SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
AGENDA TEKS
PENGUMUMAN Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa
pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk
mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja
lagi.
Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk
mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod
senyap. Terima kasih.
MENGUMUMKAN
KETIBAAN VIP
Mengumumkan ketibaan :
Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan
Negeri N39 Sugut.
PERSEMBAHAN
TARIAN SAMBUT
TAMU
Terima kasih diucapkan.
Untuk makluman Yang Berhomat datuk dan hadirin sekalian,
persembahan tarian sambut tamu sebentar tadi telah
dipersembahkan oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan
Moynod yang telah dibimbing oleh
___________________________________ dan paluan kompang
pula dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad
dibimbing oleh ___________________________.
Yang Berhormat Datuk, mohon izin memulakan majlis.
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian,
Majlis dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu
1. Lagu Negaraku dan
2. Sabah Tanah Airku
Hadirin diminta berdiri bagi menghormati nyanyian lagu.
Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.
SALUTASI Bismillah itu permulaan kalam
Dengan nama ALLAH khalikul alam
Berkat Muhammad Sayyid Al anam
Memberi rahmat siang dan malam
Awal Bismillah kalam dimula
Tuhan seru alam semesta
Selawat dan salam diiring bicara
Bismillahirahmanirahim.
Yang Berhormat,
1. Datuk Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan
Negeri N39 Sugut.
Yang Berusaha
2. Tuan Haji Soje Bin Haji Abd. Hassan, Pegawai
Pendidikan Daerah Beluran merangkap pengerusi
pengelola.
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Yang Dihormati,
3. En Suhaili bin Riman Pegawai Daerah Beluran
4. Pengetua-pengetua cemerlang, Pengetua-pengetua,
guru besar-guru besar cemerlang, guru besar-guru
besar ,penolong kanan-penolong kanan daerah beluran,
5. Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
6. Penerima-penerima Anugerah Hari Guru
7. Warga pendidik daerah beluran
8. Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan, ahli-ahli
jawatankuasa pengelola, serta hadirin hadirat yang di
hormati sekalian.
ALUAN
PENGACARA
MAJLIS
Sireh berlipat sireh pinang
Sireh asal pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Assalamualaikum pembuka bicara
Assalamualaikum wrth, salam sejahtera dan salam sehati
sejiwa.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurnianya dapat kita sama – sama berkumpul
di Dewan Serbaguna Daerah Beluran pada pagi yang indah ini
bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Beluran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
2015 bagi tahun 2016 serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
Pejabat Daerah Beluran.
Selamat Datang diucapkan..
BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh
1. Al Fadhil Ustaz Dsarjaman Amali bin Abd Azip
Majlis mempersilakan...
Amin..amin Ya rabbal Alamin...terima kasih diucapkan kepada
1. Al Fadhil Ustaz Dsarjaman Amali bin Abd Azip
Atas pimpinan doa sebentar tadi..
Pengenalan Hari
Guru
Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi
sekalian,
Melati kuntum menghias gelas,
Tumbuh melata di tepi kali,
Guru mendidik tak minta dibalas,
Ukhwah utuh kuat sekali.
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Untuk makluman hadirin sekalian,
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Beluran dan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta majlis rumah
terbuka aidilfitri bagi tahun 2016 ini diadakan adalah untuk
menyatukan semua guru dalam majlis permuafakatan seperti
ini dan memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah
banyak berjasa demi anak bangsa serta dalam dunia
pendidikan.
Dalam masa yang sama, majlis ini juga dapat menitikberatkan
peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat. Malah, dengan jasa dan
pengorbanan tersebut akan dianugerahkan dengan anugerah-
anugerah tertentu. Oleh yang sedemikian, majlis sebegini juga
dapat memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di
antara guru serta sekali gus dapat meninggikan martabat dan
taraf guru dalam masyarakat.
UCAPAN ALU-
ALUAN PPD
Hadirin hadirat sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya
menjemput
Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Haji Abd Hassan Pegawai
Pendidikan Daerah Beluran merangkap Pengerusi Pengelola
Majlis Sambutan Hari guru dan Anugerah perkhidmatan
cemerlang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan...
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Soje bin Haji Abd
Hassan atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan
sebentar tadi..
UCAPAN
PERASMIAN
Tak lengkap keris tanpa sarungnya,
tak lengkap pinang tanpa sirihnya,
tak lengkap angin tanpa semilirnya.
tak lengkap majlis tanpa perasminya
Maka dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
1. Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan
Undangan Negeri N39 Sugut.
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis sambutan Hari Majlis Guru Peringkat Daerah Beluran
dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
bagi Tahun 2016.
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
GIMIK Dengan Segala Hormatnya majlis mempersilakan..
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang berhormat datuk
untuk menyempurnakan acara gimik perasmian...
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan
Negeri N39 Sugut atas kesudian menyampaikan ucapan
perasmian dan menyempurnakan gimik perasmian sebentar
tadi.
Cantik berlian indah dibentuk
Elok dibelai kekal bersemi
Terima kasih buatmu datuk
Kerana merasmi majlis kami
Untuk pengetahuan hadirin, acara gimik perasmian sebentar
tadi juga telah dibantu oleh Kumpulan SMK Beluran ROBOT
ICON sebagai simbolik perasmian. Malah untuk makluman
semua, kumpulan SMKBeluran ROBOT ICON ini terdiri
daripada 3 orang pelajar iaitu Mohd Hanafi Adli bin Mat
Ruzaimi, Mohd Hafizzudin bin Asli Sabah dan Mohd Syisyi
Shaarshizuan bin Abdul Razak yang telah dibimbing oleh
Puan Lindy Marcus daripada SMK Beluran Bestari.
Buat pengetahuan hadirin sekalian, SMKBeluran ROBOT ICON
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
ini telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan National
Robotics Challenge Zon Level 2016 yang telah berlangsung di
SMK Merpati Sandakan. Malah, dengan kejayaan yang
diperoleh, kumpulan ini akan meneruskan perjuangan mereka
ke peringkat State Level di SMK Teknik Likas pada 18 Ogos
2016. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.
BACAAN IKRAR Hadirin hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian..
Indah purnama tengahnya malam
Terimbau jasa Ibu pertiwi
lafaz ikrar janji tersulam
janji ditunai buat pertiwi
Majlis diteruskan lagi dengan baacan ikrar hari guru
Hadirin diminta berdiri.
Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar sebentar tadi dan
untuk makluman hadirin sekalian, bacaan ikrar sebentar tadi
telah dipimpin oleh Yang Berusaha Tuan Haji Soje Bin Haji
Abd. Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Beluran.
Terima kasih diucapkan..hadirin dipersilakan duduk.
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
PENGENALAN
APC
Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi
sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang.
Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah perkhidmatan
cemerlang merupakan penghargaan kerajaan kepada anggota
perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan yang
cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi
daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
Antara kriteria pemilihan penerima APC ialah anggota
perkhidmatan awam dalam semua kumpulan, gred, dan
kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa
melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi-agensi
awam samaada secara tetap, sementara atau kontrak. Ini
termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-
syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet
1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Selain itu, penerima juga telah berkhidmat bagi tempoh genap
setahun pada hari terakhir tahun penilaian dan penerima
berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi,
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
perkhidmatan awam, komuniti, daerah negeri, negara dan
peringkat antarabangsa dengan memperolehi markah
sekurang-kurangnya 85% keatas.
PENYAMPAIAN
APC
Bersipuh puteri menjamu kuini,
Kuini Madu manisnya rasa;
Penyampaian anugerah tibalah kini,
Tanda penghargaan guru berjasa.
Sijil tersusun tampak kemas,
Berbahagia Datuk senyum sekilas,
Tampillah Datuk ke atas pentas.
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.
Kini tibalah kita ke acara penyampaian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2015 bagi tahun 2016.
Majlis dengan ini mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Haji Soje bin Abd Hassan Pegawai
Pendidikan Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan
Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian
anugerah.
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah...
Mendahului senarai.. (mengikut lampiran)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima
Anugerah Perkhidmat Cemerlang dan jutaan terima Kasih
diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib
Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas penyampaian
anugerah sebentar tadi..
PERSEMBAHAN
KOIR APC
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan persembahan koir, Lagu Guru
Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Lagu Jabatan
Perkhidmatan Awam. Sama-sama kita saksikan...
Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan koir sebentar
tadi telah disampaikan oleh guru-guru SK Pekan Beluran
dipimpin oleh En Jasnikah Jeppy dan En Jimson Kalapah.
Terima kasih diucapkan...
PENYAMPAIAN
ANUGERAH
HARI GURU
Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin hadirat yang dihormati
sekalian,
Kembara pendidik dengan semangat
Berehat sebentar di Pekan Tambunan
Anugerah diberi tandanya diingat
Buatmu insan banyak pengorbanan
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Majlis pada pagi ini diteruskan acara penyampaian anugerah
Khas sempena sambutan hari guru peringkat daerah beluran
bagi tahun 2016.
Acara penyampaian anugerah khas dimulakan dengan
penyampaian
1. Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2015/2016
2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah
3. Anugerah MEKAR
4. Anugerah Bakti Guru Pedalaman
5. Anugerah Jasamu Dikenang
6. Anugerah Tokoh Guru 2016
Majlis dengan ini sekali lagi mempersilakan Yg Berusaha Tn
Hj Soje bin Hj Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah
Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat
Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39
Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah.
Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah hari guru
bagi tahun 2015.
1. Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2015/2016
- Rujuk lampiran
2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
- SK Keniogan
3. Anugerah MEKAR
- Rujuk Lampiran
4. Anugerah Bakti Guru Pedalaman
- En Rainol bin Mohd Enarji dari SK Obah
5. Anugerah Jasamu Dikenang
- Pn Mariam binti Abdullah @ Martha
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James
bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas
penyampaian anugerah sebentar tadi...
6. Anugerah Tokoh Guru
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru.
Dengan ini majlis menjemput
1. En Sharif Basa bin Sharif Bakir
2. En Saratin bin Haji Abd Hassan
untuk tampil ke pentas..
Dengan ini, eloklah kiranya kita mendengar dan menghayati
latar belakang Tokoh Hari Guru 2016 melalui tayangan montaj
yang telah disediakan. Sama- sama kita saksikan..
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Maka dengan ini, Majlis sekali lagi mempersilakan Yg
Berusaha Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan Pegawai Pendidikan
Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan
Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian
anugerah.
Maka dengan ini, majlis mempersilakan
1. En Sharif Basa bin Sharif Bakir
2. En Saratin bin Haji Abd Hassan
Untuk menerima Anugerah Tokoh Hari Guru 2016.
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James
bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas
penyampaian anugerah Tokoh Guru sebentar tadi...
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Soje
bin Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk
James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut
sebagai tanda kenang kenangan.
Majlis mempersilakan...
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
Terima kasih diucapkan Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Abd
Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran atas
penyampaian cenderamata sebentar tadi..
Tangannya kanan insan yang memberi
Tangan kananlah juga insan menerima
Terima kasih ucapan diberi
Buat kalian insan berhati mulia
SESI
BERGAMBAR
Hadiran sekalian,
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Dengan ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat datuk,
dif-dif kehormat, penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang untuk tampil ke pentas bagi sesi bergambar.
Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu 1 Agenda 1 Impian..
hadirin diminta bersedia.
Terima kasih diucapkan..
Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi maka kita
telah sampai ke penghujung majlis.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk, dif dif
kehormat serta tidak dilupa semua tetamu jemputan, pegawai-
pegawai yang terlibat, Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola,
hadirin hadirat dan mereka yang terlibat secara langsung atau
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016
tidak langsung bagi menjayakan malis ini.
Dikesempatan ini, kami mewakili pihak majlis dan
jawatankuasa pengelola ingin memohon maaf sekiranya
terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini
dijalankan.
Untuk itu, majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat
Datuk, dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan dan hadirin
hadirat sekalian ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat
Pendidikan Daerah Beluran di Perkarangan Pejabat
Pendidikan Daerah Beluran.
Maka hadirin,
Bintang Barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Kalau tidak melarat panjang
Dapat kita bersua lagi
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Sekian, daripada saya Mohd Riezman Bin Ramli dan saya
_____________________________________________
Terima kasih. Majlis bersurai...
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD
BELURAN 2016

More Related Content

What's hot

Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Yusrina Mustama
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahanLaila Wati Johari
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Kama Taib
 
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Abdullah Musa
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batibaitimustafa1
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Henry Lijunin
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Noor Aziana Fauzi
 
Tek smc persaraan
Tek smc persaraanTek smc persaraan
Tek smc persaraansyiha3107
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Norazelin Mat Isa
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangTeks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangAdy Putra
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besarbagero
 
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013Yusrina Mustama
 
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi iiSkrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi iiFaridah Abu Seman
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Hafizah Izah
 
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015azlan azlan
 
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Mr. Suhaimi bin Long
 

What's hot (20)

Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012
 
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Tek smc persaraan
Tek smc persaraanTek smc persaraan
Tek smc persaraan
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
Teks pengacara
Teks pengacaraTeks pengacara
Teks pengacara
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangTeks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
 
Teks pengacara majlis spsk
Teks pengacara majlis spskTeks pengacara majlis spsk
Teks pengacara majlis spsk
 
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi iiSkrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
 
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
 
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
 

Similar to Apc dan h ri gru dan raya

Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realalmubaraklet
 
Teks pengacaraan hari anugerah.docx
Teks pengacaraan hari anugerah.docxTeks pengacaraan hari anugerah.docx
Teks pengacaraan hari anugerah.docxCahayaMatahari9
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Nurulhuda Sharif
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi SekolahTeks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi SekolahValerie Sinti
 
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019Stephanie Unsil
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Noramaly AFiqa
 
Teks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaTeks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaFatimah Jusoh
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxssuser83ab23
 
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisUcapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisShUff HaqEem
 
Buku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah
Buku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolahBuku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah
Buku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolahIntan Sulaiman
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxasmirahn
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxmohdshazrin4
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlisnora fizah
 
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingTeks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingkujeqbrutal
 

Similar to Apc dan h ri gru dan raya (20)

Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
 
Teks pengacaraan hari anugerah.docx
Teks pengacaraan hari anugerah.docxTeks pengacaraan hari anugerah.docx
Teks pengacaraan hari anugerah.docx
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi SekolahTeks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
 
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
 
Ihya' ramadhan
Ihya' ramadhanIhya' ramadhan
Ihya' ramadhan
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Teks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaTeks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetua
 
Teksucapanpengetua
TeksucapanpengetuaTeksucapanpengetua
Teksucapanpengetua
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
Teks ucapan alu-aluan
Teks ucapan alu-aluanTeks ucapan alu-aluan
Teks ucapan alu-aluan
 
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisUcapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlis
 
Buku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah
Buku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolahBuku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah
Buku program majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala LangatTeks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingTeks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (11)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Apc dan h ri gru dan raya

  • 1. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 AGENDA TEKS PENGUMUMAN Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja lagi. Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod senyap. Terima kasih. MENGUMUMKAN KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan : Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut. PERSEMBAHAN TARIAN SAMBUT TAMU Terima kasih diucapkan. Untuk makluman Yang Berhomat datuk dan hadirin sekalian, persembahan tarian sambut tamu sebentar tadi telah dipersembahkan oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Moynod yang telah dibimbing oleh ___________________________________ dan paluan kompang pula dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad dibimbing oleh ___________________________. Yang Berhormat Datuk, mohon izin memulakan majlis.
  • 2. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian, Majlis dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu 1. Lagu Negaraku dan 2. Sabah Tanah Airku Hadirin diminta berdiri bagi menghormati nyanyian lagu. Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk. SALUTASI Bismillah itu permulaan kalam Dengan nama ALLAH khalikul alam Berkat Muhammad Sayyid Al anam Memberi rahmat siang dan malam Awal Bismillah kalam dimula Tuhan seru alam semesta Selawat dan salam diiring bicara Bismillahirahmanirahim. Yang Berhormat, 1. Datuk Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut. Yang Berusaha 2. Tuan Haji Soje Bin Haji Abd. Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Beluran merangkap pengerusi pengelola.
  • 3. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Yang Dihormati, 3. En Suhaili bin Riman Pegawai Daerah Beluran 4. Pengetua-pengetua cemerlang, Pengetua-pengetua, guru besar-guru besar cemerlang, guru besar-guru besar ,penolong kanan-penolong kanan daerah beluran, 5. Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 6. Penerima-penerima Anugerah Hari Guru 7. Warga pendidik daerah beluran 8. Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan, ahli-ahli jawatankuasa pengelola, serta hadirin hadirat yang di hormati sekalian. ALUAN PENGACARA MAJLIS Sireh berlipat sireh pinang Sireh asal pulau mutiara Pemanis kata selamat datang Assalamualaikum pembuka bicara Assalamualaikum wrth, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita sama – sama berkumpul di Dewan Serbaguna Daerah Beluran pada pagi yang indah ini bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  • 4. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 2015 bagi tahun 2016 serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Beluran. Selamat Datang diucapkan.. BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh 1. Al Fadhil Ustaz Dsarjaman Amali bin Abd Azip Majlis mempersilakan... Amin..amin Ya rabbal Alamin...terima kasih diucapkan kepada 1. Al Fadhil Ustaz Dsarjaman Amali bin Abd Azip Atas pimpinan doa sebentar tadi.. Pengenalan Hari Guru Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, Melati kuntum menghias gelas, Tumbuh melata di tepi kali, Guru mendidik tak minta dibalas, Ukhwah utuh kuat sekali.
  • 5. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Untuk makluman hadirin sekalian, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Beluran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta majlis rumah terbuka aidilfitri bagi tahun 2016 ini diadakan adalah untuk menyatukan semua guru dalam majlis permuafakatan seperti ini dan memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa demi anak bangsa serta dalam dunia pendidikan. Dalam masa yang sama, majlis ini juga dapat menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Malah, dengan jasa dan pengorbanan tersebut akan dianugerahkan dengan anugerah- anugerah tertentu. Oleh yang sedemikian, majlis sebegini juga dapat memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru serta sekali gus dapat meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. UCAPAN ALU- ALUAN PPD Hadirin hadirat sekalian, Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara senyum tertawa, Kata azimat simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa
  • 6. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Haji Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Sambutan Hari guru dan Anugerah perkhidmatan cemerlang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan... Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Soje bin Haji Abd Hassan atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.. UCAPAN PERASMIAN Tak lengkap keris tanpa sarungnya, tak lengkap pinang tanpa sirihnya, tak lengkap angin tanpa semilirnya. tak lengkap majlis tanpa perasminya Maka dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan 1. Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut. Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis sambutan Hari Majlis Guru Peringkat Daerah Beluran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 bagi Tahun 2016.
  • 7. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 GIMIK Dengan Segala Hormatnya majlis mempersilakan.. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang berhormat datuk untuk menyempurnakan acara gimik perasmian... Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas kesudian menyampaikan ucapan perasmian dan menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi. Cantik berlian indah dibentuk Elok dibelai kekal bersemi Terima kasih buatmu datuk Kerana merasmi majlis kami Untuk pengetahuan hadirin, acara gimik perasmian sebentar tadi juga telah dibantu oleh Kumpulan SMK Beluran ROBOT ICON sebagai simbolik perasmian. Malah untuk makluman semua, kumpulan SMKBeluran ROBOT ICON ini terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu Mohd Hanafi Adli bin Mat Ruzaimi, Mohd Hafizzudin bin Asli Sabah dan Mohd Syisyi Shaarshizuan bin Abdul Razak yang telah dibimbing oleh Puan Lindy Marcus daripada SMK Beluran Bestari. Buat pengetahuan hadirin sekalian, SMKBeluran ROBOT ICON
  • 8. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 ini telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan National Robotics Challenge Zon Level 2016 yang telah berlangsung di SMK Merpati Sandakan. Malah, dengan kejayaan yang diperoleh, kumpulan ini akan meneruskan perjuangan mereka ke peringkat State Level di SMK Teknik Likas pada 18 Ogos 2016. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. BACAAN IKRAR Hadirin hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.. Indah purnama tengahnya malam Terimbau jasa Ibu pertiwi lafaz ikrar janji tersulam janji ditunai buat pertiwi Majlis diteruskan lagi dengan baacan ikrar hari guru Hadirin diminta berdiri. Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar sebentar tadi dan untuk makluman hadirin sekalian, bacaan ikrar sebentar tadi telah dipimpin oleh Yang Berusaha Tuan Haji Soje Bin Haji Abd. Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Beluran. Terima kasih diucapkan..hadirin dipersilakan duduk.
  • 9. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 PENGENALAN APC Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah perkhidmatan cemerlang merupakan penghargaan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Antara kriteria pemilihan penerima APC ialah anggota perkhidmatan awam dalam semua kumpulan, gred, dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi-agensi awam samaada secara tetap, sementara atau kontrak. Ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat- syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Selain itu, penerima juga telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian dan penerima berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi,
  • 10. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 perkhidmatan awam, komuniti, daerah negeri, negara dan peringkat antarabangsa dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 85% keatas. PENYAMPAIAN APC Bersipuh puteri menjamu kuini, Kuini Madu manisnya rasa; Penyampaian anugerah tibalah kini, Tanda penghargaan guru berjasa. Sijil tersusun tampak kemas, Berbahagia Datuk senyum sekilas, Tampillah Datuk ke atas pentas. Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas. Kini tibalah kita ke acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 bagi tahun 2016. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Soje bin Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah.
  • 11. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah... Mendahului senarai.. (mengikut lampiran) Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmat Cemerlang dan jutaan terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas penyampaian anugerah sebentar tadi.. PERSEMBAHAN KOIR APC Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan persembahan koir, Lagu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Lagu Jabatan Perkhidmatan Awam. Sama-sama kita saksikan... Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan koir sebentar tadi telah disampaikan oleh guru-guru SK Pekan Beluran dipimpin oleh En Jasnikah Jeppy dan En Jimson Kalapah. Terima kasih diucapkan... PENYAMPAIAN ANUGERAH HARI GURU Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Kembara pendidik dengan semangat Berehat sebentar di Pekan Tambunan Anugerah diberi tandanya diingat Buatmu insan banyak pengorbanan
  • 12. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Majlis pada pagi ini diteruskan acara penyampaian anugerah Khas sempena sambutan hari guru peringkat daerah beluran bagi tahun 2016. Acara penyampaian anugerah khas dimulakan dengan penyampaian 1. Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2015/2016 2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah 3. Anugerah MEKAR 4. Anugerah Bakti Guru Pedalaman 5. Anugerah Jasamu Dikenang 6. Anugerah Tokoh Guru 2016 Majlis dengan ini sekali lagi mempersilakan Yg Berusaha Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah. Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah hari guru bagi tahun 2015. 1. Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2015/2016 - Rujuk lampiran 2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah
  • 13. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 - SK Keniogan 3. Anugerah MEKAR - Rujuk Lampiran 4. Anugerah Bakti Guru Pedalaman - En Rainol bin Mohd Enarji dari SK Obah 5. Anugerah Jasamu Dikenang - Pn Mariam binti Abdullah @ Martha Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas penyampaian anugerah sebentar tadi... 6. Anugerah Tokoh Guru Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru. Dengan ini majlis menjemput 1. En Sharif Basa bin Sharif Bakir 2. En Saratin bin Haji Abd Hassan untuk tampil ke pentas.. Dengan ini, eloklah kiranya kita mendengar dan menghayati latar belakang Tokoh Hari Guru 2016 melalui tayangan montaj yang telah disediakan. Sama- sama kita saksikan..
  • 14. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Maka dengan ini, Majlis sekali lagi mempersilakan Yg Berusaha Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah. Maka dengan ini, majlis mempersilakan 1. En Sharif Basa bin Sharif Bakir 2. En Saratin bin Haji Abd Hassan Untuk menerima Anugerah Tokoh Hari Guru 2016. Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas penyampaian anugerah Tokoh Guru sebentar tadi... Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut sebagai tanda kenang kenangan. Majlis mempersilakan...
  • 15. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 Terima kasih diucapkan Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.. Tangannya kanan insan yang memberi Tangan kananlah juga insan menerima Terima kasih ucapan diberi Buat kalian insan berhati mulia SESI BERGAMBAR Hadiran sekalian, Majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat datuk, dif-dif kehormat, penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tampil ke pentas bagi sesi bergambar. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu 1 Agenda 1 Impian.. hadirin diminta bersedia. Terima kasih diucapkan.. Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi maka kita telah sampai ke penghujung majlis. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk, dif dif kehormat serta tidak dilupa semua tetamu jemputan, pegawai- pegawai yang terlibat, Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola, hadirin hadirat dan mereka yang terlibat secara langsung atau
  • 16. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 tidak langsung bagi menjayakan malis ini. Dikesempatan ini, kami mewakili pihak majlis dan jawatankuasa pengelola ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini dijalankan. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Datuk, dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan dan hadirin hadirat sekalian ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Pendidikan Daerah Beluran di Perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Beluran. Maka hadirin, Bintang Barat terbit petang Bintang timur terbit pagi Kalau tidak melarat panjang Dapat kita bersua lagi Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah Jangan disimpan di dalam hati Sekian, daripada saya Mohd Riezman Bin Ramli dan saya _____________________________________________ Terima kasih. Majlis bersurai...
  • 17. TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016