Dokumen tersebut membahas tentang ayat aktif dan pasif, serta jenis-jenis ayat seperti ayat perintah dan suruhan. Ayat aktif mengutamakan pelaku sebagai subjek sedangkan ayat pasif meletakkan objek sebagai subjek. Terdapat tiga jenis ayat pasif.
2. • Ayat Aktif dan Ayat Pasif
• Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi
menyampaikan makna yang sama.
• Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif
transitif dapat dipasifkan. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan
kerana tidak ada objek.
• Ayat pasif dapat dibahagikan kepada 3 jenis:
• Ayat pasif diri pertama
• Ayat pasif diri kedua
• Ayat pasif diri ketiga
3. AYAT AKTIF
• Mengandungi kata kerja yang mengutamakan pelaku sebagai subjek
dan perbuatan kpd OBJEK
• Pelaku dihadapan, benda yang kena buat atau OBJEK terletak di
belakang
• Contoh ayat adalah:
Abang Afiq mencuci kereta
Nelayan itu menjala ikan seorang diri
Ibu sedang menidurkan adik di dalam buaian
4. AYAT AKTIF TRANSITIF
• Merupakan ayat aktif yang mempunyai kata kerja yang memerlukan
OBJEK
• Mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai
objek.
• Kata kerja berawalan MEN
• Contoh ayat:
5. AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
• Mengandungi kata kerja tak transitif tetapi tidak diikuti oleh OBJEK
sebagai penyambut.
• Contoh ayat:
6. Ayat Pasif
• OBJEK terletak dihadapan, pelaku di belakang
• Ayat yang kata kerjanya berawalan di serta diikuti kata sendi oleh dan
kata ganti nama diri ketiga
• Contoh:
• Buku itu dibaca olehnya
• Kata kerja: dibaca
• Kata sendi: oleh
• Kata ganti nama diri ketiga: nya
7. • Tidak berimbuhan dan didahului dengan kata ganti nama diri pertama atau
kedua.
• Contoh
• Buku itu saya baca
• Kata ganti nama diri pertama: saya
• Kata kerja: baca
• Contoh ayat:
• Ikan dijala oleh nelayan itu seorang diri
• Adik sedang ditidurkan oleh ibu di dalam buaian
• Pertandingan silat di dalam dewan itu disaksikan oleh beberapa orang
budak lelaki.
8. AYAT PERINTAH
• Kata yang digunakan untuk menyuruh, melarang atau meminta
seseorang melakukan sesuatu
• Kata perintah terdiri daripada beberapa jenis:
- Kata perintah silaan
- Kata perintah permintaan
- Kata perintah larangan
9. Ayat perintah silaan
• Untuk menjemput atau mempersilakan seseorang
• Contoh ayat:
• Sila, jemput
• Sila berikan perhatian kepada ucapan guru besar
• Jemput
• Jemput makan kuih muih ini
10. Ayat perintah permintaan
• Untuk membuat permintaan atau meminta pertolongan
• Tolong, harap, minta
• Tolong bersihkan kelas ini
• Harap kamu bertenang
• Minta para hadirin masuk ke dewan
11. Ayat perintah larangan
• Untuk menegah seseorang daripada melakukan sesuatu
• Jangan, usah
• Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa
• Usahlah termenung lagi