Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019

25 views

Published on

Teks pengacaraan untuk Majlis Hari Guru. Boleh latih pelajar mengendalikan majlis sekolah

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019

  1. 1. 1 TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK SKAROK 2019 QUE ANN CATATAN/ TINDAKAN PERSEDIAAN ** FELLYSTHER** 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung. 2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang majlis. Para pengawas diminta memberi kerjasama dengan mengawasi para pelajar. 3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan bersorak sepanjang majlis berlangsung. 4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru. 5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa: - Sebelum & selepas nyanyian lagu - Sebelum & selepas bacaan doa 6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC mengumumkan ketibaan tetamu jemputan Perarakan Masuk (Fellysther) Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, Encik ……………………………………………., Yang Dipertua
  2. 2. 2 Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok, Naib YDP _______________________________________ diiringi Cikgu Kulok Anak Laga, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Skarok, barisan penolong kanan, guru – guru dan staf sokongan untuk masuk ke dewan. Hadirin diminta berdiri. Masuk ke dewan… ( VIP DUDUK) Hadirin dan hadirat sekalian, kita telah dipersembahkan dengan paluan kompang penuh bersemangat oleh pasukan kompang sekolah. Tenaga pengajar bagi kumpulan paluan kompang ini di bawah pimpinan Cikgu Stephanie Unsil Rakey. NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU SEKOLAH **EMILIA LEPO** Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat. (NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU SEKOLAH)
  3. 3. 3 Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. ALUAN PENGERUSI MAJLIS **FELLYSTHER MUMBAN** Yang Berbahagia, Encik ……………………………………………….., Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok Encik …………………………………………………, Naib Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok Yang Berusaha Cikgu Kulok Anak Laga, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Skarok, Cikgu John Kedebo, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sylvia Anak Tugan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Lofez Anak Robyn Julin, Penolong Kanan Kokurikulum, guru- guru, anggota kumpulan pelaksana, para ibu bapa dan hadirin- hadirat sekalian. Hadirin sekalian, Dari Dewan Sekolah Kebangsaan Skarok, kami mengalu-alukan kehadiran
  4. 4. 4 hadirin dan hadirat sekalian ke MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK 2019 yang bertemakan “GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI” Majlis pada hari ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para guru dan staf di Sekolah Kebangsaan Skarok. Sambutan Hari Guru diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Tugas utama bagi seorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Namun, di zaman teknologi ini telah menjadikan tugas seorang guru semakin mencabar. Justeru, adalah menjadi harapan kami murid Sekolah Kebangsaan Skarok agar guru – guru sentiasa bersinar seperti obor yang menyinari anak – anak didik ke arah kecemerlangan.
  5. 5. 5 BACAAN DOA (STEPHANIE) Hadirin sekalian, Lebat kemiri pohonnya rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon berkat Yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Cikgu Jack Anak Joannes mengetuai doa pada pagi ini. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan. (BACAAN DOA) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Jack Anak Joannes atas kesudian mengetuai bacaan doa sebentar tadi.
  6. 6. 6 UCAPAN WAKIL PELAJAR ** Fellyther Mumban** Seterusnya, majlis ingin menjemput wakil pelajar SK Skarok, Boniface Empeni Anak Panjang untuk menyampaikan ucapan. “Ucapan wakil pelajar” Terima kasih diucapkan kepada Boniface Empeni. BACAAN PERUTUSAN **Fellysther Mumban** Majlis diteruskan dengan menjemput Cikgu John Kedebo, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan bacaan perutusan Menteri Pelajaran. **Bacaan Perutusan** Majlis mengucapkan terima kasih. UCAPAN ALUAN ** Emilia Lepo** Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok. Oleh itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput , Penghulu Lembang Anak Bagong untuk menyampaikan
  7. 7. 7 ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ( UCAPAN ALUAN) Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Penghulu Lembang Anak Bagong atas ucapan aluan sebentar tadi. Ucapan Perasmi ** FELLYSTHER** Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada tuan mandat diberi Mohon disempurnakan majlis kami Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Cikgu Kulok Anak Laga, Guru Besar SK Skarok untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan “HARI GURU PERINGKAT SK SKAROK BAGI TAHUN 2019”. Majlis dengan segala homatnya
  8. 8. 8 mempersilakan. (UCAPAN TAMAT) Bunga selasih dibuat minyak Dijual biduan di tepi lorong Terima kasih banyak-banyak Amanat tuan jadi pendorong PEMOTONGAN KEK **EMILIA** Majlis kini menjemput semua guru untuk ke atas pentas bagi gimik perasmian “Pemotongan Kek” **Kek Dipotong** Dengan ini rasmilah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Skarok
  9. 9. 9 Nyanyian Lagu Guru Malaysia & Bacaan Ikrar Guru **FELLYSTHER MUMBAN** Seterusnya semua guru diminta untuk kekal berdiri di atas pentas untuk nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Bacaan ikrar guru yang akan dipimpin oleh Cikgu Mohammad Nazir Bin Ramli. **Nyanyian Guru Malaysia** **Bacaan Ikrar Guru** Terima kasih diucapkan. Terima kasih cikgu di atas segala tunjuk ajar dan didikan anda kepada kami. Kami sayang anda semua! PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU ** EMILIA LEPO** Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH GURU dan STAF pada tahun 2019. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, anugerah – anugerah ini adalah hasil daripada undian dari semua murid Sekolah Kebangsaan Skarok sendiri. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Besar SK Skarok bagi mengiringi YDP SK Skarok, Penghulu Lembang Anak Bagong untuk menyampaikan anugerah – anugerah tersebut.
  10. 10. 10 Anugerah Guru Bil Anugerah Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Anugerah Staf Bil Anugerah Nama 1 2 3
  11. 11. 11 4 5 6 7 8 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP dan Guru Besar di atas kesudian menyampaikan anugerah itu sebentar tadi. PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS ** FELLYSTHER** Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah Khas. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu John Kedebo bagi mengiringi ___________________________________untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan. Anugerah Guru Lelaki Paling Popular Anugerah Guru Perempuan Paling Popular
  12. 12. 12 Tokoh Guru Sk Skarok 2019 _________________________________________________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu John dan __________________________________ atas kesudian menyampaikan anugerah itu sebentar tadi. PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU ** EMILIA** Majlis kini menjemput semua guru ke hadapan pentas. Murid – murid SK Skarok diminta untuk beratur dan bersalaman dengan guru – guru. NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU ** FELLSYTHER** Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku. (NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
  13. 13. 13 BERSURAI ** EMILIA** Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara. Terima kasih buat semua warga Sekolah Kebangsaan Skarok, guru - guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan “ SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK SKAROK”. Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para hadirin & para ibu bapa datang memeriahkan majlis. Sekian,terima kasih. Majlis bersurai.

×