Dokumen tersebut menggariskan pentingnya mencontohi Rasulullah SAW dalam melaksanakan solat berjemaah. Ia menjelaskan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat berjemaah walaupun dalam keadaan sakit, menunjukkan betapa pentingnya ibadah ini. Dokumen ini juga menyatakan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan umat Islam untuk datang ke masjid bagi melaksanakan solat berjema
1. Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W, kita amat digalakkan untuk mencontohi Rasulullah
S.A.W dalam segenap aspek kehidupan, termasuklah dalam hal pelaksanaan ibadah solat.
Memandangkan begitu tingginya nilai ibadah solat dalam Islam, maka kita sebagai Muslim juga
dituntut untuk bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah tersebut, sesuai dengan apa yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita.
Melalui sirah baginda Rasulullah S.A.W, kita dapati bahawa sejak baginda berhijrah ke
Madinah, baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaah sehinggalah baginda wafat
(selama 13 tahun di Makkah sejak kedatangan Islam, Rasulullah S.A.W dan para sahabat
terpaksa solat secara bersembunyi atau bersendirian di rumah masing-masing kerana sentiasa
berada dalam keadaan ditekan oleh kaum Quraisy). Malah, ketika Rasulullah S.A.W dalam
keadaan sakit tenat pada penghujung hayat baginda, baginda dipapah oleh para sahabat
radiallahuanhu untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Hal ini sememangnya
menampakkan betapa Rasulullah S.A.W ingin mendidik umatnya agar mengambil berat akan
ibadah solat fardu secara berjemaah ini.
Berdasarkan firman Allah Ta'ala :
َأ واُذُخْأَيْلَو َكَعَم ْمُهْنِم ةَفِئاَط ْمُقَتْلَف َةَّالصال ُمُهَل َتْمَقَأَف ْمِهِيف َتْنُك اَذِإَوْمُكِئاَرَو ْنِم واُنُوكَيْلَف ُوادَجَس اَذِإَف ْمُهَتَحِلْس
"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan
solat bersama-sama mereka, Maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu
dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah
menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk
menghadapi musuh)."
(QS. An-Nisa: 102)
Berdasarkan HR Burkhari dan Muslim Nabi S.A.W bersabda :
َّمُث َّمُؤَيَف ًالُجَر َرُمآ َمُث اَهَل ُنَِذؤُيَف ِةَالَّصالِب َرُمآ َّمُث ُبِطَتَْحيَف ٍبَطَحِب َرُمآ نَأ ُتْمَمَه ْدَقَلْمِهْيَلَع َق ِرْحُأَف َةَالَّصال َُوندَهْشَي َال ٍلاَج ِر ىَلِإ ُِفلاَخُأ
ْمُهَتوُيُب
"Sungguh aku ingin minta diambilkan seikat kayu bakar, kemudian memerintahkan seseorang
untuk mengumandangkan azan oalat, lalu memerintahkan seseorang untuk menjadi imam solat,
kemudian aku mendatangi orang-orang yang tidak datang untuk solat (berjamaah) untuk aku
bakar rumah-rumah mereka."
(HR Burkhari dan Muslim)
2. Selain itu, diriwayatkan bahawa seorang buta mendatangi Nabi dan berkata, "Wahai Rasulullah,
tidak ada seseorang yang membawa saya ke masjid." Lalu dia minta kepada Rasulullah S.A.W
untuk memberinya keringanan solat di rumahnya. Maka beliau memberinya keringanan. Namun
ketika orang buta tersebut hendak pulang, beliau memanggilnya dan berkata, "Apakah engkau
mendengar azan solat?" Dia berkata, "Ya" Maka beliau berkata, "Kalau begitu, sambutlah
(dengan datang solat berjamaah di masjid)."
(HR Muslim)
Daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
bersabda,maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali
ganda.”
(HR Burkhari dan Muslim)
Dalam ayat An-Nisa: 102 ini Allah mewajibkan solat berjamaah saat berperang, apatahlagi
dalam keadaan sekarang yang aman damai. Berdasarkan HR Burkhari dan Muslim pula
menceritakan rumah orang-orang yang tidak solat berjemaah akan dibakar. Manakala HR
Muslim menceritakan tentang lelaki buta di anjurkan supaya bersolat secara berjemaah oleh
Rasulullah S.A.W, inikan pula kita manusia normal dan mendengar azan hampir setiap hari.
Sudah pasti diri kita lebih dituntut oleh Rasulullah S.A.W untuk melaksanakan solat berjemaah.
Mulai sekarang, ayuh kita beriltizam untuk memenuhi masjid sebaik sahaja seruan azan
berkumandang. Tidak rugi kita berhenti sejenak dan meluangkan sedikit masa untuk solat
berjemaah di masjid malah solat berjemaah lebih afdal daripada solat sendirian yang dijelaskan
HR Burkhari dan Muslim. Segala usaha kita ini pastinya pula akan dibalas dengan ganjaran
pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah yang Maha Penyayang.
InsyaAllah