Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Cara nilai band
1. Apa itu band?
Band seperti markah. Makin tinggi, makin baik.
Untuk menentukan band yang dapat dicapai oleh
murid, guru perlu kreatif dan perlukan sedikit
usaha supaya murid dapat mencapai band
tertinggi.
Saya ambil contoh tajuk
Ayat Kefahaman : Ayat 201 Surah Al-
Baqarah (Tingkatan 1)
Band 1 : Cukup sekadar anggukan atau
gelengan.
atau
Jawapan ya atau tidak.
B1D3E1 : Pernahkah anda berdoa? (Ya / Tidak )
Sebab apa anda berdoa?
Jawapan pelbagai , contoh:
• Sebab nak minta hajat dengan Allah
• Sebab Allah berkuasa
2. • Sebab tak tahu nak buat apa lagi, berdoa
langkah terakhir
~ yang penting murid tahu yang dia berdoa
ada sebab.
Jika jawapan ya, dan ada sebab, kira lepas Band
1.
Untuk Band 1, boleh ditanya secara lisan sahaja.
Adakalanya Band 1 dijadikan sebagai set induksi.
Band 2 : Boleh nyatakan maksud ayat dengan
betul.
Terpulang sama ada murid menulis atau
menyatakan secara lisan.
B2D2E1 : Apakah yang anda faham tentang ayat
ini? (lisan)
Contoh jawapan:
• Kita mesti berdoa memohon hajat kepada
Allah.
• Minta kebaikan di dunia dan di akhirat.
• Minta Allah selamatkan kita daripada azab
neraka.
Asalkan murid tahu maksud ayat secara
keseluruhan, mereka sudah mencapai band 2.
Band 2 boleh disoal secara lisan mahupun secara
bertulis.
3. Band 3: Boleh amalkan apa yang terkandung
dalam ayat.
Guru boleh buat pemerhatian, soal jawab dan
instrumen yang bersesuaian.
B3D3E1 : Jika murid selalu berdoa selepas solat,
boleh dikira mereka mengamalkan amalan
berdoa seperti yang dianjurkan dalam ayat.
(galakkan murid selalu berdoa)
Band 4: Dapat menyatakan isi kandungan
dengan betul
B4D3E1 : Suaikan ayat dengan isi kandungan di
bawah.
Jika murid berjaya suaikan semua dengan tepat,
maka murid berjaya capai band 4.
Sekiranya jawapan murid ada yang salah, minta
buat pembetulan semula.
Kemudian, barulah dikira mendapat Band 4.
4. Band 5 : Boleh amalkan dengan betul dan
istiqamah.
Guru boleh lakukan pemerhatian.
Band 6 : Boleh amalkan dengan betul, istiqamah
dan dicontohi.
Untuk band 6, jika murid boleh dicontohi oleh
pelajar lain, seperti mampu membaca doa
selepas solat berjemaah, dikira mencapai band 6.
Para guru hendaklah menggalakkan murid
mengamalkan apa yang dipelajari, kerana murid
bukan sahaja mendapat band yang tinggi, malah
amalan yang berterusan dapat menjadikan murid
sentiasa mendapat keredhaan Allah.
Ingin saya tekankan di sini, contoh di atas adalah
cadangan sahaja. Segalanya terpulang kepada
ustaz dan ustazah untuk menentukan instrumen
dan cara mentaksir murid sendiri.
~ Selamat berjuang! ~