STPM SEJARAH KERTAS 1: TAMADUN ISLAM
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM, TERDAPAT PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT DI MEKAH
DAN MADINAH....
bidang ketenteraan. Tugas mereka juga ialah mengawal kota Mekah daripada
serangan musuh.
Pada mulanya, kaum Quraisy dapat ...
dengan Yahudi. Kaum Yahudi membantu suku Aus kerana bilangan suku Khazraj
ramai dan mampu mengancam kedudukan Yahudi.
• Su...
• Bani Nadhir
Bani Nadhir merupakan puak kedua kaum Yahudi yang mendiami Madinah. Mereka
melarikan diri dari Palestin ekor...
Disediakan oleh:
Muhammad Fauzi bin Yusof
Ahmad Nur Amsyar bin Zainal
Disediakan oleh:
Muhammad Fauzi bin Yusof
Ahmad Nur Amsyar bin Zainal
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah

3,009 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah

  1. 1. STPM SEJARAH KERTAS 1: TAMADUN ISLAM SEBELUM KEDATANGAN ISLAM, TERDAPAT PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT DI MEKAH DAN MADINAH. BINCANGKAN. Pendahuluan Nama asal Mekah ialah Makaroba yang juga dikenali sebagai Bakkah (menurut Al- Quran) dan terletak di daerah Hijaz. Ia dipercayai didirikan dalam pertengahan kurun ke-5 SM. Di sinilah wujudnya Kaabah (Baitullah) yang diberkati Allah s.w.t. Sejarah masyarakat Mekah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya, Siti Hajar dan puteranya, Ismail di lembah yang kering-kontang. Sejak telaga air Zamzam ditemui, Mekah mula dikenali dan Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kota Mekah telah diduduki sejak 2400 tahun dahulu. Madinah pula terletak kira-kira 500 km ke utara Mekah. Kota Madinah juga dikenali sebagai Yathrib. Kota Madinah sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kota kecil dengan bilangan penduduk seramai 4000 - 5000 orang sahaja, yang mana separuhnya daripadanya merupakan bangsa Yahudi dan selebihnya terdiri daripada keturunan Aus dan Khazraj yang menyembah berhala. Ramai orang berhijrah ke Madinah disebabkan kedudukannya yang strategik dan menarik ramai pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Isi-isi penting a) Masyarakat di Mekah I. Kaum Quraisy di Mekah Perkataan Quraisy berasal daripada kata dasar “taqarrasya” yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Kabilah Quraisy ini diasaskan oleh Qusai bin Kilab yang merupakan datuk keempat Nabi Muhammad. Kota Mekah dahulunya dikuasai oleh kaum Khuzaah sebelum Qusai dan tenteranya menawan kota Mekah pada tahun 440 Masihi. Masyarakat Quraisy ini terbahagi kepada dua golongan pada zaman Qusai bin Kilab, iaitu: • Golongan pertama ialah Quraisy al-Bitah yang merupakan golongan hadhari. Golongan ini menetap di tengah-tengah kota Mekah. Mereka terkenal dalam bidang pentadbiran, politik dan perdagangan. • Golongan kedua pula ialah Quraisy al-Zawahir yang mendiami kawasan luar kota Mekah. Mereka menjalani kehidupan sebagai orang Badwi dan terkenal dalam
  2. 2. bidang ketenteraan. Tugas mereka juga ialah mengawal kota Mekah daripada serangan musuh. Pada mulanya, kaum Quraisy dapat disatukan oleh Qusai, namun lama-kelamaan mereka berpecah dan berperang sesama sendiri. Perpecahan ini berpunca daripada perebutan kuasa antara anak Qusai iaitu Abd. Al-Dar dengan Abd Manaf. Kedua-duanya mempunyai penyokong sendiri sehingga muncul dua golongan yang bertentangan. Setelah itu, mereka berpecah kepada puak-puak yang lebih kecil yang mempunyai kepentingan sendiri. Puak-puak Quraisy yang masyhur dan melahirkan tokoh masing-masing berasal daripada Bani Hasyim (Nabi Muhammad S.A.W.), Bani Umaiyah (Muawiyah bin Abi Sufyan), Bani Makhzum (Khalid bin al- Walid), Bani Taym (Khalifah Abu Bakar al-Siddiq), dan Bani Adi (Khalifah Umar bin al-Khattab). b) Masyarakat di Madinah i. Asal-usul Kaum Arab Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali juga sebagai Bani Qailah. Kaum Aus dan Khazraj berpindah ke Madinah (Yathrib) berikutan pecahnya Empangan Ma’rib kira-kira 300 tahun sebelum kedatangan Islam. Suku Aus dan Khazraj Mereka tinggal di pinggir kota dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam sehingga mereka menjadi maju dan kuat. Mereka akhirnya berjaya menguasai Kota Madinah yang diperintah Yahudi. Pihak Yahudi tidak senang dengan perkara tersebut dan melagakan kaum Aus dan Khazraj sehingga mengakibatkan berlaku perang Bu’ath pada tahun 619 Masihi. Perang Bu’ath telah dimenangi oleh kaum Aus yang dibantu Yahudi. • Suku Aus Jumlah suku Aus adalah lebih kecil daripada Khazraj dan kurang berpengaruh. Dalam suku Aus terdapat Bani Abd al-Asyhal dan Bani ‘Amru bin ‘Auf. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi berbanding dengan Quraisy kerana pergaulan mereka
  3. 3. dengan Yahudi. Kaum Yahudi membantu suku Aus kerana bilangan suku Khazraj ramai dan mampu mengancam kedudukan Yahudi. • Suku Khazraj Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar jika dibandingkan dengan suku Aus. Mereka lebih awal memeluk agama Islam, yakni sebelum peristiwa Hijrah lagi. Dalam suku Khazraj, terdapat Bani al-Najjar, Bani Zurayq, Bani Salim bin ‘Auf, Bani Salimah, Bani Sawad, Bani Saidah, Bani al-Harith dan Bani al-Qawaqilah. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum Quraisy. Oleh itu, kaum Khazraj lebih dicurigai dan dimusuhi oleh kaum Yahudi disebabkan jumlahnya yang ramai menyebabkan kaum Yahudi takut kerana mereka mampu mengancam dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. ii. Asal-usul Yahudi Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di selatan Palestin. Kaum Yahudi mementingkan diri sendiri, tamak kuasa dan menganggap diri mereka sebagai pilihan Tuhan. Mereka tidak berminat mengembangkan agama mereka menyebabkan agama itu tidak berkembang di Madinah. Terdapat lebih 20 suku Yahudi yang tinggal di Madinah. Suku yang paling terkenal dan masyhur ialah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. • Bani Qainuqa’ Bani ini merupakan bani yang mula-mula tiba di Madinah dan mempunyai pengaruh yang kuat. Mereka mendirikan tempat kediaman di Wadi Buthan. Mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Kebanyakan mereka kaya dan hidup dalam kemewahan. Mereka merupakan golongan peniaga yang mengamalkan bunga (faedah) dalam urusan jual beli. Mereka juga mempunyai kebun-kebun buah anggur dan kurma. Bani ini mempunyai angkatan tentera yang kuat untuk menyerang musuh.
  4. 4. • Bani Nadhir Bani Nadhir merupakan puak kedua kaum Yahudi yang mendiami Madinah. Mereka melarikan diri dari Palestin ekoran penindasan tentera Rom yang menganut agama Kristian. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi yang tulen. Hal ini kerana, mereka membuka petempatan yang berasingan dengan orang Arab dan bertutur mengikut loghat dan bahasa mereka sendiri. Mereka juga terlibat dalam aktiviti pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke selatan Kota Madinah. • Bani Quraizah Bani ini dikenali juga sebagai Dalih. Suku ini terbahagi kepada dua golongan iaitu Bani Ka’ab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di bahagian selatan berhampiran Wadi Mahzur. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan kehidupannya agak mewah berbanding suku-suku yang lain. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi. Kesimpulan Masyarakat Arab di Mekah dan Madinah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya sesebuah negara atau kabilah. Kota Mekah dan Madinah mempunyai struktur dan perkembangan masyarat yang berbeza. Masyarakat Mekah dan Madinah juga dikatakan jahil kerana mereka tidak mempunyai peraturan hidup dan agama yang jelas. Mereka juga mengamalkan semangat assabiyyah dalam kalangan mereka bagi mempertahankan suku masing-masing dan suku yang berjaya dianggap berpengaruh. Dengan pendudukan pelbagai jenis kabilah di Arab telah menyebabkan Tanah Arab sebagai tempat perdagangan, ibadat dan lain-lain. Namun, selepas kedatangan Islam, semangat assabiyyah ini hilang kerana agama Islam amat mementingkan perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umatnya.
  5. 5. Disediakan oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof Ahmad Nur Amsyar bin Zainal
  6. 6. Disediakan oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof Ahmad Nur Amsyar bin Zainal

×