1. Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisra'kan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan
lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan
dunia ini untuk engkau...
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku...
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga...
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di
tangan mereka...
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta
qiamullail...