SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2013
Tarikh :3 Januari 2013
Masa :1.45 petang
Tempat :Anjung Sidang
Kehadiran:
Hani Nasirah bt Ahmad Hasnah bt Hassan
Hamidah bt Mohd Salmiah bt Che Saad
Siti Asni bt Abdullah Rabiatul Adawiyah bt Md Khatib
Ainilhayath bt Abdullah Wan Solehhah bt Wan Md Zin
Sumaiyah bt Ali Zainul Qarihah bt Mohd Salleh
Nabil Fikri b Aziz
Turut hadir:
1. En Aziz b Jaafar (PK 1)
Tidak hadir :
1) Badriah bt Ramli (bersebab)
Agenda 1
Ucapan aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi Panitia PI, Pn Siti Asni mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam kali pertama, terutama kesudian PK 1
Pentadbiran iaitu En Aziz b Jaafar yang turut serta.
Tindakan: Makluman
1.2 Pengesahan Minit
• Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mesyuarat yang lalu dan seterusnya
mengesahkan.
• Pn.Salmiah bt Che Saad mecadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa
pindaan dan disokong oleh Pn.Hani Nasirah bt Ahmad.
Tindakan: Makluman
1.3 Dasar KPM
1.3.1 KSSR tahun 3
• Pn Siti Asni memaklumkan semua bahawa pelaksanaan KSSR telah sampai tahun
3 menjelang 2013. Edaran bahan berkaitan KSSR tahun 3 juga telah disampaikan
kepada semua ahli Panitia pada 2012.
• Pelaksanaan KSSR dalam P&P sangat menekankan penggunaan buku teks. Ia
juga merupakan pesanan yang dinyatakan oleh pegawai JPN kepada semua guru
Pendidikan Islam ketika Lawatan Jemaah Nazir ke SK Kampong Selamat pada
2012.
Tindakan: Guru KSSR
1.4 Persediaan Sumber Awal Tahun
1.4.1 Surau sudah boleh digunakan untuk P&P. Jadual penggunaan surau belum
dikeluarkan buat masa ini.
Tindakan: Pn. Siti Asni, Pn. Ainilhayath
• Rekod penggunaan surau telah disediakan.
• Bilangan al-Quran yang ditempatkan di surau semakin susut. Terdapat
sebahagian yang telah rosak akan dibaik pulih. Bilangan asal naskhah al-Quran
di surau sebanyak 40 buah.
• En. Aziz mengingatkan semua agar berwaspada dan menyemak helaian al-Quran
kerana terdapat helaian yang tidak bercetak dijual di pasaran.
• Pn. Salmiah memaklumkan bilangan al-Quran di kelas 2 Maju sebanyak 40
naskhah.
SEK. KEB. KAMPONG SELAMAT
13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA.
No. Tel/Fax: 04-5734900
Email: skks_kampong selamat@yahoo.com
Tindakan: Makluman
1.4.2 Bilik j-QAF sudah sedia untuk digunakan untuk P&P dan aktiviti lain.
1.4.3 Bilik Wuduk yang terletak di blok B (tingkat 3) telah siap. Bagaimanapun, 16
batang kepala paip tembaga telah dicuri. Pihak pentadbiran sekolah akan
menggantikan paip tersebut dalam tempoh terdekat.
• Paip wuduk di hadapan surau juga telah ditambah sebanyak 20 unit untuk
kemudahan murid lelaki dan perempuan.
• Pn. Asni mengingatkan semua guru panitia agar berpesan kepada murid
perempuan terutama tahap 2 untuk menjaga aurat ketika berwuduk.
Tindakan: Semua GPI/j-QAF
1.4.4 Buku Iqra’:semua murid tahun 1 hingga 4 memilki secara individu.
• Terdapat sebilangan Iqra’ lama yang telah rosak. PK1 mengingatkan agar Panitia
membuat bancian untuk melupuskan buku yang telah rosak.
1.4.5 Bilangan Sejadah dan Telekung yang ditempatkan disurau mencukupi
keperluan.
Tindakan: Makluman
1.4.6 Buku Rekod Tasmik
• Terdapat buku rekod yang tidak dipulangkan kepada murid terutama yang
bertukar sekolah. PK1 mencadangkan agar semua buku rekod murid disimpan
di dalam fail peribadi menjelang akhir tahun.
Tindakan: Semua GPI / j-QAF
2.2.7 Buku rekod PAFA ada pada guru tahun semasa. Pn Salmiah meminta semua GPI
agar mengeluarkan helaian dan membuat pengelasan mengikut senarai nama
2013.
• Helaian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid pada akhir tahun.
• Pn. Asni meminta agar GPI dapat menggunakan masa ketika kelas ganti untuk
menguji murid disebabkan kekangan masa guru.
• Buku PAFA diletakkan di dalam setiap kelas.
Tindakan: Semua GPI
Agenda 2
Buku Rancangan Pengajaran Guru
2.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disedut dari Blog hendaklah
disertakan tarikh mingguan. Bagaimanapun penyediaan tarikh boleh sama ada
bertaip atau ditulis.
-PK1 meminta semua guru terlibat menyimpan RPT (tahun 1 hingga 6) di dalam 1
cakera
2.2 Format RPH : Pengerusi meminta semua guru mengikut contoh format penulisan
sebagaimana contoh edaran tahun lalu. Bagi guru KSSR, edaran berkaitan penulisan
RPH telah diedar pada akhir tahun lalu. Guru KBSR pula hendaklah mengosongkan
ruangan KSSR.
2.3 PK1 memaklumkan semua agar menghantar Buku Rancangan Pengajaran pada
minggu kedua persekolahan.
Tindakan: semua GPI / j-QAF
Agenda 3
Anggaran Perbelanjaan
3.1 Semua Program Panitia menggunakan peruntukan wang “SUWA” dan “claim”.
Tindakan: Makluman
Agenda 4
Laporan aktiviti 2012
4.1Laporan analisa peperiksaan (rujuk lampiran) Tindakan:
Makluman
4.2 Laporan aktiviti Panitia sepanjang 2012
4.2.1 KLAQ masa cuti akhir tahun 2012
• 20 murid sahaja terlibat, kehadiran antara 15 hingga 19 murid.
• Baki Iqra’ murid tahun 6 tahun 2013 seramai 12 orang (rujuk Data Oktober 2012)
4.2.2 Istilah-istilah dalam P&P
• -JAdual Spesifikasi Item (JSI) perlu ada untuk memastikan aras soalan menepati
kemampuan murid
• Analisis item pula bertujuan untuk melihat topik yang telah dipelajari/dicapai
murid
• PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah: dilaksanakan dalam KSSR untuk
menilai kemampuan murid.
Agenda 5
Pembahagian tugas dalam Panitia
5.1 j-QAF:
Tasmik : Sumaiyah bt Ali dan Hamidah bt Mohd
KBS : Nabil Fikri b Aziz dan RAbiatul Adawwiyah bt Md Khatib
Data (bulanan) : Ainilhayath bt Abdullah dan Zainul Qarihah bt Mohd Salleh
Data Jun/Oktober: Hani Nasirah bt Ahmad
5.2 KSSR
Penyelaras thn 1: Wan Solehhah bt W. Mat Zin
Penyelaras thn 2: Hasnah bt Hassan
Penyelaras thn 3: Siti Asni bt Abdullah
5.3 MTQ
-Semua GPI/j-QAF telah sedia maklum tugasan individu
Tindakan: Semua GPI / j-QAF
Agenda 6
Penyeliaan P&P
6.1 Pengurusan Rancangan Mengajar
• Guru KSSR diingatkan agar memaksimumkan penggunaan buku teks yang
disediakan KPM(pesanan Ustaz Mohd Rozi/pegawai JPN)
• Guru perlu peka dengan ikon dan symbol yang ada di setiap helaian buku teks
KSSR.
Tindakan: semua GPI / j-QAF
6.2 Buku Latihan Murid
• Tahun 1,2,3 menggunakan 1 buku tulis sahaja, Lembaran kerja sebagai eviden.
• Tahap 2 (tahun 4,5,6) menggunakan 4 buah buku.
Tindakan: semua GPI / j-QAF
6.3 Proses P&P
o Guru digalakkan menggunakan i-Board (TMK) dalam P&P.
o Semua i-Board berfungsi kecuali kelas 2 maju sahaja masih rosak
o Kelas yang tiada kemudahan tersebut boleh menumpang i-board kelas
Pemulihan bagi P&P Asas Ulum.
Tindakan: semua GPI / j-QAF
6.4 Laporan Pemantauan Nazir 2012
• -Pegawai JPN memberi teguran agar memasukkan unsur didik hibur dalam P&P
dan memaksimumkan penggunaan buku teks KSSR serta tiada rekod
penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBM)
Tindakan: semua GPI / j-QAF
Agenda 7
Perkembangan staf
7.1 Perkembangan staf KSSR telah dilaksanakan pada pebghujung tahun lalu.
7.2 P&P lebih berkesan: PK 1 mencadangkan agar murid dimaklumkan tajuk serta
matlamat pelajaran agar P&P lebih berfokus dan menyoal balas di akhir sesi.
7.3 Sistem fail akan ditambah baik dari semasa ke semasa
Tindakan: Pn. Ainilhayath
7.4 Laporan aktiviti Panitia 2012
-sebanyak 16 aktiviti dijalankan sepanjang 2012 termasuk program di bawah Makdis:
1.Yasin Bulanan
2. Bacaan ayat Kursi serta terjemahan
-Pn. Hani mencadangkan agar digantikan dengan bacaan dalam solat seperti Tahiyyat
AKhir dan Qunut. Tindakan: Semua GPI/j-QAF
3. Bacaan doa selepas BIG akan diteruskan
4. Jadual tazkirah mingguan akan diteruskan.
5. SAmbutan di ambang Ramadan
6. Solat Zuhur berjemaah untuk tahun 6
-GB beri kebenaran agar murid keluar 5 minit sebelum masuk waktu.
-Jadual Imam dan azan akan disusun semula selepas ini.
Tindakan: Pn. Siti Asni
7. Maulidul Rasul akan disambut pada 26 Jan 2013 pada persekolahan ganti (Sabtu)
mengikut jadual hari Khamis.
Tindakan: Semua GPI / j-QAF
Agenda 8
Hal-hal lain
8.1 Jadual Tasmik : guru yang terlibat dengan kursus diingatkan agar memaklumkan lebih
awal kepada Cik Hamidah, sekiranya tidak sempat, guru-lain diminta menguruskan
murid tersebut.
8.2 PK 1 mengucapkan tahniah kepada semua guru Panitia PI kerana mendapat markah
yang tinggi dalam pengurusan fail
• -Harapan beliau agar GPI/j-QAF terus komited dengan aktiviti supaya dapat
tingkatkan sahsiah/disiplin murid melalui agama.
• Saranan agar memberi inisiatif kepada murid yang tonjolkan akhlak baik.
• Panitia diingatkan agar sentiasa membuat hebahan aktiviti kepada semua guru.
• Cadangan agar meletakkan kad info dalam surau
• Cadangan agar murid yang belum habis Iqra’ supaya masuk ke surau ketika rehat.
• Carta murid naik al-Quran akan ditampal di surau, panitia sedang menimbangkan
cadangan untuk menyediakan hadiah insentif murid naik al-Quran.
• Pn. Hjh Hasnah memaklumkan semua agar menghebahkan kepada murid yang
datang bulan supaya mendapatkan bekalan tuala wanita daripada beliau.
Tindakan: Semua GPI / j-QAF
Agenda 9
Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En Aziz bin Jaafar (Penolong Kanan 1) serta
semua GPI dan j-QAF yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara
yang telah dibincangkan akan mendapat perhatian semua yang terbabit. Perjumpaan diakhiri
dengan bacaan doa.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh:
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
SK Kampong Selamat
Tarikh : 3 JANUARI 2013
__________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2013
Tarikh : 19 Jun 2013
Masa : 12.40 tengahari
Tempat : Anjung Sidang
Kehadiran:
Siti Asni bt Abdullah Nabil Fikri b Aziz
Ainilhayath bt Abdullah Rabiatul Adawiyah bt Md Khatib
Hamidah bt Mohd Sumaiyah bt Ali
Hani Nasirah bt Ahmad Wan Solehhah bt Wan Md Zin
Irniyati bt Ismail Salmiah bt Che Saad
Turut hadir: Tiada
Agenda 1
Ucapan aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi Panitia PI, Pn Siti Asni mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam kali kedua.
Tindakan: Makluman
1.2 Pengesahan Minit
• Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mesyuarat yang lalu dan seterusnya
mengesahkan.
• Pn.Salmiah bt Che Saad mecadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan dan
disokong oleh Pn.Sumaiyah bt Ali.
Tindakan: Makluman
1.3 Perkara berbangkit
1.3.1 Penggunaan surau untuk PdP sudah dilaksanakan.
• Rekod penggunaan surau telah disediakan
• Terdapat cadangan untuk menyediakan rak bacaan namun sumber buku belum
diputuskan.
• Puan salmiah mencadangkan agar Panitia membeli rak buku untuk menempatkan
bahan bacaan di surau “Mini Perpustakaan Surau”
• Terdapat cadangan agar kad info Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF turut diletak di
surau
• Terdapat cadangan agar ahli panitia meletakkan bahan bacaan yang sesuai di surau
untuk bacaan murid. Pengerusi akan lihat sekiranya sumber kewangan mencukupi.
Tindakan: Makluman
1.3.2 Puan Hani Nasirah memaklumkan bahawa poster cara berwuduk akan ditampal di bilik
wuduk (blok B) Tindakan: Pn Hani Nasirah
• Bilangan selipar semakin berkurang.
1.3.3 Terdapat murid tahun 3 yang masih belum ada buku rekod Tasmik.
1.3.4 Pengerusi memaklumkan semua murid sudah dibekalkan dengan buku rekod PAFA.
SEK. KEB. KAMPONG SELAMAT
13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA.
No. Tel/Fax: 04-5734900
Email: skks_kampong selamat@yahoo.com
Namun terdapat sebahagian murid tahun 6 yang kehilangan buku mereka. Oleh itu ujian
terpaksa dumulakan dari awal sekali lagi.
• Murid perlu menggantikan buku yang hilang dan membeli ganti.
• Pengerusi mengingatkan semua guru agar mengikut RPH seperti ditetapkan dalam
mesyuarat pertama.
1.3.5 Laporan analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun belum selesai.
1.3.6 Penggunaan TMK dalam PdP sangat digalakkan oleh Guru Besar
• Pengerusi mencadangkan agar makmal ICT digunakan jika perlu (selepas maklumkan
guru ICT) atau menggunakan kelas yang mempunyai i-board.
• Guru yang ingin menggunakan i-board disaran agar membuat persediaan awal.
1.3.7 Carta ayat Kursi sudah diedarkan ke semua kelas tahap satu. Kelas tahap dua belum
diedarkan, masih menunggu peruntukan.
1.3.8 Solat Zuhur berjemaah tahun 6 berjalan lancar.
1.3.9 Kad info dalam surau belum dapat dijalankan kerana kekangan tempat.
1.3.10 Insentif murid Iqra’ yang Berjaya naik al-Quran akan diberi selepas Ramadhan.
Tindakan: Semua GPI/j-QAF
Agenda 1
Kurikulum / Pelaksanaan KBSR dan KSSR
1.1 Rekod Transit
• Guru tahap 1 perlu menyediakan rekod transit untuk kelas yang diajar.
1.2 PBS
• Perlu diisi mengikut murid. Perlu capai band 1 dan 2 sekurang-kurangnya setakat Jun.
1.3 Kaedah PdP
• Penekanan tulisan Jawi kepada murid-murid. Sentiasa member tumpuan kaedah penulisan
Jawi yang betul dalam PdP.
• BIG (Baca Ikut Guru) berjalan seperti biasa.
• Peruntukan masa untuk mata pelajaran al-Quran kekal 3 masa sepanjang tahun.
1.4 Penyediaan RPH
• Semua guru telah sedia maklum.
Tindakan: Semua GPI/j-QAF
Agenda 2
Laporan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
Sila rujuk lampiran
Tindakan: Makluman
Agenda 3
Penyediaan PdP
3.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia agar rujuk “buku kuning” untuk memastikan
tarikh/bulan pemeriksaan buku latihan murid.
3.2 Penyediaan RPH: harapan pengerusi agar semua GPI/j-QAF menghantar buku Rekod
Pengajaran setiap minggu.
• Ingatan agar ahli mengisi maklumat di bahagian hadapan dan belakang buku.
Tindakan: Semua GPI/j-QAF
Agenda 4
Aktiviti bulan Panitia
Pengerusi memaklumkan semua ahli bahawa bulan Panitia akan bermula 10 Julai hingga 24 Ogos
2013 (sepanjang bulan Puasa)
4.1 Di ambang Ramadhan: cadangan agar dilaksanakan pada 4 /7/ 2013 atau 5/7/2013
• Pengisian program ialah bacaan Yasin dan bacaan solat (KBS 3)
4.2 Bacaan Muqaddam waktu rehat akan dikawal oleh guru Pendidikan Islam.
• Guru bertugas mingguan perlu turut serta di kantin.
4.3 Tadarus al-Quran guru dan murid: bacaan bersama 2 juzuk setiap hari.
4.4 Khatam al-Quran: Panitia akan mohon sumbangan daripada Syarikat Yusuf Taiyoob
4.5 Agihan wang /sumbangan pelajar miskin akan diedarkan pada pagi 1 Ogos 2013.
4.6 Majlis berbuka puasa akan diadakan petang 1 Ogos 2013.
Tindakan: Semua GPI/j-QAF
Agenda 5
Hal-hal lain
5.1 Tazkirah mingguan (Jumaat) perlu dijalankan seperti biasa.
5.2 PAFA : Buku Rekod PAFA hendaklah diletak di dalam kelas.
• Penilaian sepanjang tahun mengikut kod tahun semasa.
5.3 Terdapat cadangan agar panitia memohon sumbangan daripada BKGS untu diberikan
kepada murid miskin/yatim.
Tindakan: Pn Siti Asni
5.4 Terdapat teguran daripada guru lain berkaitan sikap murid yang tidak mengamalkan adab
makan (murid makan berjalan).
• Cadangan agar semua guru memainkan peranan untuk menegur sikap murid terbabit.
5.5 Kelas Pemulihan Jawi perlu berjalan seperti biasa.
5.6 GPI dan j-QAF perlu menetapkan masa pengajaran Jawi di dalam jadual waktu dan
memaklumkan kepada PK 1. Untuk mengelakkan bertembung dengan jadual ganti.
5.7 Cadangan agar adakan kelas sokongan untuk Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab untuk murid
lemah Jawi.
5.8 Ustaz Nabil mencadangkan agar murid turut serta membaca surah ketika majlis Khatam al-
Quran.
Tindakan: Semua GPI/j-QAF
Agenda 6
Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua GPI dan j-QAF yang sudi hadir pada
mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara yang telah dibincangkan akan mendapat perhatian
semua yang terbabit. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.
Disediakan oleh:
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
SK Kampong Selamat
Tarikh : 19 JUN 2013

More Related Content

What's hot

FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUFORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUShika Nara
 
Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bomba
Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bombaKertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bomba
Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bombaAre Jib
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failWan Adriana
 
Muka depan kertas soalan
Muka depan kertas soalanMuka depan kertas soalan
Muka depan kertas soalanrichieroyston
 
Rph sains tahun 2
Rph sains tahun 2Rph sains tahun 2
Rph sains tahun 2anamujaini
 
51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitatorAzlina Anuar
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asramafakurol
 
Surat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBT
Surat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBTSurat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBT
Surat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBTSKSeriLindunganRaja
 
Surat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegara
Surat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegaraSurat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegara
Surat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegaradewichaggah
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3Mohd Mustakim Kamarudin
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridSHAHIBOL
 
Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019nuruljanah89
 
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANABORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANAJanet Jouti
 

What's hot (20)

FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUFORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
 
Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bomba
Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bombaKertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bomba
Kertas kerja surat latihan kebakaran-bersama-bomba
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
Muka depan kertas soalan
Muka depan kertas soalanMuka depan kertas soalan
Muka depan kertas soalan
 
Rph sains tahun 2
Rph sains tahun 2Rph sains tahun 2
Rph sains tahun 2
 
Nota minta psk bhg 1
Nota minta psk bhg 1Nota minta psk bhg 1
Nota minta psk bhg 1
 
51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asrama
 
Surat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBT
Surat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBTSurat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBT
Surat panggilan-mesyuarat-kali-pertama RBT
 
Surat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegara
Surat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegaraSurat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegara
Surat rasmi permohonan pinjaman buku teks bukan warganegara
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kaki
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
 
Pelan operasi
Pelan operasiPelan operasi
Pelan operasi
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
 
Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019
 
Tanggungjawab setiausaha kokurikulum
Tanggungjawab setiausaha kokurikulumTanggungjawab setiausaha kokurikulum
Tanggungjawab setiausaha kokurikulum
 
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANABORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
 

Similar to Minit mesyuarat pi1

Minit mesy kukurikulum tahun 2016
Minit mesy kukurikulum tahun 2016Minit mesy kukurikulum tahun 2016
Minit mesy kukurikulum tahun 2016Aina Amirah
 
Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2zuhaipgm
 
Minit mesyuarat panatia bm 2014
Minit mesyuarat panatia bm 2014Minit mesyuarat panatia bm 2014
Minit mesyuarat panatia bm 2014Riduan Mohd Yassin
 
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017nizam khairul
 
Mesyuarat guru dan kakitangan
Mesyuarat guru dan kakitanganMesyuarat guru dan kakitangan
Mesyuarat guru dan kakitanganPPD HULU SELANGOR
 
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)Nurul Izyanti
 
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Najjah Salaamah
 
mesyuarat siri1 2018.docx
mesyuarat siri1 2018.docxmesyuarat siri1 2018.docx
mesyuarat siri1 2018.docxIkmalBong1
 
Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013
Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013
Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013Hurul Ain
 
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.docMinit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.docIkmalBong1
 
Minit mesy kali ke 3 bm
Minit mesy kali ke 3 bmMinit mesy kali ke 3 bm
Minit mesy kali ke 3 bmlin lin
 
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020SK DATO DEMANG HUSSIN
 

Similar to Minit mesyuarat pi1 (20)

Minit mesy kukurikulum tahun 2016
Minit mesy kukurikulum tahun 2016Minit mesy kukurikulum tahun 2016
Minit mesy kukurikulum tahun 2016
 
Minit mesyuara 2018
Minit mesyuara 2018Minit mesyuara 2018
Minit mesyuara 2018
 
Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2Minit sainssk jengka 25 ke 2
Minit sainssk jengka 25 ke 2
 
Minit mesyuarat panatia bm 2014
Minit mesyuarat panatia bm 2014Minit mesyuarat panatia bm 2014
Minit mesyuarat panatia bm 2014
 
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
Minit mesyuarat panitia p.islam 2017
 
Minit mesy ko 4 2016
Minit mesy ko 4 2016Minit mesy ko 4 2016
Minit mesy ko 4 2016
 
Agenda 1
Agenda 1Agenda 1
Agenda 1
 
Mesyuarat guru dan kakitangan
Mesyuarat guru dan kakitanganMesyuarat guru dan kakitangan
Mesyuarat guru dan kakitangan
 
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
 
Minit mesyuarat sains
Minit mesyuarat sainsMinit mesyuarat sains
Minit mesyuarat sains
 
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
Minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015 (1)
 
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
 
mesyuarat siri1 2018.docx
mesyuarat siri1 2018.docxmesyuarat siri1 2018.docx
mesyuarat siri1 2018.docx
 
Minit mesyuarat sains
Minit mesyuarat sainsMinit mesyuarat sains
Minit mesyuarat sains
 
Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013
Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013
Minit mesyuarat unit panitia matematik bil 1 2013
 
Minit mesy
Minit mesyMinit mesy
Minit mesy
 
Minit 1 2013 (1)
Minit 1 2013 (1)Minit 1 2013 (1)
Minit 1 2013 (1)
 
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.docMinit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-1.doc
 
Minit mesy kali ke 3 bm
Minit mesy kali ke 3 bmMinit mesy kali ke 3 bm
Minit mesy kali ke 3 bm
 
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
 

More from Syamimi Mohammad (14)

Mind map magiz 14
Mind map magiz 14Mind map magiz 14
Mind map magiz 14
 
Infogafik
InfogafikInfogafik
Infogafik
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
 
Kertas kerja magiz 14,kpz
Kertas kerja magiz 14,kpzKertas kerja magiz 14,kpz
Kertas kerja magiz 14,kpz
 
Surat kelulusan magiz 1
Surat kelulusan magiz 1Surat kelulusan magiz 1
Surat kelulusan magiz 1
 
Surat kelulusan jppel magiz 2
Surat kelulusan jppel magiz 2Surat kelulusan jppel magiz 2
Surat kelulusan jppel magiz 2
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
 
Milestone
MilestoneMilestone
Milestone
 
kelulusan jppel 1
kelulusan jppel 1kelulusan jppel 1
kelulusan jppel 1
 
Checklist
ChecklistChecklist
Checklist
 
kelulusan jppel
kelulusan jppelkelulusan jppel
kelulusan jppel
 
Surat rasmi permohonan dana
Surat rasmi permohonan danaSurat rasmi permohonan dana
Surat rasmi permohonan dana
 
Paperwork malam dambakan cinta rasulullah des
Paperwork  malam dambakan cinta rasulullah desPaperwork  malam dambakan cinta rasulullah des
Paperwork malam dambakan cinta rasulullah des
 

Minit mesyuarat pi1

  • 1. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2013 Tarikh :3 Januari 2013 Masa :1.45 petang Tempat :Anjung Sidang Kehadiran: Hani Nasirah bt Ahmad Hasnah bt Hassan Hamidah bt Mohd Salmiah bt Che Saad Siti Asni bt Abdullah Rabiatul Adawiyah bt Md Khatib Ainilhayath bt Abdullah Wan Solehhah bt Wan Md Zin Sumaiyah bt Ali Zainul Qarihah bt Mohd Salleh Nabil Fikri b Aziz Turut hadir: 1. En Aziz b Jaafar (PK 1) Tidak hadir : 1) Badriah bt Ramli (bersebab) Agenda 1 Ucapan aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi Panitia PI, Pn Siti Asni mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam kali pertama, terutama kesudian PK 1 Pentadbiran iaitu En Aziz b Jaafar yang turut serta. Tindakan: Makluman 1.2 Pengesahan Minit • Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mesyuarat yang lalu dan seterusnya mengesahkan. • Pn.Salmiah bt Che Saad mecadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Pn.Hani Nasirah bt Ahmad. Tindakan: Makluman 1.3 Dasar KPM 1.3.1 KSSR tahun 3 • Pn Siti Asni memaklumkan semua bahawa pelaksanaan KSSR telah sampai tahun 3 menjelang 2013. Edaran bahan berkaitan KSSR tahun 3 juga telah disampaikan kepada semua ahli Panitia pada 2012. • Pelaksanaan KSSR dalam P&P sangat menekankan penggunaan buku teks. Ia juga merupakan pesanan yang dinyatakan oleh pegawai JPN kepada semua guru Pendidikan Islam ketika Lawatan Jemaah Nazir ke SK Kampong Selamat pada 2012. Tindakan: Guru KSSR 1.4 Persediaan Sumber Awal Tahun 1.4.1 Surau sudah boleh digunakan untuk P&P. Jadual penggunaan surau belum dikeluarkan buat masa ini. Tindakan: Pn. Siti Asni, Pn. Ainilhayath • Rekod penggunaan surau telah disediakan. • Bilangan al-Quran yang ditempatkan di surau semakin susut. Terdapat sebahagian yang telah rosak akan dibaik pulih. Bilangan asal naskhah al-Quran di surau sebanyak 40 buah. • En. Aziz mengingatkan semua agar berwaspada dan menyemak helaian al-Quran kerana terdapat helaian yang tidak bercetak dijual di pasaran. • Pn. Salmiah memaklumkan bilangan al-Quran di kelas 2 Maju sebanyak 40 naskhah. SEK. KEB. KAMPONG SELAMAT 13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA. No. Tel/Fax: 04-5734900 Email: skks_kampong selamat@yahoo.com
  • 2. Tindakan: Makluman 1.4.2 Bilik j-QAF sudah sedia untuk digunakan untuk P&P dan aktiviti lain. 1.4.3 Bilik Wuduk yang terletak di blok B (tingkat 3) telah siap. Bagaimanapun, 16 batang kepala paip tembaga telah dicuri. Pihak pentadbiran sekolah akan menggantikan paip tersebut dalam tempoh terdekat. • Paip wuduk di hadapan surau juga telah ditambah sebanyak 20 unit untuk kemudahan murid lelaki dan perempuan. • Pn. Asni mengingatkan semua guru panitia agar berpesan kepada murid perempuan terutama tahap 2 untuk menjaga aurat ketika berwuduk. Tindakan: Semua GPI/j-QAF 1.4.4 Buku Iqra’:semua murid tahun 1 hingga 4 memilki secara individu. • Terdapat sebilangan Iqra’ lama yang telah rosak. PK1 mengingatkan agar Panitia membuat bancian untuk melupuskan buku yang telah rosak. 1.4.5 Bilangan Sejadah dan Telekung yang ditempatkan disurau mencukupi keperluan. Tindakan: Makluman 1.4.6 Buku Rekod Tasmik • Terdapat buku rekod yang tidak dipulangkan kepada murid terutama yang bertukar sekolah. PK1 mencadangkan agar semua buku rekod murid disimpan di dalam fail peribadi menjelang akhir tahun. Tindakan: Semua GPI / j-QAF 2.2.7 Buku rekod PAFA ada pada guru tahun semasa. Pn Salmiah meminta semua GPI agar mengeluarkan helaian dan membuat pengelasan mengikut senarai nama 2013. • Helaian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid pada akhir tahun. • Pn. Asni meminta agar GPI dapat menggunakan masa ketika kelas ganti untuk menguji murid disebabkan kekangan masa guru. • Buku PAFA diletakkan di dalam setiap kelas. Tindakan: Semua GPI Agenda 2 Buku Rancangan Pengajaran Guru 2.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disedut dari Blog hendaklah disertakan tarikh mingguan. Bagaimanapun penyediaan tarikh boleh sama ada bertaip atau ditulis. -PK1 meminta semua guru terlibat menyimpan RPT (tahun 1 hingga 6) di dalam 1 cakera 2.2 Format RPH : Pengerusi meminta semua guru mengikut contoh format penulisan sebagaimana contoh edaran tahun lalu. Bagi guru KSSR, edaran berkaitan penulisan RPH telah diedar pada akhir tahun lalu. Guru KBSR pula hendaklah mengosongkan ruangan KSSR. 2.3 PK1 memaklumkan semua agar menghantar Buku Rancangan Pengajaran pada minggu kedua persekolahan. Tindakan: semua GPI / j-QAF Agenda 3 Anggaran Perbelanjaan 3.1 Semua Program Panitia menggunakan peruntukan wang “SUWA” dan “claim”. Tindakan: Makluman Agenda 4 Laporan aktiviti 2012 4.1Laporan analisa peperiksaan (rujuk lampiran) Tindakan: Makluman 4.2 Laporan aktiviti Panitia sepanjang 2012 4.2.1 KLAQ masa cuti akhir tahun 2012 • 20 murid sahaja terlibat, kehadiran antara 15 hingga 19 murid. • Baki Iqra’ murid tahun 6 tahun 2013 seramai 12 orang (rujuk Data Oktober 2012)
  • 3. 4.2.2 Istilah-istilah dalam P&P • -JAdual Spesifikasi Item (JSI) perlu ada untuk memastikan aras soalan menepati kemampuan murid • Analisis item pula bertujuan untuk melihat topik yang telah dipelajari/dicapai murid • PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah: dilaksanakan dalam KSSR untuk menilai kemampuan murid. Agenda 5 Pembahagian tugas dalam Panitia 5.1 j-QAF: Tasmik : Sumaiyah bt Ali dan Hamidah bt Mohd KBS : Nabil Fikri b Aziz dan RAbiatul Adawwiyah bt Md Khatib Data (bulanan) : Ainilhayath bt Abdullah dan Zainul Qarihah bt Mohd Salleh Data Jun/Oktober: Hani Nasirah bt Ahmad 5.2 KSSR Penyelaras thn 1: Wan Solehhah bt W. Mat Zin Penyelaras thn 2: Hasnah bt Hassan Penyelaras thn 3: Siti Asni bt Abdullah 5.3 MTQ -Semua GPI/j-QAF telah sedia maklum tugasan individu Tindakan: Semua GPI / j-QAF Agenda 6 Penyeliaan P&P 6.1 Pengurusan Rancangan Mengajar • Guru KSSR diingatkan agar memaksimumkan penggunaan buku teks yang disediakan KPM(pesanan Ustaz Mohd Rozi/pegawai JPN) • Guru perlu peka dengan ikon dan symbol yang ada di setiap helaian buku teks KSSR. Tindakan: semua GPI / j-QAF 6.2 Buku Latihan Murid • Tahun 1,2,3 menggunakan 1 buku tulis sahaja, Lembaran kerja sebagai eviden. • Tahap 2 (tahun 4,5,6) menggunakan 4 buah buku. Tindakan: semua GPI / j-QAF 6.3 Proses P&P o Guru digalakkan menggunakan i-Board (TMK) dalam P&P. o Semua i-Board berfungsi kecuali kelas 2 maju sahaja masih rosak o Kelas yang tiada kemudahan tersebut boleh menumpang i-board kelas Pemulihan bagi P&P Asas Ulum. Tindakan: semua GPI / j-QAF 6.4 Laporan Pemantauan Nazir 2012 • -Pegawai JPN memberi teguran agar memasukkan unsur didik hibur dalam P&P dan memaksimumkan penggunaan buku teks KSSR serta tiada rekod penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBM) Tindakan: semua GPI / j-QAF Agenda 7 Perkembangan staf 7.1 Perkembangan staf KSSR telah dilaksanakan pada pebghujung tahun lalu. 7.2 P&P lebih berkesan: PK 1 mencadangkan agar murid dimaklumkan tajuk serta matlamat pelajaran agar P&P lebih berfokus dan menyoal balas di akhir sesi. 7.3 Sistem fail akan ditambah baik dari semasa ke semasa Tindakan: Pn. Ainilhayath 7.4 Laporan aktiviti Panitia 2012 -sebanyak 16 aktiviti dijalankan sepanjang 2012 termasuk program di bawah Makdis: 1.Yasin Bulanan 2. Bacaan ayat Kursi serta terjemahan -Pn. Hani mencadangkan agar digantikan dengan bacaan dalam solat seperti Tahiyyat AKhir dan Qunut. Tindakan: Semua GPI/j-QAF
  • 4. 3. Bacaan doa selepas BIG akan diteruskan 4. Jadual tazkirah mingguan akan diteruskan. 5. SAmbutan di ambang Ramadan 6. Solat Zuhur berjemaah untuk tahun 6 -GB beri kebenaran agar murid keluar 5 minit sebelum masuk waktu. -Jadual Imam dan azan akan disusun semula selepas ini. Tindakan: Pn. Siti Asni 7. Maulidul Rasul akan disambut pada 26 Jan 2013 pada persekolahan ganti (Sabtu) mengikut jadual hari Khamis. Tindakan: Semua GPI / j-QAF Agenda 8 Hal-hal lain 8.1 Jadual Tasmik : guru yang terlibat dengan kursus diingatkan agar memaklumkan lebih awal kepada Cik Hamidah, sekiranya tidak sempat, guru-lain diminta menguruskan murid tersebut. 8.2 PK 1 mengucapkan tahniah kepada semua guru Panitia PI kerana mendapat markah yang tinggi dalam pengurusan fail • -Harapan beliau agar GPI/j-QAF terus komited dengan aktiviti supaya dapat tingkatkan sahsiah/disiplin murid melalui agama. • Saranan agar memberi inisiatif kepada murid yang tonjolkan akhlak baik. • Panitia diingatkan agar sentiasa membuat hebahan aktiviti kepada semua guru. • Cadangan agar meletakkan kad info dalam surau • Cadangan agar murid yang belum habis Iqra’ supaya masuk ke surau ketika rehat. • Carta murid naik al-Quran akan ditampal di surau, panitia sedang menimbangkan cadangan untuk menyediakan hadiah insentif murid naik al-Quran. • Pn. Hjh Hasnah memaklumkan semua agar menghebahkan kepada murid yang datang bulan supaya mendapatkan bekalan tuala wanita daripada beliau. Tindakan: Semua GPI / j-QAF Agenda 9 Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En Aziz bin Jaafar (Penolong Kanan 1) serta semua GPI dan j-QAF yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara yang telah dibincangkan akan mendapat perhatian semua yang terbabit. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang. Disediakan oleh: Setiausaha Panitia Pendidikan Islam SK Kampong Selamat Tarikh : 3 JANUARI 2013
  • 5. __________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2013 Tarikh : 19 Jun 2013 Masa : 12.40 tengahari Tempat : Anjung Sidang Kehadiran: Siti Asni bt Abdullah Nabil Fikri b Aziz Ainilhayath bt Abdullah Rabiatul Adawiyah bt Md Khatib Hamidah bt Mohd Sumaiyah bt Ali Hani Nasirah bt Ahmad Wan Solehhah bt Wan Md Zin Irniyati bt Ismail Salmiah bt Che Saad Turut hadir: Tiada Agenda 1 Ucapan aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi Panitia PI, Pn Siti Asni mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam kali kedua. Tindakan: Makluman 1.2 Pengesahan Minit • Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mesyuarat yang lalu dan seterusnya mengesahkan. • Pn.Salmiah bt Che Saad mecadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Pn.Sumaiyah bt Ali. Tindakan: Makluman 1.3 Perkara berbangkit 1.3.1 Penggunaan surau untuk PdP sudah dilaksanakan. • Rekod penggunaan surau telah disediakan • Terdapat cadangan untuk menyediakan rak bacaan namun sumber buku belum diputuskan. • Puan salmiah mencadangkan agar Panitia membeli rak buku untuk menempatkan bahan bacaan di surau “Mini Perpustakaan Surau” • Terdapat cadangan agar kad info Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF turut diletak di surau • Terdapat cadangan agar ahli panitia meletakkan bahan bacaan yang sesuai di surau untuk bacaan murid. Pengerusi akan lihat sekiranya sumber kewangan mencukupi. Tindakan: Makluman 1.3.2 Puan Hani Nasirah memaklumkan bahawa poster cara berwuduk akan ditampal di bilik wuduk (blok B) Tindakan: Pn Hani Nasirah • Bilangan selipar semakin berkurang. 1.3.3 Terdapat murid tahun 3 yang masih belum ada buku rekod Tasmik. 1.3.4 Pengerusi memaklumkan semua murid sudah dibekalkan dengan buku rekod PAFA. SEK. KEB. KAMPONG SELAMAT 13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA. No. Tel/Fax: 04-5734900 Email: skks_kampong selamat@yahoo.com
  • 6. Namun terdapat sebahagian murid tahun 6 yang kehilangan buku mereka. Oleh itu ujian terpaksa dumulakan dari awal sekali lagi. • Murid perlu menggantikan buku yang hilang dan membeli ganti. • Pengerusi mengingatkan semua guru agar mengikut RPH seperti ditetapkan dalam mesyuarat pertama. 1.3.5 Laporan analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun belum selesai. 1.3.6 Penggunaan TMK dalam PdP sangat digalakkan oleh Guru Besar • Pengerusi mencadangkan agar makmal ICT digunakan jika perlu (selepas maklumkan guru ICT) atau menggunakan kelas yang mempunyai i-board. • Guru yang ingin menggunakan i-board disaran agar membuat persediaan awal. 1.3.7 Carta ayat Kursi sudah diedarkan ke semua kelas tahap satu. Kelas tahap dua belum diedarkan, masih menunggu peruntukan. 1.3.8 Solat Zuhur berjemaah tahun 6 berjalan lancar. 1.3.9 Kad info dalam surau belum dapat dijalankan kerana kekangan tempat. 1.3.10 Insentif murid Iqra’ yang Berjaya naik al-Quran akan diberi selepas Ramadhan. Tindakan: Semua GPI/j-QAF Agenda 1 Kurikulum / Pelaksanaan KBSR dan KSSR 1.1 Rekod Transit • Guru tahap 1 perlu menyediakan rekod transit untuk kelas yang diajar. 1.2 PBS • Perlu diisi mengikut murid. Perlu capai band 1 dan 2 sekurang-kurangnya setakat Jun. 1.3 Kaedah PdP • Penekanan tulisan Jawi kepada murid-murid. Sentiasa member tumpuan kaedah penulisan Jawi yang betul dalam PdP. • BIG (Baca Ikut Guru) berjalan seperti biasa. • Peruntukan masa untuk mata pelajaran al-Quran kekal 3 masa sepanjang tahun. 1.4 Penyediaan RPH • Semua guru telah sedia maklum. Tindakan: Semua GPI/j-QAF Agenda 2 Laporan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Sila rujuk lampiran Tindakan: Makluman Agenda 3 Penyediaan PdP 3.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia agar rujuk “buku kuning” untuk memastikan tarikh/bulan pemeriksaan buku latihan murid. 3.2 Penyediaan RPH: harapan pengerusi agar semua GPI/j-QAF menghantar buku Rekod Pengajaran setiap minggu. • Ingatan agar ahli mengisi maklumat di bahagian hadapan dan belakang buku. Tindakan: Semua GPI/j-QAF Agenda 4 Aktiviti bulan Panitia Pengerusi memaklumkan semua ahli bahawa bulan Panitia akan bermula 10 Julai hingga 24 Ogos 2013 (sepanjang bulan Puasa)
  • 7. 4.1 Di ambang Ramadhan: cadangan agar dilaksanakan pada 4 /7/ 2013 atau 5/7/2013 • Pengisian program ialah bacaan Yasin dan bacaan solat (KBS 3) 4.2 Bacaan Muqaddam waktu rehat akan dikawal oleh guru Pendidikan Islam. • Guru bertugas mingguan perlu turut serta di kantin. 4.3 Tadarus al-Quran guru dan murid: bacaan bersama 2 juzuk setiap hari. 4.4 Khatam al-Quran: Panitia akan mohon sumbangan daripada Syarikat Yusuf Taiyoob 4.5 Agihan wang /sumbangan pelajar miskin akan diedarkan pada pagi 1 Ogos 2013. 4.6 Majlis berbuka puasa akan diadakan petang 1 Ogos 2013. Tindakan: Semua GPI/j-QAF Agenda 5 Hal-hal lain 5.1 Tazkirah mingguan (Jumaat) perlu dijalankan seperti biasa. 5.2 PAFA : Buku Rekod PAFA hendaklah diletak di dalam kelas. • Penilaian sepanjang tahun mengikut kod tahun semasa. 5.3 Terdapat cadangan agar panitia memohon sumbangan daripada BKGS untu diberikan kepada murid miskin/yatim. Tindakan: Pn Siti Asni 5.4 Terdapat teguran daripada guru lain berkaitan sikap murid yang tidak mengamalkan adab makan (murid makan berjalan). • Cadangan agar semua guru memainkan peranan untuk menegur sikap murid terbabit. 5.5 Kelas Pemulihan Jawi perlu berjalan seperti biasa. 5.6 GPI dan j-QAF perlu menetapkan masa pengajaran Jawi di dalam jadual waktu dan memaklumkan kepada PK 1. Untuk mengelakkan bertembung dengan jadual ganti. 5.7 Cadangan agar adakan kelas sokongan untuk Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab untuk murid lemah Jawi. 5.8 Ustaz Nabil mencadangkan agar murid turut serta membaca surah ketika majlis Khatam al- Quran. Tindakan: Semua GPI/j-QAF Agenda 6 Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua GPI dan j-QAF yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara yang telah dibincangkan akan mendapat perhatian semua yang terbabit. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang. Disediakan oleh: Setiausaha Panitia Pendidikan Islam SK Kampong Selamat Tarikh : 19 JUN 2013