SOALAN 1 Jadual 1 menunjukkan pengukuran karbon monoksida (CO) dalam udara Shah Alam pada jam 9 pagi dan 5 petang selama 10 hari yang dipilih secara rawak. Pengukuran adalah bahagian per juta. Objektif kajian adalah untuk melihat sama ada kepekatan CO pada jam 9 pagi berbeza dari 5 petang. Jadual 1 Hari 9 pagi 5 petang 1 1.6 0.6 2 2.7 2.3 3 0.9 0.6 4 0.5 0.3 5 0.2 0.3 6 0.4 1.0 7 2.8 2.8 8 6.1 4.3 9 2.0 2.6 10 1.1 1.2 a) Kira min dan sisihan piawai kepekatan CO untuk kedua-dua waktu. b) Andaikan varians populasi adalah sama, lakukan ujian yang bersesuaian untuk menguji sama ada terdapat perbezaan signifikan kepekatan CO antara jam 9 pagi dan 5 petang pada = 0.05. c) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan (b), ringkaskan perbezaan tahap kepekatan CO antara kedua-dua waktu. [Jumlah: 20 / 60 markah] SOALAN 2 Jadual 2 mengandungi data individu-individu yang tekanan darahnya diukur semasa mereka melakukan beberapa tugasan tekanan fizikal dan mental: ketika berehat, melakukan aritmetik mental, dan merendam tangan dalam ais. Jadual 2 Ketika Berehat Melakukan Aritmetik Mental Merendam Tangan Dalam Air 116 115 120 113 110 135 130 135 128 121 126 125 149 113 112 a) Bina jadual Analisis Varians yang lengkap. b) Pada = 0.05, uji sama ada tekanan darah berubah secara signifikan ketika ketiga-tiga tugasan diuji dalam kajian ini. [Jumlah: 20 / 60 markah] SOALAN 3 Pakar pemakanan dan sukan mementingkan peratusan berat badan seseorang yang terhasil daripada lemak. Seorang penyelidik sukan berminat untuk mengetahui sama ada ketinggian berhubung kait dengan peratusan lemak badan. Beliau mengumpulkan data 12 pemain bola sepak seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3. Jadual 3 Pemain Tinggi (sm) Lemak Badan (%) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 172 183 168 183 180 179 177 174 177 176 179 183 12.3 6.1 25.3 10.4 28.7 20.9 19.2 12.4 4.1 11.7 7.1 7.8 a) Kira korelasi koefisien Pearson antara ketinggian dengan lemak badan. b) Uji sama ada terdapat hubungan antara ketinggian dengan lemak badan pada = 0.05. c) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan (b), komen secara keseluruhan hubungan antara ketinggian dengan lemak badan. [Jumlah: 20 / 60 markah]