1. LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR
MAPAN
TUGASAN 7 : CADANGAN
MEMPERBAHARUI BANDAR
NAMA : KHALID ARIF BILLAH BIN EIMRUL OBEIDI
MATRIK : A166918
PENSYARAH : PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ BIN O.K. RAHMAT
2. SOALAN
Kajang telah menjelma dari sebuah bandar yang kecil kepada bandar yang besar
dengan membina bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra
serta melebarkan kawasannya sehingga Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar
yang asal tidak mengalami perubahan yang jelas dan sebahagian daripada
penduduk asalnya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan laur dari Kawasan
asalnya. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat andar
Kajang supaya boleh berdiri dengan sendiri. Gunakan lukisan atau gambar-gambar
yang sesuai.
3. CADANGAN PERTAMA
Menaiktaraf infrastruktur dan jalan raya
Hal ini perlu dilakukan kerana kerosakkan jalan raya adalah salah satu penyebab kepada
kemalangan jalan raya. Melalui penaiktaraf jalan raya, masalah kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan serta memudahkan perjalanan dan secara tidak langsung membantu Bandar
Kajang meningkat ke arah bandar yang lebih baik dari yang sebelumnya.
4. CADANGAN KEDUA
Menaiktaraf Kemudahan Pusat Kesihatan
Kemudahan pusat kesihatan terdiri daripada Hospital dan Klinik. Hospital dan Klinik
Kesihatan yang berada di Bandar Kajang masih lagi berada di tahap yang kurang
memuaskan kerana masalah tempat letak kenderaan yang terhad, ruang kecemasan 24 jam
yang kecil, kurangnya tenaga pakar dan teknologi yang masih rendah.
Hospital yang menyediakan kemudahan yang lengkap akan dapat membantu
meningkatkan ekonomi dalam bidang peruabatan terutamanya di Kajang dan seterusnya
dapat meningkatkan ekonomi negara.
5. CADANGAN KETIGA
Membina landskap
Membina landskap dengan menanam pokok atau tanaman hijau di sepanjang bahu jalan
raya bagi tujuan mencantikkan permandangan di samping dapat mengimbangkan
ekosistem di kawasan Kajang.
Manakala bagi pokok-pokok yang tinggi perlulah ditebang dahannya supaya kelihatan lebih
cantic dan lebih kemas serta mampu mengelakkan perkara yang tidak diingini kepada
orang awam yang menggunakan jalan raya.