ. Orang kaya, VVIP, ahli politik, ada 1 nyawa, rakyat biasa ada 10 nyawa. Jadi peduli apa polis semua dengan nyawa kau. Kalau kau mampos pun mampos la. Jadi apa isunya. Ini yang rakyat dapat. Mereka mahu lebih dari kita dan kita bagi. Tapi apa yang kita dapat sebagai balasan ialah diskriminasi kelas masyarakat di negara ini. Kita tidak mendapat layanan yang adil. Bahasa kasar. KASTA lah senang cakap. Negara kita membentuk sistem kapitalisme berkasta. Dan bukan itu saja. Mereka juga gagal menyediakan prasarana yang adil kepada semua. Pembangunan terpilih. Di sesetengah tempat ada sistem jaringan pengangkutan yang menyeluruh, tapi di sesetengah tempat pula tiada. Bahkan bas 2 jam sekali. Dan ini mereka kata kalau tak mampu isi minyak maka jangan la pakai kenderaan. Takde kenderaan macam mana nak keluar pula? Oke. Enough of bercakap isu kenaikan minyak. Sekarang kita tengok pula bagaimana kenaikan minyak ini boleh dikatakan berpunca dari salah pembangkang. Kisahnya begini. 1. PR ialah pembangkang lantikan rakyat di negara ini untuk memantau proses pentadbiran negara. 2. Rakyat bayar gaji kepada wakil2 rakyat PR. 3. Namun PR gagal menjadi pembangkang yang betul apabila sesama mereka berbalah mengenai kuasa, kedudukan dan pangkat. 4. Bukan hanya di Selangor bahkan di setiap negeri yang mereka kuasai. Samada dalam skala kecil mahupun skala besar. 5. Selain daripada bergaduh, mereka juga gagal melakukan kerja dengan betul. 6. Contoh. Mereka fikir dengan hari2 dok pergi program rasmi itu rasmi ini, majlis makan itu majlis makan ini, dok tunjuk muka kat rakyat, dok bersembang hihi haha