Hukum Nun Sakinah & Tanwin membahaskan empat kaedah bacaan untuk huruf Nun Sakinah dan Tanwin apabila bertemu dengan huruf-huruf tertentu dalam kalimah, iaitu Izhar, Iqlab, Idgham, dan Ikhfa'. Terdapat peraturan khusus untuk bacaan Izhar Mutlaq dan Ikhfa' apabila Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf Idgham dan Isti'la.
3. “Melafazkan setiap huruf bertanda sukun dari makhrajnya tanpa
dengung pada pertemuannya dengan huruf Izhar”
Nun Sakinah
Tanwin (terjadi dalam satu atau dua
kalimah)
4. “Menukar lafaz nun sakinah dan tanwin kepada lafaz mim lalu
diikhfa’kan (disembunyikan) di sisi huruf ba’ serta
mengekalkan sifat dengungnya”
Nun Sakinah
Tanwin (terjadi dalam satu atau dua
kalimah)
5. “Memasukkan huruf pertama yang bertanda sukun ke dalam huruf kedua
yang berbaris dan menjadikan kedua-duanya satu huruf bersabdu dari
jenis huruf yang ke dua”
Terbahagi kepada dua: 1) Idgham Ma’al Ghunnah, 2) Idgham Bila Ghunnah
Tanwin Nun Sakinah
6. Perhatian:
1) Sekiranya huruf Nun Sakinah bertemu huruf Idgham dalam satu
kalimah, maka bacaannya wajib diizharkan, bacaan Izhar ini
dinamakan Izhar Mutlaq. Di dalam Al-Quran terdapat empat
kalimah sahaja:
2) Bacaan Izhar Mutlaq ini pada Nun Sakinah bertemu dengan huruf
Idgahm dalam dua kalimah hanya terdapat pada dua tempat
sahaja di dalam Al-Quran:
,
7. “Membaca huruf (bertanda sukun) dengan sifat bacaan antara Izhar dan
Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung huruf pertama”
Tanwin Nun Sakinah
8. Perhatian:
1) Hendaklah bacaan Ikhfa’ dikeluarkan daripada makhraj huruf
yang datang selepas Nun Sakinah dan Tanwin.
2) Bacaan Ikhfa’ hendaklah ditebalkan (Takhfim) apabila Nun
Sakinah dan Tanwin bertemu huruf Isti’la yang berbaris di atas
atau hadapan. Apabila Nun Sakinah dan Tanwin bertemu huruf
Isti’la yang berbaris di bawah maka bacaan Ikhfa’ hendaklah
dinipiskan (Tarqiq)