SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
KENYATAAN RASMI SSKM-SSU(UK) BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN DATUK SYED ABAS ALI
TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN "PERPISAHAN (SECESSION)" DIDALAM SIDANG DEWAN
UNDANGAN SABAH.
Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam
Perpaduan untuk Bangsa Negara Sabah dan
Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones
mewakili kumpulan sosial didalam Facebook
yang bernama Sabah Sarawak Keluar
Malaysia (SSKM), yang kini sudah
berdaftarkan secara SAH sebagai sebuah
NGO dengan nama Sabah Sarawak Union
(SSU-UK) dibawah bidang kuasa
perundangan United Kingdom of Great
Britain and Northern Ireland (UK) ingin
membuat kenyataan rasmi berhubung dengan kenyataan Datuk Syed Abas Ali
tentang Larangan Penggunaan "Perpisahan (Secession)" didalam sidang Dewan
Undangan Sabah.
Didalam kenyataannya di Daily Express Online yang bertarikh 11 Ogos 2015,
mengatakan bahawa dia akan memberikan amaran untuk tidak membenarkan
perkataan "Perpisahan (Secession)" dibangkitkan didalam Dewan Undangan
(DUN) Sabah [1]. Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa jika perkara ini
dibincangkan diluar, ia adalah diluar kawalannya [2]. Selain itu, Syed Abas
mengatakan yang dia hanya boleh melarang penggunaan perkataan tersebut
didalam sidang DUN sahaja kerana ingin wakil rakyat untuk memfokuskan kepada
pembangunan. Sabah adalah sebuah "negeri" yang besar dan memerlukan
kewangan untuk jalan-raya, bekalan air dan infrastruktur yang lain. Sedangkan
beberapa daerah disini lebih besar daripada negeri-negeri di semenanjung. Jadi,
ini adalah perkara yang saya harap wakil bangkitkan [3]. Dia juga telah
memberikan pembayang dengan mengatakan bahawa mereka seharusnya tidak
memikirkan satu pokok sahaja tetapi semua pokok-pokok didalam hutan. Justeru,
berharap mendapat kerjasama daripada wakil rakyat dikedua-dua pihak, kerajaan
dan pembangkang [4].
***Artikel Daily Express Online tersebut adalah didalam bahasa Ingggeris tetapi
telah diterjemahkan dengan maksud yang sama untuk tujuan penyampaian
maklumat***
Pertama [1], Dewan Undangan Negeri (Negara) Sabah merupakan satu platform
perdebatan yang kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Ia adalah tempat
membincangkan, membahaskan dan mendebatkan isu-isu semasa samada isu ringan,
berat mahupun sensitif. DUN Sabah juga memainkan peranan dalam menentukan
halatuju kerajaan melalui polisi dan dasar yang akan diluluskan. Segala yang berlaku
di bumi Sabah adalah dibawah kuasa DUN Sabah untuk menentukan tindakan yang
perlu diambil seterusnya. Perancangan tindakan yang ingin diambil oleh Syed Abas
Ali untuk melarang penggunaan perkataan "Perpisahan (Seccession)" adalah satu idea
atau perancangan yang perlu dikecam sekeras-kerasnya. Ini kerana didalam 20
Perkara, Perkara 7 jelas mencatatkan perkara tersebut. Dengan tidak membincangkan
perkara ini, adakah Ketua Dewan Speaker baru ini yang juga merupakan ahli umno
ingin menyampaikan satu mesej halus untuk menafikan kewujudan 20 Perkara?
Apakah dengan keinginannya untuk melarang perkataan ini digunakan dan
dibangkitkan secara tidak langsung mahu mendiamkan peranan 20 Perkara Sabah
yang selama ini menjadi rujukan kepada Pentadbiran Kerajaan Negara Sabah?
Kedua [2], Samada isu ini dibincangkan didalam DUN ataupun diluar, itu adalah hak
rakyat dan juga wakil pemimpin yang dipilih semasa pilihan-raya. Tugas seorang
Dewan Speaker adalah untuk mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar,
mengatur debat supaya tidak menyimpang daripada isu-isu yang dibahaskan,
membuat keputusan mengenai aturan urusan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
serta memeriksa samada petisyen, rang dan pindaan perlembagaan boleh diterima
ataupun tidak. Tugas Dewan Speaker bukan untuk membuat peraturan sendiri tetapi
lebih kepada menjadi orang perantaraan (orang tengah) kepada dua pihak yang sedang
berdebat dan berbahas iaitu daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Anda sendiri
mengakui bahawa anda adalah orang yang masih baru didalam bidang ini. Maka,
janganlah berlagak hebat dengan melarang perkara-perkara seperti ini dibangkitkan.
Itu adalah hak dan tanggungjawab ahli-ahli DUN Sabah untuk membangkitkan apa-
apa isu yang sedang hangat diperbualkan atau dibincangkan di negara Sabah dan
disampaikan ke dalam DUN untuk memperhalusikan faktor-faktor perbualan ini
berlaku, mengkaji punca, merancang penyelesaian dan menilai keberkesanan
penyelesaian yang telah dilakukan.
Ketiga [3], Anda telah memberikan justifikasi kepada keinginan larangan anda namun
ia adalah pandangan peribadi yang sangat bertentangan dengan tugas dan peranan
sebagai seorang Dewan Speaker. Selama umno-bn Sabah memerintah Kerajaan
Negara Sabah setelah berjaya menumbangkan Kerajaan PBS pada tahun 1994 melalui
cara yang kotor, mengapa tidak pernah isu seperti pembangunan infrastruktur seperti
jalan-raya, bekalan air dan sebagainya selesai? Ditempat kawasan DUN anda sendiri,
apakah selama anda menjadi wakil rakyat bn-umno, terdapat pembangunan yang
boleh dibanggakan? Tanya kepada diri anda sendiri, apakah puncanya? Saya pasti
anda mampu menjawabnya dengan lebih baik berbanding dengan mana-mana pihak.
Apabila perkara seperti isu pembangunan ini tidak menemui jalan penyelesaian yang
tepat, ia adalah disebabkan oleh ahli-ahli DUN Sabah tidak pernah berusaha untuk
menyelesaikan punca yang sebenar. Apakah punca sebenarnya? Sumber kewangan
dan pembangunan Kerajaan Negara Sabah berada didalam genggaman Kerajaan
Persekutuan. Ini adalah puncanya. Atas sebab faktor ini, peruntukan tahunan tidak
pernah mencukupi untuk negara Sabah kerana peruntukan yang disalurkan itu tidak
pernah selari dengan keperluan kos pembangunan. Negara Sabah menjana kewangan
berpuluh bilion ringgit namun hanya mendapat satu jumlah yang sangat kecil. Adakah
anda ingin menafikan perkara ini? Ingin menjadi seperti musa yang berbangga dengan
segala sumbangan kerajaan persekutuan yang hanya beratus-ratus juta sahaja walhal
itu adalah hasil duit negara Sabah sendiri? Jikalau anda tetapi menafikannya dan
berkeras bahawa peruntukan diberikan sangat mencukupi selama ini, maka punca
kepada permasalahan ini adalah disebabkan oleh pentadbiran dibawah kerajaan umno-
bn telah gagal didalam membuat pengagihan peruntukkan dengan betul. Atau adakah
kemunduran pembangunan ini bersangkut paut dengan kekayaan yang dimiliki oleh
ahli-ahli wakil bn-umno Sabah?
Keempat [4], Perumpamaan ataupun bayangan yang anda berikan itu sebenarnya
merupakan satu punca kepada permasalahan Kerajaan Negara Sabah dari dahulu
sehingga sekarang. Ia umpama seperti sebuah keluarga. Anda sanggup
membelakangkan kepentingan keluarga semata-mata mahu menjaga kepentingan
orang luar. Dimanakah logik pemikiran anda itu? Walaupun terdapat nilai kebaikan
didalam perumpamaan atau bayangan anda itu, namun ia tidak sesuai dipraktikan oleh
Kerajaan Negara Sabah lebih-lebih lagi didalam keadaan seperti sekarang ini.
Kepentingan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada Kerajaan Negara Sabah
terlebih dahulu. Setelah isu dan permasalahan dalaman Kerajaan Negara Sabah
selesai, barulah Kerajaan Negara Sabah boleh memfokuskan kepada isu luar. Ketika
pihak pembangkang membawa usul untuk penambahbaikan jentera Kerajaan dan
cadangan penyelesaian kepada isu-isu Negara Sabah, dimanakah suara anda untuk
menyokong usul tersebut? Anda diam dan mengkritik mereka. Tetapi apabila dilantik
menjadi Dewan Speaker, anda kini mengimpikan perkara tersebut? Jikalau anda
ikhlas terhadap perubahan yang ingin dibawakan didalam DUN Sabah, buktikan
melalui keadilan dalam mengendalikan isu-isu yang dibangkitkan termasuk dengan
isu "Perpisahan (Secession)". Ia adalah tanggungjawab anda untuk menyelesaikan
secara professional dan matang agar isu ini menemui jalan penyelesaian yang tepat
dan bukan melarang daripada isu ini dibangkitkan.
Pihak kami sentiasa mengikuti perkembagan perjalanan politik Negara Sabah dan
Negara Sarawak serta Malaya. Pemerhatian dan kajian dalam aspek pentadbiran
politik dan negara diperingkat antarabangsa juga dilakukan oleh pihak kami untuk
memahami permasalahan yang dihadapi oleh Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan
Negara Sarawak.
Akhir kata, ingin saya kongsikan satu cerita yang benar berlaku diluar negara.
Seorang pemimpin daripada negara luar telah berjaya membawa pembangunan pesat
kepada negaranya dibawah pentadbiran parti politiknya. Apabila ditanya tentang
bagaimana beliau mampu membawa pembangunan pesat sejak mengambil-alih
pentadbiran negara itu, beliau menjawab dengan satu jawapan yang ringkas, "saya
tidak mengambil duit rakyat".
In Sovereignty We Breathe, In Unity We Believe
Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero
Doris Jones

More Related Content

Viewers also liked

Úspora energie v místnostech domu 3
Úspora energie v místnostech domu 3Úspora energie v místnostech domu 3
Úspora energie v místnostech domu 3bohape
 
Dn12 u3 a10_ggab
Dn12 u3 a10_ggabDn12 u3 a10_ggab
Dn12 u3 a10_ggabcutegatita
 
чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.
чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.
чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.Nastia83Kovalik
 
神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3
神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3
神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3hinger35
 
淘宝卖家成长资源
淘宝卖家成长资源淘宝卖家成长资源
淘宝卖家成长资源LIU hongmin
 
20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案
20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案
20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案R.O.C.Executive Yuan
 
21st Century Education Sis Bfe Mena 2011
21st Century Education Sis Bfe Mena 201121st Century Education Sis Bfe Mena 2011
21st Century Education Sis Bfe Mena 2011espie77
 

Viewers also liked (13)

Úspora energie v místnostech domu 3
Úspora energie v místnostech domu 3Úspora energie v místnostech domu 3
Úspora energie v místnostech domu 3
 
蒙古帝國
蒙古帝國蒙古帝國
蒙古帝國
 
Angelika lewandowska recenzja
Angelika lewandowska recenzjaAngelika lewandowska recenzja
Angelika lewandowska recenzja
 
Slide share
Slide shareSlide share
Slide share
 
Dn12 u3 a10_ggab
Dn12 u3 a10_ggabDn12 u3 a10_ggab
Dn12 u3 a10_ggab
 
чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.
чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.
чорна металургія україни. ковалик а. 10 а.
 
神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3
神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3
神戸市の道路計画に対する西須磨主婦の会の意見書1997年 2/3
 
淘宝卖家成长资源
淘宝卖家成长资源淘宝卖家成长资源
淘宝卖家成长资源
 
#NVDM11, Joris Toonders, Yonego
#NVDM11, Joris Toonders, Yonego#NVDM11, Joris Toonders, Yonego
#NVDM11, Joris Toonders, Yonego
 
20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案
20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案
20160901褒揚臺灣傑出京劇家故顧正秋女士案
 
Pay mortgage early
Pay mortgage earlyPay mortgage early
Pay mortgage early
 
редакция 66.ru
редакция 66.ruредакция 66.ru
редакция 66.ru
 
21st Century Education Sis Bfe Mena 2011
21st Century Education Sis Bfe Mena 201121st Century Education Sis Bfe Mena 2011
21st Century Education Sis Bfe Mena 2011
 

More from SSKMSSU

Sultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada sulu
Sultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada suluSultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada sulu
Sultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada suluSSKMSSU
 
Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?
Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?
Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?SSKMSSU
 
Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...
Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...
Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...SSKMSSU
 
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...SSKMSSU
 
Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963
Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963
Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963SSKMSSU
 
Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?
Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?
Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?SSKMSSU
 
Sabah sarawak keluar malaysia slide video
Sabah sarawak keluar malaysia slide videoSabah sarawak keluar malaysia slide video
Sabah sarawak keluar malaysia slide videoSSKMSSU
 
The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]
The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]
The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]SSKMSSU
 

More from SSKMSSU (8)

Sultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada sulu
Sultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada suluSultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada sulu
Sultan Brunei tidak pernah serahkan timur Sabah kepada sulu
 
Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?
Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?
Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?
 
Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...
Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...
Secession a right of any state that joined malaysia voluntarily says sabah po...
 
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan ...
 
Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963
Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963
Malaya also known as Malaysia: Membership In UN In 1963
 
Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?
Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?
Defining malaysia: Is Malaya masquerading as Malaysia?
 
Sabah sarawak keluar malaysia slide video
Sabah sarawak keluar malaysia slide videoSabah sarawak keluar malaysia slide video
Sabah sarawak keluar malaysia slide video
 
The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]
The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]
The Rise Of Activism [SSKM-SSU(UK)]
 

Recently uploaded

evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administratorevaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administratorDi Prihantony
 
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptxSOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptxwansyahrahman77
 
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024DEDI45443
 
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...citraislamiah02
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxBudyHermawan3
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxAmandaJesica
 
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...mayfanalf
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptMuhammadNorman9
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfNetraHartana
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1RomaDoni5
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAnthonyThony5
 
RUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdf
RUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdfRUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdf
RUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdfNezaPurna
 

Recently uploaded (12)

evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administratorevaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
 
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptxSOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
 
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
 
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
 
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
 
RUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdf
RUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdfRUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdf
RUNDOWN ACARA ORIENTASI CPNS DAN PPPK TAHUN 2024.pdf
 

Kenyataan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Berhubung Dengan Kenyataan Datuk Syed Abas Ali Tentang Larangan Penggunaan Perpisahan (Secession) Didalam Sidang Dewan Undangan Sabah

  • 1. KENYATAAN RASMI SSKM-SSU(UK) BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN DATUK SYED ABAS ALI TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN "PERPISAHAN (SECESSION)" DIDALAM SIDANG DEWAN UNDANGAN SABAH. Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam Perpaduan untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), yang kini sudah berdaftarkan secara SAH sebagai sebuah NGO dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan kenyataan Datuk Syed Abas Ali tentang Larangan Penggunaan "Perpisahan (Secession)" didalam sidang Dewan Undangan Sabah. Didalam kenyataannya di Daily Express Online yang bertarikh 11 Ogos 2015, mengatakan bahawa dia akan memberikan amaran untuk tidak membenarkan perkataan "Perpisahan (Secession)" dibangkitkan didalam Dewan Undangan (DUN) Sabah [1]. Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa jika perkara ini dibincangkan diluar, ia adalah diluar kawalannya [2]. Selain itu, Syed Abas mengatakan yang dia hanya boleh melarang penggunaan perkataan tersebut didalam sidang DUN sahaja kerana ingin wakil rakyat untuk memfokuskan kepada pembangunan. Sabah adalah sebuah "negeri" yang besar dan memerlukan kewangan untuk jalan-raya, bekalan air dan infrastruktur yang lain. Sedangkan
  • 2. beberapa daerah disini lebih besar daripada negeri-negeri di semenanjung. Jadi, ini adalah perkara yang saya harap wakil bangkitkan [3]. Dia juga telah memberikan pembayang dengan mengatakan bahawa mereka seharusnya tidak memikirkan satu pokok sahaja tetapi semua pokok-pokok didalam hutan. Justeru, berharap mendapat kerjasama daripada wakil rakyat dikedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang [4]. ***Artikel Daily Express Online tersebut adalah didalam bahasa Ingggeris tetapi telah diterjemahkan dengan maksud yang sama untuk tujuan penyampaian maklumat*** Pertama [1], Dewan Undangan Negeri (Negara) Sabah merupakan satu platform perdebatan yang kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Ia adalah tempat membincangkan, membahaskan dan mendebatkan isu-isu semasa samada isu ringan, berat mahupun sensitif. DUN Sabah juga memainkan peranan dalam menentukan halatuju kerajaan melalui polisi dan dasar yang akan diluluskan. Segala yang berlaku di bumi Sabah adalah dibawah kuasa DUN Sabah untuk menentukan tindakan yang perlu diambil seterusnya. Perancangan tindakan yang ingin diambil oleh Syed Abas Ali untuk melarang penggunaan perkataan "Perpisahan (Seccession)" adalah satu idea atau perancangan yang perlu dikecam sekeras-kerasnya. Ini kerana didalam 20 Perkara, Perkara 7 jelas mencatatkan perkara tersebut. Dengan tidak membincangkan perkara ini, adakah Ketua Dewan Speaker baru ini yang juga merupakan ahli umno ingin menyampaikan satu mesej halus untuk menafikan kewujudan 20 Perkara? Apakah dengan keinginannya untuk melarang perkataan ini digunakan dan dibangkitkan secara tidak langsung mahu mendiamkan peranan 20 Perkara Sabah yang selama ini menjadi rujukan kepada Pentadbiran Kerajaan Negara Sabah? Kedua [2], Samada isu ini dibincangkan didalam DUN ataupun diluar, itu adalah hak rakyat dan juga wakil pemimpin yang dipilih semasa pilihan-raya. Tugas seorang Dewan Speaker adalah untuk mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar, mengatur debat supaya tidak menyimpang daripada isu-isu yang dibahaskan, membuat keputusan mengenai aturan urusan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan serta memeriksa samada petisyen, rang dan pindaan perlembagaan boleh diterima ataupun tidak. Tugas Dewan Speaker bukan untuk membuat peraturan sendiri tetapi lebih kepada menjadi orang perantaraan (orang tengah) kepada dua pihak yang sedang berdebat dan berbahas iaitu daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Anda sendiri mengakui bahawa anda adalah orang yang masih baru didalam bidang ini. Maka, janganlah berlagak hebat dengan melarang perkara-perkara seperti ini dibangkitkan. Itu adalah hak dan tanggungjawab ahli-ahli DUN Sabah untuk membangkitkan apa- apa isu yang sedang hangat diperbualkan atau dibincangkan di negara Sabah dan disampaikan ke dalam DUN untuk memperhalusikan faktor-faktor perbualan ini berlaku, mengkaji punca, merancang penyelesaian dan menilai keberkesanan penyelesaian yang telah dilakukan.
  • 3. Ketiga [3], Anda telah memberikan justifikasi kepada keinginan larangan anda namun ia adalah pandangan peribadi yang sangat bertentangan dengan tugas dan peranan sebagai seorang Dewan Speaker. Selama umno-bn Sabah memerintah Kerajaan Negara Sabah setelah berjaya menumbangkan Kerajaan PBS pada tahun 1994 melalui cara yang kotor, mengapa tidak pernah isu seperti pembangunan infrastruktur seperti jalan-raya, bekalan air dan sebagainya selesai? Ditempat kawasan DUN anda sendiri, apakah selama anda menjadi wakil rakyat bn-umno, terdapat pembangunan yang boleh dibanggakan? Tanya kepada diri anda sendiri, apakah puncanya? Saya pasti anda mampu menjawabnya dengan lebih baik berbanding dengan mana-mana pihak. Apabila perkara seperti isu pembangunan ini tidak menemui jalan penyelesaian yang tepat, ia adalah disebabkan oleh ahli-ahli DUN Sabah tidak pernah berusaha untuk menyelesaikan punca yang sebenar. Apakah punca sebenarnya? Sumber kewangan dan pembangunan Kerajaan Negara Sabah berada didalam genggaman Kerajaan Persekutuan. Ini adalah puncanya. Atas sebab faktor ini, peruntukan tahunan tidak pernah mencukupi untuk negara Sabah kerana peruntukan yang disalurkan itu tidak pernah selari dengan keperluan kos pembangunan. Negara Sabah menjana kewangan berpuluh bilion ringgit namun hanya mendapat satu jumlah yang sangat kecil. Adakah anda ingin menafikan perkara ini? Ingin menjadi seperti musa yang berbangga dengan segala sumbangan kerajaan persekutuan yang hanya beratus-ratus juta sahaja walhal itu adalah hasil duit negara Sabah sendiri? Jikalau anda tetapi menafikannya dan berkeras bahawa peruntukan diberikan sangat mencukupi selama ini, maka punca kepada permasalahan ini adalah disebabkan oleh pentadbiran dibawah kerajaan umno- bn telah gagal didalam membuat pengagihan peruntukkan dengan betul. Atau adakah kemunduran pembangunan ini bersangkut paut dengan kekayaan yang dimiliki oleh ahli-ahli wakil bn-umno Sabah? Keempat [4], Perumpamaan ataupun bayangan yang anda berikan itu sebenarnya merupakan satu punca kepada permasalahan Kerajaan Negara Sabah dari dahulu sehingga sekarang. Ia umpama seperti sebuah keluarga. Anda sanggup membelakangkan kepentingan keluarga semata-mata mahu menjaga kepentingan orang luar. Dimanakah logik pemikiran anda itu? Walaupun terdapat nilai kebaikan didalam perumpamaan atau bayangan anda itu, namun ia tidak sesuai dipraktikan oleh Kerajaan Negara Sabah lebih-lebih lagi didalam keadaan seperti sekarang ini. Kepentingan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada Kerajaan Negara Sabah terlebih dahulu. Setelah isu dan permasalahan dalaman Kerajaan Negara Sabah selesai, barulah Kerajaan Negara Sabah boleh memfokuskan kepada isu luar. Ketika pihak pembangkang membawa usul untuk penambahbaikan jentera Kerajaan dan cadangan penyelesaian kepada isu-isu Negara Sabah, dimanakah suara anda untuk menyokong usul tersebut? Anda diam dan mengkritik mereka. Tetapi apabila dilantik menjadi Dewan Speaker, anda kini mengimpikan perkara tersebut? Jikalau anda ikhlas terhadap perubahan yang ingin dibawakan didalam DUN Sabah, buktikan melalui keadilan dalam mengendalikan isu-isu yang dibangkitkan termasuk dengan isu "Perpisahan (Secession)". Ia adalah tanggungjawab anda untuk menyelesaikan
  • 4. secara professional dan matang agar isu ini menemui jalan penyelesaian yang tepat dan bukan melarang daripada isu ini dibangkitkan. Pihak kami sentiasa mengikuti perkembagan perjalanan politik Negara Sabah dan Negara Sarawak serta Malaya. Pemerhatian dan kajian dalam aspek pentadbiran politik dan negara diperingkat antarabangsa juga dilakukan oleh pihak kami untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Akhir kata, ingin saya kongsikan satu cerita yang benar berlaku diluar negara. Seorang pemimpin daripada negara luar telah berjaya membawa pembangunan pesat kepada negaranya dibawah pentadbiran parti politiknya. Apabila ditanya tentang bagaimana beliau mampu membawa pembangunan pesat sejak mengambil-alih pentadbiran negara itu, beliau menjawab dengan satu jawapan yang ringkas, "saya tidak mengambil duit rakyat". In Sovereignty We Breathe, In Unity We Believe Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero Doris Jones