Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Sandwich sardin
1. TASK ANALISIS
MENU : SANDWICH SARDIN
Mula-mula, potong bawang.
Bawang dipotong dalam saiz yang kecil.
2. Kemudian, ambil satu batang cili.
Potong cili menjadi hirisan-hirisan cili yang nipis.
Selepas itu, potong limau nipis menjadi dua bahagian.
3. Setelah itu, letakkan sardin di dalam periuk.
Penyekkan sardin tadi hingga hancur.
Setelah itu, gorengkan sardin yang telah dipenyek tadi.
4. Masukkan bawang yang telah dihiris ke dalam sardin.
Cili juga turut dimasukkan ke dalam sardin.
Kemudian, perah limau nipis ke atas sardin.
5. Setelah habis menggoreng sardin, letakkan sardin di atas pinggan bersih.
Letakkan hirisan timun, tomato dan lobak di dalam pinggan bersih yang lain.
Salad juga diletakkan dalam satu pinggan yang bersih.
6. Goreng pula roti supaya terdapat rasa garing pada roti.
Terbalikkan kedua-dua belah permukaan roti.
Letakkan roti yang sudah digoreng dalam satu pinggan.
7. Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan pada satu tempat.
Sardin diletakkan di atas sekeping roti.
Pastikan permukaan pada kepingan roti itu penuh disaluti dengan sardin
8. Satu hirisan timun diletakkan di atas sardin.
Kemudian, letakkan satu hirisan tomato di atas timun.
Makanan sudah boleh sedia untuk dihidangkan setelah dihias.