SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK


LATAR BELAKANG


Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam
memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan
kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam
merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara
bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa
yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.


Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan
dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras
perkhidmatan    awam    negara,     pegawai-pegawai   PTD    telah      mengisi
kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan,
badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat
milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.


Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan
daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia
bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits
Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh
British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah
ditubuhkan    dengan   dianggotai   oleh   pegawai-pegawai   kolonial     untuk
mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami
pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay
Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai
Melayu sebagai pelapis kepada MCS.




                                      1
Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and
Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun
begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam
Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini
telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)
dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.




A.    PROSES PENGAMBILAN PTD



Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu
mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui
Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my.
Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka
dilantik sebagai pegawai PTD.



i) Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya
ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada
universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil
peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang
dikemukakan    dalam    peperiksaan   tersebut   meliputi   pelbagai   bidang
pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima
bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.




                                      2
ii) PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan
dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre
(PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat
penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum
diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke
perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan
melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan
INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek
kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

     KOMPETENSI               PEMERHATIAN                PENGERTIAN

                          Tatakelakuan               Mempunyai perilaku dan
                                                     nilai murni selaras
                                                     dengan nilai keIslaman
                                                     dan budaya ketimuran.

                          Penampilan                 Mempunyai imej dan
                                                     penampilan diri yang
                                                     membolehkan
                                                     kehadirannya dirasai
                                                     dan disenangi dalam
                                                     sebarang suasana.

 Kualiti Personal         Keyakinan diri             Yakin terhadap
                                                     kebolehan diri dan
                                                     berani menghadapi
                                                     tugasan serta
                                                     mempunyai daya tahan
                                                     (tolerence level) yang
                                                     tinggi terhadap cabaran
                                                     dan masalah yang
                                                     dihadapi (mental dan
                                                     fizikal).

                          Penggerak kumpulan         Keupayaan untuk
                                                     mengurus dan
                                                     bekerjasama sebagai
                                                     satu pasukan.




                                     3
Potensi Kepimpinan         Mempunyai potensi
                                                    sebagai seorang
                                                    pemimpin yang baik.

 Pengetahuan             Kematangan idea            Berupaya mencetuskan
                                                    idea yang matang,
                                                    substantif, relevan dan
                                                    boleh diterima.

                         Kemahiran                  Berkebolehan
                         berkomunikasi              berkomunikasi di
                                                    kalangan rakan dengan
                                                    yakin dan berkesan.

                         Pengucapan awam /          Kebolehan untuk
 Kemahiran               public speaking            menyampaikan idea,
                                                    maklumat dan maksud
                                                    dengan yakin dan
                                                    berkesan.

                         Debat ala parlimen         Kebolehan
                                                    menyampaikan idea,
                                                    maklumat dengan yakin
                                                    dan berhemah.


Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan
kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang
lain.



iii) Temu duga


Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak
diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.
Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan
menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama
calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan
dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat
penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil
untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.




                                     4
B.          LANTIKAN


Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran
pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Untuk
menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap
pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-
program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut. Secara
umumnya terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori
oleh pegawai PTD lantikan baru.


Tahap 1


Kursus PTD Unggul


Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary.
Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan
budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan,
memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini
menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang
pegawai PTD.


Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih
bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif
berikut:


     i)       mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni
              demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;
     ii)      memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat
              stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada
              masa hadapan; dan
     iii)     mendedahkan     para   peserta    kepada   sistem   pembelajaran
              bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi
              melahirkan insan yang seimbang.


                                         5
Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan
perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui
penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat,
kementerian, jabatan ataupun negeri.


Tahap 2


Penempatan di Kementerian atau Jabatan


Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di
mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada
di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan
awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan
kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana
dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak.
Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk
membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat
awam.


Tahap 3


Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)


Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus
Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus
Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah
syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41.
INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab
mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa.
Matlamat kursus ini adalah untuk:




                                       6
•      Melahirkan      pegawai    PTD      yang     berketrampilan    dan     mampu
          menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan
          budaya kerja cemerlang;
   •      Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-
          kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah
          tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan
          kerjasama berpasukan yang berkesan;
   •      Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada
          bangsa    dan    negara,    bangga       terhadap    perkhidmatannya    serta
          memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
   •      Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya
          menangani perubahan persekitaran yang dinamik.



Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan
latihan     bukan   akademik.       Latihan       akademik    merujuk   kepada   aspek
pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul akademik yang
dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan
sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber
manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam
negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan
pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran
sosial serta keselamatan dan pertahanan negara. Peserta didedahkan
kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan
organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang-
undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan mereka
menjadi pegawai yang kompeten.


Latihan bukan akademik bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin,
ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui
pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana,
aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Melalui pendekatan ini, peserta
Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri
dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja


                                              7
Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound
School. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri
(character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga
beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam,
lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut
dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.



Tahap Empat


PTD Training Roadmap



Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan
Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-
masing. Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini
akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training
Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan
ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Objektif kursus-kursus dalam
siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai
PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:


   •   Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
   •   Kemahiran komunikasi dan interpersonal
   •   Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
   •   Pengurusan dasar sektor awam
   •   Pengurusan sumber manusia di sektor awam
   •   Perancangan dan pengurusan projek
   •   Kemahiran perancangan strategik
   •   Metodologi penyelidikan
   •   Pentadbiran tanah




                                       8
Carta Proses Pemilihan dan Pelantikan PTD




TINDAKAN                                                      AKTIVITI
                                     MULA               Calon Mendaftar di SPA
  SPA
                       Tidak Layak
             SELESAI
                                            Layak
 SPA                                                   Calon Menduduki Peperiksaan
                       Gagal
             SELESAI
                                               Lulus
 SPA/JPA                                               Keputusan peperiksaan dan Surat
                                                       Panggilan Assessment Centre
 INTAN/SPA/JPA                                         Assessment Centre/Temuduga
                       Gagal
             SELESAI
                                            Lulus
  SPA                                                  Surat Tawaran Perlantikan PTD

 INTAN                                                  Kursus DPA

             SELESAI
                                            Lulus
  SPA                                                  Disahkan Dalam Jawatan




                                 9

More Related Content

Similar to Proses lantikan ptd official from intan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru Izawati Saat
 
90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoran90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoranTan Gee Soon
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlangSyaima Bahari
 
Fail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaFail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaAffyz Ibnu Ibrahim
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpmalhakimi007
 
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bmModul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bmwmzuri
 
Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2 Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2 Lieya Rayyan
 
Visi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubkVisi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubkRohana Saarani
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisMulyanto Tejokusumo
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis591977rizal
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssrGb Wong
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 

Similar to Proses lantikan ptd official from intan (20)

Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
(Group 19) kualiti guru
(Group 19) kualiti guru(Group 19) kualiti guru
(Group 19) kualiti guru
 
Isu kualiti guru
Isu kualiti guruIsu kualiti guru
Isu kualiti guru
 
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
 
90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoran90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoran
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Interview
InterviewInterview
Interview
 
Fail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaFail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutama
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
 
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bmModul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bm
 
Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2 Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2
 
Visi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubkVisi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubk
 
Fail meja ubk
Fail meja ubkFail meja ubk
Fail meja ubk
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssr
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 

Proses lantikan ptd official from intan

  • 1. PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK LATAR BELAKANG Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia. Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa. Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS. 1
  • 2. Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang. A. PROSES PENGAMBILAN PTD Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD. i) Peperiksaan Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut: Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei. Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu. Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris. 2
  • 3. ii) PTD Assessment Centre (PAC) Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak. Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut: KOMPETENSI PEMERHATIAN PENGERTIAN Tatakelakuan Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran. Penampilan Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana. Kualiti Personal Keyakinan diri Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan (tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal). Penggerak kumpulan Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan. 3
  • 4. Potensi Kepimpinan Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik. Pengetahuan Kematangan idea Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan boleh diterima. Kemahiran Berkebolehan berkomunikasi berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan. Pengucapan awam / Kebolehan untuk Kemahiran public speaking menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Debat ala parlimen Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah. Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain. iii) Temu duga Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD. 4
  • 5. B. LANTIKAN Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program- program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut. Secara umumnya terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru. Tahap 1 Kursus PTD Unggul Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary. Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang pegawai PTD. Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut: i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara; ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan iii) mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang. 5
  • 6. Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri. Tahap 2 Penempatan di Kementerian atau Jabatan Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak. Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam. Tahap 3 Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41. INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa. Matlamat kursus ini adalah untuk: 6
  • 7. Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang; • Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak- kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan; • Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan • Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik. Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik. Latihan akademik merujuk kepada aspek pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul akademik yang dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial serta keselamatan dan pertahanan negara. Peserta didedahkan kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang- undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan mereka menjadi pegawai yang kompeten. Latihan bukan akademik bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Melalui pendekatan ini, peserta Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja 7
  • 8. Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound School. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini. Tahap Empat PTD Training Roadmap Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing- masing. Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Objektif kursus-kursus dalam siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut: • Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti • Kemahiran komunikasi dan interpersonal • Pengurusan kewangan dan akauntabiliti • Pengurusan dasar sektor awam • Pengurusan sumber manusia di sektor awam • Perancangan dan pengurusan projek • Kemahiran perancangan strategik • Metodologi penyelidikan • Pentadbiran tanah 8
  • 9. Carta Proses Pemilihan dan Pelantikan PTD TINDAKAN AKTIVITI MULA Calon Mendaftar di SPA SPA Tidak Layak SELESAI Layak SPA Calon Menduduki Peperiksaan Gagal SELESAI Lulus SPA/JPA Keputusan peperiksaan dan Surat Panggilan Assessment Centre INTAN/SPA/JPA Assessment Centre/Temuduga Gagal SELESAI Lulus SPA Surat Tawaran Perlantikan PTD INTAN Kursus DPA SELESAI Lulus SPA Disahkan Dalam Jawatan 9