2. 1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Komunikasi merupakan satu proses perpindahan
maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang
individu kepada individu atau sekumpulan individu yang
lain.
Sebahagian daripada filem “Adnan Sempit 2”
menggunakan bahasa tak formal sebagai cara
berkomunikasi dalam lakonan mereka.
3. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis
penggunaaan bahasa tak formal daripada filem
tersebut serta memperlihatkan kesan-kesan terhadap
penggunaannya.
Kajian dilakukan supaya hasilnya dapat
diketengahkan bagi makluman mereka yang berminat
dalam bidang kajian variasi bahasa khususnya bahasa
tak formal.
5. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Untuk menghuraikan konsep variasi bahasa tak
formal di dalam filem Adnan Sempit 2.
Untuk menganalisis bahasa tak formal di dalam
filem Adnan Sempit 2.
Untuk mengenal pasti kesan-kesan penggunaan
bahasa tak formal yang diperoleh daripada filem
Adnan Sempit 2.
6. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Untuk menambahkan dokumentasi penggunaan
dialog bahasa tak formal dalam filem Adnan Sempit 2.
Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran variasi bahasa dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu Prauniversiti.
7. Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa
tak formal di dalam filem “Adnan Sempit 2” yang
bertempoh selama 1 jam 25 minit.
Konsep variasi bahasa dan kesan-kesan
penggunaan bahasa tak formal perlu dikaji dalam
filem “Adnan Sempit 2”.
4.0 SKOP KAJIAN
8. 5.0 BATASAN KAJIAN
Hanya mengkaji penggunaan bahasa tidak formal yang
terdapat di dalam keseluruhan filem Adnan Sempit 2
sahaja.
Bahasa tak formal di luar daripada filem ini tidak
termasuk dalam kajian.
10. 7.0 HASIL KAJIAN
7.1 Konsep Variasi Bahasa Tak Formal Dalam
Filem Adnan Sempit 2
Digunakan dalam kehidupan seharian antara
penutur dalam filem Adnan Sempit 2 yang ingin
berinteraksi antara satu sama lain.
Bahasa yang digunakan dalam filem tidak perlu
terlalu tersusun dan teratur, kerana yang ditekankan
ialah keakraban dan kemesraan.
11. Bahasa tak formal yang digunakan tidak
mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan,
nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu
bahasa itu sepenuhnya.
12. 7.2 Menganalisis Maksud Bahasa Tak Formal Di
Dalam Filem Adnan Sempit 2
Jumlah dialog bahasa tak formal yang dapat dikesan
penggunaannya ialah sebanyak 35.
Bahasa tak formal yang paling kerap digunakan ialah
perkataan tak.
Oleh kerana bahasa tak formal boleh memberi kesan
negatif, maka perkataan di atas boleh digantikan dengan
perkataan yang lebih halus maksudnya.
13. Sebagai contoh:
Minit 01:32
Bahasa Tak Formal
Adnan : ...tak pernah tengok mat rempit bersepah der...
Pembetulan
Adnan : ...tidak pernah melihat mat rempit jatuh kawan?...
14. Sebagai Contoh
Minit 43:52
Bahasa Tak Formal
Adnan : ...Nasib baik Nadia ada tau,kalau tak sapa nak jamin lu...
Pembetulan
Adnan : ...Nasib baik Nadia ada tahu, kalau tidak siapa hendak
jamin kau...
15. 7.3 Kesan Penggunaan Bahasa Tak Formal Di Dalam
Filem Adnan Sempit 2
Kesan Positif
Mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat
Menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama
masyarakat di sesuatu negara
16. Kesan Negatif
Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas
Implikasi kepada generasi pelapis negara
Kesan kepada pengaruh persekitaran
17. 8.0 RUMUSAN
Objektif kajian berjaya dicapai dengan menjadikan
objektif tersebut sebagai faktor utama dalam kajian.
Terdapat beberapa bahasa tak formal yang dapat dipetik
daripada filem iaitu sebanyak 35 dialog bahasa tak
formal dan beberapa perkataan yang diulang antaranya
perkataan Tak.
18. Terdapat dua kesan positif dan tiga kesan negatif
penggunaan bahasa tak formal:
Kesan Positif
• Mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk
setempat.
• Menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama
masyarakat di sesuatu negara.
Kesan Negatif
• Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas.
• Implikasi kepada generasi pelapis negara.
• Kesan kepada pengaruh persekitaran.
19. 9.0 PENUTUP
Penutur dalam Filem Adnan Sempit 2 ini kerap
menggunakan bahasa tak formal dalam kehidupan
seharian ketika berkomunikasi antara satu sama lain.
Sebagai bukti, sebanyak 35 dialog bahasa tak formal
dikesan dan disenaraikan mengikut kekerapannya.
Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada
pengkaji lain untuk melaksanakan kajian terhadap aspek
penting yang lain mengenai bahasa ini.