Model ADDIE dan model ASSURE adalah model reka bentuk pengajaran yang popular. Model ADDIE memberi tumpuan kepada pembangunan produk manakala model ASSURE memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Model ADDIE melibatkan penilaian pada setiap peringkatnya manakala model ASSURE hanya melibatkan penilaian pada peringkat akhir.